UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohamad Hazwan Faiz Mohamad Yusoff |
1 | 2017 thesis | Amalan pengajaran guru dalam kurikulum Al-Azhar di sekolah menengah agama negeri di Kelantan Mohamad Hazwan Faiz Mohamad Yusoff Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengajaran guru dalam kurikulum al-Azhar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Kelantan berasaskan Model Content Language Integrated Learning (CLIL). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan menggunakan dua set borang soal selidik sebagai instrumen. Seramai 320 orang pelajar tingkatan enam dan 33 orang guru yang terlibat dengan Kurikulum alAzhar dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengajaran guru berasaskan model CLIL berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Amalan pengajaran yang menggunakan model CLIL memberi kesan positif dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dari segi kefahaman terhadap kandungan pelajaran dan penguasaan dalam Bahasa Arab... 1100 hits |