AbstractPenyelidikan tinjauan ini bertujuan menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) pelajar Sains, Matemaik dan Kejuruteraan (SMK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA),stail pengajaran pensyarah (SPP) serta hubungan antara KPS dan SPP. Seramai 975 pelajar daripada enam buah universiti terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara teknik persampelan rawak berstrata. Terdapat dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Soal Selidik Stail Pengajaran Pensyarah. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min serta pekali korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan pelajar masih berada pada tahap operasi konkrit. Dua stail pengajaran pensyarah yang dominan menurut persepsi pelajar adalah pakar dan pemberi kuasa. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan terdapat korelasi negatif yang lemah antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan stail pe.....