UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 190
Simplified search suggestions : bahan bantu mengajar
12016
Thesis
Keberkesanan bahan bantu mengajar VATA dalam menangani miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman konsep abstrak sains sekolah rendah
Soleh Mohd Noor
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan koswer Bahan Bantu Mengajar-Visual Audio Teaching Approach (BBM-VATA) dan mengenal pasti keberkesanannya dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman bagi topik fasa-fasa bulan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 70 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Satu kelas seramai 35 orang murid mewakili kumpulan eksperimen dan satu kelas lagi seramai 35 murid mewakili kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik desktriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian t bagi kedua kumpulan bagi menguji miskonsepsi. Murid dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan BBM-VATA didapati mempunyai kurang miskonsepsi berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Dari aspek kefahaman mengenai fasa-fasa bulan, h.....

4349 hits

22017
Article
Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah
Omar Mohd Suhaimi, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi,
2941 hits

32011
Thesis
Dvd-Rom multimedia interaktif: seni bunyi soundscape sebagai bahan bantu mengajar untuk pendidik prasekolah
Vivi Aisyah Saudi@Junaidi
The study of this project is about Interactive Multimedia DVD-ROM: Sound Art of Soundscape as a Teaching Aid for Preschool Educators. It is a projct research based was aimed to solve the problem of the study which found that the conventional method of teaching sounds among preschool childrens can be addressed by research on the development of Interactive Multimedia DVD-ROM Sound Art of Soundscape. The study also seeks to insert Sound Arf of Soundscape elements that can be used by preschool teachers as early exposure and musical listening skills among preschool childrens. For the evaluation of development DVD-ROM purposses, an experienced expert assessor have been selected to fill in the checklists and findings represent that Interactive Multimedia DVD-ROM generally was suitable to be use for such purposes. Suggestions and improvements to resolve weaknesses and corrections are also discussed...

3040 hits

42020
Article
Pembinaan Kit Poligon sebagai bahan bantu mengajar dalam topik Poligon Asas tingkatan satu
Afiqah Fakhriah Fauzi
Kajian ini bertujuan membina Kit Poligon sebagai bahan bantu mengajar dalam topik Poligon Asas Tingkatan Satu. Topik Poligon Asas ini melibatkan subtopik sifat segi tiga dan sudut pedalaman serta sudut peluaran segi tiga. Reka bentuk kajian ialah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan yang didasari oleh model ADDIE. Dua orang pensyarah matematik daripada Universiti Awam dan seorang guru matematik sekolah menengah yang berpengalaman mengajar lebih sepuluh tahun telah dilantik untuk membuat kesahan kandungan Kit Poligon ini dengan menggunakan Borang Kesahan Pakar.  Data kesahan ini dianalisis dengan menggunakan Peratus Persetujuan. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan adalah tinggi iaitu 90%. Kesimpulannya, Kit Poligon mempunyai kesahan yang memuaskan. Implikasinya, Kit Poligon boleh dijadikan bahan bantu mengajar alternatif bagi guru untuk mengajar subtopik sifat segi tiga dan sudut pedalaman serta sudut peluaran segi tiga dalam topik Poligon Asas.  ..

1873 hits

52021
Thesis
Pembangunan dan penilaian perisian fonik Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah
Mastura Abdullah
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membangunkan dan menilai perisian fonik Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah. Pembangunan dan penilaian perisian ini dilaksanakan dengan berpandukan Model Instruksional ADDIE yang terdiri daripada Fasa Analysis, Fasa Design, Fasa Development, Fasa Implementation dan Fasa Evaluation manakala Model Bottom Up pula digunakan sebagai panduan untuk membangunkan kandungan pembelajaran perisian. Penyelidikan berbentuk kuantitatif digunakan untuk mengumpul data daripada responden iaitu di bawah Fasa Analisis dan Fasa Perlaksanaan. Instrumen soal selidik Analisis Keperluan digunakan untuk mendapatkan pandangan guru prasekolah mengenai keperluan pembinaan perisian ini manakala instrumen soal selidik kebolehgunaan pula digunakan untuk mengumpulkan data tentang kebolehgunaan perisian sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah. Seramai 83 orang guru prasekolah di Daerah Kuantan (Zon Perkasa dan Zo.....

2810 hits

62021
Article
Pembinaan Algebra Board sebagai bahan bantu mengajar bagi subtopik Persamaan Linear Dalam Satu Pemboleh Ubah Tingkatan 1
Nur Alwani Azizan @ Zolkipli
Kajian ini bertujuan untuk membina Algebra Board sebagai bahan bantu mengajar untuk subtopik Persamaan Linear Dalam Satu Pemboleh Ubah Tingkatan 1. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang berteraskan model ADDIE dalam membangunkan Algebra Board. Kesahan Algebra Board ditentukan oleh tiga orang panel pakar yang terdiri daripada dua orang pensyarah bidang matematik dari sebuah universiti awam dan seorang guru matematik berpengalaman. Instrumen soal selidik telah digunakan untuk menguji kesahan kandungan Algebra Board. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi tujuan analisis data dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Algebra Board memperoleh 92.5% persetujuan daripada panel pakar. Kesimpulannya, Algebra Board telah mencapai nilai kesahan yang tinggi. Implikasi dari kajian ini adalah Algebra Board boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk subtopik Persamaan Linear Dalam Satu Pemboleh Ubah Tingkatan 1.  ..

807 hits

72021
Article
Penilaian perisian fonik Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah
Mastura Abdullah
Kajian ini dijalankan untuk menilai perisian fonik Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah. Pembangunan dan penilaian perisian ini dilaksanakan dengan berpandukan Model Instruksional ADDIE yang terdiri daripada Fasa Analysis, Fasa Design, Fasa Development, Fasa Implementation dan Fasa Evaluation, manakala Model Bottom Up pula digunakan sebagai panduan untuk membangunkan kandungan pembelajaran perisian. Penyelidikan berbentuk kuantitatif digunakan untuk mengumpul data daripada responden iaitu di bawah Fasa Pelaksanaan. Instrumen soal selidik kebolehgunaan digunakan untuk mengumpulkan data tentang kebolehgunaan perisian sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah. Seramai 34 orang guru prasekolah daripada Zon Juara di dalam Daerah Kuantan telah terlibat sebagai responden untuk menguji kebolehgunaan perisian menerusi Ujian Kebolehgunaan di bawah Fasa Perlaksanaan. Responden ini dipilih menerusi teknik pensampelan bertujuan. Instrumen soal selid.....

514 hits

82021
Thesis
Kesan penggunaan bahan bantu mengajar berteraskan ICT dalam meningkatkan penguasaan Jawi murid Orang Asli
Muhammad Hamdi Husaini Rashidi
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan bahan bantu berteraskan ICT dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli di sebuah sekolah rendah daerah Kuala Kangsar. Bahan bantu mengajar berteraskan ICT, iaitu Power Point, Rainbow Jawi dan BlackBoard menjadi medium pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sepanjang proses intervensi. Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru dibina melalui sistem Collaborative Instructional Design System (CIDS). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian melibatkan 32 orang murid Orang Asli Tahun Empat dan Lima yang tidak melepasi tahap lulus Ujian Diagnostik Jawi 2019. Instrumen ujian pra dan pasca digunakan pada kajian ini bagi mengenal pasti tahap kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli, seterusnya mengkaji perbezaan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi sebelum dan selepas intervensi selama 12 minggu. D.....

1470 hits

92023
Final Year Project
Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bagi guru pelatih UPSI
Nurul Najjah Hamzah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan tatabahasa bagi kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Sampel kajian ini pula terdiri daripada guru-guru pelatih yang menjalani proses latihan mengajar iaitu seramai 50 orang responden. Keseluruhannya, tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran tatabahasa bagi guru pelatih pada tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden meletakkan persepsi yang positif terhadap bahan bantu mengajar. Selain itu, cabaran tertinggi yang dihadapi oleh responden adalah harga bahan bantu mengajar di pasaran agak tinggi dan menyukarkan guru pelatih untuk mendapatkannya. Akhir sekali, bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan oleh responden semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan adalah berbentuk elektronik ia.....

3899 hits

102023
Final Year Project
Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Nor Asmidar Hishamudin
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pengaplikasian BBM berasaskan TMK; mengenal pasti tahap penggunaan BBM berasaskan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; mengenal pasti persepsi guru terhadap kepentingan pengaplikasian BBM berasaskan TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu; dan menganalisis hubungan antara tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan persepsi guru terhadap kepentingan mengaplikasikan BBM berasaskan TMK. Pelaksanaan kajian ini berpandukan Teori Kecerdasan Pelbagai dan Model Pembelajaran Kolb yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif berbentuk tinjauan. Borang soal selidik merupakan instrumen untuk mengumpulkan data. Seramai 70 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di negeri Pahang, Malaysia terlibat sebagai sampel kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mencatatkan kekerapan, peratusan dan nilai skor min yang menggunakan peris.....

10553 hits

[First] [Prev] Page 1 of 19 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.