UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

28 record(s) found

1
Abstract
The aims of this study are to reveal the potentials of digital watermarking in medical data management issues, and proposes a hybrid watermark technique for skin cancer to enforce integrity,  authenticity and confidentiality of the medical information. Dermoscopic image dataset (PH2) was  used for testing purpose, which includes 200 different images. The hybrid watermark is proposed  based on chaotic embedding. The hybrid watermarking includes robust and fragile watermarks embedded  in the region of non interest of the image. The robust watermark utilizes the discrete wavelet  transform to hide the patient information in the frequency domain. The fragile watermark utilizes  the least significant bit to hide the authentication data in the spatial domain. The findings of  this study shows high watermarked image quality and promising robustness under different attacks,  and when compared with other techniques including discrete cosine transform and 2LSB. The Peak  Signa.....
Thesis Published 2019 7559 hits Available
2
Abstract
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Sejak tahun 2007, BERSIH telah mengadakan perhimpunan awam sebanyak lima kali. BERSIH dikatakan telah menandakan lembaran baru terhadap sistem demokrasi di Malaysia dan memperjuangkan pembaharuan dalam sistem demokrasi terutamanya ketelusan sistem pilihan raya dan pentadbiran. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti faktor perkembangan BERSIH pada tahun 2006 hingga 2017. Kaedah kualitatif khususnya temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen telah digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Sebanyak tujuh orang informan telah dipilih dalam kalangan pihak penganjur perhimpunan BERSIH, ahli politik serta ahli akademik dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkembangan BERSIH didorong oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor dalaman perkembangan BERSIH adalah kepimpinan organisasi dan pengintegrasian organisasi BERSIH. Manakala, faktor luaran seperti pembukaan ruang demokrasi, perub.....
Article Published 2019 2457 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur keberkesanan modul  terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kompetensi, profesionalisme, integriti dan penampilan diri antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur kesan modul pementoran terhadap empat pembolehubah tersebut antara kumpulan rawatan berdasarkan jantina berbanding kumpulan kawalan. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan 75 responden staf sokongan perkhidmatan Pendidikan di Kolej Matrikulasi Labuan yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Responden dibahagikan secara rawak kepada kumpulan rawatan (25 lelaki dan 25 perempuan) dan kumpulan kawalan (25 lelaki dan perempuan). Data ujian pra dan ujian pasca dikutip menggunakan Instrumen Profesionalisme Perkhidmatan Awam (IPPA) yang telah dibangunkan untuk kajian ini. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dan inferensi berdasarkan min, Ujian-t, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan m.....
Thesis Published 2019 2403 hits Available
4
Abstract
Perhimpunan awam merupakan salah satu elemen penting dalam sistem demokrasi sesebuah negara sebagai saluran untuk membawa suara rakyat. Pelbagai perhimpunan awam telah diadakan dalam sejarah Malaysia seperti kegiatan mogok pekerja yang digiatkan pada era kolonial, perhimpunan menentang Malayan Union dan gerakan pelajar yang diiringi oleh golongan mahasiswa pada 1970-an. Seterusnya, perhimpunan Reformasi 1998 juga merupakan antara perhimpunan awam yang signifikan di Malaysia. Namun, perhimpunan BERSIH adalah antara perhimpunan awam yang dapat mengekalkan penganjurannya selama 10 tahun daripada 2007 hingga 2016. Kajian ini dikemukakan adalah untuk membandingkan bezakan perhimpunan BERSIH 1.0 hingga BERSIH 5.0, mengenal pasti strategi mengekalkan penganjuran perhimpunan BERSIH dan menilai pencapaian tuntutan perhimpunan BERSIH. Pendekatan kualitatif khususnya temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat. Sebanyak lapan orang informan telah d.....
Thesis Published 2020 4916 hits Available
5
Abstract
Media Sosial boleh diklasifikasikan sebagai media baharu dalam kehidupan masyarakat masa kini. Perkembangan teknologi digital menyebabkan wujudnya media sosial di dalam dunia siber. Medium ini juga merupakan salah satu bentuk interaksi yang baharu dalam kehidupan masyarakat kerana boleh berhubung tanpa perlu bersemuka dan berada di dunia maya. Media sosial juga dapat memudahkan segala urusan masyarakat sama ada urusan peribadi mahupun urusan pekerjaan. Walau bagaimanapun, kewujudannnya juga mampu memberi ancaman kepada masyarakat sekiranya disalahgunakan seperti jenayah siber, provokasi, fitnah dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat, mengenal pasti impak penggunaan media sosial dan langkah-langkah bagi membendung penyalahgunaan media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu data sekunder seperti laporan dari web rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akhbar dan artikel jurnal bag.....
Article Published 2023 1066 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincang faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa universiti awam menggunakan media sosial, mengenalpasti bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa universiti dan menganalisis langkah-langkah yang boleh diambil oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ancaman jenayah siber. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual 30 orang Mahasiswa melalui perbincangan kumpulan fokus dari lima buah Universiti Awam terpilih dan informan elit yang terdiri daripada dua orang ahli akademik dan dua orang pegawai PDRM. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor penggunaan media sosial oleh mahasiswa adalah untuk mencari hiburan, berkomunikasi, mencari dan berkongsi maklumat, mengikuti isu semasa, menjana pendapatan dan membeli barangan atas talian. Antara bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa adalah melalui panggilan telefon, penghantaran mesej, penggodaman akaun media s.....
Thesis Published 2025 159 hits Available
7
Abstract
Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada k.....
Thesis Published 2014 2588 hits Available
8
Abstract
Kajian ini membincangkan hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat. Sampel kajian dipilih daripada empat buah sekolah menengah di sekitar Daerah Batang Padang, Perak. Group Embedded Figure Test (GEFT) digunakan bagi mengenalpasti dua jenis gaya kognitif iaitu gaya kognitif bergantung medan dan bebas medan. Manakala Kolb :s Learning Style Inventory (KLSI), digunakan bagi mengenalpasti empat gaya belajar iaitu gaya belajar Diverger, Asimilator, Konverger dan Akomodator. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di an tara gay a kognitif dan gaya belajar berdasarkan sampel secara keseluruhan. Korelasi positif berlaku di antara skor GEFT dengan skor gay a belajar Asimilator dan Akomodator. Korelasi negatif pula berlaku di antara skor GEFT dengan skor Diverger dan Akomodator. Di samping itu, peratus kecenderungan pelajar tingkatan 'ernpat terhadap gaya kognitif bebas medan adalah lebih tinggi berbanding gaya kognitif bergantung .....
Thesis Published 2003 2964 hits Available
9
Geliga Limited Singapore
Abstract
Cerita indah dari kumpulan cerita-cerita Shakespears ini adalah disusun dan ditulis oleh Saudara Buyong Adil, seorang ahli bahasa yang telah dikenal ramai. Yang demikian terbitnya buku ini sudah tentulah dapat memberi jaminan kepada pembaca-pembaca tentang baiknya susunan bahasa yang dipakai di dalamnya...
Book Published 1959 1121 hits Limited
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.