UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

24 record(s) found

1
Abstract
Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pen.....
Article Published 2015 2562 hits Available
2
Abstract
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah. Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian...
Article Published 2014 3197 hits Available
3
Abstract
Program Pembiayaan kredit mikro merupakan alat berkesan signifikan dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membasmi kemiskinan. Program ini menawarkan akses modal kepada usahawan berserta perkhidmatan tambahan lain yang diperlukan untuk pembangunan usahawan. Di Malaysia, program ini ditawarkan oleh banyak pihak termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selaku institusi perintis sejak tahun 1987. Institusi ini didapati telah berjaya merealisasikan objektif penubuhan berdasarkan statistik usahawan yang dilahirkan dengan sebilangan daripadanya bergelar jutawan. Berdasarkan pencapaian ini, maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan tersebut. Memandangkan pembiayaan AIM cenderung kepada usahawan wanita, maka faktor-faktor yang dikaji adalah berorientasikan faktor kejayaan pemiagaan Khadijah Bint Khuwaylid. Bagi mencapai objektif ini, seramai 415 orang usahawan wanita Muslim yang mendapat pembiayaan daripada AIM dipilih sebagai res.....
Thesis Published 2013 3769 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bentuk arah hubungan penyebab antara pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) dan pemboleh ubah makroekonomi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) pula, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka .....
Thesis Published 2015 1136 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan di antara sikap, minat dan gaya pembelajaran murid Tahun lima terhadap pembelajaran jawi di Daerah Hulu Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah Kuantitatif secara tinjauan untuk mengenalpasti gaya belajar, sikap dan minat murid semasa pembelajaran Jawi. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A merangkumi maklumat diri murid. Manakala bahagian B pula merangkumi 37 item soalan berkaitan dengan gaya pembelajaran. Bahagian C pula merupakan 10 item soalan berkaitan dengan sikap terhadap pembelajaran jawi dan bahagian D terdiri daripada tujuh item soalan yang berkaitan minat murid terhadap pembelajaran jawi. Sampel kajian seramai 349 orang murid tahun lima dipilih secara rawak dari sekolahsekolah rendah Daerah Hulu Selangor. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan tahap gaya pembelajaran murid tahun lima adalah sederhana (M=2.82; SD=0.21). Manakala sik.....
Thesis Published 2022 1794 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepimpinan guru Sekolah Amanah di negeri Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 205 orang guru sekolah menengah dari 404 orang guru sekolah menengah Sekolah Amanah dari seluruh negeri Selangor. Kajian pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah diadaptasi daripada Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher Leadership Inventory (TLI). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformasi pengetua (min = 3.35) dan tahap kepimpinan guru (min = 3.33) berada di tahap sederhana. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor tempoh perkhidmatan guru: (F = 1.54, p = 0.19) terhadap tahap kepimpinan guru Sekolah Amanah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan yang positif antara kedua-dua .....
Thesis Published 2023 1097 hits Available
8
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji amalan pengurusan sekolah dan tahap motivasi guru sebagai perantara terhadap tahap penguasaan murid di kluster Sekolah Amanah di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh amalan pengurusan berdasarkan Standard Amalan Sekolah Amanah terhadap motivasi guru dan tahap penguasaan murid Sekolah Amanah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 209 guru dari 14 buah Sekolah Amanah kohort 2016 seluruh Malaysia terlibat dalam kajian ini. Analisis Faktor Penerokaan (EFA) digunakan untuk pengurangan data dan pengesanan struktur bagi setiap pemboleh ubah. Perisian Partial Least Square- Structural Equation Modelling (PLS- SEM) dan statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amalan pengurusan sekolah berdasarkan Standard dan Amalan Sekolah Amanah berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai purata skor 4.25. Taha.....
Thesis Published 2023 1008 hits Limited
9
Abstract
Manusia sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian diberikan tugas dan amanah yang sangat besar, iaitu untuk mentadbir, memakmur dan membangun peradaban. Berbekalkan kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani dengan kelebihan akal dan kudrat, manusia berkemampuan merubah dan mencorak masa depan peradaban mereka sendiri. Persoalan tentang pembinaan dan perkembangan peradaban telah pun dibincangkan oleh beberapa orang tokoh sarjana dan pemikir tersohor di Timur dan di Barat dengan menjadikan manusia sebagai fokus utama perbincangan. Cetusan minda sarjana dan pemikir silam wajar direnungi dan dimanfaat oleh generasi hari ini untuk membangunkan kembali kegemilangan peradaban manusia. Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan beberapa aspek pemikiran dua orang tokoh pemikir Muslim yang berkaitan.....
Article Published 2014 2496 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim dalam kalangan pentadbir universiti-universiti awam di Lembah Klang. Hasil kajian ini meninjau sejauhmana religiositi berperanan sebagai faktor perantara di antara personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Responden terdiri daripada 228 orang pentadbir dari lima buah universiti awam di Lembah Klang. Sebuah instrumen bagi mengukur tingkah laku kerja Muslim dibina untuk mendapatkan data tingkah laku kerja responden, manakala NEO Five-Factor Inventory (FFI) dan Muslim Religiosity-Personality Inventory (MRPIdigunakan untuk mengukur personaliti dan religiositi responden. Teori Tret dan Teori Religiositi Muslim dijadikan asas untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah berkaitan. Inventori Tingkah Laku Kerja Muslim (ITKM) yang dibangunkan menggunakan analisis faktor eksploratori dan Structural Equation Modeling (SEM) menunjukkan bahawa tingkah laku kerja Muslim terdiri daripada dua dimens.....
Thesis Published 2016 1946 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.