UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

35 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis kehalusan budi berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan kepimpinan. Kehalusan budi juga dimaksudkan ketika berhubung dengan makhluk selain manusia dan dengan Allah S.W.T. Analisis berdasarkan lima buah puisi tradisional Raja Ali Haji iaitu Syair Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas, Thamarat al-Muhimmah, Tuhfat al-Nafis, dan Syair Sinar Gemala Mestika Alam. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori semiotik janaan Charles Sanders Peirce dan juga teori pragmatik untuk mendapatkan makna teks berdasarkan kualiti fikiran, perasaan, idea, sifat, sikap, dan perilaku yang menjadi indeks kehalusan budi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa karya Raja Ali Haji mengandungi kualiti kehalusan budi yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan teori semiotik, kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji terdiri daripada empat. Pertama, qualisign ikonik rhematik iaitu kualiti sedia ada pada individu yang memiliki kehalusan budi. Kedua, sins.....
Thesis Published 2015 3603 hits Available
2
Abstract
Al doped ZnO (ZnO:Al) thin films was grown on corning glass substrate using dc magnetron sputtering. ZnO:Al thin film grown with plasma power 40 watt and 500 mTorr argon pressure for 120 minutes. Film was grown annealed on oxygen atmosphere with different pressure for 20 minutes. The crystalline of ZnO:Al film deposited has an hexagonal structure. The crystallites preferred orientation shift gradually from (002) to (101) direction as the pressure of oxygen increases. Transmittance in the visible regions increases with increasing pressure of oxygen about 81,27%. The optical characterization indicated that the band gap shift toward lower energies with increasing pressure of oxygen...
Article Published 2018 687 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalam peribahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah buku berdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akal budi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Za’ba dan Teori Semantik Geoffrey Leech diaplikasikan dalam kajian ini. Teori Za’ba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsi peribahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Data kualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asli Bahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan adalah tokoh rujukan yang berusia, berwibawa dan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialah pe.....
Article Published 2018 1431 hits Available
4
Abstract
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  menganalisis  genre  dan  akal  budi  yang  terdapat  dalam  peribahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk    mengenal   pasti   jenis   peribahasa   yang   terdapat   dalam   beberapa   buah   buku  berdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalah  untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis  akal   budi  dalam  peribahasa.  Teori  Peribahasa  Za’ba  dan  Teori  Semantik Geoffrey Leech  diaplikasikan dalam kajian ini. Teori Za’ba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsi  peribahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Data  kualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan  yang  merupakan  penutur  asli   Bahasa  Melayu  Sarawak.  Kriteria  pemilihan informan ialah tokoh .....
Thesis Published 2018 2909 hits Available
5
Abstract
Naratif lisan digambarkan sebagai pendidikan awal pada peringkat kanak-kanak yang memberi pengajaran mengenai adat resam, kebudayaan dan pantang-larang masyarakat Melayu serta memiliki akal budi sebagai gambaran pemikiran yang waras diperlihatkan melalui tingkah laku oleh seseorang individu. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam naratif lisan di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini mengariskan satu pendekatan dalam teori pengkaedahan Melayu, iaitu pendekatan kemasyarakatan sebagai deduktif kajian. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kepustakaan dan lapangan bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Pengkaji menjalankan proses temu bual dengan responden bagi mendapatkan cerita rakyat di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa terkandung elemen akal budi dalam naratif lisan, iaitu rasional, berani kerana benar, daya usaha dan ikhlas yang men.....
Article Published 2020 1567 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah garis panduan perbualan sebagai panduan kepada   pendidik   untuk   melaksanakan   perbualan   yang   efektif   di   TASKA   bagi menyokong   perkembangan  bahasa  dan  komunikasi  kanak-kanak  daripada  aspek kemahiran   semantik   dan    pragmatik.   Garis   panduan   perbualan   yang   dinamakan sebagai   Garis   Panduan   BuDi   ini    dihasilkan   bagi   mengisi   kekurangan   panduan perbualan antara pendidik dan kanak-kanak dan  bagi mengatasi kelemahan pendidik yang tidak mahir untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. Kajian  ini dijalankan secara kualitatif melibatkan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah TASKA kerajaan  dalam daerah Muallim yang melibatkan seorang pendidik dan dua orang kanak-kanak yang berumur  3   tahun  semasa  kajian  dijalankan.  Pemerhatian,  temu  bual,  senarai  semak dan  analisis   dokumen  menjadi  kaedah  utama  bagi .....
Thesis Published 2021 2663 hits Available
7
Abstract
Obtaining library resources is the main task that carried out by students in attending lectures. The student learning experience will be achieved maximally if it is supported by complete library resources. The existence of strong development of information and communication technology makes everyone tend to seek information through the internet. For that reason, search engines are an easy way to get sufficient library resources. Many types of search engines are available, but which ones are effective and efficient are not studied in depth. Hence, it is necessary to research to find an effective search engine. In this study, three types of engines were taken from that were mostly used by the students, namely Microsoft Academic, Google Scholar, and ScienceDirect. A total of 134 doctoral program students were taken as research samples. The results showed that students used Google Scholar more in finding library sources, followed by ScienceDirect, and Microsoft Academic. There are differen.....
Article Published 2021 1065 hits Available
8
Abstract
Cerita rakyat merupakan salah satu kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh penduduk pribumi. Ia dikembangkan melalui penyampaian secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek akal budi menerusi cerita rakyat Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada koleksi cerita rakyat dalam buku yang bertajuk Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu oleh Mohd Firdaus Che Yaacob (2021). Maka, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian yang berlandaskan kaedah kepustakaan dan analisis teks bagi memperoleh hasil yang lebih mampan. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989) menerusi pengkaedahan alamiah bagi memperkukuhkan analisis kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati adanya elemen akal budi dalam cerita rakyat Melayu yang diketengahkan. Kesannya, cerita rakyat sedikit sebanyak mempengaruhi gaya.....
Article Published 2023 1057 hits Available
9
Abstract
Akal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan dan hasil seni bangsa yang mempunyai nilai kebijaksanaan. Pembangunan aspek akal budi juga merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Penulisan lirik lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular namun sebahagiannya masih mengandungi nilai estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran khalayak. Untuk membuktikan bahawa lirik lagu juga mampu mendewasakan pemikiran, ilmu ketamadunan, serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak lapan buah lirik lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album .....
Article Published 2023 425 hits Available
10
Abstract
Seni kata lagu merupakan sebahagian daripada sastera popular yang dapat mempengaruhi masyarakat, terhasil daripada bakat kreativiti, daya intelektual dan pandangan hidup daripada seorang pengarang atau seniman. Penyelidikan ini bertitik tolak daripada kelompangan ketara terhadap kajian secara ilmiah dan mendalam mengenai seni kata lagu dalam industri muzik Malaysia. Sebanyak 60 buah seni kata lagu yang menjadi sumber data kajian ini, telah dihasilkan sepenuhnya oleh seniman M. Nasir daripada album solo beliau dan album kumpulan Kembara. Kesemua seni kata karya M. Nasir ini dianalisis dengan memfokuskan kepada unsur akal budi Melayu dan estetika kesenimanannya dengan menggabungkan pendekatan pemilihan kata dan juga aspek kepengaruhan serta kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks selain menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menghuraikan unsu.....
Thesis Published 2025 141 hits Available
First Prev
Page 1 of 4

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.