UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

18 record(s) found

1
Abstract
In order to be employed, an individual needs to not only have the required knowledge but also a skill set that would allow the individual to perform the task well. Both the required knowledge and the skill set needed can be obtained from tertiary education at universities and higher institutions. However, it seems that graduates are lacking in that skill set, namely, soft skills. This paper is a systemic review on what soft skills employers value and yet are lacking among graduates and what are the roles of universities and the government pertaining to this issue. The findings have shown that the graduates are lacking soft skills that are highly valued by the employers. To overcome this issue,, universities and the government has a part to play in order to build and develop the nation’s human capital...
Article Published 2020 1728 hits Available
2
Abstract
Kajian ini mendalami peranan flora dengan menfokuskan bait-bait pantun yang mengandungi unsur  bunga  sebagai   metafora  untuk  mengambarkan  tentang  nilai   estetika,  peradaban,  pemikiran  dan  akal  budi  leluhur  bangsa  Melayu.  Objektif  utama  kajian  ini  dijalankan  bertujuan untuk mengenal pasti pemilihan metafora berasaskan bunga sebagai simbol  yang bermakna  dalam  Karya Agung Pantun Melayu Harun Mat Piah, serta menganalisis metafora dan  menghuraikan   metafora  berasaskan  bunga  sebagai  asosiasi  budaya  dan  sains  dalam Karya  Agung  Pantun   Melayu  Harun  Mat  Piah  menggunakan  Teori  Relevans  (TR)  dan Rangka   Rujuk   Silang   (RRS).    Terdapat   sebanyak   222   kuplet   pantun   pada   bahagian pembayang dan maksud daripada  sebanyak 4000 rangkap pantun yang terdapat dalam Karya Agung   Pantun   Melayu:   Bingkisan    Permata   Harun   koleksi   Harun   Mat  .....
Thesis Published 2020 4565 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan E-komik Islamik _Kehidupan Bunga_ bagi subtopik Pembiakan Tumbuhan Sains Tingkatan 1 yang mempunyai kesahan yang baik dan menilai persepsi kebolehgunaan E-komik Islamik _Kehidupan Bunga_ daripada pandangan murid tingkatan 1. Pendekatan kajian kuantitatif dengan analisis deskriptif dan reka bentuk kajian pembangunan digunakan dalam kajian ini. Seramai 86 orang murid tingkatan 1 daripada sebuah sekolah di Melor telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen Borang Soal Selidik Kebolehgunaan yang mengandungi 27 soalan dengan skala Likert empat mata diadaptasi daripada instrumen kebolehgunaan Lund (2001) digunakan untuk melihat persepsi kebolehgunaan e-komik Islamik yang telah dibina. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 29. Nilai CVI bagi kesahan muka dan kesahan kandungan adalah 1. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kajian rintis adalah 0.826. Nilai kebolehgunaan instrumen k.....
Final Year Project Published 2024 422 hits Available
4
Abstract
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....
Book Section Published 2006 4573 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan aktiviti pembandaran terhadap fenomena Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu. Matlamat kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) yang berlaku di Kuala Terengganu kesan daripada aktiviti pembandaran di bandar ini. Kajian ini melibatkan dua data utama iaitu data primer melalui kajian lapangan dan data sekunder daripada Majlis Pembandaran Kuala Terengganu (MBKT). Kaedah rentasan suhu di lapangan dilakukan menggunakan kenderaan bermotor yang melibatkan sembilan buah stesen pencerapan yang meliputi kawasan pusat bandar hingga ke pinggir bandar bagi mengukur suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin selama dua minggu bermula dari 25 Jun 2013 hingga 8 Julai 2013. Waktu data dikutip adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam antara pukul 12:00-14:00 dan 19:00-21:00. Data ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS), Microsoft Window Excel dan perisian Geographic I.....
Article Published 2014 2641 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup.....
Thesis Published 2014 2068 hits Available
7
Abstract
Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafik di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas empat buah sekolah di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu. Cerapan terhadap tahap kebisingan trafik dilakukan menggunakan Integrating Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument, di luar pagar, di dalam pagar dan juga di bangunan yang paling hampir dengan jalan raya pada hari bekerja dan tidak bekerja, di sebelah pagi, tengah hari dan petang. Hasil kajian mendapati bahawa aras kebisingan yang dicatatkan di kesemua sekolah yang terlibat adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu 65 dBA. Secara purata, SK Paya Bunga dan SM Agama Sultan Zainal Abidin mencatatkan aras kebisingan tertinggi berbanding sekolah la.....
Article Published 2015 2137 hits Available
8
Abstract
Kajian morfogenesis in vitro Saintpaulia ionantha telah berjaya dilakukan. Eksplan petiol merupakan eksplan paling responsif berbanding eksplan daun, pedunkel dan petal, iaitu menghasilkan 100 % regenerasi pucuk dan menghasilkan pucuk yang terbanyak (purata 15.0 ± 0.8 pucuk) di atas media MS yang mengandungi 1.0 mg/l IAA dan 2.0 mg/1 Zeatin selepas 8 minggu. Media ini dipilih sebagai media optima untuk regenerasi pucuk kerana menghasilkan banyak pucuk dan tumbesaran pucuk yang sihat. Pucuk yang disubkultur dalam media MS pepejal telah menghasilkan pucuk berganda dengan ciri-ciri pucuk normal dan seterusnya menghasilkan sistem akar yang lebat di dalam media Yz MS tanpa hormon. Dalam kajian embriogenesis somatik ke atas Saintpaulia ionantha, induksi kalus embriogenik tertinggi (63.3 ± 3.2 %) diperolehi dari eksplan daun di dalam media MS yang ditambah dengan 1.5 mg/l 2,4-D dan 2.0 mg/1 HAP selepas 12 minggu. Embrio somatik telah dihasilkan secara langsung dari kultur eksplan daun di da.....
Thesis Published 2005 1427 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis imageri, mengklasifikasi serta menginterpretasi peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman yang membantu kehadiran imageri dalam karangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan penyelidikan kualitatif. Sebanyak sepuluh karangan murid Tahun 5 dan Tahun 6 di sebuah SJK (Tamil) di daerah Manjung, Perak telah dipilih untuk menganalisis bagi mengenal pasti kehadiran unsur imageri dan menginterpretasikannya menggunakan kaedah Hermeneutik. Tajuk bagi karangan adalah sama, iaitu ‘Pengalaman berkelah di tepi pantai’. Hasil kajian menunjukkan imageri yang paling banyak digunakan dalam karangan murid adalah imageri kata ganda, iaitu sebanyak tiga puluh lima kali, diikuti dengan imageri aspek emosi sebanyak dua puluh kali, kemudian imageri peribahasa sebanyak sembilan kali, imageri kiasan bunga sebanyak tujuh kali dan imageri waktu sebanyak enam kali. Implikasi kajian ini adalah penting terutama kepada guru dalam membantu murid.....
Article Published 2018 765 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep seni ukiran Melayu pada seni bina Surau Kayu di Besut. Fokus kajian adalah untuk mengkaji elemen-elemen seni ukiran Melayu di Surau Kayu. Penyelidik membuat penilaian terhadap penerimaan dan penggunaan seni warisan. Kajian kes yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjelaskan objektif kajian secara menyeluruh dan menjawab persoalan kajian. Kaedah pemerhatian terhadap seni bina surau ini dijalankan berdasarkan elemen-elemen yang telah disarankan oleh Sabrizaa iaitu kaedah kod ‘S’ iaitu nama objek, motif, jenis ukiran, komposisi, reka corak, pola, punca, kod bunga, kod daun dan komponen ukiran. Komponen-komponen tersebut dikenalpasti pada lokasi-lokasi di surau kayu ini. Temubual dijalankan di balai seni ukir di mana penyelidik menemubual pengukir dan tokoh pengukir. Kesimpulannya, kajian menunjukkan Surau Kayu merupakan seni bina berinspirasikan seni bina rumah tradisi Terengganu dan gaya aliran seni ukiran yang ditera.....
Thesis Published 2016 2747 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.