UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

34 record(s) found

2
Abstract
Sekolah Berkesan kebiasaannya dipimpin oleh Guru Besar yang berkesan. Setiap sekolah mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri dan ianya berbeza sama sekali dengan sekolah lain. Kebolehan dan kemampuan Guru Besar mengatasi halangan-halangan yang wujud dalam sesebuah sekolah ialah pemangkin kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen halangan pengurusan sekolah rendah di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Pembolehubah bebas ialah jantina, taraf perkahwinan, bangsa, umur, pendidikan, bilangan tahun bekerja dan kategori sekolah. Pembolehubah bersandar pula ialah tiga belas elemen halangan pengurusan iaitu akademik, belanjawan dan kewangan, fizikal, sumber tenaga manusia,Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), Persatuan Ibubapa dan Guru dan masyarakat, disiplin, perkhidmatan dan perjawatan, kokurikulum, komunikasi, sukan , sistem siaraya dan lain-lain. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji halangan-halangan .....
Article Published 2020 1270 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan-peranan tertentu dimainkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah Gred A di daerah Manjung dan Daerah Perak Tengah berdasarkan pandangan Guru Kanan Mata Pelajaran. Objektif kajian ini ialah untuk melihat peranan-peranan yang dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut keutamaan berasaskan 7 bidang tugas iaitu bidang tugas mengajar, bidang tugas pengurusan kurikulum dan pengajaran, bidang tugas penyeliaan / pemantauan, bidang tugas perkembangan staf, bidang tugas kewangan, bidang tugas pengurusan makmal bengkel bilik khas dan bidang tugas pentadbiran. Masalah Guru Kanan Mata Pelajaran juga di analisis berdasarkan 3 aspek iaitu bidang tugas kurang jelas dan terperinci, pengetahuan dan kemahiran belun lengkap dalam bidang tugas serta masalah menanggung beban kerja yang berat. Seramai 70 orang Guru Kanan Mata Pelajaran menjadi responden kajian dan menggunakan 85 item soal selidik yang terdiri daripada senarai peranan dan mas.....
Thesis Published 2007 460 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan menilai Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Rendah di Malaysia. Kajian ini merupakan gabungan pelbagai kaedah penyelidikan dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). DDR dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa Analisis Keperluan menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan seramai lapan orang PKP baharu. Analisis tematik digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian mengesahkan keperluan kepada pembangunan model dalam empat bidang utama; iaitu Kepimpinan, Instruksional, Tadbir Urus dan Emosi Diri. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan seramai 26 orang pakar bidang. Analisis FDM digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 57 elemen kompetensi telah memenuhi syarat FDM dengan nilai d_0.2, kesepakatan_ 75% dan _-cut> 0.5. Elemen disusun ol.....
Thesis Published 2024 7723 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai kebolehgunaan Modul Latihan Penulisan Karangan Bahasa Tamil berasaskan Kelas Berbalik dalam Kalangan Guru Tahun Empat menggunakan Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Dalam fasa analisis keperluan, dua sesi temu bual telah dijalankan melibatkan enam guru Bahasa Tamil dan lima pakar, termasuk dua orang nazir, seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), seorang guru cemerlang dan seorang Ketua Panitia Bahasa Tamil. Dapatan menunjukkan terdapat keperluan signifikan untuk membangunkan modul sebagai bahan sokongan kepada guru. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan 15 pakar kajian. Melalui kaedah Fuzzy Delphi (FDM), tujuh komponen modul diterima dengan kesemua 55 item mencapai konsensus tertinggi dan skor fuzzy _ 0.5. Seramai 10 pakar menjalankan pengesahan muka dan kandungan modul (3 pakar untuk kesahan muka dan 7 pakar untuk kesahan kandungan). Dapatan menunjukkan peratusan skor kesahan muka dan kandungan melebihi 70% dengan.....
Thesis Published 2025 90 hits Available
6
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji Kepimpinan Transformasional GPK Kokurikulum dan hubungannya dengan penglibatan kokurikulum murid sekolah komuniti orang Asli di Pahang. Kajian ini juga bertujuan mengkaji perbezaan penglibatan kokurikulum murid Asli sekolah luar bandar dengan pedalaman dan pengaruh kepimpinan transformasional GPK Kokurikulum terhadap penglibatan kokurikulum murid sekolah komuniti orang Asli di Pahang. Pendekatan yang digunakan untuk mengkaji pemboleh ubah dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Seramai 386 orang guru dari 25 buah sekolah orang Asli di Pahang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian diambil daripada kajian lepas dan disesuaikan mengikut kajian ini dan disahkan oleh 5 orang pakar kesahan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 27.0 serta dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens. Skor alfa Cronbach bagi kepimpinan transformasional GPK Kokurikulum ialah .973 manakala .....
Thesis Published 2026 926 hits Available
7
Abstract
Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM). dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penekanan yang tidak seimbang terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah mereka bentuk, membina dan menilai modul pengajaran BM secara bersepadu. Modul ini dibangun berlandaskan lapan strategi utama. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan Jenis 1 ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembinaan, dan pelaksanaan dan penilaian yang diadaptasi daripada Model Reka bentuk dan Pembangunan Richey dan Klein (2007). Model Pengajaran Berkesan Morrison et al (2007) digunakan sebagai panduan membangunkan modul, manakala model penilaian formatif Tessmer (1993) digunakan sebagai panduan menilai modul. Dalam fasa analisis keperluan, teknik kuali.....
Thesis Published 2013 8935 hits Available
9
Abstract
Intelektual memainkan peranan yang penting dalam pembinaan persekitaran politik yang sihat. Salah seorang intelektual awam yang berpengaruh di Malaysia ialah Rustam A. Sani (1944-2008).Beliau merupakan seorang penulis yang aktif membincangkan perihal permasalahan dan cabaran sosio-politik serta situasi pendidikan tempatan. Karya-karyanya telah diterbitkan melalui media cetak dan elektronik. Rustam A Sani pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) sebagai pensyarah dan pernah menjadi zamil kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional. Hasil karya beliau yang telah diterbitkan di buku-buku, majalah, dokumen, keratan akhbar dan jurnal telah dikumpulkan dan dikaji untuk memahami pemikiran beliau yang lebih terarah kepada pembentukan bangsa Malaysia yang merupakan konsep yang tercetus daripada idea Wawasan 2020. Penulisan beliau jug.....
Article Published 2018 2606 hits Available
10
Abstract
Majelis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) merupakan sebuah parti politik Islam di Indonesia yang diasaskan pada tahun 1943 ketika pendudukan Jepun, sebelum disahkan kewujudannya oleh kerajaan selepas kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Masyumi juga sangat berpengaruh di Tanah Melayu, malah beberapa pemimpin Masyumi juga dikaitkan dengan penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Masyumi dalam penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Kajian menunjukkan bahawa kedatangan beberapa pemimpin Masyumi ke Tanah Melayu bukan sahaja bertujuan untuk menubuhkan parti politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, tetapi dalam masa yang sama mahu menubuhkan cawangan Masyumi di Tanah Melayu. Kyai Haji Mashoor Azhari, seorang lulusan Universiti al-Azhar di Kaherah yang berasal dari Su.....
Article Published 2018 1218 hits Available
First Prev
Page 1 of 4

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.