UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

11 record(s) found

1
Abstract
This project paper is report about the methods used by four music teachers to teach basic of recoder to student in Setapak District, Kuala Lumpur. This study used the qualitative approach which concentrate n case study as core of the research. Four teachers and eight students is respondance in this research. There were observation in classroom and interview of this four teachers using a questionnaire. The aims of this study were to identify the methods and techniques by these four teachers to teach ensemble recoder to their pupils, and find out whether the pupils were interested in the music classroom. Based of the study, it was clear that the teachers used several methods and teaching aids to teach this recoder based on their experience...
Thesis Published 2009 3579 hits Available
2
Abstract
Perkembangan awal penggunaan teknologi dalam pendidikan kebanyakannya berasaskan kepada anjuran daripada Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Kognitivisme, di mana teknologi digunakan untuk mengajar, seolah-olah ia menggantikan tempat guru. Ini bermakna pengetahuan terletak di dalam teknologi dan teknologi mempersembahkan pengetahuan kepada murid. Peranan murid adalah untuk belajar pengetahuan yang dipersembahkan oleh teknologi, sebagaimana mereka mempelajari pengetahuan yang diberikan oleh guru. Aliran Konstruktivisme pula berpendapat penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus berubah dari peranan tradisional teknologi sebagai guru kepada teknologi sebagai rakan di dalam proses pembelajaran. Pelajar harus belajar dengan teknologi, bukannya belajar dari teknologi. Teknologi harus menjadi rakan intelektual pelajar. Dalam kajian ini satu model pengajaran dan pembelajaran berasaskan pandangan Konstruktivisme dibangunkan, iaitu dinamakan Model Pengajaran dan Pembelajaran d.....
Book Section Published 2007 1740 hits Available
3
Abstract
Kajian ini meneroka amalan kaunseling pendekatan Islam dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dengan meneliti pengetahuan, sumber pengetahuan, faktor pendorong, amalan, serta cabaran dalam pelaksanaannya. Pendekatan kualitatif kajian kes pelbagai telah digunakan, melibatkan temu bual separa berstruktur yang mendalam dengan 19 orang GBK yang dipilih melalui persampelan bertujuan berdasarkan kriteria beramal dengan kaunseling pendekatan Islam. Triangulasi data dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan pelbagai sumber, lokasi, dan konteks pengumpulan maklumat. Analisis tematik menggunakan perisian NVivo 12 telah dilakukan meliputi proses mengekod, mengkategorikan, dan mengenal pasti tema. Enam tema utama telah terhasil, iaitu: (1) proses kaunseling berasaskan sifat-sifat manusia dan bermatlamatkan akhirat; (2) modifikasi terhadap kaunseling Barat; (3) pengetahuan berkaitan kaunseling pendekatan Islam diperoleh melalui pembelajaran secara formal dan tidak formal; (4) nil.....
Thesis Published 2025 137 hits Available
4
Abstract
Al-Qira'at al-Shadhdhah is a rejected recitation style which is not considered as part of the Qur'an. It is due to its inability to comply with the rules of Qira'at recitation set forth by the Ulama'. Among those companions who are frequently associated with Al-Qira'at al-Shadhdhah is "Abd Allah bin Mas'ut r.a. even though he has high reputation and credibility. There are several Qira'at originated from Ibn Mas'ud which are neglected and considered as Shadhdhah especially after the event of Qur'anic collection and rewriting during the reigns of "Uthman r.a. Thus, this incident has given vast opportunities to the enemy and commentators of Islam as a tool to attack authenticity of the Qur'an. Therefore, this study is aims to identify a narration of Al-Qira'at al-Shadhdhah recitation originated from "Abd Allah bin Mas'ut r.a. Later, it is evaluated and analysed based on one of the accepted pillars of recitation which is must be parallel with rasm mashaf'Uthmani. This study is also aim to .....
Thesis Published 2015 4637 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik pelajar Orang Asli di daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini melibatkan 252 orang responden yang terdiri daripada pelajar Orang Asli di empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah, Sekolah Menengah Kebangsaan Slim dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir lohari. Kajian ini telah menggunakan soal selidik berkaitan gaya keibubapaan iaitu Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk melihat didikan yang diterapkan oleh ibu bapa sarna ada gaya asuhan autoritatif, autoritarian, atau permisif. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian dan autoritatif dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala gaya keibubapaan permisif tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar Orang Asli. Kajian ini memberi implikasi secara teorikal dan praktikal kepada pihak tertentu s.....
Monograph Published 2007 1462 hits Available
6
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada penggunaan perisian komputer dalam pendidikan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, kajian ini juga berfungsi meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari muzik. Data mengenai kajian ini dikumpul melalui ujian pos. Di samping itu, satu set soal selidik digunakan dalam mengenalpasti sama ada perisian itu memberi kesan positif dari aspek pembelajaran, minat dan motivasi pelajar. Empat puluh orang pelajar Tingkatan 1 dari SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak telah dipilih secara rambang sebagai responden kajian. Pembelajaran menggunakan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah merupakan konsep baru. Kaedah pengajaran ini melibatkan pembelajaran nama-nama not menggunakan kibod. Objektif-objektif kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar pelajar mempe.....
Thesis Published 2005 1918 hits Available
7
Abstract
Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian N'Vivo berasaskan kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh van Dijk (1998). Analisis melibatkan tiga struktur iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Dapatan analisis struktur makro menunjukkan ayat dialog mempunyai tiga tema utama. Tema pertama tenia fitrah kejadian manusia yang meliputi asal kejadian manusia dan sifat-sifat kemanusiaan. Tema kedua tema akidah yang meliputi Islam, Iman dan Tauhid. Tema ketiga pula tema persoalan-persoalan fiqh. Dapatan analisis superstruktur menunjukkan ayat dialog banyak terdapat dalam surah panjang yang tidak membincangkan hukum fardu dan dalam surah makkiyyah. Pemilihan pekata dialog pula mewakili seluruh makhluk, manakala struktur dialog pula terdiri daripada permulaan, perk.....
Thesis Published 2014 8269 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui secara statistikal penggunaan komputer laptop di kalangan guru-guru yang dibekalkan dengan peralatan tersebut dalam mengajar subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dan hubungannya dengan minat, pengalaman, kecekapan, kemahiran, latihan, serta kesannya ke atas prestasi pencapaian pelajar dalam subjek yang berkenaan. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 10 orang guru yang merupakan kumpulan pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, Perak yang telah dibekalkan dengan komputer laptop oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang mengandungi 36 item. Item-item dalam soal selidik ini merangkumi soalan-soalan mengenai aspek latar belakang guru sebagai responden, minat, pengalaman, kemahiran, kebolehan, sikap, tabiat penggunaan, kesesuaian lat.....
Thesis Published 2005 808 hits Available
9
Abstract
Tujuan melaksanakan kajian ini ialah; (1) membangunkan koswer Peta Pintar Rujukan Grid (RG) yang  dapat menggantikan buku teks dalam mempelajari topik rujukan grid, (2) mengenalpasti pencapaian  pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG berbanding menggunakan  peta  topografi  di  buku   teks  di  dalam  topik  rujukan  grid,  dan  (3) membandingkan tahap minat pelajar terhadap  pendekatan koswer Peta Pintar RG dengan pendekatan peta topografi di dalam buku teks selepas  mempelajari topik rujukan grid. Seramai 82 pelajar Tingkatan 3 SMK. Khir Johari Sg. Sumun telah  dipilih daripada kelas sederhana dan lemah bagi mewakili kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.  Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan melalui 3 fasa kajian iaitu ujian pra, ujian pos,  dan soal selidik. Model ASSURE telah digunakan bagi membangunkan koswer Peta Pintar RG. Ujian t  digunakan bagi membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG dengan .....
Thesis Published 2007 740 hits Available
10
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara perbelanjaan persekolahan oleh ibubapa dengan prestasi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah. Kajian ini juga mengambil kira faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi pelajar di Sekolah Menengah. Sampel untuk kajian ini adalah melibatkan 96 orang pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Khir Johari, Sg Sumun Perak dan juga Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang boleh di kategorikan kepada perkara yang berkaitan dengan latar belakang pelajar, prestasi pelajar latar belakang ibu bapa dan juga berkaitan dengan perbelanjaan, persekolahan yang di tanggung oleh ibubapa. Data yang telah dikumpul oleh penyelidik di analisis dengan menggunakan perisian ' Statistical Package for Social Science (SPSS), version 11.0 for Windows'. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara perbelanjaan persekolahan pelajar dengan prestasi pelajar .....
Thesis Published 2006 449 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.