UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

20 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid Tahun 3 sekolah rendah menyelesaikan masalah matematik berayat berdasarkan Model Penyelesaian Masalah Polya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan bertujuan dan melibatkan seorang peserta Tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara. Peserta ini berada pada tahap penguasaan baik dalam matematik. Pengumpulan data menggunakan Teknik Think Aloud, Protokol Temu Bual dan Senarai Semak Pemerhatian. Dapatan kajian yang berbentuk rakaman video, skrip penulisan penyelesaian masalah dan catatan penyelidik dianalisis secara kualitatif melalui lima proses iaitu penerokaan data kajian, transkripsi, mengorganisasi, pengkodan dan analisis dapatan. Analisis menjelaskan proses penyelesaian masalah oleh murid merujuk kepada Model Polya, khususnya strategi melukis gambar rajah. Hasil kajian menunjukkan peserta telah melaksanakan proses me.....
Article Published 2018 866 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid tahun tiga sekolah rendah menyelesaikan penyelesaian masalah berayat matematik berdasarkan kaedah peta alir serta penguasaan kemahiran berfikir. Pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen kumpulan tidak setara digunakan dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan kelompok bertujuan dan melibatkan 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan di Dearah Petaling Perdana, Selangor. Namun, peserta kajian terdiri daripada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan bagi mengumpul data adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Data dianalisiskan berbentuk inferensi dalam kajian ini. Analisis inferensi melibatkan ujian-t sampel berpasangan yang menerangkan perbezaan dalam skor pencapaian ujian pra dan ujian pasca terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan serta perbezaan penguasaan kemahiran berfikir terhadap kumpul.....
Article Published 2022 793 hits Available
4
Abstract
Pelajar sering berdepan masalah untuk mengingat langkah melukis gambar rajah sinar dan mencirikan imej yang terbentuk bagi kanta dengan tepat. Ini disebabkan oleh kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang guru gunakan tidak berkesan untuk memberikan kefahaman menyeluruh dan pilihan strategi kognitif pelajar yang tidak sesuai dalam mempelajari subtopik pembentukan imej oleh kanta. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam melukis gambar rajah sinar bagi kanta menggunakan Teknik Easy Peasy Lenses (EPL) seterusnya mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan teknik tersebut dalam subtopik pembentukan imej oleh kanta. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan. Kajian ini dijalankan ke atas 24 orang pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah daerah Miri, Sarawak yang ditentukan melalui teknik pensampelan bertujuan. Data tinjauan awal dikutip menggunakan instrumen pra ujian kefahaman dan soal selidik tinjauan masalah berkenaan subtopik manakala da.....
Final Year Project Published 2023 1381 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kit inovasi LiOpKit Projektor bagi topik Cahaya dan Optik terhadap kefahaman melukis gambar rajah sinar pelajar Fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen dengan pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan mudah dan bertujuan dilaksanakan untuk memilih 17 orang responden. Instrumen kajian ini adalah borang kesahan pakar, soalan ujian pra dan pasca dan soal selidik kebolehgunaan LiOpKit Projektor. Perisian Statistical Packages for Social Science Version 27 (SPSS) digunakan untuk menganalisis nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach, Ujian-t serta skor min dan sisihan piawai bagi soal selidik kebolehgunaan. Kaedah peratusan persetujuan digunakan untuk menganalisis kesahan pakar. Manakala analisis Ujian-t digunakan untuk menganalisis soalan ujian pra dan pasca Hasil dapatan kajian mendapati nilai purata dari tiga orang  pakar untuk kesahan muka bagi kit dan instrumen adalah masing-masing sebanyak 90.28% dan 100% mana.....
Final Year Project Published 2023 3556 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalami komponen budaya, iaitu penerapan nilai matematik dalam pengajaran guru di bilik darjah. Fokus kajian adalah tentang dua nilai matematik iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme. Secara khusus kajian ini adalah untuk menjawab soalan tentang bagaimana penerapan nilai rasionalisme dan nilai objektisme berlaku dalam pengajaran matematik di sekolah rendah. Kajian dijalankan secara kualitatif melibatkan dua orang peserta kajian. Pemilihan peserta adalah secara bertujuan daripada sebuah sekolah rendah dari sebuah pekan di Negeri Perak. Pengumpulan data melibatkan pemerhatian, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Data kajian dianalisis menggunakan analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan guru tidak merancang secara bertulis pengajaran yang akan dijalankan. Dua jenis nilai, iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme dikesan terterap dalam pengajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun penerapan nilai.....
Article Published 2016 9208 hits Available
7
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran secara dwibahasa merupakan satu proses yang kompleks. Selain menggunakan lebih daripada satu bahasa (lisan dan penulisan), proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat lari daripada melibatkan kepelbagaian modaliti seperti gerak isyarat, jadual, rajah, dan model tiga dimensi. Kajian ini melihat bagaimana bahasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains secara dwibahasa, iaitu yang menggunakan bahasa Inggeris (bahasa pengantar) dan bahasa Melayu (bahasa kebangsaan). Fokus kajian adalah peranan kepelbagaian modaliti dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Data diperoleh daripada rakaman video pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, berserta temu bual dengan guru dan murid, serta pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis menggunakan pakej perisian Transana, khususnya untuk menjana dan meneliti prosedur pengekodan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian modaliti memainkan peranan yang pe.....
Article Published 2016 1542 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni kraf tentang bentuk seni kraf Gayo, motif-motifnya serta fungsi dalam konteks masyarakat Gayo. Seni kraf tradisional Gayo merupakan salah satu hasil kraf tangan dalam masyarakat yang terkandung didalamnya falsafah, moral dan nilai-nilai pendidikan dalam kehiduapan masyarakatnya yangdiwarisi sejak turun temurun. Pengumpulan data dilakukan dengan cara temu bual dengan tukang kraf, pentadbir pada jawatan Dewan Kraf Nasional Daerah dan masyarakat yang dianggap mengetahui tentang perwujudan makna simbol dalam Seni Kraf, serta dengan teknik pemerhatian dan perakaman visual seni kraf dan analisis dokumen dengan menghimpun penulisan artikel yang berkait erat dengan Seni Kraf. Analisis data dilakukan dengan model interaktif oleh Miles dan Huberman dan pengumpulan data dengan mengatur hasil temu bual, catatan lapangan dan benda lainnya yang berguna bagi peningkatan pemahaman pengkaji mengenai subjek k.....
Thesis Published 2015 1268 hits Available
9
Abstract
Nilai dalam pengajaran Matematik merupakan kualiti afektif dalaman yang membabitkan kepiawaian seseorang individu berfikir dan bertindak dalam pengajaran matematik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membincangkan pelaksanaan pengajaran nilai matematik dalam kalangan tiga orang guru matematik sekolah menengah. Data diperolehi melalui pemerhatian pengajaran kelas dan temu bual. Pemerhatian pengajaran kelas bagi setiap peserta kajian dibuat sebanyak tiga kali. Temu bual dilakukan sebelum dan selepas setiap pemerhatian pengajaran kelas, serta pada akhir proses pengumpulan data bagi setiap peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan nilai matematik dalam pengajaran kelas tidak dirancang secara eksplisit oleh ketiga-tiga peserta kajian. Dua nilai Matematik iaitu nilai objektisme dan nilai keterbukaan diterap secara tidak langsung dalam pengajaran oleh peserta kajian. Umumnya, nilai objektisme diterap melalui penggunaan simbol dan gambar rajah, sementara nilai keterbukaan diter.....
Article Published 2012 1280 hits Available
10
Abstract
Kajian kes ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa I bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap cara perlakuan metakognitif dengan menggunakan soal selidik berdasarkan “Reliability and Validity of State Metacognitive Inventory: Potential for alternative assessment” yang diperkenalkan oleh O’Neil dan Abedi. Fasa 2 dilaksanakan secara temu bual beipasangan dengan menggunakan instrumen soalan penyelesaian aljabar dan protokol temu bual. Sampel kajian terdiri daripada 238 orang pelajar tingkatan empat di sepuluh buah sekolah menengah harian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar-pelajar tingkatan empat tentang perlakuan metakognitif semasa menyelesaikan masalah bagi matematik tambahan adalah memuaskan dengan minnya adalah 2.77. Pelajar-pelajar yang berpencapaian cemerlang mempunyai persepsi yang lebih positif semasa menyelesaikan masalah berbanding dengan pelajar berpencapaian sederhana dan lemah. Didapati korelasi di antara persepsi pelajar terhadap aspe.....
Book Section Published 2006 5030 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.