UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

14 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid pelbagai tahap pencapaian dalam penyelesaian masalah soalan berayat matematik melalui Kaedah Analisis Kesilapan Newman. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, Kg Gajah, Perak. Sampel kajian terdiri darpada 61 orang murid tahun lima yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berpencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Data dipungut melalui satu set soalan ujian bertulis dan temu bual semi berstruktur. Analisis data dibuat setelah membuat saringan data dan kemudiannya mempersembahkan data seterusnya kepada membuat verifikasi data. Jenis kesilapan ditentukan dengan kesilapan langkah kerja yang pertama dilakukan oleh murid dalam penyelesaiannya dan diklasifikasikan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuai. Dapatan kajian menunjukkan murid berpencapaian cemerlang lebih cenderung melakukan kesilapan.....
Article Published 2016 4785 hits Available
3
Abstract
Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya En. Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penjelasan ini bermula dengan pengenal pastian intraestetik karya iaitu bentuk, imej dan simbol dalam karya tersebut. Ini seterusnya membawa kepada melihat pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial. Pengaruh yang dimaksudkan adalah persekitaran, perilaku, keperluan serta nilai dalam seni ‘folk art’ Zahir Yusof sebagai satu unsur apresiasi ekstraestetik. Satu bentuk ‘folk art’ telah dianalisa berdasarkan konsep tema tertentu iaitu ‘decoupage'. Nilai kepercayaan mewujudkan identiti Zahir Yusof yang tersendiri terhadap gaya dan olahan idea yang dihasilkan. Penjelasan apresiasi ‘folk art’ Zahir Yusof ini memberi makna dalam aspek rupa bentuk, imej dan simbol serta meninggalkan pengaruh positif terhadap institusi sosial masyarakat pada masa kini...
Article Published 2016 2551 hits Available
5
Abstract
Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya  Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penyelidikan ini bermula dengan pengenalpasti  intraestetik   karya  iaitu  bentuk,  simbol  serta  imej  dalam  karya.  Ini seterusnya membawa kepada melihat  pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial masyarakat.  Pengaruh  yang  dimaksudkan  adalah   persekitaran,  perilaku,  keperluan serta nilai dalam seni ‘Folk Art’ Zahir Yusof sebagai satu  unsur apresiasi ekstraestetik. Empat  bentuk  ‘Folk  Art’  dianalisa  berdasarkan  konsep  tertentu   iaitu  ‘Rosmaling’, ‘Zhostovo’,   ‘Bauernmalerei’   serta   ‘Canalboat’.   Penyelidikan   ini    mempraktiskan metod   kualitatif   dengan   pendekatan   kajian   kes   disamping   menggunakan    empat kaedah  utama  iaitu  rakaman  fotografi,  pemerhatian,  temu  bual  serta  dokumentasi.  Dapatan.....
Thesis Published 2017 2649 hits Available
6
Abstract
Mathematics is indispensable in daily activities and is a required subject in the education system. By understanding the possible factors contributing to students’ ability to learn mathematics, paving solutions to overcome the debility is conceivable. This study aims to examine the effect of gender and ethnicity on students’ performance in the topics of Rational Number, Factors and Multiples, and Algebraic Expressions. A total of 181 secondary school students from eight schools (male = 97, female = 84; Malay = 109, Chinese = 44, Indian = 28) were selected as sample of this study.  Their response in a nine-item mixed-format mathematics test was thoroughly analysed to provide coherent information on their performance on each topic. Results showed that there was no significant difference in the students' performance based on gender. Yet, Chinese students demonstrated higher mean scores in all topics compared to their Malay and Indian counterparts. This article provides a discussion .....
Article Published 2020 1573 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai instrumen inventori nilai murni berdasarkan persepsi guru Bahasa Melayu. Teori perkembangan moral dan etika oleh Kohlberg telah digunakan dalam kajian ini yang mengfokuskan kepada elemen moral dan etika yang mendasari nilai murni. Kaedah kajian menggunakan reka bentuk kajian kes. Populasi guru Bahasa Melayu di sekolah menengah di daerah Sabak Bernam adalah seramai 195 orang dan sampel kajian seramai 50 orang guru Bahasa Melayu telah dipilih daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Sabak Bernam secara rawak kluster. Instrumen kajian terdiri daripada satu set inventori yang mengandungi 17 dimensi nilai murni yang telah diadaptasi daripada Mohd Khairi bin Hj Othman. Kesahan konstruk inventori tersebut telah disahkan oleh empat orang pakar bidang dan nilai kebolehpercayaan instrumen berdasarkan pekali Alfa Cronbach adalah α = 0.96. Inventori nilai murni ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Data kajian telah dianalisis menggu.....
Thesis Published 2020 3304 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara stail kepimpinan Guru Besar dengan tekanan kerja guru. Kajian ini khususnya mengenalpasti korelasi antara stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau timbang rasa dengan tekanan kerja guru. Kajian ini juga meninjau perbezaan stail kepimpinan Guru Besar berdasarkan faktor demograhi seperti jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Sejumlah 346 orang guru dari lapan buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu, Kelantan menjadi responden kajian. Alat ukur ‘Leader Behaviour Questionnaire’ (LBDQ) digunakan untuk mengukur stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa. Alat ukur ‘Teacher Job Stress Questionnaire’ (TJSQ) digunakan untuk mengukur enam faktor tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, kekangan masa, pengiktirafan professional, kekaburan peranan dan konflik peranan. Sampei kajian dipilih secara rawak berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan bantu.....
Thesis Published 2005 443 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah  (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan  pembelajaran Biologi berbanding pengajaran biasa (PB). Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang  persepsi dan penerimaan pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam  pengajaran dan pembelajaran Biologi.  Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi  eksperimen yang melibatkan 76 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 37 dalam kumpulan rawatan dan 39  orang dalam kumpulan kawalan dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Daerah Kinta.   Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian dan soal selidik motivasi yang telah  diberikan kepada semua pelajar manakala data bagi persepsi dan penerimaan  guru dan pelajar  terhadap PBM diperolehi melalui soal selidik yang dikendalikan ke atas pelajar-pelajar dan guru  yang terliba.....
Thesis Published 2007 655 hits Available
10
Abstract
Each model should undergo a usability evaluation to ensure a model meets the users’ needs and expectations. This is a process of testing the model with real users to measure how user-friendly and effective it is. Therefore, this study aims to evaluate a model of School Leaders Competencies in Data-Driven Decision Making (SLC3DM). The model has been designed and developed using the Design and Development Research (DDR) approach, which involves three phases: the need analysis phase, the design and development phase, and the usability evaluation phase. However, the researcher only focuses on this paper in the third phase. The model was designed using the Fuzzy Delphi Method (FDM) technique, which entailed consensus from a 20-expert panel. The model usability evaluation phase discovered that all 13 components of the SLC3DM model had high expert consensus. Overall, based on the consensus of the experts, the SLC3DM model is appropriate for usage and implementation. As a result, school lead.....
Article Published 2024 270 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.