UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

140 record(s) found

1
Abstract
Interaksi peradaban dilihat sebagai satu proses yang berlaku kepada mana-mana peradaban. Proses ini melambangkan sifat semulaj adi manusia sebagai watak utama peradaban untuk hidup bermasyarakat. Kesan interaksi akan membawa natijah positif atau negatif kepada sesuatu peradaban. Kesan positif tentunya akan membawa kehidupan masyarakat yang baik, penerapan nilai-nilai mumi dan kecemerlangan kepada peradaban berkenaan. Keadaan ini juga berlaku ke atas peradaban Melayu yang tidak sunyi daripada berinteraksi dengan peradaban lain seperti Cina, India dan Islam. Perubahan besar telah meletakkan asas tamadun Melayu untuk "memperadabkan" atau "mentamadunkan" dirinya sehingga membawa kedudukannya ke mercu kecemerlangan. Kertas kerja ini hanya meninjau kesan positif ke atas peradaban Melayu hasil interaksinya dengan peradaban-peradaban lain...
Conference Item Published 2005 3014 hits Available
2
Abstract
Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada disana. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 80) Petikan di atas menunjukkan bahawa Melaka adalah pusat kegiatan perdagangan pada abad ke-14. Buku sejarah China zaman lampau menyebut “Ma La Jia” (ejaan bahasa Cina) yang merajuk kepada “Melaka” dan disebut pula sebagai “Ma Liu Jia” atau “Ma La Jia”. (Yuanzhi: 2000). Ini menunjukkan Melaka dikenali sehingga ke negara Arab dan China. Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di pesisir Selat Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan para pedagang asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar Melaka menjadi anak kunci penting dalam pemiagaan laut antarabangsa dari Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia Barat, negeri China dan Asia Timur, tanah besar Asia hingga ke Kepulauan Asia Tenggara pada ketika itu...
Conference Item Published 2003 2115 hits Available
3
Abstract
Tesis ini merupakan kajian tentang Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang menjadi tumpuan komunis ketika zaman darurat. Komunis menjadikan estet-estet di Hulu Langat sebagai tempat gerakan serangan mereka terhadap kerajaan British. Komunis melakukan pelbagai bentuk keganasan dan kekejaman yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat dalam usaha melakukan kekacauan dan menimbulkan suasana yang tidak aman serta melemahkan kedudukan ekonomi British di Hulu Langat. Pengkajian dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh manakah ancaman keganasan yang bersifat tidak kolektif dan kesan daripada keganasan yang bersifat tidak kolektif ini terhadap penduduk Hulu Langat pada zaman Darurat. Pengkajian juga membincangkan faktor-faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Kajian ini men.....
Thesis Published 2015 4324 hits Available
4
Abstract
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga .....
Article Published 2012 2514 hits Available
5
Abstract
Undang-undang Adat merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan masyarakat ke arah nilai sahsiah yang baik. Masyarakat akan lebih bertanggungjawab denga adanya undang-undang yang boleh dirujuk sekali gus membentuk disiplin individu dan anggota masyarakat itu sendiri untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Undang-undang Melaka merupakan teks utama dalam sistem perundangan yang diguna pakai pada zaman kesultanan Melayu. Undang-undang ini banyak memaparkan peraturan adat yang mesti dipatuhi oleh masyarakat Melayu dalam mewujudkan keharmonian semua pihak. Pemakaian Undang-undang Adat ini terhadap sahsiah masyarakat boleh memberi gambaran tentang kesan terhadap amalan sahsiah negatif yang dilakukan oleh masyarakat untuk memberi panduan kepada masyarakat kini melalui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Undang-undang Adat. Bagi melihat peristiwa-peristiwa yang berkaitan, naskhah Sulalatus Salatin digunakan dalam kajian ini sebagai panduan kepada khalayak umum...
Article Published 2016 1119 hits Available
6
Abstract
Makalah ini membincangkan tentang zaman pra-Islam di negeri Kedah berdasarkan tinggalan arkeologi. Ini kerana selain dari catatan asing dan tulisan dalam beberapa manuskrip Melayu atau kesusasteraan Melayu klasik, tinggalan arkeologi juga dapat membekalkan maklumat berkaitan dengan negeri Kedah. Memandangkan Kedah melalui sejarah yang panjang, maka persoalannya sejauhmana penemuan arkeologi dapat menyokong dan seterusnya membuktikan perkembangan sejarah khususnya berkaitan dengan zaman pra-Islam di negeri Kedah. Sejauhmana tinggalan budaya kebendaan itu dapat menggambarkan asimilasi dan transformasi kebudayaan manusia turut berlaku disebabkan oleh kemunculan pengaruh keagamaan di negeri Kedah. Justeru, objektif kajian ini akan meneliti secara komprehensif tinggalan arkeologi serta mengklasifikasikan maklumat yang diperolehi untuk memantapkan pensejarahan negeri Kedah. Penyelidikan ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan membuat rujukan di arkib dan perpustakaan awam. Hasil kajian me.....
Article Published 2016 1674 hits Available
7
Abstract
Kurikulum ilmu qira’at al-Quran merupakan kurikulum pertama dalam perkembangan pendidikan Islam. Ia adalah ilmu pertama yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Ia berkait dengan aspek talaqqī, mushāfahah dan hafazan al-Quran. Artikel ini membincangkan mengenai kurikulum yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam proses pengajaran al-Quran kepada para sahabat. Di samping kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh baginda SAW dari aspek metod pengajaran, bahan pengajaran, kaedah pengajaran dan tujuan kurikulum, qira’at itu sendiri yang menjadi asas dan contoh dalam pendidikan kurikulum qira’at di masa kini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan kurikulum yang digunakan oleh Rasulullah SAW dengan kurikulum qiraat masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa kurikulum qiraat yang diterapkan oleh Rasulullah SAW digunapakai sehingga ke hari ini dan ia telah menjadi teras kurikulum dalam pengajian ilmu qiraat...
Article Published 2016 2374 hits Available
10
Abstract
Tujuan artikel ini bertujuan meneliti kepentingan dan peranan huiguan dalam komuniti Cina semasa pentadbiran British. Artikel ini berfokus kepada huiguan yang ditubuhkan sebelum tahun 1957 dan peranan huiguan tersebut terhadap orang Cina Bentong. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian ini dilakukan berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder daripada laporan tahunan dan manuskrip persatuan, buku, jurnal, serta majalah terbitan huiguan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Persatuan Dewan Perniagaan Cina Bentong, Persatuan Kwangsi Bentong dan Persatuan Dewan Perhimpunan Cina ialah huiguan yang paling awal ditubuhkan dan berpengaruh dalam komuniti Cina Bentong. Penubuhan Huiguan tersebut memainkan peranan penting dalam menyediakan kebajikan dan bantuan kepada anggota seperti menyediakan tempat penginapan sementara memberi peluang pekerjaan, menguruskan hal perkahwinan dan pengebumian ahli, mengadakan aktiviti tradisi, adat resam dan kepercayaan orang antara .....
Article Published 2018 1129 hits Available
First Prev
Page 1 of 14

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.