UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

167 record(s) found

1
Abstract
This research is on reading comprehension and level of reading ability for form 4 students, based on short stories. This research also touches on how the comprehension and level of reading ability link to Bahasa Melayu PMR’s achievement. The short stories that been focused on, is from form 4 text book under Dewan Bahasa and Pustaka. The main purpose of this research is to identify how far the link is between reading comprehension and reading ability level and Bahasa Melayu PMR’s achievement for form 4 students based on the selected short stories. Furthermore, the other purpose of this research is to identifying the link on how far the difficulties in learning Bahasa Melayu by using reading skills can affect the student’s performance. A few factors that have contributed to these difficulties are, difficulties in learning shorts stories anthology, difficulties in understanding teaching, insufficient to read Bahasa Melayu book at home, insufficient to do comprehension homework and t.....
Thesis Published 2004 4133 hits Available
2
Abstract
Kertas kerja ini berdasarkan kajian dan analisis daripada projek penyelidikan Institut Peradaban Melayu UPSI bertajuk "Sejarah Lisan Tokoh-tokoh SITe". Projek kajian ini bertujuan merakamkan pengalaman dan sumbangan lulusan SITe dalam pelbagai bidang kemasyarakatan. Projek kajian ini dilakukan memandangkan amat sedikit sekali mak1umat yang tersimpan di UPSI mengenai rakaman sejarah dan peristiwa di SITe khususnya era sebelum Perang Dunia Kedua. Jika tidak dirakam dan didokumentasikan besar kemungkinan sejarah lisan mengenai latihan guru dan perguruan ini akan pupus memandangkan semakin ramai lulusan SITe (1022 - 1957) yang telah meninggal dunia. Skop kajian ialah merakam pengalaman responden sebagai guru pelatih semasa menjalani kursus selama tiga tahun di SITe Tanjong Malim, menjalani kelas (kurikulum) dan aktiviti luar kelas (kokurikulum), budaya belajar dan mengajar, aspirasi dan harapan sebelum diterima masuk ke SITe dan selepas lulus dan mendapat sijil perguruan dari SITe dan perk.....
Conference Item Published 2005 2872 hits Available
3
Abstract
Sejak tahun 1897, orang Cina-peranakan di Indonesia sudah menghasilkan 3,000 buah karya dalarn bahasa Melayu, yang lebih sesuai dipanggil Bahasa Melajoe tionghoa. Mereka telah diasirnilasi, dinaturalisasi atau melalui pembauran dengan bangsa pribumi di Indonesia seperti kelompok Java, Makassar dan lain-lain yang menyebabkan rnereka dipanggil peranakan. Walaupun begitu kesetiaan mereka masih disangsi sehingga hari ini. Melalui kajian novel yang ditulis oleh Thio Tjin Boen, salah seorang daripada penulis Cina-peranakan yang rnenulis di antara 1885-1940, akan meninjau persoalan identiti Cina-Peranakan yang berkaitan dengan persepsi mereka terhadap tradisi dan budaya kelornpok Java. Persepsi negative dan positif yang dipaparkan dalam diskusi, Thio Tjin Boen tentang identity hybrid mereka, dapat dikesan dalam sorotan terhadap perkahwinan campur antara orang Cina-peranakan dan orang pribumi di Indonesia. Segala peruntungan, perenungan dan kerumitan yang dialami oleh karektor-karektor atau di.....
Conference Item Published 2005 2415 hits Available
4
Abstract
Seperti yang dikatakan oleh Winsted kita tidak mungkin dapat rnemahami pemikiran dan budaya Melayu tanpa rnemaharni pantun. Di dalam pantun tercerrnin segala pemikiran, budaya dan tingkah laku bangsa Melayu. Pantun pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pantun berkait dan pantun biasa. Pantun berkait agak istimewa kerana ia mengungkap pemikiran yang panjang dan ada narasi. Oleh kerana pantun berkait panjang, sulit dihafal. Oleh yang dernikian, hari ini tidak banyak lagi pantun berkait yang hidup dalarn masyarakat. Penyelidikan saya rnendapati pantun Anak Ayarn, Pantun Berbilang Hari, Pantun Anak Indung dan Pantun Bandan adalah empat buah pantun berkait yang rnasih ujud dalarn bentuk lisan di Malaysia. Pada tahun 1997 -99 penulis bersama Prof Muharnad Haji Salleh melakukan suatu projek penyelidikan (IRPA) agak besar yang meliputi kajian asal-usul, penyebaran, seiarah, alarn pantun, pantun mantera, dan pantun peribahasa, pantun rnutahir di seluruh Nusantara. Kami telah melakukan penyel.....
Conference Item Published 2001 1508 hits Available
5
Abstract
Ahli ekologi manusia seperti Bronfenbrenner (1986) bersetuju bahawa peranan keluarga amat penting dalam pelbagai aspek atau dimensi perkembangan anak. Ibu dan ayah, sebagai orang pertama yang penting dalam kehidupan anak, menyediakan ruang dan persekitaran fizikal, sosial dan emosi yang boleh menggalak atau menghalang perkembangan kanak-kanak secara optimum. Selain itu, ibu dan bapa juga menyalurkan segala nilai, menetapkan peraturan, dan mengamalkan tradisi yang perlu diikut dan diakur. Menurut sistem teori ekologi, kedudukan anak dalam sistem tersebut adalah di tengah-tengah bulatan yang dinamakan sistem mikro, di mana terdapat tiga pengaruh utama, iaitu keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Dalam bulatan sistem mikro tersebut, anak mengalami pelbagai interaksi dengan keluarga, dan ini kemudiannya menyumbang kepada perkembangan psikologi dan emosi mereka...
Conference Item Published 2003 2231 hits Available
6
Abstract
The rights of custody and guardianship of the children are different from each other. Custody is primarily vested in the female, especially the mother, and guardianship is the right of the male, such as the father and grandfather. Both rights require different obligations from the mother and father. This article discusses the issues arising from custody and guardianship rights during marriage as well as after divorce. The issues that will be discussed are breach of duties by the custodian or guardian regarding child maintenance and access. The discussion also covers the issue of the choice of religion of the child, child habitual residence as well as the issue of travelling overseas with the child...
Article Published 2012 1465 hits Available
7
Abstract
Kajian ini menganalisis pengamalan dalam kalangan ibu bapa suku Banjar dalam mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 160 responden dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam kalangan suku kaum Banjar Daerah Kerian, Perak. Hasil kajian mendapati ibu bapa suku Banjar bersikap tegas dan istiqamah dalam mengajar, mendidik dan menasihatkan anak-anak dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dapatan kajian menunjukkan 97% responden suku Banjar mengajar solat sejak kecil hingga baligh, 98% menanamkan akidah dengan betul, 99% dilatih menghormati dan menyayangi orang tua, 72% mengajar mengaji al-Quran sehingga tamat, 93% dilatih berpuasa sejak kecil dan 89% dilatih berpakaian menutup aurat. Implikasi kajian kepada ibu bapa, anak-anak dan masyarakat turut dibincangkan...
Article Published 2014 3825 hits Available
8
Abstract
Taraf kesihatan yang semakin baik membawa kepada meningkatnya jangka hayat dan bilangan warga tua di Malaysia. Artikel ini meninjau tentang satu aspek spesifik berkaitan pengaturan kehidupan warga tua Melayu, iaitu kecenderungan memilih untuk tinggal dengan anak lelaki berbanding tinggal dengan anak perempuan. Dengan menggunakan kawasan luar bandar dan pinggir bandar di daerah Jerantut, Pahang sebagai kajian kes, artikel ini akan mengkaji peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua, terutama warga tua yang uzur dan terlantar sakit; dan juga anak lelaki sebagai sumber kewangan yang diharapkan oleh warga tua. Kajian ini melibatkan 54 warga tua Melayu yang berumur 60 tahun dan ke atas terdiri daripada pelbagai latar belakang ekonomi. Warga tua yang tinggal bersama anak lelaki berkahwin, sama ada tinggal di rumah mereka (warga tua) atau berhijrah ke rumah anak lelaki mereka, akan dipilih sebagai responden kajian. Maklumat telah dikumpul menggunakan borang kaji selidik dan dianalisi.....
Article Published 2016 2462 hits Available
9
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini atau ringkasnya PAUD di Indonesia dan Kurikulum PERMATA Negara di Malaysia. Tujuh soalan penyelidikan dikemukakan untuk menyiasat perbezaan dan persamaan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan, falsafah dan teori-teori yang melandasi kurikulum, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak, persediaan guru/pendidik, prasarana, sarana, dana, dan penglibatan ibubapa serta masyarakat dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Data/maklumat diperolehi melalui kaedah analisis dokumen, kajian pustaka, temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan (trustworthiness) dapatan kajian dicapai melalui teknik triangulasi. Sebanyak 51 dokumendan 16 buah makalah dianalisis, 12 individu ditemubual dan 4 buah Taman Kanak-kanak/Pusat Anak PERMATA Negara diperhati. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan besar dari segi pros.....
Thesis Published 2017 1235 hits Available
First Prev
Page 1 of 17

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.