UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

91
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh amalan kepemimpinan transformasi pengetua (karisma, merangsang intelek, bertimbang rasa secara individu, dan motivasi berinspirasi) terhadap komitmen organisasi (komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif) guru kaunseling dan kepuasan kerja (fisiologi, keselamatan, hubungan, fasiliti, kebajikan dan kewangan) sebagai perantara di Malaysia. Kajian kuantitatif ini melibatkan 466 orang guru kaunseling sekolah menengah di Malaysia yang dipilih secara pensampelan berstrata nisbah rawak. Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data melalui soal selidik yang diedarkan melalui dalam talian. Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu MLQ-Form 5, Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). Data dianalisis menggunakan SPSS 29.0 dan dimodelkan melalui perisian AMOS versi 26.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan dua pembolehubah iaitu kepemimpinan transformasi (M=8.30, SP=1.04) dan ke.....
Thesis Published 2025 78 hits Available
92
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik pengajaran berbantu multimedia Talking Tom dalam meningkatkan penguasaan kata kerja Bahasa Iban dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuasieksperimen. Seramai 30 murid Iban dan Baketan dari tiga kelas iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di Kapit, Sarawak dijadikan sampel kajian secara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pasca, dan soal selidik, manakala data dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan inferensi iaitu ujiant. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor pasca ujian antara kumpulan yang menggunakan aplikasi multimedia dan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran konvensional (F(4,85) = 23.671, p < .001), dengan tahap penguasaan awal juga memberi kesan signifikan terhadap pencapaian murid (F(2,85) = 141.349, p < .001). Keputusan ini menyokong hipotesis bahawa aplikasi multimedia melalu.....
Thesis Published 2026 95 hits Available
93
Abstract
This study explores the transformation of the zhuhu, the leading bowed string instrument in Yangxin Tea-picking Opera, through the integrated lens of musical structure, performative function and cultural status. The aim is to understand how the zhuhu, once central to melodic leadership and emotional modulation, has shifted to a subordinate position under the forces of modernization, institutional reform and intangible cultural heritage (ICH) policy. The research adopts an ethnographic methodology that combines fieldwork conducted between 2023 and 2024 with performance observation, semi-structured interviews and score analysis. Findings show a marked decline in the zhuhu_s improvisational agency and its reduction to a standardised accompanist, reflecting broader shifts in performance ecology and policydriven aesthetics. At the same time, the zhuhu retains symbolic potency rooted in local expressive traditions and collective ensemble memory. The study concludes that the zhuhu is not a fa.....
Thesis Published 2025 56 hits Available
94
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaruh kelayakan guru terhadap kualiti pendidikan awal kanak-kanak di tadika swasta. Fokus utama kajian adalah untuk memahami pengalaman guru tadika yang tidak mempunyai kelayakan formal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), serta bagaimana kelayakan akademik dan pengalaman mereka mempengaruhi amalan pengajaran, pengurusan tingkah laku dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai tiga orang guru tadika swasta di kawasan Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui temu bual tidak berstruktur, kemudian dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru tanpa kelayakan formal PAKK menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan pengetahuan pedagogi, kesukaran mengurus tingkah laku murid, beban kerja yang tinggi serta kekurangan sokongan lat.....
Thesis Published 2026 124 hits Available
95
Abstract
Kajian ini mengkaji kesan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri sebagai faktor utama, serta kepuasan kerja guru sebagai faktor pengantara terhadap komitmen organisasi. Kajian melibatkan 229 guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen yang digunakan adalah instrumen kecerdasan emosi guru, instrumen kendiri guru, instrumen kerja guru dan instrumen komitmen organisasai. Data yang dikumpul menggunakan beberapa kaedah analisis statistik melalui perisian IBM-SPSS versi 25 dan IBM-SPSS-AMOS versi 21. IBMSPSS digunakan untuk analisis preliminari termasuk penyuntingan dan saringan data, analisis deskriptif analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis kebolehpercayaan. Hasil dapatan menunjukkan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru berada pada tahap tinggi (Beta 0.159, p < .05; Beta 0.276, p < .001). Faktor-faktor seperti jantina, umur, tempoh berkhidmat, tahap pendidikan, dan tempoh berkhidmat di sekolah tidak mempengaruhi kecerdasan e.....
Thesis Published 2025 87 hits Available
96
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan yang  dilaksanakan oleh jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Instrumen untuk kajian ini ialah satu  set soal selidik (Instrumen Kaedah Penaksiran dan Penilaian Prestasi Sukan oleh Jurulatih) yang  dibina oleh penyelidik.  Soal selidik tersebut terdiri dari 38 item yang dibahagikan kepada enam  bahagian  1a1tu:  kaedah penaksiran;  prinsip pengukuran dalam sukan; analisis data; merekodkan  data; menggunakan keputusan penilaian prestasi serta kekerapan penilaian kecergasan fizikal dan  kemahiran sukan spesifik. Soal selidik ini mempunyai kesahan kandungan (telah disahkan oleh lima  orang panel pakar dalam bidang kejurulatihan, penilaian sukan, pedagogi sukan dan pembangunan  sukan) dan  kebolehpercayaan Alpha Cronbach (kaedah penaksiran dan priosip pengukuran dalam sukan a  = 0.89; analisis data, merekodkan data dan menggunakan keputusan penilaian prestasi a = 0.94;  kek.....
Thesis Published 2003 88 hits Available
97
Abstract
Pembentukan identiti nasional di Malaysia adalah suatu perkara yang rumit kerana kewujudan kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Kajian kes ini bertujuan untuk meneliti pembinaan identiti masyarakat pelbagai budaya khususnya mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti identiti sosial, membentuk hierarki identiti sosial serta mengenal pasti kaedah pembentukan identiti nasional. Teori utama yang mendasari kajian ini adalah teori identiti sosial oleh Tajfel dan Turner. Teori ini menerangkan tiga proses utama pembentukan identiti sosial iaitu (a) pengkategorian sosial, (b) identifikasi sosial, dan (c) perbandingan sosial. Enam elemen masyarakat pelbagai budaya pula diambil daripada model Banks iaitu etnik, bahasa, agama, gender, status sosioekonomi serta keupayaan mental dan fizikal. Responden kajian terdiri daripada 149 orang mahasiswa (119 responden untuk soal selidik dan 30 peserta untuk temu bual) dan 5 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar yan.....
Thesis Published 2020 123 hits Available
98
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehgunaan mendakan tanah lumpur sungai (MTLS) sebagai bahan alternatif menggantikan tanah liat konvensional untuk penghasilan seramik kontemporari. Kajian ini berdasarkan pendekatan eksperimental yang menggunakan kaedah studio praktis bagi menguji kadar keplastikan, kadar kecutan, dan kebolehkerjaan MTLS sebagai tanah liat alternatif. Sampel MTLS diperoleh dari tiga lokasi, iaitu Sungai Ringlet, Bertam, dan Tapak Pelupusan Habu di Cameron Highlands yang merupakan kawasan utama kejadian hakisan MTLS di Malaysia. Sampel sedimen ini dikelaskan kepada dua kategori, iaitu MTLS tidak diproses (MTLS1) dan MTLS diproses (MTLS2). Bagi tujuan pemprosesan dan pengekodan, sampel MTLS dikelaskan kepada enam jenis sampel yang terdiri daripada MTLS Sungai Ringlet 1 (R1), MTLS Sungai Ringlet 2 (R2), MTLS Bertam 1 (B1), MTLS Bertam 2 (B2), Sungai Tapak Pelupusan Habu 1 (H1) dan MTLS Tapak Pelupusan Habu 2 (H2). Selain itu, tiga teknik asas penghasilan seramik, ia.....
Thesis Published 2020 70 hits Available
99
Abstract
With the development of globalization and the increasingly fierce competition in the world market, most companies are seeking new business opportunities on a global scale. The development of information technology promotes the use of social media. The increase in a large number of online users makes social media an emerging purchase channel. For companies, how to use the advantages of social media to attract consumers to buy the company's products and services has become one of the most important challenges. In this light, this research aims to determine the factors that influence the purchase behaviour of consumers on social media. This article studies four basic elements, namely brand awareness, social media word of mouth, social media advertising and social media influencers. By using multiple regression analysis method to analyse 123 questionnaires, the survey results show that social media influencers have a significant relationship with consumers' buying behaviours. The results o.....
Article Published 2022 73 hits Available
100
Abstract
Quality of life is an analytic element with having lots of significance in employee_s life. A high quality of life is essential for an organization to continue to attract and keep employee. This study aimed to find out the factors that have an impact and impact of quality of work life and work health life balance of pharmaceutical employees. This study also will identify the relationships between the factors of quality of life with Work-Life balance. The data were obtained from 135 pharmaceutical employees by using Krejcie and Morgan Sampling Method. According to Krejcie and Morgan sampling method, for 200 people, 135 sample sizes are enough. For the data analysis, explanatory factor analysis and Pearson Correlation were conducted by using the SAS software. The results of this study conclude that the aspects of quality of life are cooperation and facilities, training and development, Facilities and Work Environment. Keywords: Organizational culture; TQM; Organizational performance; Du.....
Article Published 2022 74 hits Available
Page 10 of 1222

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.