UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
105912006
Book Section
Pelestarian tulisan Jawi : manifestasi seni Khat Islami di Masjid-masjid negeri Perak
Lubis Bukhari, Mohd. Radzi Idris, Al Muhsin Muhammad Anas,
Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini pula melalui pelbagai sistem ejaan. Sebagai susulan kepada perkembangan tulisan Jawi ini, lahirlah Khat Islami. Lebih tepat digelar seni khat Islami daripada istilah khat Arab (Muhammad Bukhari Lubis, 1995: 34). Sebenamya di Alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya Khat Islami juga berkembang dan diminati oleh kebanyakan orang. Oleh sebab itu contoh-contoh hasil tulisan ini boleh dilihat dalam pelbagai bahan seperti kertas, ubin, marmar, kayu, bulu ayam, bulu kambing, kaca dan sebagainya (boleh didapati daripada Koleksi Bukhari Lubis). Tempat atau ruang yang menerima tulisan khat ini adalah seperti buku, majalah, bangunan, dewan, kedai, iklan, papan tanda bandar atau jalan; dan tidak ketinggalan, malah yang terpenting, masjid (Muhammad Bukhari Lubis, 1995b: 32-34). Ini membuktikan bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa tokoh Khat Islami ini. Ada yang terlatih di negara kita sahaja, dan tidak kurang yang.....

3515 hits

105922012
Article
Malaysian-based science process skills inventory : development, validation and utilisation
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Md Yassin Sopia, Baharom Sadiah,
This study aimed to develop and validate an inventory that measures the whole range of basic and integrated science process skills as stipulated in the Malaysian science curricula and that is suitable for Malaysian lower secondary school students. The validated inventory was subsequently utilised to determine the differential acquisition of science process skills by gender, location, and ethnicity. In the instrument development phase which involves item generation and field testing, a reliable 60-item Malaysian-Based Basic and Integrated Science Process Skills Inventory (MB-BISPSI) that has a KR-20 reliability of 0.88, difficulty indices of items that range between 0.25-0.75 and discrimination indices which are above 0.4 was produced. In the main causal-comparative study using a sample of 1021 Form 2 students (548 girls and 473 boys) from seven (four rural and three interior) out of the eight secondary schools in Kapit Division, Sarawak, the findings indicate that the students achieved.....

1283 hits

105932012
Article
Nilai modal insan dalam novel sebagai sumber transformasi identiti belia di Malaysia
Md Idris Mohd Rashid, Mohd Nawi Norita Azrini,
Makalah ini melihat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagai bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah ‘Seteguh Karang’ yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii) berjiwa besar dan c.....

1921 hits

105942012
Article
P. Ramlees music : an expression of local identity in Malaya during the mid-twentieth century
Chan Clare, Suet Ching,
Tan Sri P. Ramlee’s (1929-1973) music dominated the popular music scene in Malaya (prior to 1957 when Malaysia became independent) during the mid-twentieth century. The local communities during his time were captivated by his velvety crooning voice and musical style. P. Ramlee’s music featured strong influences from Western tonality, yet exuded the musical aesthetics of the cultures inherent in Malaya. His music was influenced by the demands and aesthetics of urban entertainment, the rich multi-cultural society and the socio-political atmosphere. Many of P. Ramlee’s songs were influenced by the background of its directors who suited his songs to the themes and storyline of their films. The interplay between these various power structures were important in shaping P. Ramlee’s music. In this article, I argue that although P. Ramlee’s music mainly utilised Western musical instruments, tonality, and harmonies, his music was also localised to the flavour of the Malay, Chinese, Ind.....

1883 hits

105952012
Article
Peluasan makna alim : analisis semantik kognitif
Jalaluddin Nor Hashimah, Sarudin Anida, Ahmad Zaharani,
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna lain da.....

1290 hits

105962012
Article
Pembangunan model pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan metakognitif
In’am Akhsanul, Saad Noor Shah, Abdul Ghani Sazelli,
Proses berfikir secara Matematik bagi para pelajar itu sebenarnya memainkan peranan yang signifikan dalam penyelesaian masalah-masalah Matematik tetapi jarang diberi perhatian sepenuhnya. Proses ini perlu diberi penekanan dan difokuskan dalam pembelajaran Matematik yang boleh dilakukan melalui pendekatan metakognitif. Menyedari betapa pentingnya guru-guru dan keperluan pendekatan metakognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka satu penyelidikan dijalankan untuk membangunkan satu model pembelajaran matematik melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif. Pembangunan model pembelajaran matematik ini melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif mengandungi tiga tahap: a) kajian awal, diperihalkan dalam perbincangan berdasarkan kepada teori dan penyelidikan-penyelidikan sebelumnya; b) perancangan model, yang mengandungi aktiviti-aktiviti perancangan untuk komponen berikut: instrumen-instrument dan alatan-alatan pembelajaran serta atau model buku teks;.....

2013 hits

105972010
Thesis
Kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid India Tamil Kelas Peralihan : kelemahan dan cara mengatasi
R.Sivanthan V.Ramasamy@Ramiah
Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan aspek kelemahan yang seringkali dibuat oleh murid Kelas Peralihan semasa menghasilkan esei jenis gambaran. Seramai 30 orang murid India Tamil dari SMK Menglembu, Ipoh telah dipilih menjadi sampel kajian. Pengkaji ingin meninjau tahap kebolehan murid dalam penulisan karangan jenis imaginasi. Tahap kebolehan murid menghasilkan bahan karangan dilihat berdasarkan kecekapan berbahasa Melayu, isi dan pengolahannya. Pengkaji ingin mengenal pasti faktor yang menjadikan murid lemah dalam penguasaan kemahiran menulis, meninjau sejauh manakah aktiviti membaca, mendengar rancangan televisyen dalam bahasa Melayu dan gred keputusan karangan lalu mempengaruhi tahap penulisan esei. Semua responden diminta mengisi lengkap borang soal selidik dan seterusnya menghasilkan karangan jenis gambaran berpandu kepada tajuk yang disediakan oleh pengkaji sendiri. Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid lemah .....

1567 hits

105982012
Article
Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Saad Sukiman, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi,
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan amalan pengajaran kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah. Fokus utama diberikan kepada persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir yang merangkumi aspek pendekatan pengajaran, nilai dan kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, efikasi guru, dan juga sokongan kurikulum dan sekolah. Kedua, mengkaji pengajaran kemahiran berfikir yang diamalkan oleh guru Matematik dalam bilik darjah. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan amalan pengajaran kemahiran berfikir antara jantina dan pengalaman mengajar. Seterusnya kajian ini ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang guru Matematik sekolah menengah dalam Daerah Muar. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bah.....

3522 hits

105992016
Thesis
Students perceptions of science laboratory learning experience to acquire integrated science process skills among undergraduate students at UPSI
Arni Masthurah Abdul Hadi
The aim of this study is to identify the perception of undergraduate science students'towards laboratory learning experience in enquiring integrated science process skills (ISPS). A combination of survey and experimental research design are used in this study. The instruments used in this study are the Inventory of Student Laboratory Experience and the Integrated Science Process Skills, which divided into three parts which are Part A (demographic information), B (Likert's scale survey) and C (multiple choice questions test). This study was done on 209 undergraduate sciences students from three programme namely Physics, Chemistry and Biology Education in the Faculty of Science and Mathematics, UPSl. The data was analyzed using one-way ANOVA and Pearson correlation coefficient. The findings of this study show that a significant difference between the students' perceptions towards science laboratory learning experience. The motivators and assessment factors show a significant difference b.....

1014 hits

106002006
Book Section
Keberkesanan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI
Mahmood Abd. Hamid, Radzi Idris Mohd,
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada pelajar mulai Jun 1997 melalui dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Seramai 37 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK melalui cara yang sama seperti yang telah dilakukan semasa pengambilan pertama dibuat. Mereka telah bergraduat pada 2000. Mulai ambilan Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah. Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada lulusan Sijil Tinggi Persek.....

2374 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1060 of 1148 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.