|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10601 | 2015 Thesis | Keganasan komunis dan kesannya pada zaman darurat 1948-1960 di daerah Hulu Langat Selangor Roslan Muhamad Tesis ini merupakan kajian tentang Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang menjadi tumpuan komunis ketika zaman darurat. Komunis menjadikan estet-estet di Hulu Langat sebagai tempat gerakan serangan mereka terhadap kerajaan British. Komunis melakukan pelbagai bentuk keganasan dan kekejaman yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat dalam usaha melakukan kekacauan dan menimbulkan suasana yang tidak aman serta melemahkan kedudukan ekonomi British di Hulu Langat. Pengkajian dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh manakah ancaman keganasan yang bersifat tidak kolektif dan kesan daripada keganasan yang bersifat tidak kolektif ini terhadap penduduk Hulu Langat pada zaman Darurat. Pengkajian juga membincangkan faktor-faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Kajian ini men..... 3948 hits |
| 10602 | 2015 Thesis | Penilaian kepemimpinan pentadbiran Tun Abdul Razak 1969-1970 terhadap pemulihan keamanan negara Mohamad Asrol Arpidi Mamat Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi dan peranan Tun Abdul Razak dalam menangani rusuhan dan pembinaan perpaduan antara kaum. Kaedah kajian yang dilakukan adalah bersifat kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat yang diperolehi diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tun Abdul Razak menggunakan pendekatan bijak menerusi strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang dalam proses pemulihan keamanan dan perpaduan antara kaum. Di samping menggunakan beberapa strategi bagi mengendalikan rusuhan, Tun Abdul Razak juga bertindak menubuhkan kementerian, jabatan dan majlis dalam perkhidmatan awam serta membentuk dasar awam dan rancangan Malaysia yang berfungsi untuk memupuk perpaduan dan mengstruktur semula ekonomi antara kaum. Tun Abdul Razak berjaya membawa keamanan dan perpaduan antara kaum di negara ini menerusi strategi dan peranan yang digunakan dalam pentadbiran beliau. Kejayaan dan perubahan po..... 3820 hits |
| 10603 | 2016 Thesis | Analysis of DNA polymorphism within Rattus argentiventer (Robinson & Kloss) population in Pinang Tunggal paddy field, Pulau Pinang Muhammad Shahredza Sharuddin The purpose of this study is to categorise the trapped rice field rat, Rattus argentiventer in Pinang Tunggal paddy field into their respective haplotype groups and to investigate if mutation occurs in the VKORC1 gene of Rattus argentiventer that was exposed to anticoagulant rodenticide. The study also aims to determine the warfarin residue level in the liver of the rat samples. Prior to haplotype analysis, the DNA of the captured rodents was extracted and the HVR1 of mitochondrial DNA was amplified. Furthermore, Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP) analysis was used in order to investigate the mutation of VKORC1 gene. The rats’ livers were also being used to analyse the residue level of warfarin intake using the High Performance Liquid Chromatography (HPLC). The results showed that two haplotype groups among the 58 samples were detected and no mutation was found in the entire trapped rodent. The results also demonstrated that the amount of warfarin level in the liver was ..... 1263 hits |
| 10604 | 2015 Thesis | Pentaksiran berasaskan sekolah Pendidikan Seni Visual sekolah menengah Che Aleha Ladin Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini meneliti proses pelaksanaan, strategi yang digunakan dalam PBS dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual. Dalam kajian ini, pendekatan kajian kes kualitatif digunakan. Kajian dijalankan di dua buah sekolah menengah yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar. Seramai sembilan orang peserta terlibat. Mereka terdiri daripada dua orang guru, empat orang pelajar, seorang pentaksir kawasan, seorang Ketua Pentaksir Negeri Perak dan seorang bekas Ketua Pentaksir Negeri Perak. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Hasil kajian mendapati PBS Pendidikan Seni Visual dilaksanakan mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dengan adanya proses pemantauan dan peny..... 1735 hits |
| 10605 | 2003 Conference Item | Pendeta Zaba : Pemikir wawasan sains bangsa Salleh Mohammad Noor, Kertas kerja ini mencuba menampilkan Pendeta Za’ba sebagai pemikir wawasan sains dan teknologi bangsa Melayu. Selama ini Za’ba dilihat sebagai pejuang dalam bidang agama Islam, bahasa, kesusasteraan, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial sahaja melalui beberapa kajian dan penyelidikan. Pada tahun 1923 lagi, Za’ba mengemukakan wawasan saintifik melalui dua artikel pentingnya tent an g kemiskinan orang Melayu dan cara mengatasinya. Dengan pembentangan wawasan itu, Za’ba dilihat menyampai dan menyempurnakan empat jenis ilmu dan pemikiran secara bersepadu untuk pembangunan minda bangsanya. Teori empat jenis pemikiran bersepadu dikaitkan dengan ajaran Islam, teori tokoh-tokoh pemikiran Barat dan cara kehidupan masyarakat majmuk Tanah Melayu. Ketokohan dan kependetaan Za’ba dikaitkan dan dibandingkan dengan kemajuan sains dan teknologi Negara Jepun dan Wawasan 2020 Dr. Mahathir Mohamad dalam arus kemajuan zaman sains dan teknologi. Ternyata wawasan Za’ba tahun 1923 untuk bangsa..... 874 hits |
| 10606 | 2003 Conference Item | Iktibar pencerobohan ke atas Iraq : kewajaran memperkasa perpaduan Melayu Omar Rozeyta, Abu Bakar Suaibah, Md. Ali Azlah, Serangan tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat ke atas Iraq pada 17 Mac 2003 yang lalu menyaksikan operasi pemusnahan kerajaan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta warisan sejarah tamadun manusia yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Majoriti penduduk dunia menyaksikan peristiwa yang menyayat hat' dengan mangsa korban perang d: kalangan rakyat yang tidak berdosa berlaku setiap hari. Bom-bom berangkai yang ditujukan kepada sasaran kepentingan ketenteraan kerap kali tersasar dan mengenai petempatan penduduk awam. Kanak-kanak, wanita dan orang tua menjadi mangsa korban peluru berpandu yang didakwa oleh Amerika sebagai ‘peluru pintar’. Tentangan hebat yang dijangkakan diberikan oleh tentera Iraq terutamanya oleh tentera Republikan tidak kelihatan. Misters yang menyelubungi persoalan ke manakah perginya tentera terebut dan rakyat yang bersungguh-sungguh mahu mempertahankan tanahaimya daripada dicerobohi tentera Bersekutu pimpinan Amerika akhimya tei..... 1409 hits |
| 10607 | 2015 Thesis | Peranan Majalah Suloh Malaya dalam perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya 1946-1947 Arba'ahazura Supa'at Tesis ini merupakan kajian tentang Peranan Majalah Suloh Malaya Dalam Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada tahun 1946-1947. Suloh Malaya merupakan majalah rasmi yang diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Parti Kebangsaan Melayu bawah pimpinan Zulkifli Auni. Majalah ini dikendalikan oleh tokoh-tokoh politik PKMM. Kajian dilakukan bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan majalah ini dalam memberikan kesedaran orang Melayu bersatu untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan memperjuangkan hak kedaulatan rakyat selaras dengan misi dan visi perjuangan PKMM. Kajian ini menggunakan sumber primer iaitu majalah Suloh Malaya sebanyak lapan terbitan sebagai kaedah pentafsiran pemerolehan dapatan. Di samping itu juga penulis menggunakan sumber lain menerusi hasil penulisan penyelidik yang lepas berdasarkan buku-buku sejarah, akhbar, majalah dan skrip wawancara. Bagi memantapkan hasil kajian, penulis menggunakan sumber lisan untuk memperkukuhkan bukti dan kesah..... 1273 hits |
| 10608 | 2007 Thesis | Pemodelan prestasi akademik menerusi model persamaan berstruktur teguh Zulkifley Mohamed Pada masa ini kecerdasan dan kejayaan pelajar tidak dinilai seperti dahulu. Banyak teori baru berkenaan kecerdasan telah diperkenalkan dan secara perlahan-lahan mengambil alih teori kecerdasan tradisional yang mana hanya kebolehan kognitif (KK) sahaja digunakan bagi mengukur kejayaan. Penekanan harus dibuat terhadap kecerdasan menyeluruh, iaitu bukan sahaja terhadap kebolehan kognitif (KK), tetapi meliputi kecerdasan emosi (KE) dan kemahiran pengurusan (KP). Sebagai tambahan kepada KK, KE dan KP juga merupakan konstruk yang penting terhadap kejayaan akademik. Justeru, hubung kait antara ketiga-tiga konstruk kecerdasan ini seharusnya diketengahkan selari dengan falsafah pendidikan negara bagi menghasilkan pelajar yang menyeluruh. Dalam kajian ini, model persamaan berstruktur (MPB) digunakan bagi membangunkan model prestasi akademik (PA). MPI3 secara khususnya sesuai digunakan bagi memodelkan hubung kait antara konstruk bersandar dan tak bersandar berbilang secara serentak. MPB mampu men..... 1819 hits |
| 10609 | 2014 Thesis | Potentiometric determination of salicylate by using zinc aluminium 4(2,4dichlorophenoxy) butyrate nanocomposite as ion selective electrode Norseyrihan Mohd Sohaimi This study describes the construction and characterisation of zinc aluminium layered double hydroxides-4(2,4-dichlorophenoxy)butyrate (Zn/Al-DPBA) nanocomposite membrane electrode for determination of salicylate. The best performance of the membrane electrode was shown by having compositions Zn/Al-DPBA : PVC : 2-NPOE : NaTPB at 7 : 33 : 60 : 3 The sensitivity, selectivity, response time, working range and detection limit of the membrane sensor depends on the ionophore and the pH value of the solution. The best Nernstian slope for the membrane sensor is 58.8 ± 1.0 mV per decade in the concentration range of 1.0 x 10-5 to 1.0 x 10-1 M with a detection limit of 3.9 x 10-6 M. The potentiometric response is independent of the pH of the solution in the pH range 4.0 to 12.0 at temperature 25.0 ± 1.0 ºC. The proposed sensor was easy to develop, low cost, fast response time (11-35 seconds) and shows a good stability for at least 4 months without significant change in its performance characte..... 849 hits |
| 10610 | 2003 Conference Item | Kelab-kelab Melayu di Johor: amalan dan kecenderungan masyarakat Melayu pra-merdeka berpersatuan Abdullah Mohd. Akbal, Kertas kerja ini mencuba melihat perkembangan dan bentuk amalan berpersatuan oleh masyarakat Melayu di Johor sekitar tempoh 1945-1957. Dalam tempoh ini sebenamya di Johor terdapat satu arus dan gelombang yang dibina oleh gerakan sosial masyarakat Melayu. Di mana sahaja, sama ada bandar atau kampung satu fenomena bersosial mulai semarak kembali. Mereka terbentuk dalam pertubuhan-pertubuhan sosial yang sah. Kewujudan persatuan-persatuan begini telah memberikan sumbangan besar dan penting dalam situasi dan waktu masyarakat Melayu memerlukannya. Meskipun amalan berpersatuan di Johor dapat dikesani mulai 1915, namun kajian ini hanya membataskan tempoh 1945-57. Tempoh ini dipilih kerana ia mengandungi dua peristiwa besar, iaitu tamatnya penjajahan Jepun dan 1957, Malaya merdeka. Kedua-dua peristiwa itu menjadi pembuka dan penutup kepada amalan dan kecenderungan berpersatuan yang ingin diselidiki. Dari seg: peristiwa sejarah, ia bermula dengan gerakan penjajahan dan pendudukan tentera Jepun d..... 951 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1061 of 1142 | [ Next ] [ Last ] |