|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10451 | 2014 Thesis | Evolusi emosi novel Zaharah Nawawi Nordiana Hamzah Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup..... 1906 hits |
| 10452 | 2014 Thesis | The relationship between marketing practices, capabilities, orientation and performance of the service sector small medium entreprises in Pakistan Ghouri, Arsalan Mujahid The purpose of this study was to examine the relationship between marketing practices, capabilities, orientation and performance of the service sector Small Medium Enterprises (SMEs) in Pakistan. The data was collected from 240 randomly selected samples of SMEs in Karachi, Lahore and Faisalabad. The three cities were selected because they contributed the highest revenue to the country Gross Domestic Products. The data collected was analyzed using descriptive and inferential statistical analysis. The results showed that marketing practices, marketing capabilities and market orientation together explained 41.4 percent of the variance in the firm performance. Results of the study illustrated that marketing is weakly correlated to service sector SMEs of Pakistan, as marketing decision makers are not fully viable to marketing and its aspects due to their financial limitations. Therefore, it can be concluded that the study provides the idea that marketing practices, marketing capabilities an..... 1573 hits |
| 10453 | 2014 Thesis | Kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja di kolej vokasional, Malaysia Siva Rabindarang Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Selain itu, hubungan serta sumbangan kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja juga ditentukan. Pandangan tenaga pengajar tentang tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja juga dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu ‘explanatory mixed method design’. Seramai 457 responden daripada kolej-kolej vokasional di Malaysia dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah untuk menjawab soal selidik. Manakala seramai 8 responden pula dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk sesi temu bual dengan soalan separa berstruktur. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan distributif adalah sederhana tinggi dengan dimensi kerjasama pasukan adalah paling dominan. Ta..... 3973 hits |
| 10454 | 2016 Article | Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See, Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb..... 3860 hits |
| 10455 | 2016 Article | Social Return on Investment (SROI) framework for measuring the real value of Sungai Muda flood mitigation program Don Ramli Dona Raihana, Aiyub Kadaruddin, Arifin Kadir, Movement towards modern eco climate has seen an increasing interest in measuring the social impact of projects, programs, organizations, activities, businesses and policies. Everybody seems eager to know the ‘real value’ of the activities they carried out. Governments have a strong imperative responsibility to measure the social impact of policies, programs and funded activities. Managers would like to know the performance they have been achieved so far, with a chance to improve for continuous efficiency and effectiveness. Investors want to demonstrate the social value their money is creating. Corporations are showing interest in social investment. Corporate social responsibility would love to share the social benefits as a result from the social work they have done. Social return on investment (SROI) has emerged as an approach to meet these demands, as it has been promoted as a more holistic approach to demonstrate the value for money. Hence, this article attempts to investigate t..... 1137 hits |
| 10456 | 2014 Thesis | Sumbangan input-persekitaran terhadap pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah Kuan, Hee Pit Kajian ini bertujuan untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan faktor-faktor Input-Persekitaran yang menyumbang kepada pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 325 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari tujuh buah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Papar. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar memilih mata pelajaran ini kerana minat dan aturan sekolah. Terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara ketujuh-tujuh pemboleh ubah bebas yang dikaji dengan pencapaian Prinsip Perakaunan. Namun begitu, hanya pemboleh ubah kualiti usaha, interaksi dengan guru, interaksi dengan rakan, sumber pengajaran, serta pemboleh ubah dummy Bahasa Melayu (BM) Penilaian Menengah Rendah (PMR) gred C dan D (BM A vs BM CD) menyumbang kepada pencapaian Prinsip Perakaunan. Kajian mengesyorkan ..... 1049 hits |
| 10457 | 2014 Thesis | Kesan pembelajaran koperatif (Students Team Achievement Division - STAD) terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah Wong, Lee Leng Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan Pembelajaran Koperatif kaedah STAD (Students Team Achievement Division) terhadap pembelajaran matematik pelajar sekolah menengah. Reka bentuk eksperimen benar ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berlangsung selama enam minggu ini terdiri daripada 50 orang responden pelbagai kaum dan tahap pencapaian akademik yang diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, kumpulan rawatan (kaedah koperatif) dan kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul dengan menggunakan ujian pencapaian dan soal selidik sikap matematik. Pemerhatian dan rakaman video juga dilakukan. Perbezaan min ujian pencapaian dan soal selidik dianalisis secara inferensi dengan menggunakan ujian-t dan data pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis ujian-t bebas mendapati min ujian pencapaian dan sikap matematik kumpulan rawatan sifgnifikan (p.. 1518 hits |
| 10458 | 2016 Article | Pengetahuan tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi Ahmad Mohammad Zohir, Saidin Noorazlina, Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Satu instrumen yang terdiri daripada soalan-soalan daripada enam aspek iaitu kegiatan penanaman padi; perikanan; getah, kelapa dan buah-buahan; perubatan/kesihatan; pembalakan/produk perhutanan; dan alam sekitar secara umum telah dibangunkan dan ditadbirkan kepada 75 orang guru Geografi yang dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah di selatan Kedah. Analisis statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian t sampel bebas) telah dijalankan. Berdasarkan min skor pengetahuan kearifan tempatan, guru dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan kearifan tempatan berkait alam sekitar guru adalah pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru geografi berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar) dari aspek kear..... 1394 hits |
| 10459 | 2014 Thesis | Chitosan as an ionophore in a polyvinyl chloride based electrode for pH detection Mohd Hizuan Hamzah A heterogeneous membrane pH sensor based on chitosan, polyvinyl chloride (PVC) and a suitable plasticizer was developed. The best overall performance was shown by a membrane with composition ratio of chitosan (ionophore) : PVC (binder) : 2-nitrophenyl octyl ether (2-NPOE) (plasticizer) at 20 : 30 : 30 (w/w) respectively. The potentiometric responses were linear within pH 2 to 9, limit of detection at pH 9.5, slope 56.6 ± 0.4 mV per decade at 25.0 ± 1.0 oC and response time of 20.0 ± 5.0 seconds. A life time of more than 3 months was obtained. The sensor showed good selectivity and reproducibility towards hydrogen ion in the presence of a number interfering cations. Results were in agreement with a commercial pH electrode for pH measurement in fruit juice samples. The sensor has been utilized in the flow injection analysis (FIA) of pH at standard solution. The slope of 57.1 ± 0.2 mV per decade was linear at pH range of 2 to 7 at 25.0 ± 1.0 oC was obtained.. 1086 hits |
| 10460 | 2016 Article | Pembangunan bandar kecil di Sabah : isu dan cabaran Patrick Syivero, Imang Ubong, Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk memaha..... 1128 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1046 of 1165 | [ Next ] [ Last ] |