UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
105012016
Thesis
Dinamisasi Saung Angklung Udjo sebagai pusat pendidikan, pelancongan dan pembuatan alat muzik di Bandung, Indonesia
Soleh, Mochamad Dadang
Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis dinamisasi Saung Angklung Udjo (SAU) dalam menstruktur semula aspek pendidikan, pelancongan serta pusat pembuatan angklung agar bersesuaian dengan tatapan, permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi kajian literatur, pemerhatian, temuramah dan analisis rakaman muzik dan video. Responden dalam kajian ini ialah para pelajar sekolah menengah, pelancong tempatan, pelancong antarabangsa dan ahli pengurusan SAU. Analisis data kajian lapangan menunjukkan bahawa SAU merupakan organisasi yang dinamis dari segi intuisi mereka dalam mengadaptasi struktur persembahan SAU kepada permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa abad ini. SAU telah membina satu ekosistem pendidikan dan pelancongan yang berpusatkan kemasyarakatan serta menerokai penggunaan sumber semulajadi bagi menggerakkan ekonomi dan membekalkan kerja kepada masyarakat di Bandung. Kajian ini mencadangka.....

1440 hits

105022016
Thesis
Analisis proses kognisi dalam teks karangan bahasa Melayu sekolah rendah melalui kaedah hermeneutik
Hasnan Zakaria
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis proses kognisi dalam teks karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di Klang. Objektif utama kajian ialah untuk mengenal pasti karangan yang cemerlang, baik dan memuaskan, masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran karangan dan bagaimana proses kognisi mempengaruhi karangan yang dihasilkan oleh murid. Kaedah Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menganalisis karangan murid. Dalam kajian ini sebanyak 38 sampel karangan daripada murid tahun enam dipilih untuk dianalisis. Proses kognisi yang dikenal pasti berlangsung sepanjang penghasilan karangan oleh murid ialah seperti proses mengingat semula, menyusun semula idea, mengaitkan idea dengan pengalaman lampau dan juga menyesuaikan maklumat tersebut dengan karangan yang dihasilkan. Hasil kajian juga mendapati bahawa murid dapat mencungkil dan memproses maklumat semasa menulis karangan dengan menghasilkan sebuah karanga.....

3485 hits

105032016
Thesis
Relationship between social capital and teachers trust towards educational managers in schools at the district of Kuala Langat, Selangor
Noridah Said
The study aimed to determine the relationship between social capital and teachers’ trust towards educational managers in schools at the district of Kuala Langat, Selangor. Cluster sampling was used to select 255 primary and secondary school teachers. The questionnaire comprised of dimensions of educational managers’ social capital such as ability, opportunity and motivation as well as teachers’ trust in organization. Data was analyzed using descriptive statistics such as mean, percentage and inferential statistics which included correlation and regression analysis. The findings showed that the level of educational managers’ social capital and teachers’ trust in school organizations are at a high level. The dimensions of educational managers’ social capital are significantly associated with teachers’ trust in school organization where the ability dimension has the strongest association. The finding also showed that the dimensions of educational managers’ social capital h.....

765 hits

105042016
Thesis
Hubungan antara penerimaan dengan sikap terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran maya
Harmaniza Ishak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi optimis, persepsi inovatif, persepsi kegunaan dan persepsi mudah digunakan dengan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran dalam kalangan pelajar pasca siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kerangka konseptual kajian ini dibina dengan berpandukan kepada model Technology Readiness Index dengan Technology Acceptance Model. Sampel kajian adalah dalam kalangan para pelajar pascasiswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian korelasi. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi konstruk kesediaan teknologi, persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan, dan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran. Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regresi linear digunakan dalam analisis data kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persep.....

4370 hits

105052017
Thesis
Synthesis, characterisation and application of amphiphilic chitosan derivatives for water-insoluble pesticide formulations
Nurul Farhana Ahmad Aljafree
This study investigates the feasibility of amphiphilic chitosan derivatives, namely oleoyl carboxymethyl chitosan (OCMCs), N,N-dimethylhexadecyl carboxymethyl chitosan (DCMCs) and deoxycholic acid carboxymethyl chitosan (DACMCs) as carrier agents for rotenone in water-insoluble pesticide formulations. This research is divided into three parts, such as characterisation studies, performance studies and pot experiments. The characterisation studies were carried out using Fourier Transform Infrared (FTIR) Spectrometer, Proton Nuclear Magnetic Resonance (1H NMR) Spectrometer, CHN-O Elemental Analyser (CHN-O), Transmission Electron Microscope (TEM), Differential Scanning Calorimeter (DSC) and Thermogravimetric Analyser (TGA). The critical micelle concentration (CMC) of amphiphilic chitosan derivatives was determined using a Fluorescence Spectrometer. The ability of OCMCs, DCMCs and DACMCs to load and release rotenone in vitro system was determined using a High Performance Liquid Chromatograp.....

12626 hits

105062016
Thesis
Analisis intertekstualiti dalam puisi dinyanyikan karya Taufiq Ismail
- Habiburrahman,
Penyelidikan ini memfokuskan puisi-puisi keagamaan Nyanyian Puisi, Puisi Yang Dinyanyikan oleh Taufiq Ismail, yang terhimpun dalam buku Mengakar ke bumi Menggapai ke langit 1 (1953-2008) yang begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Indonesia. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti hubungan puisi-puisi tersebut dengan teks al-Quran dan Hadis, menghurai lapisan makna yang tersirat, serta mengkaji prinsip intertekstualiti yang terdapat dalam kumpulan puisi berkenaan. Pendekatan kualitatif digunapakai dalam kajian ini, manakala kaedah kajian diimplimentasi menerusi kajian kepustakaan. Sejumlah 92 puisi dianalisis berpandukan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva. Kajian ini menyimpulkan bahawa hampir kesemua puisi keagamaan Taufiq Ismail memiliki pengaruh daripada teks al-Quran dan al-Hadis. Dalam konteks teori intetekstualiti, prinsip transformasi adalah yang paling dominan diikuti prinsip ekspansi, modifikasi, haplologi dan paralel. Selain itu, pemilihan perka.....

8081 hits

105072016
Thesis
Kesilapan sebutan nada bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu
Chuah, Kee Ping
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan sebutan nada serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada dan kesilapan sebenar dalam sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan tinjauan ini melibatkan 88 orang pelajar UiTM yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin sebagai subjek kajian ini. Rakaman suara bacaan sebutan kata dwisuku dianalisis dengan perisian Praat untuk menganalisis dan mengenal pasti kesilapan sebutan nada. Soal selidik diedarkan kepada subjek kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada kata dwisuku dengan kesilapan sebenar yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap kesilapan sebutan nada adalah tidak selaras dengan hasil analisis sebenar. Maka, penekanan terhadap semua kategori sebutan nada kata dwisuku adalah diperlukan. Kesilapan interlingual, intralingual, dan developmental dan pers.....

2073 hits

105082016
Thesis
Kepimpinan instruksional dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor
Rodzimah Mohd Rodzi
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif untuk menjawab persoalan kajian dan hipotesis. Satu set instrumen telah digunakan untuk menilai kepimpinan instruksional guru besar dan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah kajian. Seramai 244 orang guru dari enam buah sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor telah dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak bersistematik. Analisis statistik deskriptif iaitu skor min serta sisihan piawai dan inferensi seperti ujian t, ANOVA dan analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan pembelajaran profesional guru. Kajian in.....

1791 hits

105092017
Thesis
Hubungan antara pengambilan kalori dan aktiviti fizikal dengan prevalen kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar yang bekerja
Dewi Hartaty Kholid
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara pengambilan kalori dan aktiviti fizikal dengan prevalen kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar yang bekerja. Seramai 54 peserta pelajar lelaki (n=26) dan wanita (n=28) pasca siswazah Sains Sukan UPSI yang bekerja secara profesional terlibat dalam kajian ini. Pengambilan kalori dikira berdasarkan rekod diet harian selama tiga hari. Penggunaan kalori dikira berdasarkan aktiviti fizikal peserta dalam seminggu iaitu jenis aktiviti fizikal, kekerapan dan tempoh setiap sesi dilakukan. Komposisi tubuh badan diukur menggunakan stadiometer BSM 370 dan mesin InBody 370 dengan merekodkan tinggi, berat badan, Indeks Jisim Tubuh (IJT), peratus lemak tubuh dan nisbah pinggang pinggul. Data demografi dianalisis menggunakan analisis data statistik deskriptif manakala ujian-t sampel tidak bersandar dan ujian korelasi dianalisis menggunakan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan lebih 60% pelajar diklasifikasikan dalam kategori .....

2464 hits

105102017
Thesis
The age-structured stochastics-(I (C) I (A))-R Model for acute and chronic hepatitis B disease mapping in Malaysia
Syabirah Md Ali
The main objective of this study is to introduce an alternative method to estimate the relative risk for acute and chronic hepatitis B based on the age group. This study considers the transmission of the disease in the S-(I(C) I(A))-R stochastic model and used it as the equation for relative risk. In this study, the SIIR model related with hepatitis B have been revised and expanded to formed an the alternative S-(I(C) I(A))-R model according to the age structure. Model S-(I(C) I(A))-R are based on the age structure proposed used to estimate the relative risk for acute and chronic hepatitis B in Malaysia. Results are compared with the general method used to estimate the relative risk by using SMR and Poisson-gamma model. Results of the analysis of data from Malaysia showed that, for acute hepatitis B, children identified as having a higher risk compared to adults. While for chronic hepatitis B, adults identified as having a higher risk compared to children. This decision is based on the.....

1142 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1051 of 1059 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.