UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

1661
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta pemikiran khususnya bentuk peta alir terhadap pencapaian penulisan karangan naratif Bahasa Cina dalam kalangan murid Tahun Enam. Salah satu permasalahan utama penyelidikan ini ialah murid merasa sukar untuk menghasilkan penulisan karangan naratif. Dalam usaha mengatasi permasalahan ini, peta alir telah digunakan untuk membolehkan murid mengstruktur isi dan idea dalam pola tertentu untuk memudahkan penulisan karangan naratif. Penyelidikan ini melibatkan seramai 60 orang murid tahun enam dari sebuah sekolah rendah daerah Kinta Utara, Ipoh. Teori yang diintegrasikan dalam penyelidikan ini merupakan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky. Reka bentuk penyelidikan ini melibatkan kaedah kuantitatif, iaitu penyelidikan kuasieksperimental yang disokong dengan penyelidikan tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penulisan Karangan Naratif (UPKN) dan soal selidik. Data kuantitatif dikumpulkan dan dianalisis secara statistik de.....
Thesis Published 2024 904 hits Limited
1662
Abstract
The purpose of the study is to explore the effectiveness of using Student Created Digital Storytelling (DST) in improving Ninth graders_ Critical Listening Skill (CLS) through retelling technique at Madinat Al-Oloum International School (MOIS) in Saudi Arabia. There are three objectives of the study, the first is to examine how ninth graders develop DST; the second is to investigate the impact of DST in enhancing Saudi ninth graders_ CLS through retelling and the third objective is to investigate the effects of DST on Saudi ninth grader_s CLS. The methodology of the study is using a mixed method research design. The qualitative research instruments are semi-structured interview, DST observation checklist on DST creation, audio recording of retelling and a CLS retelling observation checklist. The quantitative research instrument is the Critical Listening (CL) pre and post-tests. Sampling of the qualitative approach included eight participants who took part in the semi-structured intervi.....
Thesis Published 2024 818 hits Available
1663
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam PdPc pantun; menghuraikan proses penghasilan Jadual Kreatif Cipta Pantun (JUARA PANTUN) sebagai panduan mencipta pantun; menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi PdPc mencipta pantun Tingkatan 4 menggunakan Jadual Kreatif Cipta Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah kajian lapangan berbentuk temu bual, kajian kepustakaan dan analisis dokumen berdasarkan teori Perkembangan Kreativiti Fisher dan teori Kognitif Lev Vygotsky. Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru KMK dan lapan orang pelajar KMK. Instrumen kajian yang digunakan ialah protokol temu bual separa berstruktur, senarai semak analisis kandungan dan senarai semak penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dapatan kajian menunjukkan Jadual Kreatif Cipta pantun (JUARA PANTUN) dapat membantu guru dan pelajar mencipta pantun dengan mudah dan sistematik. Implikasi kajian JUARA PANTUN ini d.....
Thesis Published 2024 641 hits Available
1664
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk: (i) Menganalisis kelemahan kata tugas dalam penulisan karangan eksposisi murid India tingkatan tiga; (ii) Mengenal pasti faktor kelemahan kata tugas dalam penulisan karangan eksposisi murid India tingkatan tiga; dan (iii) Menganalisis perbezaan antara peratus faktor kelemahan kata tugas dengan markah penulisan karangan eksposisi murid India tingkatan tiga. Sampel kajian ialah 30 orang murid India tingkatan tiga. Sampel murid adalah daripada kelompok yang telah disedia, iaitu daripada kumpulan yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Data kajian telah dianalisis secara analisis teks secara tematik dan deskriptif. Data analisis teks ialah kelemahan kata tugas dan peratus faktor masing-masing dengan berpandukan Corder (1974). Hasil kajian menunjukkan terdapat enam jenis kelemahan kata tugas yang sering dilakukan oleh murid India tingkatan tiga dalam penulisan karangan eksposisi iaitu kata hubung, kata bantu, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata ban.....
Thesis Published 2023 501 hits Available
1665
Abstract
Kajian bertujuan menguji kesan modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran berdasarkan Terapi Kognitif Tingkahlaku terhadap Pengubahsuaian Corak Pemikiran dan Kesejahteraan diri dalam kalangan murid sekolah menengah. Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran berdasarkan Terapi Kognitif Tingkahlaku dibangunkan oleh Mohammad Aziz Shah dan rakan-rakan yang bertujuan untuk mengubah corak pemikiran berdasarkan konsep, prinsip dan teknik-teknik dalam Terapi Kognitif Tingkahlaku. Kesan eksperimen modul diuji menggunakan Inventori Pengubahsuaian Corak Pemikiran dan Inventori Pemikiran Positif dan Sihat. Responden kajian ialah 60 orang murid sekolah menengah di daerah Kuantan. Responden ini telah mengikuti kajian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan mengikuti dua bulan rawatan modul yang dijalankan secara dwi-mingguan, manakala kumpulan kawalan tidak mengikuti sebarang rawatan. Keputusan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Ujian-t bagi setiap hipotesis kajian. Taha.....
Thesis Published 2020 335 hits Available
1666
Abstract
Kajian ini merupakan pembangunan modul kepada pelajar sekolah vokasional bidang akuakultur di Aceh dengan menggunakan inovasi ekstrak Chromolaena odorata pada pembiakan ikan keli. Tujuan penyelidikan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan modul terhadap pencapaian pelajar. Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan ini melibatkan dua buah sekolah sebagai sampel kajian iaitu SMK Ummul Ayman sebagai Sekolah Rawatan dan SMK Negeri 1 Meureubo sebagai Sekolah Kawalan. Bilangan responden dalam kajian ini adalah seramai 70 orang pelajar. Model ADDIE (Dick dan Carry, 1996) adalah digunakan dalam pembangunan modul ini serta teori kontruktivisme, teori kognitivisme dan model Pembelajaran Berasaskan Projek. Data dikumpul melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca. Analisis data dilakukan menggunakan kaedah statistik kuantitatif, termasuk analisis inferensi, untuk menentukan sama ada terdapat peningkatan ketara dalam pencapaian p.....
Thesis Published 2024 964 hits Available
1667
Abstract
ABSTRAK Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan untuk menentukan kesan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (PBI) ke atas pemerolehan kompetensi pemikiran sistem dalam meningkatkan keupayaan pelajar menghubungkan sebab – akibat merentasi skala spatial, temporal, disiplin dan budaya. Sampel 133 pelajar tingkatan satu di tiga buah sekolah menengah Daerah Batang Padang, Perak dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan rasional ‘intact group’ iaitu kumpulan pelajar sedia ada. Dua kumpulan eksperimen menerima intervensi PBI dan PBI dengan penerapan kearifan tempatan (PBI-KA) dan kumpulan kawalan secara pengajaran tradisional. Keputusan ANOVA mendapati perbezaan signifikan, p..
Article Published 2024 561 hits Available
1668
Abstract
ABSTRACT The objective of the article is to refine and shape the government policy of Bangladesh so that the country can exist in the competitive world labour market and earn much foreign remittances. This article would find out the ideal attitudes and policies for the three categories of migrants: pre-migrants, out-migrants and post-migrants for the consideration of the concerned ministry of Bangladesh. For this article, empirical data has been collected from the survey area. This survey was conducted over Chandina Upazila of Cumilla district in August, 2019 through a structured questionnaire. This paper will investigate the capabilities and backgrounds of those three categories of migrants on seven criteria: age, education, language-efficiency, trade-skills, bank account experience, familiarity with insurance policy and leave-before profession at place of origin. Then the data-set has been input in the SPSS programme for analysis. Due to the government policies regarding labour migra.....
Article Published 2024 582 hits Available
1669
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan, pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Kajian ini juga meneliti hubungan dan pengaruh pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru terhadap penggunaan DELIMa. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak berstrata melibatkan 300 orang guru sekolah menengah harian di daerah Hulu Selangor, Selangor. Instrumen kajian ialah satu set soalan soal selidik yang mengandungi empat bahagian; penggunaan, pengetahuan, kemahiran dan sikap DELIMa. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap penggunaan, pengetahuan, kemahiran dan sikap DELIMa, manakala statistik inferensi pula melibatkan ujian Korelasi Pearson yang menerangkan hubungan antara pemboleh ubah kajian dan ujian Regresi Berganda yang menerangkan hubungan sebab akibat a.....
Thesis Published 2024 1660 hits Available
1670
Abstract
This study highlights the problems faced by primary students in learning English language, studying the effects of the translanguaging strategy in writing and investigating the students_ perceptions on the translanguaging strategy for their writing practice. Five students participated in this qualitative study and three types of data were collected through students_ written essay, classroom intervention and students_ interviews. The results revealed that the students_ were having difficulties learning English monolingually in the classroom. After the implementation of translanguaging strategy, the students interacted more, understood the lesson better, participated actively in classroom discussion and felt more comfortable to exchange ideas with classmates. Results of the students_ written essay also shows that the students improved gradually as they made less spelling errors, produced better sentence structures and were able form new vocabulary and wrote grammatically correct sentence.....
Thesis Published 2023 868 hits Available
Page 167 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.