|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2201 | 2020 Thesis | Pembangunan dan pengesahan Modul BBM k-MAGIK terhadap kekemasan tulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder Noor Azizah Ngah Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan mengesahkan kesesuaian Modul BBM k-MAGIK terhadap kekemasan tulisan Bahasa Melayu murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini menggunakan model ADDIE dengan kaedah reka bentuk pembangunan modul yang dilaksanakan dalam lima fasa iaitu (1) Analisis Keperluan, (2) Reka Bentuk PdP, (3) Pembangunan Modul, (4) Pelaksanaan Modul dan (5) Penilaian Kesesuaian Modul. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang responden yang telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu 35 orang guru PPKI, lima orang pakar kesahan modul dan 30 orang murid ADHD. Empat instrumen kajian telah dibina iaitu (1) soal selidik tinjauan keperluan modul, (2) soal selidik kesahan kandungan modul, (3) ujian kekemasan tulisan, dan (4) borang pemerhatian guru terhadap tulisan murid selepas penggunaan modul. Statistik deskriptif telah digunakan dalam menganalisis data seperti peratusan, min dan sisiha..... 537 hits |
| 2202 | 2024 Thesis | Developing an ELT textbook evaluation checklist for senior high school EFL teachers in South Kalimantan, Indonesia Lailatul Kodriyah The present study aims to develop an ELT textbook evaluation checklist for EFL senior high school teachers in Indonesia as a guideline to ensure the use of commercially-produced ELT textbooks in Indonesia serves its purpose. This study employed Design and Development Research (DDR) method and used mixed-method research design for the data analysis. The research was conducted in three phases namely: 1) Phase 1: Design and development, 2) Phase 2: Validation, and 3) Phase 3: Implementation. Document analysis, semi-structured interview and questionnaires were used to gather the data. Interview with EFL teachers and document analysis were conducted to develop the proposed checklist. Two main constructs namely general criteria and teaching language content criteria were focused on. There were 74 criteria under the main constructs. The checklist was then validated by experts. The results of the validation phase showed the agreement among ten experts toward the usefulness and effectiveness of..... 375 hits |
| 2203 | 2024 Thesis | Pembangunan Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah di Malaysia Norliza Samad Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan menilai Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Rendah di Malaysia. Kajian ini merupakan gabungan pelbagai kaedah penyelidikan dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). DDR dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa Analisis Keperluan menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan seramai lapan orang PKP baharu. Analisis tematik digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian mengesahkan keperluan kepada pembangunan model dalam empat bidang utama; iaitu Kepimpinan, Instruksional, Tadbir Urus dan Emosi Diri. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan seramai 26 orang pakar bidang. Analisis FDM digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 57 elemen kompetensi telah memenuhi syarat FDM dengan nilai d_0.2, kesepakatan_ 75% dan _-cut> 0.5. Elemen disusun ol..... 7004 hits |
| 2204 | 2024 Thesis | Kesan Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku- Psikospiritual Al-Ghazali terhadap penghargaan kendiri, efikisi kendiri dan daya tindak mangsa buli siber Mapatan Sudin Tujuan kajian ialah untuk membina Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku- Psikospiritual al-Ghazali dan menguji kesan Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku-Psikospiritual al-Ghazali terhadap penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak remaja mangsa buli siber antara kelompok rawatan dengan kelompok kawalan. Kajian kuasi eksperimen pra ujian dan pos ujian dijalankan ke atas 80 sampel yang terdiri daripada 40 sampel kelompok rawatan dan 40 sampel kelompok kawalan dalam kalangan remaja tingkatan dua beragama Islam sederhana mangsa buli siber. Sampel kelompok rawatan didedahkan dengan intervensi Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku-Psikospiritual al-Ghazali sebanyak 10 sesi yang mengambil masa lima minggu. Instrumen Rosenberg Self Esteem Scale (RSES), General Self Efficacy Scale (GSES) dan Adolescent Coping Scale (ACS) digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak dalam ukuran pra ujian dan pos ujian. Data dianalisis secara desk..... 940 hits |
| 2205 | 2023 Article | English language learners’ readiness towards mobile assisted language learning Muhammad Hilmi Che Ahamad Learning a second language (i.e. English) with the use of mobile technology has been widely accepted around the world. While there are numbers of research focusing on its effectiveness, students’ readiness in accepting the learning approach is yet to be studied. This research aims to investigate the level of readiness among students towards learning the English language via mobile. An adapted version of Parasuraman’s Technology Readiness Index (TRI) questionnaires was employed as the research instrument. A total of 180 respondents from a public university in Malaysia was involved in the study. The research found that the students projected a moderate level of readiness. This is as they are highly optimistic and innovative towards mobile learning but also have a high level of discomfort and insecurities towards it. It is suggested for further research to be carried out to identify the factors influencing students’ readiness and widen the sample by including other tertiary institut..... 420 hits |
| 2206 | 2023 Article | A comparative study between Harriet Beecher Stowe’s Uncle Tom’s Cabin and Zhang Ailing’s love in a fallen city Shi, Shaohua Harriet Beecher Stowe and Zhang Ailing are two renowned female writers who enjoy highly comments in the history of female feminism literature. They are writing from their own experiences and female perspectives to awaken the females and common people to pursue personal happiness and freedom. Besides, they advocated to transfer feminist ideas into daily behaviors. Harriet Beecher Stowe’s advocation of abolishing slavery promoted the large-scale social thinking, echoing the abolition movements in Britain and France. Her feminist ideas not only broke the shackles from being male’s attachments of females, but also changing the weak and fragile images of females. What’s more important, she led the American society to rethink about slavery and female position. However, the Chinese female writer, Zhang Ailing, as one of the “Four Female Talents “her feminist ideas are still restricted to be a fancier attachment to males. The ultimate goal of females’ fighting and calculating lays ..... 436 hits |
| 2207 | 2012 Thesis | Kefahaman dan kesilapan pelajar tingkatan lima dalam menentukan pembezaan peringkat pertama Fungsi Polinomial Noor Adillah Osman Kajian kualitatif ini dijalankan dengan tujuan menghurai kefahaman dan mengkaji jenis-jenis kesilapan pelajar-pelajar tingkatan lima dalam menentukan pembezaan peringkat pertama Fungsi Polinomial. Satu ujian Pembezaan Fungsi Polinomial ditadbirkan ke atas enam puluh empat orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Berdasarkan jawapan yang telah disemak, enam orang dipilih secara bertujuan (purposive sampling) untuk ditemu bual bagi meneroka kefahaman mereka dalam menentukan pembezaan peringkat pertama. Temu bual yang telah dirakam secara audio dipindahkan ke dalam bentuk transkrip sebelum dikategorikan mengikut tema sebagai sebahagian dari proses analisis data. Tema-tema dibentuk berdasarkan subtopik dalam Fungsi Polinomial iaitu fungsi y . axn , hasil tambah dan hasil beza fungsi polinomial, hasil darab fungsi polinomial, hasil bahagi fungsi polinomial dan fungsi gubahan. Hasil analisis temu bual dan jawapan pelajar dalam ujian pembezaan fungsi polinomial menunju..... 230 hits |
| 2208 | 2013 Thesis | Status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor Haizul Rasdy Saidin Kajian ini menyelidik status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor. Seramai n=60 orang pelajar yang tinggal di asrama yang berusia 14 tahun (n=18 lelaki, n=13 perempuan) dan 16 tahun (n=16 lelaki, n=13 perempun) terlibat sebagai subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘one short study’ melibatkan lima komponen kajian iaitu pemeriksaan prevalan malnutrisi, lipatan kulit, indeks jisim badan, nisbah ukur lilit pinggang-pinggul dan tekanan darah. Data-data yang dikutip diproses secara statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16. Berdasarkan lima komponen yang dikaji menunjukkan semua atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor berada dalam keadaan normal kecuali pemeriksaan prevalan malnutrisi memperlihatkan tiga orang atlet lelaki didiagnosis sebagai kes brittle dan dua orang atlet lelaki lagi sebagai kes bone deformities. Disarankan pemakanan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor hendaklah mengikut Recommended Nut..... 456 hits |
| 2209 | 2012 Thesis | Halangan dan pengurusan obesiti sekolah di SMK Agama Sharifah Che Hassan Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti halangan dalam pengurusan obesiti, aspek-aspek pengurusan obesiti dan hubungan antara halangan dan pengurusan obesiti sekolah di SMK Agama, Zon Tengah, Malaysia. Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik. Sampel kajian diambil secara berkelompok dan bertujuan terhadap 179 responden dari 7 buah SMK Agama di Zon Tengah, Malaysia. Instrumen kajian ialah soal selidik yang diubahsuai dari beberapa kajian lepas. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai untuk Perancangan, Penyelarasan, Komunikasi, Kawalan dan Penilaian adalah 0.854 dan Halangan ialah 0.622. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik secara deskriptif iaitu peratusan, min dan ujian korelasi Pearson untuk menunjukkan latar belakang responden kajian, aspek pengurusan obesiti sekolah dan tahap halangan yang dihadapi oleh sekolah. Analisis latar belakang dan jawatan responden menunjukkan 140 orang terdiri dari guru pen..... 599 hits |
| 2210 | 2013 Thesis | Analisis jenis kesilapan melalui kaedah Newman dan strategi penyelesaian masalah berayat Matematik dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua Selvamarry Uvakaram Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesilapan dan strategi yang digunakan oleh pelajar tingkatan dua dalam menyelesaikan masalah berayat matematik. Sampel kajian ini melibatkan 12 orang pelajar pelbagai pencapaian yang dipilih secara teknik pensampelan bertujuan dari sebuah sekolah menengah di Daerah Kuala Selangor dan dikategorikan kepada pelajar berpencapaian cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Satu set soalan ujian bertulis dan temu bual semi berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Jenis kesilapan ditentukan dengan kesilapan langkah kerja pertama yang dilakukan oleh pelajar dalam penyelesaiannya dan diklasifikasikan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang diubahsuai. Jenis-jenis strategi diambil kira berdasarkan strategi yang disyorkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Dua. Dapatan kajian menunjukkan pelajar secara keseluruhannya adalah lemah dalam menyelesaikan masalah berayat matematik. Pelajar berpencapaian cemerlang ..... 628 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 221 of 1189 | [ Next ] [ Last ] |