|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2291 | 2011 Thesis | Pelaksanaan Kurikulum Aliran Vokasional bagi mata pelajaran aplikasi Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Vokasional Azhar Mat Akhir Kurikulum Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2009. Kurikulum ini digubal untuk menggantikan kurikulum sekolah vokasional yang digunakan sejak tahun 1988. Kurikulum ini menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara modular serta pentaksiran berasaskan kompetensi. Aspek bahan kurikulum, kesediaan guru, kesediaan pelajar, kemudahan, dan sokongan dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi pelaksanaan sesuatu kurikulum.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan aspek-aspek tersebut dalam melaksanakan kurikulum MPAV bagi kursus Elektrik dan Elektronik berdasarkan pandangan guru. Sebanyak 264 soal selidik diedarkan. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berkelompok berdasarkan empat zon pentadbiran BPTV iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, dan Timur. Sebanyak 210 responden digunakan untuk analisis data.Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, aspek-aspek yang dikaji mempunyai keupayaan dalam m..... 269 hits |
| 2292 | 2012 Thesis | Kesan persembahan video screencast dengan narasi dan video screencast tanpa narasi terhadap pembelajaran Nafaidilah Nasir Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan penggunaan screencast dengan narasi dan screencast tanpa narasi dalam meningkatkan prestasi pembelajaran. Bagi tujuan tersebut, sebanyak enam siri screencast yang mengandungi pengajaran penggunaan perisian animasi Flash telah dibangunkan dengan menggunakan perisian tangkapan skrin. Screencast yang dibangunkan telah dimuat naik ke saluran khas yang dicipta dalam laman perkongsian video YouTube. Kajian ini telah dijalankan dengan kaedah pembelajaran kendiri atas talian. Reka bentuk eksperimen menggunakan ujian pra dan ujian pos melibatkan dua kumpulan berbeza yang mempelajari dua strategi yang berlainan telah digunakan iaitu screencast dengan narasi dan screencast tanpa narasi. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan screencast dengan narasi lebih berkesan berbanding screencast tanpa narasi dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Selain itu, screencast yang dimuat naik dan dikon..... 412 hits |
| 2293 | 2012 Thesis | Kesan jenis fon terhadap kebolehbacaan paparan teks di laman web Rahani Wahid Membaca teks dari World Wide Web telah menjadi suatu kebiasaan kini. Ini dapat dilihat dari sudut perubahan kecenderungan pembaca yang lebih berminat terhadap bahan dari Internet berbanding media bercetak. Mengambil kira perkembangan ini, adalah penting bagi pereka bentuk instruksi berasaskan web memilih fon yang sesuai bagi meningkatkan tahap kebolehbacaan pelajar, terutamanya bagi blok teks yang panjang.Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan fon serif dan sans serif kategori percetakan dan kategori paparan komputer dari sudut kebolehbacaan teks Bahasa Melayu di laman web. Bagi tujuan tersebut, empat fon telah dipilih iaitu Georgia (serif) dan Verdana (sans serif) bagi kumpulan responden pertama dan Times New Roman (serif) dan Arial (sans serif) bagi kumpulan responden kedua.Georgia dan Verdana adalah fon yang direka khusus untuk pembacaan teks pada paparan komputer manakala Times New Roman dan Arial adalah fon yang direka khusus untuk media berceta..... 406 hits |
| 2294 | 2012 Thesis | Penyelesaian semi analisis persamaan pembezaan separa eliptik menggunakan kaedah garis lima titik Saidatun Nisa Kamaruddin Kajian ini memfokuskan kepada kaedah garis iaitu suatu kaedah yang bertujuan untuk mendiskretkan persamaan pembezaan separa (PPS) supaya PPS tersebut dapat diturunkan kepada satu sistem pembezaan biasa (PPB). Dalam kajian ini, persamaan pembezaan separa eliptik iaitu persamaan Laplace telah didiskretkan untuk menghasilkan satu sistem PPB. Pendiskretan dilakukan dengan menggunakan penghampiran beza terhingga lima titik yang diterbitkan oleh siri Taylor. Sistem PPB kemudiannya diselesaikan dengan menggunakan kaedah matriks eksponen. Persamaan Laplace adalah satu jenis daripada PPS eliptik yang menunjukkan taburan haba dalam keadaan mantap.Dua contoh persamaan Laplace diselesaikan menggunakan kaedah garis dan matriks eksponen. Hasil penyelesaian masalah ini merupakan satu penyelesaian semi-analisis. Plot bagi taburan suhu menunjukkan ianya bersifat simetri... 518 hits |
| 2295 | 2010 Thesis | Pembangunan dan pengajian eksperimen gerakan linear menggunakan penderia putaran dan sumber terbuka Python ke atas pelajar peringkat Universiti Sazliman Ismail Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan satu eksperimen gerakan linear berasaskan komputer. Pengawal mikro Phoenix telah digunakan dalam kajian ini bersama dengan penderia putaran dan landasan. Proses pengawalan dan merakamkan data diuruskan oleh satu program sumber terbuka yang dikenali sebagai Python. Data yang dipungut diproses untuk menghasilkan graf jarak-masa dan halaju-masa pada paparan skrin komputer. Sistem yang dibangunkan diuji di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan 30 orang pelajar yang mengikuti kursus Instrumentasi pada peringkat sarjana muda. Data dipungut melalui borang soal selidik mengandungi item-item skala Likert yang direka bentuk bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi sistem yang dibangunkan. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi positif terhadap kesesuaian objektif (min = 4.39), i..... 284 hits |
| 2296 | 2012 Thesis | Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam konsep nombor negatif Thesok Kumar Nagaratennam Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kefahaman konsep nombor negatif serta mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar Tingkatan 2 semasa melakukan operasi dengan nombor negatif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kajian kes sebagai kaedah untuk mengumpul data. Kaedah pensampelan kes tipikal digunakan untuk menentukan sampel bagi kajian ini. Penyelidik dengan bantuan guru Matematik telah memilih 40 pelajar yang mempunyai keputusan gred B dan C dalam peperiksaan akhir tahun 2010 semasa di Tingkatan 1 untuk menjalankan Ujian 1. Nilai pekali α kebolehpercayaan yang diperoleh bagi 20 soalan yang terkandung dalam Ujian 1 dan 10 soalan yang terkandung dalam Ujian 2 ialah 0.702 dan 0.815. Penyelidik telah menyenaraikan 15 pelajar yang memperoleh skor tahap sederhana iaitu 10 hingga 15 betul dalam Ujian 1 yang diedarkan. Hanya 5 daripada 15 pelajar sahaja telah memberi persetujuan untuk ditemu bual. Dapatan kajian daripada 5 pelajar yang ditemu bual, did..... 230 hits |
| 2297 | 2012 Thesis | Cobalt (II) selective membrane electrode based on palladium (II) dichlord acetylthiophene fenchone azune Suzaliza Mustafar This study describes the fabrication and characterisation of a membrane based on palladium(II) dichloro acetylthiophene fenchone azine (I) as a cobalt(II) ion-selective electrode. The ion-selective electrode is simple, inexpensive, has good selectivity, shows a rapid response, and is long-lasting.The membrane fabrication process involved various membrane compositions, and the best membrane composition obtained was 10:60:5:21.12 (I)/PVC/NaTPB/DOP (w/w). The electrode exhibits a Nernstian response in the range of 1.0 × 10⁻¹ to 1.0 × 10⁻⁶ M with a detection limit of 8.0 × 10⁻⁷ M and a slope of 29.6 ± 0.2 mV per decade. The response time is within the range of 20–25 seconds, and it can be used for a period of up to 4 months.The electrode showed good selectivity towards cobalt(II) ions in the presence of various interfering cations and can be used in the pH range of 3–7. The proposed electrode can also be used for the determination of cobalt(II) ions in real samples. The ..... 386 hits |
| 2298 | 2011 Thesis | Visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi terhadap konsep abstrak Osmosis Roszelina Abd Rahman Kajian ini bertujuan meneroka visualisasi mental pelajar Biologi apabila mereka diberi konsep abstrak osmosis. Objektif kajian ini adalah menghurai dan mengenal pasti perbezaan bentuk visualisasi mental serta proses penjanaan visualisasi mental pelajar terhadap konsep abstrak osmosis. Seramai sepuluh orang pelajar Biologi tingkatan empat telah dipilih dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Mereka dikategorikan kepada kumpulan yang berpencapaian tinggi dan rendah berdasarkan kepada pencapaian mata pelajaran Sains dan Biologi dalam ujian prestasi yang lalu. Instrumen untuk mengumpul data kajian ini adalah satu tugasan tentang konsep osmosis, protokol temu bual semi berstruktur dan jejak audit penyelidik. Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan peratusan dan secara kualitatif dengan membina kategori informasi. Pengkategorian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah perbandingan konstan. Data ini seterusnya diinterpretasi dan dipersembahkan dalam bentuk deskrip..... 358 hits |
| 2299 | 2013 Thesis | The use of Geogebra software integrated in teaching circle III topic on form four students Ting, Siew Hiong The purpose of this study was to investigate the effect of integrating the usage of GeoGebra software into the teaching of the Circle III topic involving Form Four students. This study employed the quasi-experimental nonequivalent control group design, in which the experimental group (consisting of 29 students) was taught using the GeoGebra Strategy Teaching (GST) while the control group (consisting of 17 students) was taught using the Conventional Strategy Teaching (CST). Instrumentation that was employed included pretest, posttest, and questionnaire on attitude. One-way ANCOVA showed that there was no significant difference between the mean scores of students with GST compared to the CST students, [F (1, 43) = 3.354, p > .05]. One-sample t-test showed that the experimental group had positive attitudes on the integration of GeoGebra into learning Circle III, [t (28) = 13.32, p < .05]. The Pearson product-moment correlation showed that there was a weak but insignificant relationship be..... 407 hits |
| 2300 | 2011 Thesis | An alternative method for collecting and gathering data using Smartboard application in the field of interaction design and children (IDC) Laili Farhana Md Ibharim This study aimed to investigate the usability of interactive whiteboard technology
(Smartboard) as a tool to collect and gather data and next, to build an alternative method in doing
research particularly in children and design field. The usability study will focus on three main
aspects which are children, interaction and the features of Smartboard itself. The approach used is
fun and enjoyable which will increase the involvement of children as active participants in
research to contribute more accurate and meaningful data. An application using SMART Notebook
software, entitled 'Introduction of Icon' has been developed based on DDD-E instructional design
model. Target users for this research were primary school children aged 7 to 12 years old in Tanjung
Malim area. Nine children were individually tested in a lab on this application. Effectiveness,
efficiency and satisfaction are the main aspects emphasized to measure the usability of application
and this technology. Four type..... 585 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 230 of 1193 | [ Next ] [ Last ] |