|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2331 | 2024 Final Year Project | Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan Permainan bagi topik Hukum Gas Fizik tingkatan empat Mohammad Nazri Munjong Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menentukan tahap kebolehgunaan
Modul Pembelajaran Berasaskan Permainan bagi topik Hukum Gas bagi pelajar Fizik
tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan berasaskan model
ADDIE. Sampel kajian adalah seramai 40 orang pelajar aliran sains (Fizik) tingkatan
empat. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan dianalisis dengan
menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK), nilai pekali Cronbach’s Alpha, dan
nilai min melalui SPSS. Hasil dapatan kebolehpercayaan instrumen Cronbach’s Alpha
adalah 0.748. Dapatan kebolehgunaan modul pembelajaran menunjukkan nilai skor
min yang tinggi bagi ketiga-tiga konstruk iaitu kemudahan, kesesuaian dan kepuasan
dengan masing-masing mencatatakan nilai 3.70, 3.83. dan 3.77 dengan purata 3.77.
Implikasi kajian diharapkan bahawa modul pembelajaran berasaskan permainan
mampu memberikan kefahaman terhadap Hukum Gas dalam subjek Fizik tingkatan
empat serta dijadikan rujukan para pela..... 598 hits |
| 2332 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap kebolehgunaan permainan ZIPCHEM bagi topik Ikatan Kimia Haleemah Sulaiman Kajian bertujuan untuk membangunkan permainan ZIPCHEM bagi subtopik Ikatan
Kimia tingkatan empat serta mengenal pasti kebolehgunaan ZIPCHEM daripada
aspek reka bentuk, kemudahan, kebergunaan dan kepuasan. ZIPCHEM dibangunkan
dengan menggunakan reka bentuk instruksional model ADDIE. Reka bentuk tinjauan
juga digunakan bagi mendapatkan data kebolehgunaan ZIPCHEM. Kajian ini
melibatkan 51 pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Kajang,
Selangor. Dua instrumen digunakan iaitu borang penilaian kesahan muka dan
kandungan serta borang soal selidik kebolehgunaan ZIPCHEM yang mengandungi
empat konstruk iaitu reka bentuk, kemudahan, kebergunaan dan kepuasan. Data bagi
borang kesahan muka, kandungan dan konstruk borang soal selidik kebolehgunaan
dianalisis menggunakan nilai peratus persetujuan pakar manakala borang soal selidik
kebolehgunaan dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu nilai min dan sisihan
piawai. Nilai purata peratus kesahan muka adalah 94.5..... 829 hits |
| 2333 | 2023 Article | Kesahan modul Algebra berasaskan strategi penjanaan masalah (MA-SPM) Marsilah Anum Marham Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan modul algebra berasaskan strategi penjanaan masalah yang dikenali sebagai MA-SPM. Model instruksional ADDIE dijadikan sandaran untuk proses pembangunan modul MA-SPM. Modul MA-SPM dibina berdasarkan kerangka model aktif Xie dan Masingila (2017). Seramai enam orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan kandungan modul dan kesahan aktiviti modul manakala tujuh orang pakar menilai kesahan bahasa modul bagi menentukan kesahan muka dari sudut perkataan, laras bahasa dan juga ayat dalam setiap soalan yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan modul MA-SPM yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi (kesahan kandungan = 87.50%, kesahan bahasa = 86.43% dan kesahan kandungan aktiviti = 86.43%).
Kata Kunci: Kesahan modul, modul algebra, strategi penjanaan masalah.. 315 hits |
| 2334 | 2023 Article | Keberkesanan permainan Salt-UNO Card terhadap pencapaian konsep garam dan minat pelajar dalam pembelajaran Kimia Muhamad Zakwan Hamizan Ramli Penguasaan konsep asas Kimia yang lemah dan sifat abstrak konsep Kimia menyebabkan pelajar sukar untuk menentukan garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan permainan Salt-UNO Card terhadap pencapaian konsep Garam dan minat pelajar tingkatan empat dalam pembelajaran Kimia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah dipilih untuk menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Seramai 63 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Alor Setar telah terlibat sebagai sampel kajian. Seramai 32 orang pelajar diletakkan dalam kumpulan kawalan manakala baki 31 orang pelajar sebagai kumpulan rawatan. Ujian Pencapaian dan Soal Selidik Minat telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengukur tahap pencapaian dan minat pelajar dalam pembelajaran Kimia. Dapatan kajian dianalisis menggunakan ujian-t bagi membuat perbandingan min skor antara kedua-dua kumpulan. Keputusan analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaa..... 438 hits |
| 2335 | 2023 Article | An Analysis of students understanding of Algebraic concepts Nur Nadira Ashyikin Muhammad Fuad Tiew Teaching algebraic topics needs more exceptional efforts to make connections among the topics. Prior research has emphasised students' accomplishments in specific subject areas, but there is a deficiency in analysing students' skills in a few related subject areas. This study seeks to determine the extent to which students comprehend the relationship between the topics. A paper-and-pencil examination was administered to 102 pupils from two private secondary schools in Malaysia using a case study. Five respondents were selected to be interviewed regarding their understanding of these topics. This study revealed the efforts made by students to improve their understanding of algebra. A comparison was made between their algebraic knowledge as it pertained to quadratic equations, inequalities, and graphs. Their limited understanding of graphical knowledge in comparison to quadratic equations and inequations influences the decision of the necessary steps for the fundamental components of qua..... 595 hits |
| 2336 | 2007 Thesis | Analisis keperluan penguasaan pendidikan jasmani dalam pengajaran komponen perkembangan fizikal dalam kalangan guru Tabika Kemas Lucy Rossy Sylvester Pengajaran Komponen Perkembangan Fizikal di peringkat prasekolah memerlukan
penguasaan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Jasmani seseorang guru. Oleh
itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan penguasaan Pendidikan
Jasmani dalam kalangan guru TABIKA KEMAS. Sampel kajian adalah guru-guru
TABIKA KEMAS dalam perkhidmatan yang sedang mengikuti Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM) iaitu Kursus Dalam Cuti (KDC). Kajian ini
merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik Rossy
Physical Education Knowledge And Skills Onestionnaire (Rossy PEKSO). Sampel
kajian ini bcrjumlah 46 orang berdasarkan enrolmen di Instilut Perguruan Balu
Lintang. Kuching (IPBL) dan Inslitut Perguruan Tun Abdul Razak. Kota
Samarahan (IPTAR). Instrumen kajian menggunakan soal selidik 5 poin skala
Likert dengan pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.92 - 0.96. Analisis soal
selidik mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru TABIKA
KEMAS ini berada pada..... 818 hits |
| 2337 | 2010 Thesis | Penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka Syaza Hazwani Zaini Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan program
Pembestarian Sekolah. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Pusat
Akses Sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kajian ini
memfokuskan kepada literasi ICT murid, penggunaan Pusat Akses Sekolah dalam kalangan murid serta
sikap murid terhadap Pusat Akses Sekolah.
Kajian yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ini telah melibatkan sampel sebanyak
545 orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada 263 orang murid lelaki dan 282 orang murid perempuan
dari 8 buah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data kajian telah dianalisa
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil analisa dapatan
kajian telah dihuraikan dalam bentuk statistik diskriptif iaitu tab..... 417 hits |
| 2338 | 2004 Thesis | A residential outdoor education camp and environmental attitudes : a case study MD Amin Md Taff Whilst many outdoor educators are confident their residential outdoor education
(ROE) camp programmes improve participants' environmental attitudes, research findings are
inconclusive. This study seeks to explore the effects of a ROE camp and socio demographic
variables (age, gender, number of siblings, environmental worldview, preferred recreational
activities, and previous outdoor and environmental education experiences) on environmental
attitudes. It also examines camp elements that may be influential upon environmental attitudes and
attempts to shed light upon the process of attitudinal change.
Twenty-eight intermediate school students (aged 11 - 13 years) participated in a four day ROE camp
that included environmental education activities. A mixed method approach was utilised where
Mackay's (1981) modified version of the Millward Ginter Outdoor Attitude Inventory (MGOAI) was used
to gather quantitative data from pre and post-tests. Qualitative insight..... 622 hits |
| 2339 | 2007 Thesis | Kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran biologi Suzilawati Shamsuddin Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah
(PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran Biologi berbanding pengajaran biasa (PB). Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang
persepsi dan penerimaan pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran Biologi. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi
eksperimen yang melibatkan 76 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 37 dalam kumpulan rawatan dan 39
orang dalam kumpulan kawalan dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Daerah Kinta.
Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian dan soal selidik motivasi yang telah
diberikan kepada semua pelajar manakala data bagi persepsi dan penerimaan guru dan pelajar
terhadap PBM diperolehi melalui soal selidik yang dikendalikan ke atas pelajar-pelajar dan guru
yang terliba..... 401 hits |
| 2340 | 2007 Thesis | Faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kerjasama dan integrasi di kalangan peserta program pendidikan luar Siti Noraya Marikan Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat faktor yang mempengaruhi tingkah Iaku
kerjasama dan integrasi di kalangan peserta yang mengikuti program pendidikan Iuar. Faktor motivasi
penglibatan peserta, keberkesanan pengisian program, pengalaman penyertaan dalam outdoor,
sikap kerjasama dan integrasi serta minat dalam outdoor dilihat bagi menilai sejauh mana faktor
tersebut mempengaruhi tingkah laku kerjasama dan integrasi responden. Seramai 240 peserta program
Perkhemahan lntegrasi Pelajar Tingkatan Tiga anjuran Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak di Santubong pada 30 Oktober hingga 2 November 2006 dipilih menjadi responden. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan deskriptif kualitatif dan kuantitatif. lnstrumen kajian menggunakan
soal selidik PMQ yang telah diubahsuai dan Soal Selidik Kerjasama Dan Intcgrasi Dalam Pendidikan
Luar yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dengan nilai alpha 0.9141 dan 0.8804.
Data kajian dianali..... 344 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 234 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |