UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
25912013
Thesis
Penilaian kecergasan fizikal sekolah rendah di daerah Hilir Perak berdasarkan ujian Fitnessgram
Yazid Jamni
Kajian ini adalah untuk menguji kesesuaian penggunaan Fitnessgram"  sebagai instrumen dalam menguji  kecergasan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah rendah. Untuk itu kajian ini telah melihat  peratus lulus atau gagal pelajar yang melepasi skor piawai Fitnessgram". Selain itu, kajian ini  juga melihat sejauh manakah perbezaan skor berdasarkan jantina melalui item-item ujian yang diuji.  Kaedah persampelan berstrata telah digunakan dalam kajian ini di mana subjek (n=370) yang terdiri  daripada pelajar lelaki (n=185) dan pelajar perempuan (n=185) berumur 10,  11 dan 12 tahun.  Kaedah ex-post­ facto telah digunakan untuk mendapatkan data melalui bateri ujian yang dijalankan.  Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar lulus ujian-ujian yang dijalankan dengan baik  dalam semua item ujian Fitnessgram yang dijalankan. Ujian Pacer, khususnya telah menunjukkan  peratusan lulus yang sangat cemerlang terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan jika di  b.....

281 hits

25922024
Bulletin
CAPEU Newsletter / Issue 01-Januari 2024
Universiti Pendidikan Sultan Idris
450 hits

25932003
Thesis
Kesan Kaedah Koperatif STAD Terhadap Pengajaran Tatabahasa di kalangan pelajar Tingkatan Dua
Hasan Samad
Kajian ini bertujuan untuk melihat "Kesan Kaedah Koperatif STAD Terhadap Pengajaran Tatabahasa  Di   Kalangan  Pelajar Tingkatan  Dua". Kajian  ini  berbentuk  kuasi­ eksperimen.  Seramai 112  orang pelajar terlibat dalam kajian ini.  Empat buah kelas telah diambil untuk kajian. Kaedah  koperatif dijalankan dalam dua kelas dan dua kelas lagi kaedah tradisional.  Pelajar keempat-empat  kelas ini mempunyai pencapaian yang hampir sama. Kumpulan  kaedah koperatif terdiri daripada 56  orang pelajar, dan kumpulan kaedah tradisional terdiri daripada 56 orang pelajar.  Praujian, pasca  ujian clan kuiz mingguan dijalankan untuk melihat keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran secara   koperatif  dalam  kaedah  STAD  (Student  Team  Achievement  Division). Pengajaran melalui kaedah  ini berjalan selama enam minggu.  Ujian-t digunakan untuk menguji  dua  belas  hipotesis  bagi   menentukan  sama  ada terdapat  perbezaan  yang signifikan  antaraÂ.....

469 hits

25942008
Thesis
Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan Komputer terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran
Umi Kalsom Abdul Majid
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan  Komputer  terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran. Dua bentuk kaedah yang  dikaji iaitu kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer bebas dan terpimpin. Empat jenis  gaya pembelajaran dari klasifikasi gaya pembelajaran Kolb digunakan  iaitu, Akomodator,  Assimilator, Diverger dan Konverger. Dalam kajian ini Koswer  "Blood Circulatory System"  dibangunkan berdasarkan kepada model ISD Alessi dan Trollip (200 I) serta model 4 MAT oleh McCarthy  (1990) yang digunakan sebagai alat kajian. Kajian menggunakan rekabentuk faktorial 2 X 4.  Pembolehubah tidak bersandar ialah dua jenis kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer  dan pembolehubah bersandar ialah pencapaian iaitu skor ujian (Pasca - Pra). Dalam kajian ini gaya  pembelajaran diukur dengan mengunakan ujian  HBDI "Herrmann Brain Dominance Instrumenl". Sampel  kajian terdiri daripa.....

667 hits

25952004
Thesis
Pembangunan perisian multimedia berasaskan gaya pembelajaran VARK : Penilaian keberkesanan penggunaannya
Sharuddin Awang Kechil
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan integrasi; gaya pembelajaran dengan menggunakan  perisian multimedia, bagi kursus Senireka Grafik. Gaya pembelajaran pelajar diukur dengan  menggunakan instrumen VARK (Visual, Aural, Read/Write dan Kinesthetic). Kajian ini menggunakan  kaedah eksperimental. Dalam pengendalian kajian, kumpulan eksperimen menggunakan  perisian  multimedia yang dibangunkan  berasaskan gaya pembelajaran  VARK  dan  kumpulan  kawalan   menggunakan  perisian multimedia  yang sedia ada. Dapatan  kajian  menunjukkan  kumpulan eksperimen  mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan dalam ujian subjek Senireka Grafik.  Berdasarkan kepada dapatan ini, pencapaian  pelajar yang menggunakan  perisian  multimedia  yang  dibangunkan menggunakan gaya pembelajaran VARK meningkat secara signifikan (p=0.01). Dapatan kajian  ini boleh dijadikan rujukan gaya pembelajaran  dan  digunakan  sebagai  panduan  kepada  guru  .....

412 hits

25962005
Thesis
Penggunaan komputer laptop di kalangan guru Sains Sekolah Menengah
Ahmad Salim Hambiah
Kajian penyelidikan ini bertujuan melihat kekerapan penggunaan laptop di an guru yang mengajar  subjek Sains Tingkatan 1 Daerah Mersing. Di samping itu juga kajian ini dapat mengenalpasti  kemahiran asas yang diperlukan oleh guru bagi mengoperasi  laptop, sikap guru mengenai penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran, masalah yang  dihadapi oleh guru ketika mengendalikan laptop di dalam kelas dan kekerapan penggunaan laptop di  kalangan guru yang mengajar di sekolah Gred A dan sekolah Gred B. Seramai 50 orang guru Sains  Tingkatan 1 dari 9 buah sekolah di daerah Mersing telah dipilih dalam kajian ini. Untuk mencapai  objektif kajian, kaedah tinjauan deskriptif telah digunakan. Instrumen kajian ini mempunyai  kebolehpercayaan pada 0.8350 bagi bahagian B, 0.6104 bahagian C, 0.7843 bahagian D dan 0.7249  bahagian E hasil daripada kajian rintis yang dijalankan terhadap lima orang responden. Data  dikumpulkan, diproses dengan SPSS 11.0. menggunakan min, mod, sis.....

565 hits

25972024
Annual Report
Aspirasi Universiti Pendidikan Sultan Idris 2024: Peneraju Kebitaraan Pendidikan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
492 hits

25982023
Thesis
Penggunaan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-CBT ke atas pola pemikiran dan tingkah laku individu Kecelaruan Bipolar
Mohd Al Hafiz Norisham
Kajian kualitatif ini bertujuan mengkaji penggunaan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) ke atas pola pemikiran dan tingkah laku individu kecelaruan bipolar. Terdapat tiga objektif kajian iaitu meneroka pola pemikiran individu kecelaruan bipolar yang mengalami simptom kecelaruan bipolar, meneroka proses mengaplikasikan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-CBT untuk mengurangkan simptom kecelaruan bipolar dan meneroka kesan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-CBT ke atas pola pemikiran dan tingkah laku individu kecelaruan bipolar. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes intrinsik. Peserta kajian adalah enam orang iaitu dua orang didiagnos sebagai bipolar kategori I dan empat orang didiagnos sebagai bipolar kategori II. Alat kajian temu bual klinikal protokol separa berstruktur telah memperoleh kesahan pakar daripada 22 orang pakar yang terdiri daripada pakar perunding psikiatri, pakar psikiatri, .....

619 hits

25992023
Thesis
Pembangunan Modul Sc-ToT bagi tajuk Kesihatan Manusia dalam matapelajaran Sains Tingkatan Dua berasaskan TBL
Noor Aisyahida Elmi
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Sc- ToT berasaskan pemikiran bagi tajuk Kesihatan Manusia untuk kegunaan guru sains tingkatan dua. Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking Based Learning) merupakan satu teori yang unik iaitu melibatkan penyebatian antara pengajaran kandungan dan pengajaran kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan modul ini mengintegrasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Pembangunan modul menggunakan Model Sidek melibatkan dua peringkat iaitu membina draf modul dan pengujian modul. Tiga instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik kesahan kandungan modul, soal selidik kebolehpercayaan modul dan soal selidik kebolehgunaan modul. Kesahan modul diperolehi daripada tiga orang pakar dengan mengambil kira peratus persetujuan pakar manakala kebolehpercayaan modul diperolehi melalui kajian rintis menggunakan pekali Alfa Cronbach. Seramai 30 orang guru sains tingka.....

806 hits

26002023
Thesis
Hubungan di antara jangkaan prestasi, usaha,sosial dengan perniagaan dalam talian di kalangan pelajar UNIKL Business School
Nur Adilah Mohd Akhir
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor jangkaan prestasi,jangkaan usaha, jangkaan sosial dalam kalangan pelajar tahun akhir di sekolah perniagaan UniKL dengan perniagaan secara dalam talian. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif telah dipilih dan seramai 66 orang pelajar tahun akhir program pemasaran dan perniagaan antarabangsa telah digunakan dalam kajian ini. Selain itu, dalam kajian ini persampelan rawak mudah telah digunakan dan satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 28 item. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian kenormalan dan analisis korelasi. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah 0.84. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa hubungan yang signifikan dalam penerimaan perniagaan secara dalam talian di kalangan pelajar tahun akhir dalam program pemasaran dan perniagaan antar.....

503 hits

[ First ] [ Prev ] Page 260 of 1145 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.