UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN matematik addie ismail man
PENDIDIKAN ISLAM model ghazali din modul Bahasa melayu

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
26012022
thesis
Pembangunan dan pengesahan instrumen Literasi Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL)
Chong, Jimmy
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen Literasi Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL) dengan menentukan ciri-ciri psikometrik instrumen menggunakan Model Pengukuran Rasch. Proses pembangunan instrumen ini mengandungi tiga fasa iaitu fasa pembinaan, fasa pengujian dan pemurnian, serta fasa pengesahan. Fasa pembinaan melibatkan konseptualisasi, penjanaan item dan pemeriksaan kesahan kandungan instrumen. Proses konseptualisasi dan penjanaan item dilakukan menggunakan pendekatan deduktif. Pemeriksaan kesahan kandungan pula dilakukan melalui penilaian oleh 21 panel pakar dan dianalisis menggunakan nisbah kesahan kandungan (CVR) Lawshe. Fasa pengujian dan pemurnian melibatkan kajian rintis dan pemurnian item. Kajian rintis dilaksanakan di lima buah kolej vokasional melibatkan 229 guru vokasional yang dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak kelompok berperingkat. Item-item kemudiannya dimurnikan berdasarkan kepada hasil dapatan analisis Rasch. Fasa penge.....

1166 hits

26022021
thesis
Pembangunan bahan pengajaran dan pemudahcaraan (EBOOK) bagi topik WANG dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
Nurul Huda Ahmad Taib
Kajian ini bertujuan membangunkan bahan pengajaran ebook bagi topik Wang dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini juga akan menentukan kesahan dan kebolehgunaan ebook. Pembangunan ebook ini menggunakan model ADDIE. Seramai 72 orang guru Matematik Pendidikan Khas di negeri Perak telah dipilih sebagai sampel dalam menentukan kebolehgunaan ebook. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan min. Kesahan dinilai oleh 5 orang pakar dengan pencapaian kesahan 83.5%. Nilai skor min kebolehgunaan bagi empat konstruk iaitu reka bentuk, interaktif, mesra pengguna, kegunaan dan kesesuaian ialah 4.26, 4.33, 4.36 dan 4.39. Kesimpulannya, nilai peratusan pencapaian kesahan dan nilai skor min kebolehgunaan ebook yang dibangunkan adalah sangat baik dan sesuai digunakan oleh guru Matematik Pendidikan Khas dan murid bermasalah pembelajaran. Implikasi dari kajian ini diharap ebook dapat memberi idea kepada guru Matematik Pendidikan Khas untuk membangunka.....

1153 hits

26032021
article
Dimensi model kepimpinan guru:satu tinjauan literatur bersistematik
Noredayu Ariff
Dalam era baru ini, yang mana transformasi pendidikan berlaku secara meluas, kepimpinan guru muncul sebagai salah satu konsep yang paling penting di sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah. Kepimpinan guru bukan lagi merupakan suatu konsep yang ringkas atau mudah seperti mana disebutkan oleh kebanyakan penulis dan pengkaji dalam bidang ini. Bagi menjelaskan cara-cara bagaimana kepimpinan ini dipraktikkan secara terperinci, beberapa model telah dibina oleh beberapa orang pengkaji, di mana setiap satu model ini mempunyai kualiti dan berupaya menterjemahkan unsur-unsur kepimpinan guru dalam sekolah dengan baik. Model-model kepimpinan guru ini dibina untuk menggerakkan guru dan sekolah ke arah tindakan bersepadu dalam pelaksanaan konsep kepimpinan guru dalam kalangan guru. Kajian ini adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah sorotan karya bersistematik bersifat kualitatif. Sumber utama kajian ini adalah melalui sorotan karya terdahulu yang diperoleh daripada pangkalan data at.....

366 hits

26042021
article
Aplikasi Fuzzy Delphi Method terhadap kompetensi kepimpinan organisasi bagi pemimpin pertengahan pendidikan
Sukor Berama
Pendidikan yang berkualiti sangat bergantung kepada tahap profesionalisme guru dan keberhasilan kepimpinan pendidikan. Pelbagai kajian berkaitan kepimpinan pendidikan berfokus kepada kepimpinan Pengetua dan Guru Besar, berbanding meneliti peranan pemimpin pertengahan yang turut menjadi tunjang kepimpinan pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap konstruk kompetensi kepimpinan organisasi bagi pemimpin pertengahan di kolej matrikulasi menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method (FDM). Satu instrumen yang mengandungi konstruk dan senarai elemen dikemukakan kepada seramai 30 orang pakar dari pelbagai bidang dan latarbelakang bagi memperoleh kesepakatan panel pakar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa panel pakar bersetuju dengan konstruk dan elemen kompetensi kepimpinan organisasi yang dikemukakan. Nilai threshold semua 15 elemen yang diuji memenuhi syarat d≤0.2, memperoleh kesepakatan pakar melebihi 75% dengan nilai antara 86.7% sehingga 100.....

341 hits

26052022
thesis
Sustainable development education: a proposed model of energy efficiency education for information technology undergraduates of Universiti Pendidikan Sultan Idris
Haufiku, Martin Shafiihuna
This study aims to design, develop, and evaluate a model on energy efficiency education for Information Technology (IT) undergraduates. This research utilized a Model Research (MR) method, which is a sub-category of the Design and Development Research (DDR) method. The use of this method helped the researcher to focus on the design and development of the proposed model and the conditions which facilitate its use. The STAUNCH©Criteria instrument was used to quantitatively assess the contribution of IT curriculum to the Sustainable Development (SD) integration. The findings showed that there was a lack of SD visibility aspect in the learning modules of the IT course of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Furthermore, the findings showed that the five components of the design of the concept of SD, namely stakeholders, tool, integration approach, pedagogy, and organizational change, were important principles of energy efficiency education. Finally, the findings showed th.....

1083 hits

26062021
article
Terapi bermain menurut pendekatan Islam
Nor Hamizah bt Ab Razak
Agama Islam adalah agama yang syumul yang sesuai bagi setiap lapisan masyarakat bagi sepanjang zaman. Agama Islam juga menitik beratkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak. Dalam aspek pembangunan manusia pula, terdapat panduan-panduan yang telah ditetapkan bertepatan dengan tahap perkembangan masing-masing. Begitu juga bagi kanak-kanak, agama Islam memberi penekanan yang jitu terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan meraikan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pandangan perspektif Islam terhadap pendekatan terapi bermain yang umumnya dipelopori oleh barat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi kajian perpustakaan untuk mencari maklumat primer yang berkaitan dengan pendekatan terapi bermain menurut pandangan Islam. Maklumat-maklumat yang diperoleh adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, hadis dan Al-Quran serta artikel. Maklumat ini dikumpulkan dan disaring se.....

405 hits

26072022
thesis
Pupils internet usage, gaming experience, learning problems, educational values and change in behaviour using Kahoot in Biology
Suresh Kumar Joseph
This study was aimed to identify pupils’ internet usage, gaming experience, learning problems, educational values and change in behaviour using Kahoot in biology. A mixed method approach with embedded design was used. The study used purposive sampling with ten form 4 biology students, four biology teachers and four parents as participants in the qualitative part of the study while random sampling was used for 250 students who were respondents for the survey. The instruments used to gather qualitative data were interview protocols, field notes and document analysis while questionnaire was used to gather quantitative data. All instruments were checked and validated by five experts with percentage agreements of more than 90%. Reliability was carried out through member checking, peer checking, expert consultation, and pilot study with Cronbach’s alpha value of 0.752. There were 18 interviews, ten document analysis, four observations and a survey. Data analysis for interview .....

1346 hits

26082022
thesis
Pembangunan dan kebolehgunaan Kit Mathematics-Physics Linear Equation Colour Table (M-PECT) dalam kalangan murid Fizik tingkatan empat
Saizatul Akmar Baharom
Kajian ini bertujuan membangunkan kit pembelajaran Mathematics-Physics Linear Equation Colour Table (M-PECT) yang boleh memudah cara pembelajaran tentang perhubungan antara dua pemboleh ubah bagi suatu persamaan linear Fizik dan menilai kebolehgunaannya dari perspektif murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan berasaskan model reka bentuk instruksional ADDIE. Selain mengintegrasikan teori pembelajaran konstruktivisme dan teori kecerdasan pelbagai, kit ini turut mengintegrasikan penggunaan perwakilan pelbagai dalam reka bentuknya. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang murid Fizik tingkatan empat dari sebuah sekolah aliran perdana kategori luar bandar di daerah Batang Padang, Perak yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Kebolehgunaan kit MPECT diukur menggunakan borang soal selidik skala Likert lima mata yang diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik Usefullness, Satisfaction and Ease of Use (USE questionnaire). I.....

857 hits

26092021
article
Persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah
Maisarah Mohd Alim
Kajian lepas telah membuktikan bahawa pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah tidak lagi berkesan seperti kaedah buku dan lembaran kerja serta menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mempunyai kefahaman konsep yang baik serta pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Lantaran itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengkaji persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain di rumah dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk; (i) mengukur tahap kepercayaan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; (ii) mengenal pasti kekangan ibu bapa dalam mengendalikan kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; serta (iii) mengukur penglibatan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah. Reka bentuk bagi kajian ini adalah kajian kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa serta p.....

288 hits

26102022
thesis
The female character: a postcolonial feminist perspective of the selected novels by J.M. Coetzee
Suadah Jasim Salih
John Maxwell Coetzee has established himself through his intellectual contribution to the postcolonial feminism literature and South African slavery epoch. His novels can be read as a reflection on Black and white women subjugation in all its complexity, commenting upon many positions typical of radical feminism. From the perspective of the colonizer, the woman was doubly feminized by codes of race and gender. This research aims to investigate the Black and white female Other from the postcolonial feminist perspective of Coetzee’s selected novels namely, Dusklands, In the Heart of the Country, Waiting for the Barbarians, Foe, Age of Iron, and Disgrace. To achieve this objective, the postcolonial feminism theory was applied using discursive strategy as a method for textual analysis to reflect the socio-political scenarios of postcolonial South Africa. The study further reveals how white colonisation subjugated both white and Black females of South Africa resulting in a mora.....

904 hits

[ First ] [ Prev ] Page 261 of 960 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.