UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

Today's popular searches:
PENDIDIKAN matematik Komunikasi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara ismail man
Kurikulum pembangunan addie Perpustakaan Tuanku Bainun Goh swee Choo

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
27912020
thesis
Penerapan bahan pendidikan komik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Prosa Tradisional KOMSAS
Wan Norisah Mohd Radzi
Prosa Tradisional ialah genre KOMSAS yang perlu dipelajari bagi peringkat sekolah menengah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun sering menjadi dilema para guru dalam mencari penyelesaian bagi menarik minat dan meningkatkan pemahaman serta pencapaian murid.  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan bahan pendidikan komik dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Prosa Tradisional KOMSAS (PTK).  Kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif.  Tiga orang guru Bahasa Melayu dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang berpengalaman lebih 10 tahun dipilih sebagai peserta kajian.  Instrumen kajian melibatkan temu bual semi berstruktur, pemerhatian kelas dan analisis dokumen.  Perisian NVIVO 12 digunakan dalam analisis tema temu bual.  Kajian mendapati enam masalah utama PdPc PTK iaitu bahasa klasik, sikap murid, kekangan guru, pemilihan teks, kekurangan prasarana teknologi maklumat dan sukatan kurikulum KOMSAS.  Dapatan temu b.....

1215 hits

27922020
thesis
The effect of leader-member exchange (LMX) on the relationship between motivating language (ML) dimensions and management effectiveness of Waqf properties by Waqf institutions in Malaysia
Sharfizie Mohd Sharip
This study empirically examines the effects of leader-member exchange on the relationship between the three dimensions of motivating language namely direction-giving language, empathetic language and meaning-making language and the management effectiveness of Waqf properties by Waqf institutions in Malaysia. Sullivan bases the dimensions of motivating language used in this study on the Theory of Motivating Language. This study employs a quantitative approach through the survey research design. A total of 168 employees out of the overall total of 216 employees in Waqf institutions throughout the country were randomly selected using the random cluster sampling technique for determining the sample size based on the Waqf institutions in each state in Malaysia. In terms of the research instrument, this study employed the Motivational Language Scale adapted from Mayfield and Mayfield the Leader-Member Exchange Scale adapted from Liden et al., and the Management Effectiveness scale adapted fr.....

529 hits

27932022
thesis
Kesan modul KeBATiS terhadap pencapaian, kemahiran proses sains bersepadu dan sikap terhadap sains
Mohd Nazri Hassan
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menguji modul pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran sains dengan penerapan kaedah sokratik berlandaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (KeBATiS). Modul KeBATiS dibangunkan melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pembangunan modul KeBATiS berpandukan model pembangunan modul Sidek. Fasa kedua kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang melibatkan 30 orang murid bagi setiap kumpulan. Proses persampelan melibatkan persampelan kluster dan persampelan bertujuan. Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pencapaian Sains, Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu dan Soal Selidik Sikap Terhadap Sains. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi MANOVA dan ANOVA bagi menentukan perbezaan pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan. Kajian ini berjaya membangunkan Modul KeBATiS yang mempunyai kesahan dan kebolehperc.....

634 hits

27942020
thesis
Hybrid efficient compression method for electrocardiogram signal transmission based on discrete wavelet transform and principal component analysis
Abdulbaqi, Azmi Shawkat
In this study, the researcher proposed a new approach for the compression of ECG signals by reducing the ECG data size for storage purposes which could speedily transmit data from the client to the server, preserve important diagnostic information from distortion within compressed signals, and maintain the quality of the reconstructed signal. This research was based on an experimental design involving two phases. In the first phase, DWT, which is a powerful compression tool, was used to compress ECG signals. In the compression process, PCA transferred the properties of compressed signals to MECG to maintain important cardiac features of a diagnostic area. In addition, this tool was used to reduce data dimensions to achieve optimal compression. In the second phase, the encryption of ECG signals during data transmission was performed to safeguard the privacy of patients. The findings showed that the performances of DWT and PCA algorithms were relatively superior that those of existing al.....

719 hits

27952020
thesis
Kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi
Norsaliza Sabu
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi iaitu Nutri-Score dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masalah. Koswer multimedia interaktif ini telah dibangunkan berdasarkan dapatan analisis keperluan kajian terhadap topik-topik Biologi Tingkatan Empat yang dianggap sukar dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi. Kaedah persampelan kelompok empat tahap digunakan untuk menentukan negeri-negeri di zon utara, daerah, sekolah dan pelajar. Seramai 181 orang responden tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu masing-masing dua buah dari Kedah dan Pulau Pinang. Responden kumpulan rawatan (n=90) dan kumpulan kawalan (n=91) diagihkan kepada kumpulan prestasi tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan ta.....

844 hits

27962021
thesis
Pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi Global Ikhwan Sdn Bhd, 1994-2015
Rahman Arifai
Kajian ini memfokuskan kepada pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi Global Ikhwan Sdn. Bhd. dari tahun 1994 sehingga 2015. Al-Arqam menjadi isu polemik apabila menjadi tanda tanya dalam masyarakat sama ada ajaran Al-Arqam masih lagi diamalkan melalui kegiatan sosioekonomi GISB ataupun sudah lenyap akibat daripada pengharamannya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi GISB dan kesannya kepada ahli GISB serta masyarakat setempat. Bagi tujuan ini, kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dengan membuat analisis terhadap sumber primer yang menjadi bahan utama dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah rujukan bahan sekunder di arkib dan perpustakaan serta menggunakan kaedah sejarah lisan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Dapatan kajian mendapati bahawa ajaran Al-Arqam masih lagi diamalkan di dalam kegiatan sosioekonomi GISB. Malah, kajian menunjukkan.....

6658 hits

27972022
thesis
Development of a hexagon aesthetic user experience model for augmented reality comics
Mohd Ekram Al-Hafis Hashim
This study aims to examine the potential of synergising models from two different theories, known as aesthetic experience (AX) and user experience (UX), which highlight a sizeable theoretical gap for augmented reality comics (AR comics). Thus, a new model called aesthetic user experience (AUX) was purposed in this study. Design Development Research (DDR) model was adapted through research design in this study. Two evaluation phases namely Fuzzy Delphi Method (FDM) and Structural Equation Model (SEM) were used to develop and to test the constructs and elements. Five experts from comics and five experts from AR were selected to obtain the initial AUX constructs. The analysis was conducted based on FDM conditions: threshold, d≤ 0.2, expert consensus percentage > 70% and fuzzy score, Amax > 0.5. The FDM results have established seven constructs namely storytelling, amusement, harmony, inspiration, incentive, mindfulness and efficiency. Model validation was performed using SEM.....

627 hits

27982021
thesis
Penggunaan teater boneka dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan domain psikomotor murid berkeperluan khas
Lakshmi Permal
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jika teknik teater boneka dalam pembelajaran murid berkeperluan khas (MBK) dapat meningkatkan domain psikomotor di kalangan mereka. Teater boneka ialah sebuah teknik alternatif pengajaran di mana para pengajar menggunakan teknik tersebut dalam usaha untuk menarik minat sesebuah subjek atau peristiwa kepada murid. Walaubagaimanapun, keberkesanan teater boneka sebagai kaedah pedagogi belum pernah dibuktikan dalam meningkatkan domain psikomotor, terutama bagi MBK walaupun aspek perkembangan ini dilihat sebagai amat penting untuk dipertingkatkan dalam perkembangan mereka. 10 peserta MBK telah dipilih sebagai responden bagi kajian lapangan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Kuantan, Pahang yang mempunyai masalah psikomotor yang telah disahkan oleh guru mata pelajaran mereka. Oleh kerana itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pencapaian domain psikomotor menerusi penggunaan teater boneka di kalangan MBK serta .....

806 hits

27992022
thesis
Perlakuan metakognitif murid sekolah rendah dalam penyelesaian masalah Matematik bukan rutin bagi topik pecahan
Mohd Ashraff Musa
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka perlakuan metakognitif murid sekolah rendah dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi topik pecahan. Tiga objektif kajian yang difokuskan adalah meneroka perlakuan metakognitif, menentusahkan strategi metakognitif yang digunakan dan memerihalkan kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Kajian kualitatif ini melibatkan enam orang murid Tahun Lima daripada tiga buah sekolah rendah dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan yang dipilih secara persampelan bertujuan. Pengumpulan data kajian merangkumi rakaman video proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin melalui teknik menyuara pemikiran, senarai semak pemerhatian serta catatan lapangan, skrip jawapan bertulis dan rakaman audio temu bual. Rakaman video menyuara pemikiran dianalisis bersama-sama senarai semak pemerhatian serta catatan lapangan berdasarkan Kerangka Kerja Metakognitif bagi Analisis P.....

469 hits

28002021
thesis
Saling hubungan komponen-komponen persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid sekolah rendah
Nurul Illiana Hidayah Kamarulzaman
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti saling hubungan antara komponen-komponen persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kajian ini melibatkan seramai 200 orang murid Tahun Lima daerah Manjung yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata. Terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu What is Happening in This Class (WIHIC), Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientation dan skor murid dalam tiga jenis penilaian Bahasa Inggeris, iaitu Ujian Bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teknik analisis deskriptif dan teknik Model Persamaan Berstruktur (SEM). Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa min keseluruhan komponen-komponen perseki.....

490 hits

[ First ] [ Prev ] Page 280 of 938 [ Next ] [ Last ]
Filter
Please make initial search.



Specific Period
Please make initial search.



Top 5 related keywords

Suggestion engine unable to find titles related to this search term.



Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.