|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3481 | 2022 Article | Perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur empat tahun dengan kanak-kanak berumur lima tahun Amirul Azwan Bin Nor Azman Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian pengecaman cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur empat tahun dengan kanak-kanak berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan berlandaskan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti tahap pencapaian cetakan persekitaran berumur empat tahun dan juga lima tahun. Pada masa yang sama, pengkaji juga akan melihat perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran yang membabitkan dua peringkat umur kanak-kanak tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang kanak-kanak di mana 30 orang kanak-kanak merupakan kanak-kanak berumur 4 tahun dan bakinya merupakan kanak-kanak berumur 5 tahun. Sampel ini diambil daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan tadika di sekitar kawasan Tanjong Malim. Instrumen yang digunakan dalam pelaksanaan kajian adalah ujian cetakan persekitaran. Hasil dapatan kajian men..... 379 hits |
| 3482 | 2022 Article | Penggunaan kad huruf dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah Rosyati Manaf Masalah membaca di kalangan murid prasekolah bukanlah perkara baru bagi guru-guru prasekolah. Pelbagai kaedah dan teknik mengajar telah digunakan untuk mengatasi masalah ini bagi membantu menyelesaikan masalah penguasaan membaca murid. Kertas konsep ini membincangkan tentang penggunaan kad huruf dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Bagi melihat perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kad huruf, beberapa kajian lepas telah dijadikan sebagai rujukan. Daripada kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penguasaan kemahiran membaca murid selepas penggunaan kad berbentuk kad huruf, dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian guru memainkan peranan penting dalam keberkesanan penggunaan kad huruf agar pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan murid berminat mengikuti sesi pembelajaran... 436 hits |
| 3483 | Article | Penggunaan bahan bantu mengajar “LPS” dalam meningkatkan kemahiran menulis kanak-kanak 5 tahun Nur Izzati Binti Kamaruddin Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kanak-kanak dalam aktiviti menulis huruf vokal kecil. Kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam menulis huruf vokal kecil seterusnya memfokuskan kepada keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar “LPS” iaitu lagu, pasir dan slime terhadap peningkatan kanak-kanak dalam kemahiran menulis. Kajian ini melibatkan tiga orang kanak-kanak yang berumur lima tahun dan seorang guru prasekolah daripada prasekolah di daerah Maran, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak 5 tahun melalui penggunaan bahan bantu mengajar “LPS” di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah temu bual. Pengumpulan data bagi kajian ini melalui kaedah pemerhatian ini dilaksanakan dengan melihat kepada hasil kerja kanak-kanak serta gambar. Manakala, kaedah temu bual pula dil..... 984 hits |
| 3484 | 2022 Article | Pembinaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam pendidikan matematik awal kanak-kanak 4 tahun Nur Sabrina Mohd Hanizam Kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan dan keberkesanan penggunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik terhadap pembelajaran kanak-kanak di TASKA. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan pembelajaran konsep bentuk dan saiz, mereka bentuk dan membangunkan satu kamus bergambar Pendidikan Matematik Awal bagi konsep bentuk dan saiz serta menilai kebolehgunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik Awal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah design and development research (DDR) dalam membina sebuah kamus bergambar bagi pembelajaran konsep bentuk dan saiz. Sampel kajian bagi fasa satu adalah seramai 100 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa, guru TASKA dan pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi instrumen soal selidik manakala pada fasa dua dan tiga pula merupakan seorang guru TASKA dan seorang pakar dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) untuk di..... 559 hits |
| 3485 | 2022 Article | Pemanfaatan digital dalam kalangan pensyarah pendidikan awal kanak (PAKK) melalui kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Siti Iwana Sharizah Abu Samah Kejayaan sesuatu agenda transformasi adalah atas sokongan daripada semua pihak dan peringkat organisasi serta komited terhadap perubahan. Pemanfaatan digital melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari segi pengetahuan dan kemahiran adalah bergantung terhadap pelaksanaan pembelajaran bermakna yang selaras dengan kerangka Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Kajian oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pensyarah PAKK dalam melaksanakan pembelajaran bermakna melalui pemanfaatan digital dalam PdP. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan 100 orang pensyarah PAKK daripada 24 buah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) sebagai sampel kajian yang ditadbirkan secara dalam talian. Manakala proses pengumpulan data pula dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada dimensi Konsep Transformasi Sekolah (TS25) iaitu 15 item kapasiti peda..... 912 hits |
| 3486 | 2005 Thesis | Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar tingkatan empat : satu kajian di Wilayah Persekutuan Labuan Siti Nurashikin Abu Kajian im bertujuan untuk mengkaji tahap kewujudan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, bangsa, jurusan, pekerjaan ibubapa/penjaga dan cita-cita. 250 sampel pelajar tingkatan 4 dipilih dari empat buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat empat pemboleh ubah ciri-ciri keusahawanan yang digunakan dalam kajian iaitu kreativiti dan inovasi, keyakinan kendiri, lokus kawalan dalaman dan kesanggupan menerima risiko. Untuk menjawab persoalan kajian, dua jenis statistik iaitu statistic deskriptif dan statistik inferens digunakan. Analisis statistik deskriptif mengkaji ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Hasil dari analisis statistik deskriptif mendapati ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar adalah sederhana tinggi. Ciri-ciri keusahawanan yang paling menonjol adalah kesanggupan menerim..... 665 hits |
| 3487 | 2007 Thesis | Tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki Bawah 16 tahun di SMK Penrissen No.1, Kuching, Sarawak Ahat@Salim Angas Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki bawah 16 tahun yang mewakili SMK Penrissen No.1, Kuching. Seramai 20 orang subjek terlibat bagi ujian ketangkasan, iaitu ujian Lari Ulang-alik 30 kaki, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Larian Ketangkasan SEMO. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sepuluh orang subjek kumpulan eksperimen dan sebahagian lagi dalam kumpulan kawalan. Kaedah ujian-t 'paired sample test ' dan 'independent sample test' digunakan bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dan pra-ujian dengan pasca ujian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap ketangkasan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan selepas menjalani intervensi kajian (Iatihan ketangkasan dan tanpa latihan ketangkasan) dalam Ujian ulang-alik (p=.OOI) Ujian Larian SEMO (p=.OOO) dan Ujian Ketangkasan Illinois (p=.014). Keputusan menunjukkan pemain yang menganggot..... 525 hits |
| 3488 | 2007 Thesis | Hubungan penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah Jais Siarus Kajian ini dibuat untuk melihat hubungan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah di Daerah Tambunan.Responden kajian ini adalah seramai 180 orang pelajar Tingkatan 4 yang terlibat dalam sukan dari Tingkatan Tiga lagi dan sekurang-kurangnya mewakili sekolah dalam bidang sukan di Daerah Tambunan. Tidak ada Teknik pengambilan sam pel digunakan kerana populasi kajian adalah juga sampel. Sampel kajian ini diambil daripada empat buah sekolah menengah yang ada di Daerah Tambunan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah kajian adalah menggunakan satu set soal selidik. Teknik analisis statistik deskriptif, korelasi pekali pearson, Ujian-t dan ANOVA sehala digunakan bagi menganalisis data melalui perisian SPSS 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik. 8egitu juga dapatan tentang tidak terdapat perbezaan yang signifi..... 480 hits |
| 3489 | 2022 Article | Pelaksanaan banana circle berasaskan pendekatan steam projek dalam meningkatkan perkembangan sosioemosi murid prasekolah Zahiroh binti Awang Banana Circle adalah satu pengajaran menggunakan pendekatan STEAM projek. Pendekatan ini perlu diaplikasi oleh guru agar pelaksanaan pendidikan abad ke 21 berjaya direalisasikan. Walaubagaimanapun, guru-guru di prasekolah menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya pengajaran STEAM kerana tiada panduan yang jelas berkaitan pelaksanaan pengajaran STEAM. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan Banana Circle sebagai satu pengajaran STEAM yang berkesan serta dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi murid-murid di prasekolah. Pelaksanaan Banana Circle ini melibatkan sembilan belas orang murid yang berumur empat, lima dan enam tahun. Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian berstruktur semasa pelaksanaan tiga langkah pengajaran STEAM projek iaitu (1) Perbualan Bahasa STEAM, (2) Mencari STEAM di mana-mana dan (3) STEAM Masa Depan. Dapatan kajian yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 22...... 368 hits |
| 3490 | 2022 Article | Pelaksanaan aktiviti “Spindle Box” dalam meningkatkan Kefahaman operasi tambah terhadap kanak-kanak 4 tahun Elizebert James Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah yang terbaik dalam pembelajaran terhadap masalah yang dihadapi dalam bidang pembelajaran Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep operasi tambah melalui pelaksanaan aktiviti Spindle Box dalam kalangan murid-murid TASKA. Kumpulan sasaran yang dipilih dalam kajian tindakan ini adalah seramai 2 orang murid berumur 4 tahun daripada TASKA yang terletak di daerah Hulu Bernam, Hulu Selangor. Penyelidik mendapati masalah yang dihadapi oleh 2 orang murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah, murid-murid sukar untuk memahami konsep operasi tambah dan tidak dapat menyelesaikan soalan operasi tambah yang diberikan. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk meneroka kaedah yang terbaik dalam membantu meningkatkan kefahaman konsep operasi tambah menggunakan aktiviti Spindle Box agar peserta kajian dapat menyelesaikan soalan yang berkait..... 557 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 349 of 1117 | [ Next ] [ Last ] |