UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
34912022
Article
Meta-Ethnography for Capacity Building: A Spiral Approach
Ai,-Girl Tan
Graduate education aims to build capacities of current and prospective early childhood educators in conducting academic discourses which include among others reading, writing, and synthesizing studies published in academic journals and other credible sources. Academic writing can induce anxiety among graduate students (Bloom, 1982). It is thus important to teach, instruct and scaffold graduate education students in academic reading and writing and to develop capacities of graduate education students in proposing and conducting independent studies on the phenomena of their own interest. This paper focuses on introducing meta-ethnography and seven phases in an educational inquiry course of an early childhood graduate education programme. Teaching of qualitative synthesis in an inquiry course is designed in a spiral curriculum (Harden & Stamper, 1999) and is organized according to seven phrases (P) (Noblit, 2019): Getting started (P1), deciding what studies are relevant to that interest (.....

429 hits

34922022
Article
Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk 2D dan 3D dalam pembelajaran matematik awal Melalui “Penggunaan Bahan Maujud” di prasekolah pasti Al-Husna Hulu Bernam
Nickline Sumoi
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik guru terhadap pembelajaran melalui aktiviti praktikal di kelas prasekolah .Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang jenis bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi dengan menggunakan bahan maujud. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan penyelidik kali ini adalah seramai 3 orang murid-murid yang berumur 4 tahun daripada Prasekolah Pasti Al-Husna, Hulu Bernam, Selangor. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah murid-murid masih tidak mengenali jenis bentuk dalam konsep awal matematik. Objektif kajian ialah ialah untuk mencari kaedah berkesan pengajaran konsep matematik awal mengenal jenis bentuk 2D dan 3D dalam kalangan kanak-kanak 4 tahun menggunakan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan maujud. Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah yang digunakan adalah dengan bahan maujud dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh penyelidik. Pengum.....

764 hits

34932022
Article
Kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu
Hanisah Mat
Penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat apabila pengajaran dan pembelajaran dilakukan di atas talian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak semasa pembelajaran dalam norma baharu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan diedarkan melalui aplikasi google form. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 70 orang guru prasekolah. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif berdasarkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan peratusan guru bersetuju 93% (n=65). Gajet memudahkan kanak-kanak mendapatkan maklumat. Dapatan mengenai kesan penggunaan gajet menunjukkan 94% (n= 66) guru bersetuju penggunaan gajet dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kanak-kanak yang terlalu obses dengan gajet dan boleh menyebabkan punca kepada gaya hidup yang tidak sihat. Kesimpulannya, penggunaan gajet kepada k.....

591 hits

34942022
Article
Keberkesanan penggunaan pendekatan multisensori dalam meningkatkan kemahiran konsep nombor kanak-kanak prasekolah
Lee, Mei Chiew
Pendekatan multisensori adalah teknik pengajaran yang melibatkan pelbagai deria kanak-kanak seperti penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Penglibatan kesemua deria dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak. Kertas konsep ini membincangkan keberkesanan pendekatan multisensori dalam perkembangan kemahiran konsep nombor kanak-kanak prasekolah. Teori-teori berkaitan pendekatan multisensori, definisi konsep nombor, pendekatan multisesori dan kepentingannya kepada pembelajaran kemahiran konsep nombor kanak-kanak prasekolah turut dibincangkan...

1126 hits

34952022
Article
Keberkesanan penggunaan kad imbasan dalam meningkatkan kemahiran awal bacaan kanak-kanak 4 tahun
Jacintha Henry
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik guru terhadap pembelajaran melalui aktiviti menggunakan kad imbasan di Taska. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca awal kanak-kanak dengan menggunakan kad imbasan dalam kalangan murid-murid taska. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan penyelidik kali ini adalah seramai tiga orang murid-murid yang berumur tiga tahun daripada taska yang terletak di daerah Hulu Bernam. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah kanak-kanak tidak memahami konsep awal bacaan dan sukar mengenalpasti huruf vokal serta menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan huruf vokal. Objektif kajian ialah mengecam huruf vokal, membunyikan huruf vokal menggunakan dan menarik minat kanak-kanak menggunakan kad imbasan. Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan kad imbasan untuk menyelesaikan lembaran kerja yang diberi oleh penyelidik. Pengumpulan data untuk kajian ini dip.....

446 hits

34962007
Thesis
Pengukuran tahap peggunaan oksigen maksimum Incremental Shuttle Walk Test dan 6-Minute Walk Test
Wahed Bujang Mi
Kajian ini dilakukan bagi menganggar tahap penggunaan oksigen secara maksima (V02max) di kalangan pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj. Openg, Kuching , Sarawak. Maklumbalas dari pelajar tersebut menggunakan protokol ujian berjalan kaki (walk test) dan kaedah bidang pengukuran lain yang sesuai bagi kegunaan sekolah pada masa akan datang. Seramai 10 orang subjek terlibat dalam kajian yang menggunakan protokol Incremental Shuttle Walk Test (ISWT) dan Six Minute Walk Test (6MWT). Subjek melaksanakan ISWT seberapa pantas yang boleh bila tahap semakin meningkat dengan selang masa antara setiap tahap masa direkod akan Rating of Perceived Exertion (RPE). Bagi 6MWT ubjek berjalan seberapa jauh yang boleh dalam masa 6 minit. Pengukuran bagi menganggar kadar nadi, tinggi, berat, RPE turutdiambilkira bagi menganggar intensiti . Analisis Paired Sample t-test digunakan bagi meramal penggunaan oksigen maksima iaitu dijelaskan dalam bentuk ml" dan . mi.....

534 hits

34972022
Article
Kaedah al tikrar dalam membantu penguasaan membaca doa harian dalam kalangan kanak-kanak tadika
Nur Suaidah Hayati Abidin
Artikel ini membincangkan mengenai “kaedah al tikrar dalam membantu penguasaan membaca doa harian dalam kalangan kanak-kanak tadika”. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak dalam bacaan doa harian kaedah al-tikrar dan kaedah pengajaran biasa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pendekatan ini lebih memfokuskan kepada penggunaan quasi eksperimen bagi menguji kaedah al-tikrar. Quasi eksperimen membawa maksud kanak-kanak akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (kaedah al-tikrar) dan kumpulan kawalan (pengajaran biasa). Hasil tinjauan yang dilakukan melalui kaedah quasi eksperimen ini seramai 24 orang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun telah melibatkan diri. Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru mengenal pasti keberkesanan kaedah al-tikrar dalam mengajar bacaan doa harian kanak-kanak. Sampel kajian ini terdiri daripada 24 orang kanak-kanak dan 140 orang guru tadika yang menjawab soal .....

535 hits

34982011
Thesis
Kolerasi antara indeks jisim badan dengan kecergasan kardiovaskular pelajar tingkatan enam Kawasan Masjid Tanah, Melaka
Ramli Taib
Kajian Korelasi antara Indeks Jisim Badan dengan Kecergasan Kardiovaskular pelajar Tingkatan Empat Kawasan Masjid Tanah, Melaka adalah sangat penting. Objektif Utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara Indeks Jisim Badan dengan Kecergasan Kardiovaskular pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 16 belas tahun sekolah menengah. Selain itu, kajian ini ingin melihat perbezaan Kadar Nadi Latihan dengan Kadar Nadi Pemulihan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah menengah di kawasan Masjid Tanah, Melaka, Pelajar sekolah yang berumur 16 tahun (n = 306). Kaedah penyelidikan secara post-experimental telah digunakan dalam kajian ini. Data mentah yang diperoleh akan dianalisa menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian korelasi Pearson Product Moment digunakan untuk menjawab hipotesis pertama dan hipotesis kedua, Dapatan menunjukkan terdapat perhubungan positif yang kuat dan signifikan antara lndeks Jisim Ba.....

371 hits

34992005
Thesis
The effects of training modalities on motor abilities in Kelantanese young taekwando athletes
Noor Aiwa Rosman
The purpose of this study was to compare the effect of training on selected motor abilities in young recreational taekwondo athletes using the traditional approach versus one based on sports science principles. Subjects were selected from members of taekwondo clubs in Kota Bharu and surrounding districts (20 girls, 13.01±2.35 years, 147.10±11.41 cm, 44.17±13.84 kg; 28 boys, 11.93±2.01 years, 142.92±13.95 ern, 35.52±12.66 kg). The athletes were randomly assigned to an experimental and control group. The experimental group was given a training program designed for an intervention period of 8 weeks. The control group followed the regular training program by their coaches. Physical fitness components included weight for height, flexibility, body composition, push-ups, sit-ups, vertical jump, and aerobic fitness. Multivariate procedures and non-parametric methods were used to analyze the data. There was no Group x Test interaction (p=0.332, eta2=0.055) and neither were there Group (p=.....

794 hits

35002023
Thesis
Pembinaan model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu berasaskan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah menengah
Aisha Chang
Kajian ini bertujuan untuk membina model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah menengah. Kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan dalam kajian ini untuk membina model melalui tiga fasa. Fasa pertama kajian adalah fasa analisis keperluan, di mana keperluan dalam pembinaan model ini dikenal pasti melalui kaedah soal selidik terhadap 80 orang guru dan temu bual dengan lima orang guru berpengalaman yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Fasa kedua adalah fasa reka bentuk dan pembangunan model, yang melibatkan tujuh orang pakar menggunakan Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM) untuk membangunkan model. Fasa ketiga adalah fasa penilaian model, di mana seramai 18 orang pakar menilai model menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Dapatan kajian dalam fasa analisis keperluan menunjukkan bahawa sampel kajian bersetuju (M=4.4946; SP=0.6263) mengenai.....

3187 hits

[ First ] [ Prev ] Page 350 of 1117 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.