UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
581 | 2006 Thesis | Tingkah laku kepimpinan pengetua wanita di sekolah menengah gred A dan B: satu kajian kes Norhayati Khamidin Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tingkah laku kepimpinan pengetua wanita di sekolah Menengah gred A dan B di Kelompok 1, Daerah Kinta Perak Darul Ridzuan. Kajian kes ini cuba melihat jenis tingkah laku yang diamalkan oleh pengetua wanita di sekolah menengah gred A dan gred B. Gaya kepimpinan dikaji adalah berfokus kepada struktur tugas dan timbang rasa. Instrumen Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) telah digunakan. Soal selidik ini digunakan untuk menilai persepsi guru terhadap tingkah laku kedua-dua pengetua mereka. Subjek dalam kajan ini terdiri dari dua orang pengetua wanita dari sekolah gred A dan B. Seramai 60 orang responden diambil dimana 30 orang responden bagi setiap gred sekolah. Data diproses dan dianalisa menggunakan SPSS (Statistical Package for social science) versi 12. Statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai untuk mengenalpasti tingkahlaku pengetua. Ujian-t diguna untuk melihat perbeza..... 157 hits |
582 | 2007 Thesis | Kepimpinan pengetua dan kesannya ke atas prestasi guru-guru di daerah Tanah Merah Jeli, Kelantan Azman Che Mat Objektif kajian ini adaJah untuk melihat tahap hubungan LMX di kalangan pentadbir sekoJah (pengetua/guru besar) dengan guru-guru mereka dan melihat hubungannya dengan tahap prestasi kerja guru-guru tersebut. SampeJ kajian terdiri daripada guruguru dalam 35 buah sekolah di daerah Tanah Merah-JeJi. Dalam memilih sampel, pengkaji menggunakan strategi "populasi digunakan" dan persampeJan rawak mudah. Data yang diperoJehi dianaJisa menggunakan kaedah "Crosstab", Ujian korelasi, ANOYA sehala dan Ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga tahap hubungan LMX di kalangan guru-guru dalam daerah Tanah Merah-Jeli iaitu In Group, sederhana dan Out Group. Pada umumnya terdapat hubungan signifikan antara tahap hubungan LMX yang tinggi dengan tahap prestasi kerja guru yang tinggi, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara antara kurnpul.an group dengan tahap prestasi mereka. Sebagai rumusan, guru yang mempunyai tahap hubungan LMX yang tinggi dengan pemimpin mereka keJihatan Jebih..... 142 hits |
583 | 2006 Thesis | Korelasi pengurusan pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan tekanan kerja Guru Khairul Bariah Yahya Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau perkaitan antara persekitaran amalan pengurusan pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan tekanan kerja guru. Kecemerlangan sesebuah sekolah dipengaruhi oleh kepemimpinan pengetua yang berkesan. Namun kesibukan tugas pengetua dalam menghadapi cabaran globalisasi memerlukan amalan pengurusan pengupayaan dijalankan di sekolah agar matlamat organisasi tercapai. Penyelidikan ini khususnya untuk mengenalpasti korelasi antara kedinamikan amalan pengurusan pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajarn dengan tekanan kerja kepada guru di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan pengupayaan dan tahap tekanan kerja guru. Disamping itu penyelidik juga ingin melihat sarna ada terdapat perbezaan amalan pengupayaan antara jantina dan lokasi sekolah. Sejumlah 200 orang guru dari enam buah sekolah menengah didaerah Larut, Matang dan Selama, Perak telah dijadikan responden untuk kajian ini. ..... 155 hits |
584 | 2006 Thesis | Pengetahuan dan amalan guru terhadap penggunaan ruang landskap sekolah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran Azlin Iryani Mohd Noor Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, amalan dan kesedaran guru-guru menggunakan ruang landskap sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga turut melihat kepada kekerapan penggunaan ruang landskap sekolah serta hubungannya dengan pengetahuan guru, kesedaran guru dan amalan guru menggunakan ruang landskap sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan empat buah sekolah rendah di sekitar Lembah Klang. Sekolah yang dipilih mewakili populasi kajian terdiri daripada sekolah yang pemah memenangi Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar (3K) anjuran Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 1999 hingga 2003. Soal selidik ditadbirkan ke atas sampel kajian yang terdiri daripada 145 orang responden. Penganalisaan data dibuat menggunakan Statistical Procedures for Social Science (SPSS) secara statistik deskriptif dan statistik infrensi..... 121 hits |
585 | 2020 Thesis | The structural relationship between 5s lean tool, Value Stream Mapping, and Warehouse Performance among Malaysia manufacturing industry Mohd Fadzil Harun The objective of this study is to determine the relationship between 5S lean tool and
Value Stream Mapping (VSM) towards Warehouse Performance (WP) among
Malaysian manufacturing industry. A total of 378 responses were received by using
the online survey with response rate of 15.55%. This study used structural equation
modeling technique. The results showed the positive and significant direct effect
between 5S lean tool and WP ((HI =0.628, p.. 225 hits |
586 | 2004 Thesis | Permasalahan pengurusan sekolah yang dihadapi oleh pentadbir baru-satu kajian tinjauan di sekolah-sekolah daerah Larut Matang, Perak Zaharah Norddin Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan pengurusan sekolah yang
dihadapi oleh pentadbir yang baru dilantik berdasarkan model yang diubahsuai
daripada pendekatan Pengurusan Berfungsi yang diperkenalkan oleh Henry Fayol
(1949) iaitu merancang mengelola, memimpin dan mengawal yang telah
digabungkan dengan enam dimensi peranan pentadbir dalam pengurusan sekolah dari
segi kurikulum, kokurikulum, perkembangan staf, disiplin dan kebajikan pelajar,
hubungan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti dan pengurusan kewangan.
Disamping itu tahap kefahaman, kemahiran dan latihan /kursus dikalangan pentadbir
baru dilantik juga dikaji sebagai penyokong dapatan kajian. Kajian ini melibatkan 30
orang responden.dari daerah Larut Matang,Perak. Soal selidik diedarkan kepada
sekolah-sekolah daerah ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan min.
sisihan piawai, pangkatan, frekuensi, peratus, ujian-t, korelasi Pearson dan ujian
ANOVA sehala. Didapati tahap kefahaman tugas b..... 117 hits |
587 | 2007 Thesis | Perlaksanaan kokurikulum sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu Arbaa Tampung Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sepuluh
buah Sekolah Menengah di Daerah Kota Kinabalu , Sabah. Di dalam kajian ini seramai
100 orang guru penasihat kokurikulum telah dipilih secara rawak dari 10 orang guru bagi
setiap sekolah untuk dijadikan responden. Hasil kajian ditumpukan kepada pelaksanaan
aktiviti kokurikulum yang dilihat dari lima aspek iaitu guru, pelajar, kewangan,
pentadbir, peralatan dan kemudahan padang dan gelanggang.Kajian ini berbentuk kaedah
tinjauan dan pangumpulan data dibuat melalui soal selidik. Data diproses dengan
komputer menggunakan program “Statistical Package For Social Science” (SPSS).
Statistik deskriptif yang menggunakan frekuensi, peratusan dan min digunakan bagi
menghuraikan responden kajian dan juga menjawab persoalan kajian. Dari kajian ini
didapati sekolah-sekolah yang dikaji memang menghadapi masalah guru (min 3.14),
masalah pelajar (min 3.94), masalah pentadbir (min 3.13), masalah kewangan (..... 97 hits |
588 | 2004 Thesis | Tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tekanan kerja guru setiausaha sukan di sekolah-sekolah menengah negeri Perak Yusri Yakub Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah laku kepimpinan
pengetua dimensi struktur tugas dan struktur konsiderasi dengan tekanan kerja
guru setiausaha sukan di sekolah-sekolah menengah di seluruh Negeri Perak.
Kajian ini juga melihat tahap tekanan kerja serta mengenalpasti dimensi tingkah
laku kepimpinan yang sering menjadi amalan pengetua di sekolah menengah.
Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diterima daripada 130 orang
guru setiausaha sukan di sekolah-sekolah menengah seluruh Negeri Perak.
Penyelidik menggunakan instrumen Leadership Behaviour Discription
Questionnaire (LBDQ) bagi mengukur tingkah laku kepimpinan pengetua dan
instrumen Teacher Stress lnventory (TSI) bagi mengukur tahap tekanan guru
setiausaha sukan sekolah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi
11.0. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya hubungan rendah dan negatit antara
tingkah laku kepimpinan pengetua dan tekanan kerja, juga tingkah
laku kepimpinan pengetua..... 219 hits |
589 | 2010 Thesis | The effect of strategy training in the comprehension of academic reading materials Azuro Umairah Mohd Rozin Reading skills play an important role in mastering a language and
knowledge. Therefore it is important to expose students to practice strategic
reading habits since it will assist them to perform in academic journey. The
current investigation aims to observe the effect of reading strategies training
towards subjects’ reading comprehension performance as well as the subjects’
level of awareness utilizing reading strategies when they perform their reading
tasks. The subjects in this investigation were 30 first semester students from the
Commerce Department of Sultan Azlan Shah Polytechnic. 15 subjects were
Diploma of Marketing (DPR) students and another 15 subjects were Diploma of
Accountancy (DAT) students. DPR students were assigned to the experimental
group meanwhile DAT students were assigned to the control group. The
experimental group undergone 60 minute reading strategy training for 12 weeks
meanwhile the control group did not receive any training. In order to obse..... 175 hits |
590 | 2024 Final Year Project | Pembangunan permainan Spelling Game berasaskan literasi awal Bahasa Inggeris dalam kalangan awal kanak-kanak Qistina Huda Mohd Asri Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengintegrasikan kaedah belajar melalui bermain
dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dalam pembelajaran khususnya
pembelajaran Bahasa Inggeris. Kajian yang dijalankan ini telah menghasilkan satu produk iaitu
permainan ‘Spelling Game’ yang berasakan literasi awal Bahasa Inggeris dalam kalangan kanakkanak.
Kajian ini juga dijalankan menggunakan kajian reka bentuk dan Pembangunan serta Model
ADDIE yang mengandungi 4 fasa. Instrumen kajian yang digunakan ialah insturmen soal selidik
menggunakan Google Form. Kesahan kandungan Permainan ‘Spelling Game’ ini dilakukan oleh
dua orang pakar bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sampel kajian adalah melibatkan 60
orang yang terdiri daripada 30 orang guru dan ibu bapa/penjaga dan 30 orang pelajar di salah satu
IPTA untuk menjawab soal selidik ini. Dapatan kajian bagi Analisis Keperluan Pembangunan
Permainan ‘Spelling Game’ Berasaskan Literasi Awal Bahasa Inggeris dala..... 266 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 59 of 993 | [ Next ] [ Last ] |