|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 6241 | 2020 Article | Pengurusan daya intelek kanak-kanak melalui rangsangan imaginasi dalam episod cari dan simpan berdasarkan prinsip kepimpinan Norsaliza Mohd Shuhaini Alam pembelajaran kanak-kanak bermula dengan tercetusnya satu pengalaman. Membesar dalam kemajuan pembangunan teknologi dan perisian evolusi abad ke 21 mencabar proses perkembangan intelek kanak-kanak. Intelligent Quotient (IQ), iaitu kecerdasan akal semata-mata tidak menjanjikan keseimbangan dan kejayaan dalam pengurusan kehidupan Kekaguman dan ketinggian intelek yang terkandung di dalamnya mempamerkan kerelevanan dalam upayanya mengendalikan daya intelek dan imaginasi kanak-kanak. Terdahulu, kanak-kanak leka dengan sastera lisannya tetapi gaya hidup kini mengubah kehidupan semula jadi kanak-kanak melalui ledakan informasi pembangunan teknologi yang berupaya mempengaruhi minda kanak-kanak dengan maklumat kurang tepat dan mengelirukan. Dengan menggunakan bahan tontonan kartun animasi Upin dan Ipin, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis bagaimana kanak-kanak menguruskan daya intelek dalam episod “Cari dan Simpan”. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Prinsip K..... 1023 hits |
| 6242 | 2018 Research Report | The development of educational opportunities for child and young offenders within the Malaysian prison institutions since 2013 Rosfizah Md Taib The study aims to investigate the extent to what and how the government of Malaysia has been
providing educational opportunities for children and young people who are being detained within
the prisons institutions since 2013. The study adopted a qualitative methodology by interviewing
relevant officials, teachers (educators) as well as young offenders who pursue studies while being
imprisoned in Malaysia prisons institutions. In addition, researchers have undertaken some
observations towards gaining the data regarding the implementation of the provisions of
educational opportunities for children and young people within the Malaysia prisons institutions. In
conclusion, the data remarked that, among others; first, many positive efforts were successfully
implemented by the Malaysia Prisons Department since 2103 till date particularly towards
improving the provision of educational opportunities for children and young people detained in
prisons institutions in Malaysia; secondly, ..... 724 hits |
| 6243 | 2018 Research Report | Profil antropometri pemain sukan MASUM UPSI mengikut prestasi pasukan semasa kejohanan MASUM 2018 Noorzaliza Osman Kajian ini bertujuan untu melihat profil dan hubungan antropometri dengan prestasi pasukan
semasa Kejohanan MASUM 2018. Dalam kajian ini, seramai 50 pemain yang terdiri daripada 15
pemain hoki, 12 pemain bola jaring, 13 pemain bola baling dan 10 pemain bola tampar.
Peratusan lemak badan diukur dengan kaedah lipatan kulit berasaskan formula Jackson, Pollock
& Ward (1980) dan somatotaip diukur dengan menggunakan skala Heath dan Carter (2002). Data
dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA sehala dan ujian kolerasi Pearson. Keputusan
profil antropometri menunjukkan hampir semua pasukan memiliki tubuh badan endo-meso (lebih
berotot), namun begitu keputusan hubungan pula menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara profil antropometri dengan prestasi pasukan bola baling sahaja semasa
kejohanan MASUM r (13)=0.14,p0.05, r(12)=0.64,p>0.05,
r(10)=0.71,p>0.05). Kesimpulannya, secara keseluruhannya profil antropometri bukan penentu
prestasi permainan sesebuah pasukan semasa..... 723 hits |
| 6244 | 2018 Research Report | Pembinaan garis panduan guru untuk melaksanakan projek penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak Azizah Zain Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu Garis Panduan Guru (GPU) untuk
melaksanakan Modul Projek Penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal
Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani latihan mengajar di TADIKA.
Kajian yang berbentuk kualitatif ini mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan
GPG, fasa membina GPG dan fasa pelaksanaan dan penilaian GPG. GPG yang dihasilkan
mengandungi tiga aktiviti pelaksanaan berdasarkan Modul Projek Penyiasatan, iaitu fasa
permulaaan projek, fasa pembangunan projek dan fasa dokumentasi atau kemuncak.
Persampalen yang digunakan ialah persempalan bertujuan iaitu 10 orang pelajar ISMP yang
menjalani latihan mengajar. Teknik pengumpulan data adalah dengan menggunakan teknik temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen Instrumen yang digunakan ialah senarai semak
pemerhatian, senarai semak analisis dokumen dan protokol temubual. Fasa pertama bertujuan
untuk mengenalpasti keperluan dalam GPG ..... 885 hits |
| 6245 | 2018 Research Report | Pembangunan modul kesediaan global prasekolah berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi Azizah Zain Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Kesediaan Global Kanak-kanak
Prasekolah berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Proses pembangunan modul
melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan modul, fasa pembangunan modul dan
fasa pelaksanaan dan penilaian modul. Modul Kesediaan Global yang dibangunkan ini
merangkumi aspek (a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran
ICT (c) kepelbagaian dan multikulturalisme (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran
pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan
serta pertahanan diri. Kajian secara kualitatif menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen melibatkan 10 orang guru prasekolah di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang
dan Perak. Dapatan kajian dalam fasa pertama telah mengenalpasti elemen keperluan modul
berasaskan tujuk aspek yang telah dinyatakan. Dalam fasa kedua iaitu fasa pembangunan modul,
penamba..... 851 hits |
| 6246 | 2020 Article | Pemikiran Za ‘Ba dalam karya-karya terpilih Ahmad Nabil Amir Makalah ini membincangkan pemikiran dan penulisan-penulisan Pendeta Za ‘ba (16 September 1895-23 Ogos 1973) yang berpengaruh yang ditinggalkannya dari warisan pemikiran dan bekas-bekas perjuangan intelektualnya yang bersejarah. Ini diangkat dan dirumuskan daripada pergerakan dan usahanya dalam mengangkat darjat bangsa Melayu. Makalah ini bersifat deskriptif, analitis dan historis. Di samping itu, makalah ini meninjau legasi dan warisan intelektual yang ditinggalkan Za‘ba dan menggarap aspirasi perjuangan dan keyakinan intelek yang tinggi yang dibawanya dan pembaharuan yang berpengaruh yang dimanfaatkannya untuk mengangkat dan membangkitkan kesedaran orang Melayu. Kajian merumuskan bahawa kecekalan dan kesungguhan Za’ba berhasil menggembleng harakat perubahan dan ijtihad dan meniupkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan bangsa Melayu
.. 759 hits |
| 6247 | 2020 Article | Kaedah pembentukan identiti nasional dalam universiti awam di Malaysia Nur Nadia Lukmanulhakim Identiti nasional merupakan komponen penting dalam memupuk perpaduan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti kaedah pembentukan identiti nasional di peringkat universiti awam di Malaysia. Sebuah universiti awam telah dipilih daripada 20 buah universiti awam di Malaysia sebagai tempat kajian iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian dijalankan melalui kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas lima orang pegawai Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan yang diperoleh menunjukkan kaedah pembentukan identiti nasional di universiti awam mencakupi aktiviti akademik, kokurikulum serta sahsiah. Implementasi kaedah pembentukan identiti nasional ini pula mencakupi pelbagai bahagian dalam universiti, melalui program serta kerjasama antara bahagian juga dengan institusi luar. Penambahbaikan ke atas kaedah sedia ada boleh dilakukan dengan mengambil kira keperluan mahasiswa universiti yang terdiri daripada pelbagai budaya...... 1095 hits |
| 6248 | 2020 Article | Magis dan aspek kelegaan jiwa berdasarkan perspektif emosi hairan dalam Hikayat Marakarmah Afidatul Syazwani Afandi Magis atau unsur luar biasa sering kali ditemui dalam kebanyakan teks hikayat yang mempunyai pengaruh Hindu- Islam. Pemaparan unsur ini dianggap penting oleh pengarang tradisi untuk dijadikan intipati kepada struktur teks klasik. Kehebatan pengarang tradisi mencakna mesej kepada khalayak melalui bauran peristiwa yang luar biasa ini membawa implikasi yang besar kepada khalayak dan meransang beberapa kesan emosi tertentu. Salah satu daripada emosi ini ialah emosi hairan yang membangkitkan rasa takjub dan kagum. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubung kait emosi hairan dan aspek kelegaan jiwa yang akan dikupas berdasarkan teks pilihan ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Huraian data dan maklumat daripada kaedah analisis tekstual ini akan dibahagikan kepada analisis yang bersifat struktural yang melihat struktur ayat dan pengolahan gaya bahasa yang berupaya mewujudkan emosi hairan dan rasa takjub serta anali..... 784 hits |
| 6249 | 2020 Article | Kearifan tempatan dalam kulit buku Sastera kanak-kanak terpilih terbitan PTS Tengku Intan Maslina Tengku Mohd Ali Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-k..... 1466 hits |
| 6250 | 2020 Article | Komuniti Banjar di Tanah Rantau: ibadah haji sebagai satu dorongan tradisi Masyarakat Banjar ‘Madam Ka Banua Urang Aiza Maslan@Baharuddin Masyarakat Banjar cukup sinonim dengan kecenderungan yang mendalam untuk merantau atau ‘madam ka banua urang’, selain kepatuhan beragama yang sangat kuat terhadap ajaran Islam. Sejak menjadi sebahagian daripada penganut agama Islam, ibadah haji menjadi sebahagian daripada tradisi ‘madam’ masyarakat Banjar yang dilakukan dengan kemahuan dan kehendak sendiri, sekali gus menjadi pendorong utama masyarakat Banjar mengerah keringat mencari rezeki dan mengumpul dana. Masyarakat Banjar, khususnya di Daerah Kerian mempunyai amalan tradisi mereka yang tersendiri berhubung ibadah haji. Ibadah haji, selain daripada bagi tujuan ibadah turut dilihat sebagai wadah untuk individu memperdalam pengetahuan ilmu agama di Masjidil Haram. Gelaran haji dan pendidikan keagamaan yang diperoleh dari Tanah Suci Makkah diberi penghormatan yang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis konsep ‘madam ka banua urang’ serta kaitannya dengan penyempurnaan ibadah haji..... 1137 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 625 of 1124 | [ Next ] [ Last ] |