|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 6231 | 2021 Thesis | Pembinaan dan pengesahan Modul Latihan i-Think Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua Hoong, Jet Yee Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Modul Latihan i-THINK
Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua. Modul ini dibina berdasarkan langkahlangkah
model pembinaan modul Sidek. Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan
modul ditentukan dengan mencari pekali persetujuan Cohen’s Kappa dan pekali
persetujuan Cronbach Alpha apabila modul dibina. Modul ini mengandungi
komponen nota, contoh soalan, kaedah penggunaan peta pemikiran i-THINK, bahan
pembelajaran, penilaian tugasan dan aktiviti pembelajaran. Seramai empat orang
panel pakar dilantik untuk menilai kesahan kandungan modul. 25 orang murid Tahun
Lima dalam satu kelas dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan
berkelompok bertujuan dari sebuah sekolah rendah, Daerah Kinta Selatan, Perak.
Sampel kajian mengikuti aktiviti-aktiviti dan latihan dalam modul selama sebulan dan
menjawab soal selidik kebolehpercayaan modul setelah menghabiskan modul. Respon
sampel kajian dianalisis untuk menguji kebolehperc..... 1250 hits |
| 6232 | 2021 Thesis | Penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di Daerah Bentong, Pahang Siti Jerina Buhari Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-
Think serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kalangan guru Sains di Daerah
Bentong. Kajian ini melibatkan seramai 175 orang guru Sains dari 38 buah sekolah
rendah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah
jenis kebangsaan Cina di Daerah Bentong, Pahang. Kajian ini menggunakan kedua-dua
pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik telah digunakan untuk
mengumpul maklumat kuantitatif meliputi maklumat demografi, tahap penguasaan dan
penggunaan peta pemikiran i-Think. Manakala temubual berstruktur telah digunakan
untuk mendapatkan maklumat tahap penguasaan dan penggunaaan peta i-Think bagi
kajian kualitatif. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan peta pemikiran i-Think
dalam kalangan guru Sains adalah tinggi dengan nilai min sebanyak 3.068 ± 0.323.
Peratusan keseluruhan penguasaan peta pemikiran i-Think adalah pada tahap yang
sederhana iaitu 6..... 4960 hits |
| 6233 | 2021 Thesis | Sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan sikap guru terhadap kadar penggunaan Virtual Learning Environment Susila Pichaiya Ramalingam Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan
sikap guru terhadap kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Bahasa Tamil di SJKT Daerah Manjung. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan
VLE dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Tamil. Di samping
itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada sikap, pengetahuan dan
kemahiran TMK guru boleh meramalkan kekerapan penggunaan VLE. Pendekatan
kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini.
Responden kajian terdiri daripada 150 orang guru SJKT di Daerah Manjung yang
mengajar subjek Bahasa Tamil yang dipilih secara rawak mudah. Kajian ini
menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert 5 digunakan untuk
memperolehi data kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
Bahasa Tamil di SJKT Daerah Manjung . Data kajian dianalisis menggunakan analisi..... 2487 hits |
| 6234 | 2020 Article | Tahap kebolehan pelajar mendefinisikan patriotisme melalui pengajaran novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Saripah Dora Ismail Kajian berkaitan Tahap Kebolehan Pelajar Mendefinisikan Patriotisme melalui Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini bertujuan menilai kebolehan pelajar mendefinisikan patriotisme dengan tepat melalui pengajaran novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang menjadi teks kajian novel pelajar tingkatan empat. Kajian ini dibuat penilaian di dalam kelas. Kajian ini juga bertujuan menguji Teori Teksdealisme terhadap novel yang dikaji. Reka bentuk kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data penilaian berstruktur di dalam kelas. Instrumen kajian digunakan iaitu teks novel yang dikaji, set soalan dan rekod anekdot yang telah disemak oleh pakar untuk tujuan kesahan serta kebolehpercayaan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kebarangkalian melibatkan 35 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Selangor. Penilaian pra dan pasca pengajaran yang dibuat adalah berdasarkan Model Penilaian Formatif Tessmer (1993). Dat..... 828 hits |
| 6235 | 2021 Article | Peranan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif dalam pembentukan penggiat dan penonton kesenian Bangsawan Marlenny Deenerwan Sejak era kegemilangan Bangsawan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an, kesenian ini telah dikategorikan sebagai sebuah teater urban berikutan proses urbanisasi yang pesat di bandar-bandar tempat kesenian Bangsawan berkembang. Isu ini jarang dibincangkan dengan mendalam kerana penyelidikan sedia ada lebih memberikan tumpuan ke atas elemen seni persembahan yang terkandung dalam kesenian ini. Kajian bertujuan menganalisis peranan Kuala Lumpur sebagai sebuah faktor penting dalam pertumbuhan kumpulan Bangsawan dan juga kelompok penontonnya di Malaysia. Peranan ini seterusnya mengangkat kepentingan Kuala Lumpur sebagai sebuah kota kreatif dalam konteks pembangunan seni dan budaya. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Data kajian terhasil daripada temu bual dan juga analisis dokumen. Analisis kandungan dijalankan dengan mengaplikasikan model eksperimental Yokohama yang mengemukakan prinsip-prinsip pembangunan bandar kreatif seni dan budaya. Hasil kajian menemui peranan..... 1171 hits |
| 6236 | 2021 Article | Mukim Slim : tapak pelancongan bersejarah di Perak Nazirah Lee Mukim Slim adalah sebahagian daripada daerah Muallim yang terletak di selatan Perak. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk dibangunkan sebagai tapak pelancongan bersejarah. Mukim Slim mempunyai berbagai lokasi bersejarah yang usianya menjangkau ribuan tahun, daripada pra sejarah sehinggalah kepada zaman penjajahan British. Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kaedah kualitatif. Sumber primer dan sekunder diteliti daripada koleksi institusi seperti Arkib Negara Malaysia dan Muzium Perak. Selain itu, sumber primer juga diperolehi daripada laman sesawang. Hasil kajian mendapati, mukim Slim merupakan pusat kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum abad ke-19. Semasa Perang Dunia Kedua, mukim Slim adalah lokasi pertempuran terpenting di antara pihak British dan Jepun kerana “Perang Slim River” yang menentukan siapakah yang akan memenangi perang tersebut berlaku di sini. Jelasnya, latar belakang sejarah dan peristiwa yang berlaku di mukim Slim menyebabkan ia mempunyai potensi untuk..... 1239 hits |
| 6237 | 2021 Article | Negotiating identity using Bicultural Identity Integration Model : the Bawean in Malay construct Muhammad Ridhwan Sarifin This article aims to show the negotiation process in constructing Bawean ethnic identities as part of Malay sub-ethnic in Malaysia. This study used the Bicultural Identity Integration Scale-2 (BIIS-2). In-depth interviews were used to achieve all of the objectives of this study. This article focused only on the outcome of bicultural identity integration, namely the level of ethnic identity trends and how Bawean negotiates with other Malay cultures. Five findings were identified. First, the results of the analysis revealed that the majority of informants see themselves as Malays due to their religion which is Islam where they know how to act as Malaysian citizens. Second, the majority of informants do not feel entrapped between Bawean and Malay culture because of the willingness of Bawean people to deal with cultural diversity. Third, there are many cultural similarities which make the majority of the informants feel they have no conflict about having two cultures. Fourth, it is surpris..... 1377 hits |
| 6238 | 2021 Article | Pembinaan kerangka konstruk kelestarian bandar warisan di Malaysia Mohamad Khairul Anuar Ghazali Sustainable Development Goals (SDGs) telah mengariskan tentang keperluan terhadap pembangunan bandar warisan lestari dalam usaha mencapai Agenda 2030. Pelbagai inisiatif dilakukan untuk mencapai kehendak tersebut salah satunya ialah mengukur tahap kelestarian bandar seperti mana yang dilakukan oleh MurniNet 2.0 tetapi terdapat sedikit kelompongan yang berlaku. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk menyediakan satu kerangka pembinaan konstruk kelestarian bandar warisan yang lengkap dengan memperkenalkan dua konstruk baharu iaitu warisan budaya, peranan kerajaan dan komuniti sebagai rujukan pengukuran kelestarian di Malaysia. Konstruk kelestarian ini dibina untuk persediaan pembinaan set petunjuk dan indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia. Kaedah kualitatif iaitu kaedah anlisis dokumen empirikal digunakan untuk membina konstruk ini. Hasilnya terdapat lima (5) konstruk yang dikenalpasti dimana tiga (3) daripadanya merupakan konstruk yang telah diperkenalkan oleh Brundland Repor..... 1069 hits |
| 6239 | 2021 Article | A Comparative Study of Boosters between Genders in the Introduction Section Mazlin Mohamed Mokhtar Although there are several studies conducted by linguistics researchers on the differences between the linguistic styles of female and male writers, there are not many studies conducted on the use of boosters in academic writing. Boosters are used to convince and emphasize statements made. This study analyzes the regularity of boosters used in the Introduction section of Ten Research Articles (RAs). The influence of gender differences in the use of specific boosters will also be looked at. A document analysis method was chosen as the 10 RAs were analyzed as the corpus in this study. The findings showed that male writers used more boosters than female writers. Even though the number of words for the female writers was more than the male writers, it did not affect the number of boosters used in the Introduction section of those articles. In conclusion, it can be deduced from the analysis that both the female and male writers used boosters to highlight their claims or their beliefs regard..... 1119 hits |
| 6240 | 2021 Article | Environmentally-Literate Citizenry among Malaysian Youth to Produce Responsible Environmental Behaviour Saiyidatina Balkhis Norkhaidi This quantitative study explores the environmentally-literate citizenry for responsible environmental behavior among Malaysian youth involving 1,000 young Malaysians selected from five regional zones (north, central, south, east coast, and East Malaysia). A stratified random sampling technique based on age gender and the location was used to select respondents. The study instrument was a questionnaire that involved two constructs; environmental literacy (atmosphere, hydrosphere, lithosphere, biosphere) and environmentally responsible behaviour. A descriptive analysis was used to represent level, frequency, and percentage. While Pearson correlation was used to find the relationship between environmental literacy and responsible environmental behaviour among Malaysian youth. Finding shows that the levels of environmental literacy at high levels (M = 4.050, SP = .611) and all sub-constructs also at high levels, atmosphere (M = 3.884, SP = .638), hydrosphere (M = 4.083, SP = .725), lit..... 943 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 624 of 1124 | [ Next ] [ Last ] |