UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
6912024
Thesis
Isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi murid berkeperluan khas dalam pembelajaran
Aishah Abdul Mutalib
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah merupakan suatu perkhidmatan yang penting bukan sahaja kepada murid aliran perdana malahan juga kepada murid yang tidak berkeupayaan dalam pembelajaran. Dianggarkan sebanyak 10 peratus murid dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang menjalani sesi persekolahan dalam aliran pendidikan khas di sekolah. MBK turut memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepertimana murid-murid lain yang berada dalam arus perdana. Jelaslah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam pembangunan modal insan murid golongan ini di sekolah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka isu dan cabaran yang dihadapi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah serta meneroka strategi yang digunakan dalam membantu murid ketidakupayaan dalam pembelajaran menguruskan tuntutan keperluan psikologi dan persekolahan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes yang melibatkan empat orang GBK yang.....

442 hits

6922024
Article
Hubungan antara tingkah laku mencederakan diri dan strategi daya tindak dalam kalangan mahasiswa Perempuan di universiti
Liew, Kang Chee
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tingkah laku mencederakan diri dan strategi daya tindak dalam kalangan mahasiswa perempuan di universiti. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan telah digunakan. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara persampelan mudah untuk menjawab instrumen yang diberikan. Alat ukur tersebut terdiri daripada empat bahagian iaitu mengukur tahap keseriusan tingkah laku mencederakan diri, jenis-jenis tingkah laku mencederakan diri, sebab-sebab tingkah laku mencederakan diri dan strategi daya tindak dalam kalangan mahasiswa perempuan di sebuah universiti awam Perak. Data kajian dianalisis menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial iaitu SPSS versi 27.0 secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan 51.8% pelajar perempuan universiti melaporkan tahap yang sangat serius dalam tingkah laku mencederakan diri dan 37% responden melaporkan pada tahap tingkah laku mencederakan diri yang serius. Antara jenis-jenis tingkah laku menceder.....

235 hits

6932024
Article
Kesan ihsan kendiri dan mindfulness terhadap efikasi kendiri kaunseling kaunselor pelatih
Mohd Fahrizal Asmy Mohd Ali
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan kesan ihsan kendiri dan mindfulness terhadap efikasi-kendiri kaunseling kaunselor pelatih. Kajian ini melibatkan 116 orang responden yang terdiri daripada kaunselor pelatih yang sedang menjalani internship di organisasi. Terdapat tiga instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah iaitu Skala Ihsan Kendiri, Five-Facet Mindfulness Questionnaire (FFMQ) dan Counseling Self Estimate Inventory (COSE). Dapatan kajian menujukkan terdapat hubungan dan kesan yang positif antara ihsan kendiri dan mindfulness terhadap efikasi-kendiri kaunseling kaunselor pelatih. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa memasukkan elemen ihsan kendiri dan mindfulness dalam pendidikan kaunseling akan membantu meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri kaunselor pelatih dalam mengendalikan sesi kaunseling. Kata kunci: Ihsan kendiri, mindfulness, efikasi-kendiri kaunseling, kaunselor pelatih..

149 hits

6942024
Article
The need analysis for the development of competent pre-service teacher leadership model the perception of student affairs officers from institute of teacher education Malaysia
Amirul Fahmie Abdul Razak
Effective leadership among teachers is essential to produce a productive generation in the future. Various initiatives have been taken to improve teacher leadership but these efforts are focused on teacher leaders in service. Therefore, one of the approaches that can be taken is to introduce leadership elements as early as teacher preparation at the teacher preparation stage. In relation to that, this study aims to examine the development needs of a Competent Pre-service Teacher Leadership Model based on the views of student affairs officers from Institute of Teacher Education Malaysia (IPGM). In order to answer the research objectives, the qualitative method using interviews was used to two student affairs officers at the Malaysian Teacher Education Institute. Informants are selected based on several criteria such as involvement in student representative council as advisor and leadership experience. The data analyzed using thematic analysis report three leadership needs of the develop.....

194 hits

6952024
Article
Strategic leadership as a catalyst For organizational culture transformation in Sarawak’s TVET institutions
Julia,Clifftona
This study aims to examine the relationship between Strategic Leadership and Organizational Culture transformation in Sarawak’s TVET institutions, recognizing its critical role in ensuring institutional adaptability and long-term sustainability. The research specifically examines the correlation between Strategic Leadership and various dimensions of a Learning Organization, emphasizing its impact on fostering a responsive and innovative organizational culture in vocational education. A quantitative correlational research design was adopted, involving 150 teachers from three vocational colleges in Sarawak. Data were collected using a questionnaire and analyzed through Pearson’s correlation analysis. The findings reveal a strong positive correlation (r = .72, p < .001) between Strategic Leadership and Organizational Culture transformation, highlighting that institutions with effective strategic leadership exhibit higher adaptability, improved collaboration, and a stronger learning-or.....

140 hits

6962024
Final Year Project
Tahap kefahaman dan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru Sains Sekolah Menengah
Nur Syafiqah Farhana Ahmad Zaidi
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru sains sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Seramai 159 orang guru Sains di 18 buah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu telah terlibat sebagai responden kajian ini. Pendekatan kajian yang digunakan adalah tinjauan dengan pengagihan borang soal selidik sebagai metodologi kajian ini. Analisis deskriptif dijalankan untuk memperoleh min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Sains di sekolah menengah manakala statistik inferensi menjelaskan kekuatan hubungan antara tahap kefahaman dan pelaksanaan KBAT guru Sains sekolah menengah. Hasil kajian yang didapati menunjukkan bahawa guru Sains sekolah menengah mempunyai kefahaman (M = 3.09, SP = 0.35) dan pelaksanaan (M = 3.07, SP = 0.34) yang sederhana terhadap KBAT. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang sig.....

190 hits

6972024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan Fomo Box bagi subtopik Gerakan Linear dalam mata pelajaran Sains tingkatan 4
Mas Aina Batrisya Ramzahurin
Kajianinibertujuanuntukmembangunkanpermainan FoMoBox bagisubtopik GerakanLineardalamsubjekSainsdanmenilaipersepsikebolehgunaannyadalam kalanganpelajartingkatan4dariaspekrekabentuk,kandungan,kebolehgunaandan minat.Rekabentukkajianadalahkajianpembangunandanmenggunakanpendekatan kuantitatifberdasarkanrekabentukmodelADDIE.Kajianyangdijalankan melibatkanseramai175orangpelajartingkatan4disalahsebuahsekolahdiHulu Selangordanmenggunakanteknikpersampelanrawakmudah.Instrumenkajianyang digunakanialahborangkesahanmukadankandungansertaborangsoalselidik persepsikebolehgunaan.Nilai AlphaCronbach yangdiperolehidaripadakajianrintis ialah0.797.Hasilanalisisdatakajianmenunjukkanpuratanilaiminbagiaspekreka bentukialah3.76(SisihanPiawai=0.43),bagiaspekkandunganialah3.77(Sisihan Piawai=0.43),bagiaspekkebolehgunaanialah3.78(SisihanPiawai=0.41)danbagi aspekminatialah3.80(SisihanPiwai0.41).Kesimpulannya,permainan FoMoBox dapatmeningkatkanminatpelajaruntukmempelajaritopikgerakanlinear,dijadikan sebagaibahanulan.....

113 hits

6982024
Article
Pengurusan kepimpinan keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan
Rahmanyasin Jaafar
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan masyarakat Melayu. Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dilihat sebagai suatu proses merancang, memimpin, mengorganisasi dan mengawal daya usaha anggota bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk; pertama, mengenal pasti dimensi pentadbiran dan dasar-dasar pentadbiran di dalam prinsip kepimpinan karya terpilih Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus; kedua, menganalisis pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan; dan ketiga, merumuskan konsep kepimpinan dalam pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan. Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan Prinsip Kepimpinan yang terkandung di dalam Pendekatan Pengurusan dengan bidang keusahaw.....

134 hits

6992024
Article
Pengaruh faktor akademik terhadap pengurusan stres dalam kalangan pelajar Universiti
Norasibah Abdul Jalil
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengurusan stres dalam kalangan pelajar universiti, mengenal pasti faktor akademik yang mempengaruhi pengurusan stres, dan membandingkan perbezaan skor min bagi menentukan pengaruh faktor akademik terhadap tahap pengurusan stres umum. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik Perceived Stress Scale 10 (PSS10) dan set soalan khusus yang dibangunkan untuk mengukur stres akademik. Seramai 100 pelajar dari pelbagai universiti awam terlibat dalam kajian ini. Analisis menunjukkan bahawa tahap pengurusan stres pelajar berada pada M=2.16 (Rendah), manakala stres akademik mencatatkan M=2.52 (Sederhana), dengan perbezaan 16.67% lebih tinggi dalam stres akademik berbanding stres umum. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengukuran faktor secara individu memberikan maklumat yang lebih mendalam tentang pengaruh faktor akademik terhadap pengurusan stres dalam kalangan pelajar. Selain itu, pengukuran tahap pengurusan stres dan stres akademik juga dilakuk.....

338 hits

7002024
Article
Pembentukan karakter kepimpinan murid sekolah rendah melalui amalan pedagogi berbeza
Zurina Mustaffa
Pedagogi Terbeza merupakan pendekatan pengajaran kontemporari yang memanfaatkan kepelbagaian murid di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan Pedagogi Terbeza dalam pembentukan karakter kepimpinan murid serta mengenal pasti kebolehgunaan Pedagogi Terbeza dalam pembentukan karakter kepimpinan murid sekolah rendah. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan protokol temu bual separa struktur. Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru pelatih IPGM Kampus Raja Melewar. Dapatan kajian menunjukkan Pedagogi Terbeza dapat membina karakter kepimpinan murid seperti hormat menghormati dan bekerjasama. Secara spesifik, murid didapati lebih menghargai kepelbagaian rakan sebaya dan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Dapatan juga menunjukkan Pedagogi Terbeza boleh digunakan dalam pembentukan karakter kepimpinan kerana ia dapat memberi keseronokan kepada murid dan memberi impak yang positif seperti wujudnya toleransi antara guru da.....

282 hits

[ First ] [ Prev ] Page 70 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.