UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
matematik addie PENDIDIKAN ISLAM model
ghazali din modul Bahasa melayu Lim Chen Kim Nor ain Mohd Tajudin

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
76212017
thesis
Pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah
Nurul Hidayu Mohammad
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingkah laku penerokaan kerjaya berdasarkan jantina dan umur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 254 orang pelajar. Kajian menggunakan instrumen borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu dengan melibatkan Ujian-t serta regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara kepercayaan efikasi kendiri dengan tingkah laku penerokaan kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri serta tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan umur. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri pelajar dan tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar .....

897 hits

76222017
thesis
Kesan modul kemahiran asas menolong terhadap pengetahuan dan kemahiran asas menolong pembimbing rakan sebaya
Mariah Kamaruddin
Penyelidikan eksperimen kuasi ini bertujuan mengkaji kesan Modul Kemahiran Asas Menolong (KAM) terhadap pengetahuan dan kemahiran asas menolong Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Modul ini dibina berdasarkan Model Kemahiran Asas Menolong Tindall, manakala Model Russell digunakan sebagai model pembinaan modul KAM. Kajian ini merupakan kajian eksperimen reka bentuk ujian pra dan ujian pos kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara rawak. Seramai 83 orang subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan iaitu Kelompok Rawatan Kumpulan Kecil (KRKK), Kelompok Rawatan Kumpulan Besar (KRKB) dan satu kelompok kawalan (KW). Subjek rawatan KRKK ialah 26 orang PRS dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (Rla=9, Rlb=9, Rlc=8), KRKB seramai 29 orang PRS dalam satu kelompok besar (R2=29) dan satu kelompok kawalan (KW=28). Subjek kelompok rawatan KRKK dan KRKB mengikuti sembilan sesi rawatan yang dijalankan secara mingguan. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANCOVA, MANCOVA dan Post Hoc .....

889 hits

76232017
thesis
Kesan kepimpinan mobil terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru di Pulau Pinang
Oh Zi Jian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Kumpulan Kepimpinan Mobil (KKM) kepada komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru berbanding dengan Kumpulan Kawalan di Pulau Pinang. Hubungan antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dan hubungan antara komunikasi dengan motivasi turut dikenal pasti dalam kalangan guru melalui Kumpulan Kepimpinan Mobil. Pendekatan kuasi eksperimen diaplikasikan dalam kajian ini. Sejumlah 156 responden telah diambil sebagai sampel kajian. Teknik pensampelan digunakan dalam kajian ini ialah pensampelan rawak mudah dengan menggunakan jadual nombor rawak. Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan Mobil mempunyai kesan signifikan terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dalam kalangan guru melalui KKM berbanding dengan Kumpulan Kawalan. Analisis juga menunjukkan hubungan positif antara komun.....

847 hits

76242017
thesis
Kompetensi guru bimbingan dan kaunseling berpandukan model pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia
Mad Islaihi Sabdari
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dari aspek kompetensi pengetahuan dan kompetensi kemahiran berpandukan Model Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (Model KPM). Kajian ini turut bertujuan mengukur tiga bidang kompetensi GBK iaitu bidang penghantaran, bidang pengurusan dan pentadbiran dan bidang pengurusan program. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur korelasi antara kompetensi GBK dengan tempoh perkhidmatan. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dan melibatkan sampel seramai 205 GBK di negeri Sabah yang dipilih secara rawak mudah daripada 437 populasi. Data dikumpul menggunakan Inventori Kompetensi Guru Kaunseling (IKGK) secara atas talian yang telah diuji dan disahkan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, dan seterusnya analisis kuantitatif secara deskriptif menggunakan peratusan dan min, serta analisis inferensi menggunakan statistik .....

1071 hits

76252017
thesis
Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kolej matrikulasi Perak dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya
Noor Azman Abdullah
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Model kajian ini telah dibina dengan gabungan beberapa model dari kajian-kajian lepas. Lima faktor kecenderungan keusahawanan telah dipilih untuk mengetahui hubunganya dengan pemilihan kerjaya keusahawanan. Faktor-faktor berkenaan adalah minat, kemahiran, pengalaman, pengaruh keluarga dan pengambilan risiko. Soal selidik kajian ini telah diadaptasi dan diubahsuai daripada instrumen kajian-kajian lepas. Seramai 205 orang telah dipilih sebagai responden bagi kajian rintis dan 328 orang responden bagi kajian sebenar. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kecenderungan keusahawanan pelajar. Sementara itu, analisis inferensi regresi berganda dilakukan bagi menunjukkan kekuatan hubungan dan pengaruh faktor-faktor keusahawanan terhadap pemilihan kerjaya k.....

1262 hits

76262017
thesis
Simili dalam puisi Tamil Bharathidasan
Kasturi Subramaniam
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan keistimewaan simili dan mengenal pasti simili yang banyak digunakan dalam puisi Bharathidasan. Ianya juga dilaksanakan untuk menganalisa penggunaan teori simili oleh Bharathidasan dalam antologi Alakin Cirippu dan Icai Amutu. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks serta teori simili yang dipelopori oleh Tholkaapiyar digunakan. Kajian ini berdasarkan kepada empat jenis simili iaitu vinai, payan, mei dan uru. Dapatan kajian menunjukkan daripada 227 buah puisi yang dikaji, 18 buah puisi menggambarkan simili vinai, lapan buah puisi menggambarkan simili payan, 24 buah puisi menggambarkan simili mei dan 14 buah puisi menggambarkan simili uru. Kajian ini menunjukkan 62 daripada 64 buah puisi mengandungi simili yang sesuai dengan teori simili Tholkaapiyar. Dua buah puisi mengandungi simili yang tidak sesuai kerana ianya dihasilkan untuk menghayati keindahan dan keunikan puisi melalui pengaplikasian teori .....

601 hits

76272018
thesis
Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni
Noor Enfendi Desa
Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada idea, falsafah, doktrin, konsep dan teori berhubung kewujudan institusi negara. Penyelidik mengenengahkan isu politik dalam kepimpinan yang seringkali menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat. Tujuan penyelidikan ini ialah menganalisa isu subjek dan skop dalam kepimpinan. Selepas proses menganalisa dilaksanakan, tujuan kedua ialah menghasilkan karya berdasarkan keputusan objektif satu dengan pendekatan metafora. Penyelidik ingin menyampaikan sindiran dalam bentuk visual berunsurkan kritikan yang bersifat metafora, dengan menggunakan imej atau simbolik sebagai pengganti kiasan yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Reka bentuk kajian, menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh J.J. Winklemann dan me.....

445 hits

76282017
thesis
Item analysis of English paper 1 (EPI) of 2014 UPSR trial examination using Rasch measurement model
Haliza Ishak
This study was aimed to identify the quality of English Paper 1 items of 2014 UPSR trial examination in terms of reliability, validity and items characteristics based on the analysis using Rasch measurement model. It also sought to determine the difficulty levels of 40 multiple-choice items consisting five constructs of vocabulary, language and social expression, grammar, cloze-comprehension and reading comprehension by examining the distribution of items in the item-person map. A number of 525 primary school pupils in Kuala Selangor was selected using proportionate stratified random sampling method. The validity evidences are shown through the Principle Component Analysis (PCA), fit statistics and item distractor analysis. Even though the raw variance explained by measure in PCA analysis is rather weak, it achieves the minimum uniformity and it clearly shows the absent of second dimension in the test. The fit statistics analyses have shown seven misfit items that are beyond the accept.....

466 hits

76292017
thesis
Tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi di sekolah menengah daerah Hulu Selangor
Roslina Mustapha
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Selangor berdasarkan model SERVQUAL dan SERVPERF yang disesuaikan dengan perkhidmatan koperasi. Kajian ini melibatkan faktor demografi dan lima dimensi kualiti perkhidmatan iaitu jaminan, kebolehpercayaan, ketara, empati dan responsif. Sebanyak 383 borang soal selidik telah diedarkan menggunakan teknik pensampelan berkelompok kepada pelajar-pelajar di sepuluh buah sekolah terpilih di Hulu Selangor. Reka bentuk kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Skor min bagi keseluruhan dimensi kualiti perkhidmatan dan kepuasan adalah sederhana tinggi. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dari segi jantina, bangsa, jenis sekolah dan lokasi sekolah, manakala tidak terdapat perbezaan dari segi jumlah wang saku di antara faktor demografi dengan dim.....

648 hits

76302017
thesis
Kesan pengajaran terancang Kohesi Nahuan Konjungsi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
Ramli Yaacob
Kajian ini bertujuan menentukan kesan pengajaran Kohesi Nahuan Konjungsi (KNK)secara terancang terhadap tahap pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan empat. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini bagi melihat kesan penggunaan modul pengajaran KNK yang dibina bersandarkan Model Pengajaran Morrison, Ross dan Kemp. Seramai 61 orang murid dari dua kelas tingkatan empat sebuah sekolah di Selangor terlibat sebagai sampel kajian. Sampel telah dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ujian pra telah dijalankan bagi sampel dari kedua-dua kumpulan. Sampel dikehendaki menghasilkan sebuah karangan. Kumpulan rawatan kemudiannya telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menulis karangan menggunakan modul KNK secara terancang manakala kumpulan kawalan pula menjalani pengajaran penulisan mengandungi unsur KNK secara konvensional. Setelah 12 minggu, kedua-dua kumpulan menduduki ujian pasca dengan menghasilkan sebuah lagi kar.....

702 hits

[ First ] [ Prev ] Page 763 of 960 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.