UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
matematik | ghazali din | modul | Wong Kung Teck | |
multimedia | Tho Siew Wei | Azizah Mat Ail | Tajudin | Persepsi |
|
Latest addition to the database : |
7611 | 2017 thesis | Sumber pendidikan kewangan, tahap literasi kewangan dan hubungannya dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara Noor Atiqah Ab Talib Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persetujuan usahawan terhadap sumber pendidikan kewangan, literasi kewangan serta tingkah laku kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara. Hubungan dan pengaruh ketiga-tiga pemboleh ubah juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 254 orang usahawan mini RTC Zon Utara menggunakan statistik inferensi, korelasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan usahawan bagi sumber pendidikan berkaitan kewangan, tahap literasi kewangan serta tahap tingkah laku kewangan usahawan adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh antara sumber pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan serta tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara. Kajian ini menunjukkan literasi kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara perlu dipertingkatkan bagi membantu usahawan untuk ber..... 837 hits |
7612 | 2017 thesis | Satu kajian kes tentang penglibatan keluarga mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan Aisyah Abdullah Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dan tiga orang bekas penagih dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam mengendalikan bekas penagih dadah kerana pengaruh dalaman dan luaran. Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti dan persekitaran. Kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan kehidu..... 598 hits |
7613 | 2017 thesis | Pengaruh penerimaan dan penggunaan aplikasi HRMIS terhadap tingkah laku penggunaan pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah menengah Shahrizan Ab Rahim Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh penerimaan dan penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) terhadap tingkah laku penggunaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sekolah menengah di Putrajaya. Lapan faktor penerimaan dan penggunaan telah dipilih untuk mengetahui pengaruhnya terhadap tingkah laku PPP. Faktor penerimaan adalah jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, motivasi hedonik, tabiat terhadap niat tingkah laku. Manakala faktor penggunaan adalah keadaan kemudahan, tabiat dan niat tingkah laku terhadap tingkah laku penggunaan. Soal selidik dalam kajian ini merupakan adaptasi dan modifikasi daripada instrumen kajian-kajian lepas. Seramai 30 orang telah dipilih sebagai responden bagi kajian rintis dan 327 orang responden bagi kajian sebenar. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan kekerapan pilihan jawapan PPP. Sementara itu, analisis inferensi regr..... 455 hits |
7614 | 2017 thesis | Pembinaan modul pentaksiran kemahiran insaniah melalui kokurikulum di Kolej Matrikulasi Mahamad Yusof Abdul Rani Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu modul pentaksiran kemahiran insaniah melalui mata pelajaran Kokurikulum. Modul pentaksiran ini diadaptasi daripada Sukatan Mata Pelajaran Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). BMKPM telah menetapkan enam elemen kemahiran insaniah yang perlu dinilai ke atas pelajar iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, semangat kesukarelawanan dan patriotisme. Panel pakar telah mengesahkan instrumen pentaksiran ini berada dalam julat persetujuan .79 hingga .98. Kajian rintis telah dilaksanakan Kolej Matrikulasi Melaka yang melibatkan 160 orang pelajar dan data dianalisis menggunakan Exploratory Factor Analysis (EFA). Hasil analisis EFA, 27 daripada 30 item dalam modul pentaksiran berjaya dimuatkan dalam faktor masing-masing berdasarkan factor loading dengan nilai melebihi 0.45. Sejumlah 67.78 peratus varian dapat diterangkan ..... 1506 hits |
7615 | 2017 thesis | Amalan pengajaran guru dalam kurikulum Al-Azhar di sekolah menengah agama negeri di Kelantan Mohamad Hazwan Faiz Mohamad Yusoff Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengajaran guru dalam kurikulum al-Azhar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Kelantan berasaskan Model Content Language Integrated Learning (CLIL). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan menggunakan dua set borang soal selidik sebagai instrumen. Seramai 320 orang pelajar tingkatan enam dan 33 orang guru yang terlibat dengan Kurikulum alAzhar dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengajaran guru berasaskan model CLIL berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Amalan pengajaran yang menggunakan model CLIL memberi kesan positif dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dari segi kefahaman terhadap kandungan pelajaran dan penguasaan dalam Bahasa Arab... 1100 hits |
7616 | 2017 thesis | Kesan dehidrasi tahap rendah terhadap prestasi kognitif, mood dan skala subjektif dalam kalangan atlet bola sepak lelaki Engku Mohd Afzainizam Tg Abdillah Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan dehidrasi tahap rendah terhadap prestasi kognitif, mood dan skala subjektif dalam kalangan atlet bola sepak lelaki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Empat belas orang atlet yang terlibat dengan min umur adalah 22 ± 1 tahun, min berat 65.7 ± 7.6 kg dan min tinggi 168 ± 6 cm dibahagikan kepada kumpulan dehidrasi dan kumpulan euhidrasi secara rawak. Data asas diambil seminggu sebelum ujikaji sebenar untuk merekodkan masa yang diambil bagi berat badan yang turun tidak melebih dari 2% daripada berat badan asal. Lima belas minit sebelum ujikaji dijalankan, berat, tinggi, kadar nadi dan sampel air kencing peserta diambil dan seterusnya membuat pemanasan badan dalam tempoh sepuluh minit. Peserta dikehendaki melakukan senaman dehidrasi tahap rendah iaitu berlari perlahan di atas treadmill dalam tempoh 45 minit. Peserta kumpulan euhidrasi dibekalkan minuman setiap 15 minit sepanjang ujikaji berlangsung, manakala kumpulan dehidrasi tidak..... 1062 hits |
7617 | 2017 thesis | Pengaruh faktor pengisian program dan demografi terhadap pembentukan kemahiran insaniah melalui program perakaunan di Kolej Matrikulasi Labuan Zarina Naharawi Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kemahiran insaniah berdasarkan Program Perakaunan (Program Accounting Day Out, Program Oh My Buddy dan Bengkel A 4 All) yang telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Kajian ini dilakukan lanjutan beberapa kajian lepas yang mendapati beberapa elemen kemahiran insaniah lepasan matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahap yang sederhana dan baik sahaja. Kajian ini menggunakan faktor pengisian program yang terdiri daripada kandungan program, keupayaan fasilitator, kemudahan prasarana dan sistem pentaksiran manakala faktor demografi terdiri jantina dan lokasi sekolah terdahulu sebagai faktor peramal kajian. Sementara, kemahiran insaniah merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran kerja berpasukan. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan teknik persampelan convenient ke atas 104 orang bekas p..... 807 hits |
7618 | 2017 thesis | Pemilihan realisme: perubahan kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan Yu Dafu di Nanyang Yap, Bee San Kajian ini meneliti perubahan pemikiran Yu Dafu dengan menuruti aliran pemikiran individualisme yang dipegang teguh olehnya sejak era Gerakan 4 Mei, dan seterusnya menganalisis kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan beliau selepas berhijrah ke Nanyang. Kedatangan Yu Dafu di Nanyang merupakan pergerakan diaspora yang terdesak akibat Perang China-Jepun, beliau tidak sahaja berhadapan dengan krisis negara China, tetapi kedatangan beliau juga perlu berhadapan dengan konteks Nanyang dan komuniti diaspora Cina yang jauh berbeza dengan ibu pertiwinya. Justeru, kajian ini meneliti perubahan pemikiran dan kecenderungan pengkaryaan beliau dari perspektif diaspora. Dapatan kajian ini menunjukkan perubahan Yu Dafu dari individualisme ke realisme, maka penulisan realisme telah menjadi asas kepada pengkaryaan dan keprihatinan beliau di Nanyang. Kecenderungan penulisan realisme Yu Dafu di Nanyang terpapar dalam pemilihan isi penulisan serta genre penulisannya. Implikasi kajian ini telah menunjukk..... 322 hits |
7619 | 2017 thesis | Teori jiwa dalam Thiruvasagam Hagallyah Santhiran Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep jiwa dalam lagu-lagu Thiruvasagam, membandingkan persamaan dan perbezaan konsep jiwa antara teks Thiruvasagam dan Thiruvarudpayan dan mengenal pasti konsep jiwa yang terbanyak dalam teks Thiruvasagam yang dinyanyikan oleh Manikkavasagar pada abad ke-8. Kajian ini berasaskan kualitatif dan data-data untuk kajian ini telah dikumpulkan melalui cara deskriptif dan analitik. Teori jiwa yang dibincangkan dalam teks Thiruvarudpayan digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 447 konsep jiwa terdapat dalam lagu Thiruvasagam. Sebanyak 9 konsep jiwa menunjukkan persamaan dan 1 konsep jiwa menunjukkan perbezaan dalam Thiruvasagam. Konsep Uyir Muuvakaiyinar iaitu sebanyak 149 paling banyak digunakan dalam teks Thiruvasagam. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan konsep jiwa berasaskan Thiruvarudpayan dalam Thiruvasagam dapat memahami kebenaran jiwa dan mengertikan kewujudan jiwa di bawah naungan Tuhan... 590 hits |
7620 | 2016 thesis | Religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim dalam kalangan pentadbir universiti-universiti awam di Lembah Klang Ahmad Amri Zainal Adnan Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim dalam kalangan pentadbir universiti-universiti awam di Lembah Klang. Hasil kajian ini meninjau sejauhmana religiositi berperanan sebagai faktor perantara di antara personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Responden terdiri daripada 228 orang pentadbir dari lima buah universiti awam di Lembah Klang. Sebuah instrumen bagi mengukur tingkah laku kerja Muslim dibina untuk mendapatkan data tingkah laku kerja responden, manakala NEO Five-Factor Inventory (FFI) dan Muslim Religiosity-Personality Inventory (MRPIdigunakan untuk mengukur personaliti dan religiositi responden. Teori Tret dan Teori Religiositi Muslim dijadikan asas untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah berkaitan. Inventori Tingkah Laku Kerja Muslim (ITKM) yang dibangunkan menggunakan analisis faktor eksploratori dan Structural Equation Modeling (SEM) menunjukkan bahawa tingkah laku kerja Muslim terdiri daripada dua dimens..... 832 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 762 of 960 | [ Next ] [ Last ] |