UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi addie
Kurikulum Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara Perpustakaan Tuanku Bainun PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
76012017
thesis
Pembangunan dan validasi instrumen saringan PERJURA menggunakan pendekatan analisis teori respon item
Norashady Mohd Noor
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan, mengesahkan serta menguji ciri psikometrik bagi Inventori Saringan Personaliti Jurutera Samudera (PERJURA). PERJURA dibangunkan untuk melengkapkan proses saringan awal pemilihan pelajar bagi Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di Politeknik Malaysia menggunakan pendekatan analisis Teori Respon Item (IRT). Model Personaliti Lima Faktor telah menjadi tunjang utama bagi pengukuran personaliti diri yang melibatkan lima konstruk utama iaitu Keterbukaan, Kehematan, Ekstraversi, Kesetujuan dan Neurotisme. Konstruk keenam iaitu Survival pula telah dibangunkan khusus untuk mengukur personaliti persekitaran kerja. PERJURA telah dibangunkan berasaskan model pembinaan ADDIE yang perlu melalui lima fasa utama kajian. Dapatan awal menunjukkan data yang diperoleh daripada ujian pertama telah terlebih dahulu memenuhi dua andaian utama IRT iaitu kesemua itemnya bersifat unidimensi dan kebebasan setempat. Analisis IRT pada ujian pertama telah mendapati .....

481 hits

76022018
thesis
Modelling child persona for social behaviours in social network sites
Noor Hidayah Azmi
Children are becoming dependent on social network sites (SNS) to gratify their social needs. They are increasingly becoming users of SNS and emerging as an important user group. Despite much literature on children, not much is known about the social behaviour of the children when they gain access to SNS. It is due to limited access to children due to policy, legal or ethical reasons. This research identified children social behaviour to understand how they behave in SNS. Subsequent to this, a child persona was modelled to represent children as a social networker. The creation of persona involved three steps, including collecting user data, segmenting data into groups and transferring data into persona. In user research, qualitative approach was carried out through self-reporting method such as cultural probes and interviews. It involved seven children between the ages of 10-12 years old. The initial phase in user research involved designing children's probes for capturing social behavi.....

1389 hits

76032007
thesis
Perkaitan faktor motivasi dan gaya kepimpinan jurulatih terhadap penglibatan sukan di kalangan atlit kejohanan aktiviti gerak kerja kokurikulum (KAGUM) Institut Perguruan Sarawak
Zainudin Denan
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat motif utama penglibatan atlit Institut Perguruan Sarawak dalam sukan, gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan atlit Institut Perguruan Sarawak dan perkaitan di antara motivasi dengan gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan di kalangan atlit di 1nstitut Perguruan Sarawak, Miri dalam Sukan KAGUM Satu set borang soal selidik ditadbirkan ke atas 35 orang pelajar (21 lelaki dan 14 perempuan) yang terlibat dengan sukan tersebut. Pengukuran prestasi diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian yang terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu Bahagian A " Demograji responden, Bahagian B " Motif penglibatan dan Bahagian C " Gaya Kepimpinan Jurulatih. Kedua-dua bahagian menggunakan skala Likert ( 5 Skala). Semua data yang dikumpul di analisis menggunakan SPSS V! 1.5 untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Rumusan kajian mendapati faktor motivasi utama yang menjadi pilihan atlit untuk terlibat dalam sukan KAGUM adalah fa.....

641 hits

76042017
thesis
Kerelevanan kurikulum standard Kolej Vokasional bidang teknologi kimpalan dengan kehendak sektor industri
Md. Nizam Nasir
Kajian ini bertujuan untuk melihat kerelevanan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Kimpalan dengan kehendak sektor industri terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa menjalani latihan industri. Pendekatan tinjauan melibatkan soal selidik dan disokong dengan kaedah temubual telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 71 orang pelajar Kolej Vokasional Shah Alam dalam bidang Teknologi Kimpalan yang menjalani program latihan industri dan 2 orang pihak majikan di sektor industri di mana pelajar ditempatkan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif manakala kaedah temubual pula melibatkan tema temubual yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.302 bagi tahap (pengetahuan), Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (kemahiran) dan Min = 4.48, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (sikap). Dapatan melalui temubual dengan pihak majika.....

636 hits

76052018
thesis
Peranan dan sumbangan Home Guard di Temerloh, 1948-1956
Siti Aminah Abdul Ghani
Kajian ini bertujuan menilai peranan pasukan Home Guard di Temerloh pada masa darurat dari tahun 1948 sehingga 1956. Ancaman keselamatan terhadap penduduk di Temerloh pada zaman darurat mendorong kerajaan kolonial British menubuhkan Home Guard. Pasukan ini berperanan aktif sebagai pengawal kampung dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman Rejimen ke-10 PKM di Temerloh sehingga merdeka. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan membuat rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia seperti di Perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI dan Perpustakaan Universiti Malaya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Home Guard tidak terbatas kepada Melayu sahaja, tetapi meliputi kaum lain iaitu Cina dan India. Hasil kajian juga menunjukkan pasukan Home Guard m.....

890 hits

76062016
thesis
Konflik hubungan dalam pasangan guru-guru muda Cina
Lim, Keng Cheian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penjelasan lelaki dan wanita guru-guru muda cina dalam sebab-sebab konflik hubungan dalam pasangan serta mengenal pasti sama ada penjelasan-penjelasan itu mencerminkan empat sudut pandangan dalam perbezaan jantina. Empat sudut pandangan ilmiah telah dikenal pasti untuk menjelaskan mengapa kesukaran komunikasi berlaku antara lelaki dan wanita, iaitu biologi, budaya, kuasa dan retorik. Teori pendirian digunakan untuk mengkaji respon subjek dan seterusnya membantu menjelaskan perbezaan penjelasan antara subjek lelaki dan wanita. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, tiga kumpulan fokus yang menjadi subjek kajian ini menjawab soalan dan membincangkan sebab-sebab konflik pasangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki dan wanita percaya bahawa sebab-sebab konflik pasangan adalah naluri biologi, percakapan dan pemahaman berbeza, mementingkan diri, penghargaan, tempoh hubungan, didikan keluarga dan keperluan yang berbeza. Penjelasan lelaki dan wanita kep.....

521 hits

76072018
thesis
Keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ke atas pencapaian Matematik murid tahun 2
Theinmoli Munusamy
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik murid Tahun 2 di sebuah sekolah di negeri Perak. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sampel dibahagikan kepada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah menggunakan Frog VLE untuk pembelajaran manakala kumpulan kawalan menggunakan pendekatan tradisional untuk pembelajaran. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahir.....

961 hits

76082017
thesis
Kesan sistem francais pendidikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta
Nurain Sabrina Ahmad
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem Francais Pendidikan terhadap Kualiti Pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian ini juga dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, gaya pengajaran dan kualiti pensyarah digunakan sebagai pemboleh ubah bebas yang diukur dengan menggunakan soal selidik lima skala-likert. Seramai 148 orang pelajar IPTS di sekitar Negeri Melaka dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Pengkaji menggunakan statistik deksriptif dan statistik inferensi dalam menganalisis data yang diperolehi iaitu dengan melihat kekerapan, min dan peratusan responden manakala statistik inferensi iaitu Analisis Faktor dan Analisis Regresi Berganda digunakan untuk melihat kesahan item dalam soal selidik dan impak faktor-fak.....

444 hits

76092017
thesis
Pembentukan norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak
Syed Ameer Ali Rahaman
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal dan pembentukan norma norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor bagi pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak. Seramai 132 orang pengadil bola sepak negeri Perak telah dijadikan sebagai sampel kajian dan telah diuji. Pemilihan subjek adalah berdasarkan sampel rawak mudah. Sampel diuji dari segi kecergasan berlandaskan kemahiran motor yang merangkumi enam ujian iaitu Ujian Melontar Bola Keranjang untuk menguji koordinasi, Ujian Ketangkasan SEMO untuk menguji ketangkasan, Ujian Kayu Bass Menegak untuk menguji keseimbangan,Ujian Lompat Jauh Berdiri untuk menguji kuasa, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson untuk mengukur masa reaksi dan Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan. Data telah dianalisis membentuk norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan sampel mencapai tahap “baik” berdasarkan norma yang dibentuk. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya dan me.....

830 hits

76102017
thesis
Hubungan antara sikap pengguna dan pemilihan institusi perbankan Islam : kepatuhan agama sebagai mediator
Maslina Mohamed
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sikap pengguna dengan pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan staf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengukur pengaruh kepatuhan agama sebagai mediator. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen. Sampel terdiri daripada 357 staf IPT yang dipilih menggunakan teknik pensampelan sistematik. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Structural Equation Modelling (SEM). Analisis deskriptif menjelaskan tahap sikap, kepatuhan agama dan pemilihan perbankan Islam, manakala analisis SEM bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min sikap, kepatuhan agama dan pemilihan Perbankan Islam berada pada tahap yang tinggi. Sikap dan kepatuhan agama mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap pemilihan perbankan Islam. Kepatuhan agama bertindak sebagai mediator separa dalam hubungan antara sikap pengguna dengan pemilihan per.....

518 hits

[ First ] [ Prev ] Page 761 of 960 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.