UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

781
Abstract
Higher-order thinking skills (HOTS) are essential in one-to-one classical music instruction, as they deepen students' musical understanding, foster creative interpretation, and cultivate independent problem-solving in artistic contexts. Scholarly research highlights formative assessment as a pivotal instructional practice for promoting HOTS in the classroom. However, Western Classical Instrumental Music (WCIM) instructors often lack adequate formative assessment strategies to effectively stimulate students' HOTS. Addressing this gap, this study developed a framework to enhance HOTS practices in higher education one-to-one instrumental music teaching. The framework was developed through a three-phase design and development research (DDR) approach, comprising needs analysis, design and development, and evaluation. By purposive sampling approach, data were collected from 538 students, 35 WCIM instructors in higher education, and three educational experts using mixed methods, including que.....
Thesis Published 2025 226 hits Available
782
Abstract
Projek Pengajian Persembahan (D3P-Karya Kreatif) ini menghasilkan video digital sebagai medium kritikan sosial, melangkaui fungsi hiburan dan estetika semata-mata. Kajian ini meneliti bagaimana video digital dapat berperanan sebagai alat kritikan sosial dengan menumpukan pada aspek naratif dan sinematik berasaskan isu Nifaq. Projek ini mempunyai dua objektif utama: pertama, mereka cipta naratif dan sinematik video digital yang menggambarkan isu Nifaq, dan kedua, mendemonstrasikan karya Topeng Iman sebagai wadah kritikan sosial. Karya ini mengetengahkan golongan agamawan sebagai subjek utama kritikan melalui struktur naratif dan sinematik yang membangkitkan persoalan mengenai hipokrisi dalam amalan keagamaan. Kerangka penciptaan projek ini berasaskan Teori Bordwell dan Teori Semiotik Peirce. Teori Bordwell digunakan dalam pembinaan aspek naratif dan sinematik, manakala Teori Semiotik Peirce membantu dalam memperkukuh makna tanda melalui ikon, indeks, dan simbol dalam bingkai video. Peng.....
Thesis Published 2025 102 hits Available
783
Abstract
This research aimed to study Sapindus saponaria ethanol extract and Piper hancei petroleum ether extract for their toxicological effects on fruit flies (Bactrocera dorsalis) through contact toxicity, ingestion toxicity, and oviposition deterrence in the laboratory, alongside the field evaluation using male annihilation (MAT) and bait application (BAT) technologies. Compound profiling was conducted via HPLC-TOF-MS and GCMS. In contact toxicity experiments, P. hancei extract (10 mg/mL) achieved 98.33% mortality in 36 hours, while S. saponaria extract (40 mg/mL) reached 75%. The lowest LC50 values at 36 hours were 3.77 mg/mL (P. hancei) and 26.20 mg/mL (S. saponaria). In ingestion toxicity tests, P. hancei extract showed a 91.41% mortality rate, while S. saponaria extract reached 89.69% at 72 hours. The lowest LC50 values at 72 hours were 2.11 mg/mL (P. hancei) and 42.09 mg/mL (S. saponaria). Oviposition deterrence was higher in S. saponaria extract (98.15%) than P. hancei extract (94.57%.....
Thesis Published 2025 156 hits Available
784
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk memahami pembangunan kompetensi, amalan dan impak kepimpinan guru besar muda (GBML). Kajian kes tunggal ini dijalankan terhadap peserta kajian yang dipilih secara bertujuan, manakala informan yang terdiri daripada kalangan kakitangan GBML pula dipilih secara bebola salji. Protokol temu bual dibina daripada kerangka konseptual kajian yang diadaptasi daripada tiga teori iaitu Teori Kepimpinan Instruksional (Hallinger & Murphy, 1985), Teori Kepimpinan Distributif (Gordon, 2005) dan Teori Kepimpinan Transformasional (Slocum & Hellriegel, 2007). Pemilihan tiga teori ini adalah berdasarkan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pemimpin yang mengamalkan kepimpinan instruksional, distributif dan transformasional melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kajian dijalankan dengan menemu bual GBML dan kaki tangannya serta triangulasi semakan dokumen, pemerhatian persekitaran sekolah dan media sosial sekolah. Data daripada se.....
Thesis Published 2025 215 hits Available
785
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Dalaman (SKD) bagi pengurusan kewangan di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan di tujuh buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di daerah Hilir Perak yang telah berjaya mendapat taraf audit kewangan cemerlang tiga tahun berturut-turut. Pendekatan penyelidikan kualitatif dilaksanakan sepenuhnya dengan menggunakan kajian kes berganda yang berbentuk eksploratori. Seramai tujuh peserta kajian terlibat iaitu guru besar di tujuh buah sekolah rendah tersebut yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Dalam kajian ini, tujuh kerani kewangan dan tujuh juruaudit dalaman terlibat sebagai informan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah temu bual, senarai semak dan analisis dokumen. Data dianalisis melalui analisis tematik menggunakan NVivo 12. Dapatan kajian mendapati sepuluh tema dan 67 kategori telah dibentuk bagi menunjukkan penerapan amalan terbaik kepimpi.....
Thesis Published 2025 158 hits Available
786
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pemikiran kritis dalam persekitaran laman sosial bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan Dua. Pencapaian tahap pemikiran kritis mikro yang dikaji adalah kemahiran mengkategori, menerangkan dan meramal. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dengan reka bentuk faktor 2x2. Sampel kajian melibatkan 229 orang murid Tingkatan Dua dibahagikan kepada kumpulan kolaboratif dan akses kendiri. Dalam kedua-dua kumpulan pembelajaran ini terdiri daripada murid yang berbeza trait personaliti iaitu murid ekstrovert dan introvert. Sebuah platform laman sosial _GeoSAYA_ menggunakan Facebook Page digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis secara kuantitatif menggunakan oneway analysis of variance (ANOVA) untuk mengukur min tahap pemikiran kritis mengikut kumpulan. Tahap pencapaian pemikiran kritis mikro dianalisis secara kualitatif menggunakan analisis SWOT. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pen.....
Article Published 2016 149 hits Available
787
Abstract
Kajian ini mencadangkan sistem yang lebih mudah dan berkesan untuk penilaian prestasi guru-guru di sekolah menggunakan Sistem Sokongan Keputusan (Decision Support System, DSS) yang dipanggil Key Performance Indicator-Monitoring Tool (KPI-MT). Antara muka sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver, manakala PHP Hypertext Preprocessor (PHP) versi 5.2.9 digunakan sebagai bahasa skrip dan MySQL versi 5.0 sebagai sistem pengurusan pangkalan data. DSS dalam sistem KPI-MT juga turut menggunakan kaedah jumlah wajaran (Weighted Sum Method, WSM) untuk mengira markah keseluruhan guruguru dan juga untuk menentukan sama ada prestasi guru dalam tahun itu adalah sangat baik, baik, sederhana, kurang memuaskan atau lemah. Dengan sistem KPI-MT, pengetua sekolah boleh memantau prestasi guru bermula dari tahun pertama perkhidmatan guru di sekolah. Untuk memastikan bahawa keseluruhan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan sekolah dan untuk melihat sama ada antaramuk.....
Article Published 2016 162 hits Available
788
Abstract
Artikel ini membentangkan hasil penilaian kritikal pengajaran berasaskan video yang berperanan dalam menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) di kalangan pelajar. Penggunaan video banyak membantu pendidik untuk memudah aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih seronok untuk belajar. SCL mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran. Metodologi yang diguna adalah dengan membuat carian artikel menggunakan beberapa kata kunci menerusi pangkalan data digital yang dipilih seperti IEEE, ScienceDirect, Web of Science dan sebagainya. Rumusan daripada hasil analisis dan kritis pembacaan kajian lepas telah menemui lima kepentingan video iaitu dapat meningkatkan bilangan bacaan dan bahan pengajaran, membantu dalam pembangunan asas pengetahuan pelajar, mengukuh kefahaman, .....
Article Published 2016 174 hits Available
789
Abstract
Tujuan artikel ini adalah untuk mengenalpasti teknik pengelasan terbaik dan penerokaan pengetahuan baru terhadap data permohonan penempatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Eksperimen dijalankan terhadap lebih 23,000 rekod untuk sesi 2014 menggunakan enam teknik pengelasan. Artikel ini memaparkan dua fasa eksperimen. Fasa pertama fokus kepada faktor demografi, persekitaran dan keperluan perjawatan manakala fasa kedua pula mempunyai faktor tambahan iaitu faktor kemanusian. Hasil kajian mendapati model pengelasan terbaik di fasa pertama ialah 97.66% manakala di fasa kedua 98.07%. Kajian juga mendapati teknik pengelasan terbaik adalah konsisten iaitu Kstar berbanding J48, Jadual Keputusan, OneR, SMO dan Naive Bayes. Daripada hasil kajian ini dapat disimpulkan Kstar adalah teknik terbaik pengelasan data penempatan guru untuk digunakan melombong data penempatan bagi tahun yang seterusnya. Adalah diharapkan ianya dapat menghasilkan keputusan terbaik untuk membantu pihak pengurusan K.....
Article Published 2016 133 hits Available
790
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen yang memberi impak kepada penggunaan sistem maklumat dalam organisasi serta hubungannya dengan kejayaan sistem. Selain daripada itu, kajian ini mencadangkan satu model yang dikenali sebagai Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi. Model ini mengandungi dua dimensi penjajaran iaitu penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi (P&T-TF), dan penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dengan strategi pengurusan organisasi (ISS-OMSF). Sampel dipilih secara rawak dari kalangan individu yang menggunakan Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-OPERASI). Mereka terdiri daripada penolong kanan, ketua panitia dan guru. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis melalui analisis deskriptif dan korelasi dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara P&T-TF dan ISS-OMSF dengan kejayaan sistem maklumat yang digunakan. Hasil kajian ini diharapkan .....
Article Published 2016 146 hits Available
Page 79 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.