UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
steam deck uninstall non steam games PENDIDIKAN pembangunan Komunikasi
Kurikulum ismail man Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara Goh swee Choo Bahasa melayu

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
81212017
article
Preparation and characterisation of carvacrol encapsulated in Gellan Gum Hydrogel
Hasnu Norafida, Mohd Azam Nur Aisyah Nasuha, Mohamad Jaafar Adila,
895 hits

81222017
article
Natural antibiofilm agents and the need for antibiofilm drug leads
Adnan Hazniza, Seidel Veronique, Tucker Nicholas P,
364 hits

81232016
thesis
Peranan pendidikan Talaala dan cadangan mewariskannya dalam masyarakat KadazanDusun
Rosliah Kiting
Kadazandusun merupakan penduduk peribumi Sabah. Masyarakat ini kaya dengan sastera rakyat. Namun demikian sebahagian besar sastera rakyat tersebut masih dalam bentuk tradisi lisan yang hanya dikuasai oleh orang tua-tua. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengumpul salah satu puisi lisan etnik Bundu dalam rumpun Kadazandusun iaitu talaala. Talaala yang diperolehi diterjemah kemudian dianalisis peranan pendidikan dan cadangan cara-cara mewariskannya kepada generasi seterusnya. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kualitatif dengan melaksanakan kerja lapangan untuk mengumpul data. Panduan perlaksanaan mengumpul tradisi lisan oleh Inon Shaharuddun Abdul Rahman digunakan untuk mendokumentasi talaala manakala Teori Penterjemahan Larson untuk menterjemah talaala ke dalam Bahasa Melayu. Teori Fungsi Bascom dan Model Kesantunan Berbahasa Leech digunakan untuk melihat peranan talaala. Teori warisan digunakan untuk melihat care-cars mewariskan puisi ini. Hasil kerja lapangan ini telah mengum.....

1268 hits

81242016
thesis
Artifak dan peraturan dalam zon perkembangan proksimal dalam penulisan Bahasa Sepanyol
Shahril Ismail
Teori Sosiobudaya yang diketengahkan oleh Vygotsky (1978) menyatakan, fungsi mental manusia boleh dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi melalui proses pengantara (mediation) iaitu sama ada bahasa atau artifak buclaya (Lantolf & Thorne, 2006). Kebanyakan bidang pengkajian yang berlandaskan teori ini (antaranya SLA) memberi tumpuan pada konsep 'interaksi' yang dapat meningkatkan keupayaan pelajar melalui Zon Perkembangan Proksimal, Menurut Vygotsky (1978; c1ipetik oleh Lantof & Thorne, 2006), Zon Perkembangan Proksimal ialah jarak di antara tahap perkembangan semasa (Actual Development Level) yang ditunjukkan tanpa bantuan, dan tahap potensi perkembangan (Level of Potential Development) setelah mendapat bantuan c1aripada orang dewasa atau mereka yang lebih berpengetahuan. Kebanyakan kajian yang melibatkan konsep Zon Perkembangan Proksimal (antaranya, Lantolf & Thorne, 2006: Ohta & Foster, 2005; Swain & Lapkin, 2011) lebih menjurus kepada keberkesanan proses pengantaraan melalui bantuan.....

588 hits

81252005
thesis
Faktor tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : kajian pada pelajar tingkatan 4, SMKSR, Melaka
Salsabila Tang Abdullah
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk memberi penerangan dan mengenalpasti faktor-faktor ketidak memberi tumpuan dalam pengajaran dan pernbelajaran Pendidikan Seni Visual bagi pelajar tingkatan 4 Perdangangan tahun 2005 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Melaka. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek seperti fasiliti studio, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran, kesediaan pelajar, status sosioekonomi dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Manfaat kajian adalah untuk penambahan ilmu pengetahuan termasuk memberi maklumat-maklurnat baru, memperoleh hubungan-hubungan dan pertalian-pertalian baru, verifikasi ilmu pengetahuan untuk tujuan pengesahan, memahami, menjangka sesuatu hasil. Subjek kajian 30 orang pelajar dan penyelidik membina gambaran holistik, menganalisis, membuat laporan terperinci berdasarkan pandangan pemberi maklumat dalam fenomena scbenar. Alat digunakan untuk mengumpul data-data maklumat iaitu temubual.....

800 hits

81262005
thesis
Hubungan persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dengan pencapaian pendidikan seni visual di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Larut Matang dan Selama
Norhayati Musa
Tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Seni Visual di lima buah sekolah dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 309 orang pelajar di tingkatan empat yang terdiri daripada 158 orang pelajar lelaki dan 151 orang pelajar perempuan. Kesemua sampel yang terlibat adalah daripada pelajar aliran sastera. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran Konstruktivisme yang dilaksanakan oleh guru dapat mempertingkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran-pembelajaran, Secara khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan penguasaan sedia ada pelajar melalui konsep Asas Seni Reka menerusi penguasaan Unsur Seni (Seni Halus) dalam Pendidikan Seni Visual bagi pelajar dalam daerah Larut Matang dan Selama. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan SPSS Verst .....

1023 hits

81272005
thesis
Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang Kedah Darul Aman
Abd Rahman Zakaria
Kajian ini bertujuan meneroka motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Seramai 250 responden dipilih secara rawak mewakili empat kategori atlet melengkapkan "Participation Motivation Questionnaire" (PMQ) dan "Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire" (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan "perkembangan kemahiran" adalah motif utama atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Dapatan kajian juga mendapati atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi tugasan dengan orientasi ego tetapi tidak signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempat-ernpat kategori atlet. Analisis korelasi Pearson secara keseluruhan, menunjukkan hubungan yang sederhana dan positif antara motif .....

2225 hits

81282005
thesis
Tingkah laku pelajar dalam proses penyediaan tugasan kajian rekaan seni visual (KRSV)
Rashihah Muhammad
Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah bidang ilmu yang dapat membantu pembangunan sahsiah individu secara menyeluruh dan berupaya meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara umumnya. Begitu juga dengan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) yang dibina mencakupi aspek–aspek yang memenuhi keperluan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor individu itu. Kesepaduan ini dilihat berupaya membimbing pelajar dalam melaksanakan kajian, penelitian, pemerhatian, pengamatan, perbandingan, penilaian dan sekaligus membuat pertimbangan yang betul tentang sesuatu perkara khususnya dalam penghasilan kerja seni iaitu Kajian Rekaan Seni Visual (SPM-2611/3) yang wajib dilaksanakan oleh pelajar tingkatan lima. Kajian ini mengetengahkan permasalahan yang dihadapi oleh guru–guru Pendidikan Seni Visual yang ditugaskan sebagai guru pembimbing terhadap masalah tingkah laku pelajarnya yang sering berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini juga menyebabkan pelajar tidak berupaya menyiapkan .....

1072 hits

81292016
thesis
Tahap kemahiran insaniah dan hubungannya dengan kecerdasan emosi dalam kalangan siswazah ISMP Sains UPSI
Nabilah Komaruddin
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap Kemahiran Insaniah berdasarkan Kemahiran Komunikasi (KOM), Kemahiran Kerja Berpasukan (KKBP), Kemahiran Kepimpinan (KKP) dan Kecerdasan Emosi dalam kalangan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Sains di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak. Instrumen pengukuran Kemahiran Insaniah (Kl) yang digunakan ialah Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah KPT. Manakala Instrumen untuk Kecerdasan Emosi (KE) yang digunakan ialah Inventori Kepintaran Emosi- Malaysia (IKEM)-U. Seramai 103 orang siswazah ISMP Sains terlibat dalam kalangan semester satu, semester tiga, dan semester lima ambilan September (2013 hingga 2015). Hasil kajian, secara keseluruhannya mendapati siswazah ISMP Sains mempunyai tahap Kl dan KE yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kl dan KE dengan pencapaian akademik. Manakala Kl mempunyai hubungan yang signifikan dengan KE. Instrumen Kemahiran Insaniah bagi konstruk KOM, KKBP dan KKP me.....

1320 hits

81302016
thesis
Penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi dalam subjek Biologi
Noor Azliza Ahmad
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan tahap kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi. Selain itu juga, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kemahiran insaniah komunikasi pelajar menggunakan tiga kaedah dalam pendekatan pembelajaran aktif iaitu kaedah perbincangan dalam kumpulan, kaedah perbentangan dan kaedah koperatif jigsaw dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan rawak bertujuan melibatkan 67 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Perak, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Modul III yang mengambil subjek Biologi sebagai mata pelajaran teras. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; 32 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 35 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga instrumen kajian telah digunakan iaitu uji.....

648 hits

[ First ] [ Prev ] Page 813 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.