UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
82212019
Thesis
Hubungan di antara gaya kepimpinan dengan pencapaian akademik di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil daerah Kuala Kangsar dan Kinta Utara, Perak
Ganesh Kandasamy
Kajian  ini  bertujuan  mengenal  pasti  hubungan  di  antara  gaya  kepimpinan  dengan  pencapaian akademik  murid.  Kajian  ini  juga  bagi  mengenal  pasti  jenis  gaya  kepimpinan  yang   diamalkan oleh guru-guru besar sebagai pemimpin. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan yang  melibatkan 186  orang  guru  di  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Tamil  Daerah  Kuala  Kangsar  dan   Kinta  Utara, Perak.  Reka  bentuk  kajian  kuantitatif  dipilih  untuk  menjawab  tiga  persoalan   kajian  dan  dua hipotesis.   Data   gaya   kepimpinan   dikutip   melalui   soal   selidik   LBDQ    12.   Data   dianalisis menggunakan  statistik  deskriptif  dan  inferens.  Manakala,  data   pencapaian  sekolah  diperoleh melalui Gred Purata Sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat  hubungan yang signifikan di antara  gaya kepimpinan orientasi tugas dengan pencapaian akademik  (p..

1459 hits

82222020
Thesis
Keberkesanan pengajaran guru prasekolah bagi mencapai strategi pengajaran : satu kajian kes di negeri Perak dan Selangor
Nor Shahida Munawir
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengetahui  keberkesanan  pengajaran  yang  dapat  membantu  pengajaran  guru  prasekolah  semasa  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran.  Kajian  kes  ini  dijalankan di empat buah prasekolah yang terpilih iaitu dua buah prasekolah di Perak dan dua buah  prasekolah di Selangor. Peserta kajian adalah seramai empat orang guru prasekolah yang telah  dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian  kes   yang  dijalankan  di  dua  buah  negeri  dengan  menggunakan  analisis  tematik. Instrumen kajian  yang digunakan terdiri daripada protokol temubual dan borang pemerhatian yang telah mendapat  kesahan pakar daripada pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Teori yang  digunakan  dalam  kajian   ini  adalah  teori  Robert  Glazer  iaitu  memfokuskan  tentang pengetahuan sedia ada guru sebelum  sesi pengajaran dijalankan serta memfokuskan tentang kaedah atau ak.....

2661 hits

82232020
Thesis
Analisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Izzati Amira Abdullah Nizzar
Kajian  ini  bertujuan  menganalisis  pengetahuan,  kesedaran,  sikap  dan  amalan  kimia hijau   dalam  kalangan  pelajar  tingkatan  empat  berdasarkan  aliran  pelajar  dan  lokasi sekolah dalam  daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan  telah digunakan dalam kajian ini. Dua set instrumen kajian; soal  selidik  dan  soalan  objektif   beraneka  pilihan   ini  juga  telah  melalui  proses pengesahan  menggunakan  darjah  persetujuan   pakar   manakala  kajian  rintis   juga dijalankan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan.  Kedua-dua nilai yang dicatatkan berada dalam keadaan baik dan diterima untuk kajian sebenar.  Pemilihan subjek kajian dijalankan  secara  rawak  melibatkan  410  orang  pelajar  tingkatan   empat  daripada pelbagai  aliran;  sains  dan  bukan  sains  dan  lokasi  sekolah.  Data   dianalisis  dengan menggunakan   analisis   de.....

2667 hits

82242019
Article
The development and evaluation of Malay gamelan module for schools and communities
Colleen Wong, Christine Augustine
It is crucial for every country to sustain and enrich their traditional music as very little written documentation is published. Many have mentioned that traditional music is taught orally through listening, observing, and playing. Skills of playing and knowledge are shared verbally within the community. The objectives of this research are focused on: 1) to identify patterns of playing in Malay gamelan; 2) to identify the techniques of teaching of Malay gamelan; and 3) to evaluate the selflearning module of Malay gamelan in teaching and learning. Observations conducted by the researchers indicate that Malay gamelan music has always been performed differently in terms of technical aspects in playing, especially during classes as well as in competitions. There is no standardized techniques and patterns in Malay gamelan playing. The reason for this because most traditional instruments in Malaysia are still taught orally although there is a guideline to be followed. In order to develop and.....

2043 hits

82252004
Thesis
Hubungan kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah dengan faktor demografi
Velayudhan P.K.Veeran
Masalah di kalangan  guru-guru sekolah rendah sedikit sebanyak meruntuhkan semangat dan sikap guru  untuk mendidik generasi pelajar dengan bersungguh-sungguh. Semangat dan  sikap  sedemikian  luntur   sedikit  demi  sedikit  akibat  tiada  kepuasan  bekerja  di kalangan  mereka.  Tahap  kepuasan   kerja  yang  rendah  juga  turut  mempengaruhi  moral serta  motivasi  dan  seterusnya   membantutkan  potensi  guru  sebagai  pendidik.  Pelbagai masalah  dalaman  menyebabkan  golongan   guru  kecewa  dengan  bidang  mereka  .Tujuan kajian  ini  adalah  untuk  mengesan  tahap  kepuasan   kerja  di  kalangan  guru-guru  sekolah rendah  di  kawasan    Bating  Padang,  Perak.  Kajian   ini  berdasarkan  kepuasan  bekerja khusus    berasaskan  beberapa  dimensi  pekerjaan  seperti   suasana  kerja,  gaji,  kenaikan pangkat, corak kepimpinan guru besar, rakan sekerja, tingkah laku  pelajar dan kepuasan beke.....

2809 hits

82262019
Article
Rumpai dalam peribahasa Tamil: perspektif sains pertanian
Manonmani Devi M.A.R Annamalai
Kesusasteraan Tamil membuktikan kearifan pengetahuan masyarakat Tamil dalam pelbagai bidang termasuk bidang sains pertanian. Peribahasa Tamil merupakan satu daripada komponen penting dalam kesusasteraan Tamil. Peribahasa Tamil pula lahir daripada pengalaman, pemerhatian yang teliti, pandangan yang mendalam terhadap segala kejadian yang berlaku di persekitaran kehidupan seharian masyarakat Tamil. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneroka kearifan dan pengetahuan sains pertanian masyarakat Tamil yang terkandung dalam peribahasa Tamil dengan memberikan tumpuan kepada unsur rumpai melalui kacamata sains pertanian. Kajian ini juga menggunakan teori hermeneutik dan kaedah analisis dokumen untuk memahami makna peribahasa dan mengetahui kandungan sains pertanian disebalik peribahasa Tamil yang dikaji. Dengan itu, dapatan menunjukkan sebilangan peribahasa Tamil yang dicipta oleh masyarakat Tamil mempunyai unsur sains pertanian di sebalik penciptaan tersebut. Peribahasa Tamil yang men.....

1083 hits

82272019
Article
Gender dan Ketidakadilan dalam novel Anthimakkaalam
Manonmani Devi M.A.R Annamalai
Proses penciptaan sebuah karya bermula daripada pengalaman batin pengarang melihat kehidupannya dari aspek sosial, budaya, politik, ekonomi, keagamaan, moral, mahupun gender. Lantaran itu, hasil penulisannya itu yang sering kali diwarnai dan didasari oleh oleh sikap, latar belakang dan keyakinan dan kepercayaan pengarang itu sendiri. Salah satu aspek yang menarik untuk kita kaji dalam karya yang dihasilkan ialah kehadiran watak dan perwatakan wanita. Kajian ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa karya-karya sastera oleh pengarang lelaki sering menggambarkan wanita dengan tidak adil. Oleh itu, penelitian ini cuba menyelami sejauhmana pendirian ini menonjol dalam karya Re. Karthigesu dan melihat adakah kebenaran dalam tanggapan seumpama ini. Di samping itu, kajian ini juga cuba mendekati watak dan perwatakan wanita dalam novel Anthima kaalam membuktikan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman, suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka yang dicemari oleh ketidakadilan. Da.....

2118 hits

82282019
Article
A study on evaluating the pedagogical knowledge of school teachers
Manonmani Devi Mar Annamalai
Education plays an important role in a society. Each and every country around the globe has its own education system to educate their own society. In this way, Malaysia has its own education system. Here, students undergo education in different stages such as, kindergarten (pre-school), primary school (elementary), secondary school (high), and college or university. Of these, kindergarten, primary and secondary educations are in schools. School education is basic for a child. Hence, teacher role is very essential in teaching and learning process. Sultan Idris Education University is No.1 Education University which produces a lot of teachers and are been posted as teachers in various parts of the country. Thus posted teachers teach in secondary schools in Malaysia. The main objective of this study is to evaluate the pedagogy knowledge of the secondary school teachers using testing and evaluation theory. The study is limited to the Perak state teachers of Malaysia. The researcher has use.....

1607 hits

82292019
Article
Pemurnian Antara Hadith Nabi dan Ilmu Sains Moden dalam Soal Air Mani Perempuan
Mohd. Hilmi b. Abdullah
Sains perubatan hari ini menyatakan bahawa pembentukan janin terhasil daripadapersenyawaan antara sperma dan ovum. Dalam hal ini, air mani perempuan  yang dikeluarkan ketika hubungan jenis tidak mempunyai sebarang fungsi dalam pembentukan janin kerana air mani perempuan tidak mempunyai kromosom berbeza dengan air mani lelaki. Walaubagaimanapun, Imam Nawawiy ketika membuat huraian terhadap hadith Nabi s.a.w. ( ??? ??? ( ???? ????? ?? ??? ????? ???? ???? ???? ?????? ???? ???? ??? ????? ??? ?? ??? ???? ??? ????? membayangkan kepada kita bahawa pembentukan janin terhasil daripada persenyawaan antara air mani lelaki dengan air mani perempuan yang dikeluarkan ketika berlakunya hubungan jenis. Pendapat ini bukan sahaja tersasar, malah membayangkan Imam Nawawiy terkeliru antara air mani perempuan dengan ovum, selain boleh mendatangkan fitnah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

817 hits

82302019
Article
Menangani kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal matematik:pendekatan leksis berdasarkan teori prosodi semantik
Anida Sarudin
Tujuan – Kajian ini bertujuan mengenal pasti pedagogi guru awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan mengenal pasti sejauh manakah pendekatanleksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik dapat menjelaskan kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik Metodologi – Kajian ini melibatkan 20 orang guru dan 60 orang 1. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan senarai semak pencerapan dan pemudahcaraan (PdPc). Proses pencerapan PdPc hanya melibatkan 8 orang guru yang terpilih secara rawak. Kajian ini juga mengaplikasikan korpus daripada Pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk meneliti kolokasi kata dan konteks berkaitan leksikal padanan, kumpul, mengasingkan dan banding. Dapatan – Hasil kajian mendapati bahawa PdPc, guru mengajar konsep padanan dengan menjelmakan perkataan cari yang sama, pilih yang sama, sama tak bentuk, sama dengan, dan tarik, manakala konsep kumpul dijelmakan dengan leksikal sepe.....

1099 hits

[ First ] [ Prev ] Page 823 of 1166 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.