UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

Today's popular searches:
M K Ahmad Kurikulum addie Sahrih Komunikasi
Md Idris Mohd Rashid Dahlia Janan Abdul Halim Ali Goh swee Choo Pembelajaran abad ke 21

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
90912016
article
Menangani cabaran wanita melalui kajian wacana hadis nabawi
Abdullah Ariza, Abdul Jabar Mohd Azidan, Mustapha Nik Farhan, Toklubok@Hajimaming Pabiyah,
7876 hits

90922016
article
Kompromi politik Dato’ Onn Jaafar dalam menangani konflik perkauman selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Haniffa Mohamed Ali,
3431 hits

90932016
article
Dasar British di Asia Tenggara dan kesannya terhadap Malaysia 1968-1975
Husin Ahmad Zainudin,
1731 hits

90942017
thesis
Penilaian pelaksanaan kurikulum MPV di negeri Kedah dan Pahang
Mat Zin Hussin
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan guru, sokongan dan komitmen pentadbir, kemudahan prasarana dan peralatan, proses pengajaran dan pembelajaran, proses pentaksiran kompetensi pelajar serta pencapaian pelajar dalam program MPV. Model KIPP digunakan untuk menilai pelaksanaan kurikulum MPV berdasarkan objektif dan kerangka konseptual kajian. Kajian ini melibatkan seramai 110 responden guru dan 320 responden pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian. Dapatan penilaian input menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal tetapi perlu mempertingkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal guru sesuai dengan perkembangan semasa. Dapatan juga menunjukkan pentadbir juga memberi sokongan dan komitmen dalam melaksanakan kurikulum MPV. Penilaian proses pula menunjukkan responden bersetuju bahawa proses pengajaran dan pentaksiran dilaksanakan dengan baik .....

1633 hits

90952016
thesis
Pengetahuan pedagogikal isi kandungan dalam kalangan guru Matematik tahun satu
Noor Azwani Mansor
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PCK) guru Matematik Tahun Satu yang melibatkan tiga komponen iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan pedagogi khusus dan meneroka bagaimana guru Matematik Tahun Satu yang baharu dan berpengalaman mengintegrasikan komponen-komponen PCK semasa mengajar di bilik darjah. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan iaitu kajian tinjauan dan kajian kes. Pengumpulan data bagi kajian ini melalui dua fasa. Fasa pertama melibatkan 86 orang guru Matemtik Tahun Satu dengan menggunakan soal selidik bagi mengenal pasti tahap pengetahuan ketiga-ketiga komponen PCK dalam kalangan guru Matematik Tahun Satu di negeri Perlis. Manakala dalam fasa kedua, data dikumpul secara kualitatif untuk melihat amalan PCK guru matematik Tahun Satu dengan menggunakan protokol temu bual, pemerhatian di dalam bilik darjah, analisis dokumen serta catatan guru semasa pengajaran topik nombor bu.....

5820 hits

90962017
thesis
Kajian ekplorasi tingkat kefahaman guru tentang cukai barangan dan perkhidmatan
Mohd Zul Izwan Aliyasak
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana tingkat kefahaman guru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Goods and Service Tax (GST). Seramai 196 orang guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di sekitar Tanjung Malim mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah set borang soal selidik. Skala Likert (5 tahap) di gunakan sebagai pengukur iaitu minimum 1 ke maksimum 5 (paling tidak setuju ke paling setuju). Data yang diperoleh di proses dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan jawapan bagi menjawab objektif i, ii dan iii. Ujian ttest telah dijalankan bagi menjawab objektif ke iv. Kesemua data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)-Version 22. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan Medium Televisyen, Perbincangan dengan rakan-rakan dan Surat Khabar .....

1248 hits

90972016
thesis
Hubungan dan impak mekanisma tadbir urus korporat terhadap prestasi syarikat
Noorul Farha Mohd Jumali
Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan dan impak di antara mekanisme tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat bagi syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam sektor Perdagangan dan Perkhidmatan dari tahun 2007 sehingga tahun 2013. Data di analisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif, Korelasi Pearson, dan Regresi Linear Berganda. Statistik Deskriptif menjelaskan nilai purata, Korelasi Pearson menerangkan hubungan dan Regresi Linear Berganda pula menerangkan impak di antara mekanisma tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat. Prestasi syarikat di ukur dengan menggunakan Pulangan Atas Aset (ROA) dan Tobin’s Q. Dapatan kajian menunjukkan saiz lembaga pengarah, kepakaran jawatankuasa audit, saiz jawatankuasa audit dan kualiti audit mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan ROA dan Tobin’s Q. Bagi mesyuarat jawatankuasa audit pula, ia mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap Tobin’s .....

907 hits

90982017
thesis
Amalan inovasi pengajaran penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid tahun 5
Azlina Amat Yasin
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan inovasi pengajaran dalam penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid Tahun Lima. Rekabentuk kajian menggunakan dua gelung dalam pengajaran dan pembelajaran diadaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart 1988. Pemilihan sasaran kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 21 murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah dalam sebuah felda di Daerah Hulu Selangor selama sembilan minggu. Modul Intervensi MAGIC MATHS digunakan bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam subjek matematik. Pengkaji membangunkan MAGIC MATHS menggunakan perisian Microsoft Power Point dan Microsoft Visual Basic. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, catatan refleksi, analisis dokumen, protokol temubual, pemerhatian, gambar dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif dan kualitatif. Dapatan ujian pasca selepas lima sesi intervensi dalam gelung .....

3015 hits

90992017
thesis
Acute response of 3 versus 5 minutes rest interval after squat exercise on standing broad jump distance and leg peak force output
Sharon Kezia Leela Sanjivee Sundararaj
The aim of this study is to investigate acute responses of 3 minutes versus 5 minutes rest interval during squat exercise on standing broad jump distance and leg peak force output. Second to this, comparison was also made between the 3 minutes and 5 minutes rest interval. Twenty-five recreationally active participants were recruited for this study. Participants randomly attended two testing sessions, where either 3 or 5 minutes rest interval between set was prescribed in the session. In both sessions, participants performed two set of four repetitions of squat exercise at 80% of one repetition maximum. Standing broad jump were performed on a force platform before and after the squat exercise. The results of this study indicated that there was no significant difference between the 3 minutes and 5 minutes rest interval group on standing broad jump distance. However, there was significant difference in the post test between the 3 minutes rest interval group versus the 5 minutes rest inter.....

931 hits

91002016
thesis
Hubungan amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes: satu kajian kes di negeri Sabah
Winday Sini@Siani
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Amalan pemakanan, aktiviti masa lapang dan faktor sosiodemografi dinilai ke atas 250 orang responden kajian (97 perempuan dan 153 lelaki), berumur 10 - 12 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Dua jenis instrumen digunakan iaitu soal selidik yang terdiri dari 47 item untuk mengumpul data kuantitatif dan protokol temu bual bagi mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang. Dapatan kajian mencadangkan kepentingan ibu bapa atau penjaga menentukan diet seimbang untuk anak-anak mereka. Para guru pula perlu merancang dan melaksanakan program untuk mengurangkan obesiti. Kesimpulannya, amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang mempengaruhi berat bada.....

3473 hits

[ First ] [ Prev ] Page 910 of 919 [ Next ] [ Last ]
Filter
Please make initial search.



Specific Period
Please make initial search.



Top 5 related keywords

Suggestion engine unable to find titles related to this search term.



Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.