|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9081 | 2017 Article | Students perceived technical writing competency needs: a pilot study of Malaysian Polytechnics Siti Fazlina Isnin This study provides a preview into understanding the needs of technical writing competency from the perspectives of 34 final year diploma engineering students of one Malaysian polytechnic and 15 lecturers from 5 different polytechnics in Malaysia. The rationale of this study is to investigate the students’ and the lecturers’ views on the needs of technical writing competency in terms of knowledge, skills and attitudes. A part from that, this study also attempts to identify specific technical elements to be included if a new technical writing module is to be introduced in the polytechnic education system. Through the employment of a need analysis questionnaire to the respective respondents, the perceived technical writing competency needs of Malaysian polytechnic students are recognized which include technical terms, grammatical aspects, writing style and convention. This paper concludes with an instructional design material as a suggestion to improve and develop technical writing c..... 816 hits |
| 9082 | 2018 Article | Sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bilik darjah Farah Aziana Abdul Aziz Kertas ini membincangkan tentang kesediaan dan keperluan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu di sekolah. Memandangkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mendidik murid di sekolah mengikut keperluan semasa pendidikan, maka peranan guru sangat dititikberatkan dalam menjayakan pelaksanaan KBAT dalam semua mata pelajaran. Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT sangat penting bagi membolehkan mereka mendidik murid menguasai KBAT yang mana merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai dalam menuju abad ke-21. Keperluan guru dalam merealisasikan pelaksanaan KBAT secara berkesan perlu diberi perhatian agar hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berfikir pada aras tinggi dapat dicapai. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan sorotan-sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam melaksanak..... 1128 hits |
| 9083 | 2018 Article | Resepsi pelajar terhadap teks KOMSAS jendela menghadap jalan Nurhamizah Hashim Kertas kerja ini membincangkan sebuah novel remaja berjudul Jendela Menghadap Jalan (Edisi Murid 2014) sebagai bahan kajian bagi menilai kesesuaian sesebuah teks yang dipilih untuk dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia). Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin adalah terbitan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd. yang pernah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008. Novel ini kemudiannya telah terpilih menjadi teks KOMSAS bagi tingkatan 4 Zon 1 (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Kajian dijalankan berdasarkan premis bahawa terdapat teks KOMSAS yang mencetuskan kontroversi kerana kandungannya didapati tidak sesuai sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Sebilangan teks KOMSAS yang dipilih dianggap tidak memaparkan unsur moral yang baik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian novel Jendela Menghadap Jalan diangkat sebagai teks KOMSAS. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang respon..... 651 hits |
| 9084 | 2018 Article | Pertembungan bahasa di selatan Thailand: faktor dan implikasi Rohaidah Haron Pertembungan bahasa menyebabkan salah satu bahasa yang dominan akan terus hidup dan sebaliknya bagi bahasa yang tidak dominan. Sering kali situasi ini berlaku apabila sesuatu kawasan itu didiami oleh lebih daripada satu kelompok penutur bahasa. Kajian kes yang dilakukan pada kawasan selatan Thailand, iaitu wilayah Yala mendapati penutur bahasa wilayah ini menuturkan tiga bahasa yang berbeza, iaitu bahasa Melayu (BM), bahasa Thai (BT) dan dialek Melayu Pattani (DP). Kajian yang dilakukan ini mempunyai dua objektif, iaitu membincangkan faktor-faktor kepada pertembungan bahasa dan mengenal pasti implikasi pertembungan bahasa yang berlaku. Kajian dilakukan dengan mengaplikasi kaedah kualitatif dengan beberapa metod, antaranya kajian lapangan, rakaman, temu bual dan transkripsi. Dapatan kajian memperlihatkan pertembungan bahasa berlaku berpunca daripada aspek pendidikan, persekitaran, dasar kerajaan, perkahwinan dan pekerjaan. Lanjutan itu, implikasi kepada pertembungan bahasa ialah alih ko..... 940 hits |
| 9085 | 2018 Article | Persepsi guru bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan KOMSAS Zamri Mahamod Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) komponen sastera (KOMSAS). Persepsi guru Bahasa Melayu ini merujuk kepada tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru dalam PdPc Bahasa Melayu menggunakan bahan KOMSAS. Sampel terdiri daripada 219 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di daerah Gua Musang (8 sekolah menengah), Kuala Krai (10 sekolah menengah) dan Machang (8 sekolah menengah) di Kelantan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi analisis frekuensi, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan deskriptif ialah pengetahuan min 2.63, kemahiran pelaksanaan min 3.18 dan sikap min 3.63. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu diberi lebih pend..... 1123 hits |
| 9086 | 2018 Article | Percanggahan pendapat aspek tatabahasa: perbandingan antara bahan rujukan bahasa Melayu Wong, Shia Ho Kertas kajian ini memperlihatkan percanggahan pendapat yang berlaku dalam bahan rujukan Bahasa Melayu. Percanggahan pendapat tentang sesuatu aspek tatabahasa ditonjolkan melalui perbandingan maklumat dalam bahan rujukan itu sendiri atau dengan bahan rujukan lain. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mendedahkan fenomena yang diterokai. Analisis kandungan dilakukan terhadap bahan rujukan yang dipilih berdasarkan kedekatan dan kredibilitinya sebagai bahan rujukan kepada pengguna bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa percanggahan pendapat tentang tatabahasa bukan sahaja berlaku antara bahan rujukan yang berlainan malah percanggahan juga berlaku dalam bahan rujukan itu sendiri. Selain itu, kertas ini juga memperlihatkan kesan percanggahan tersebut kepada pengguna bahasa melalui kaedah tinjauan terhadap 23 orang guru di sekolah tentang penggunaan kata bantu dalam ayat. Bagi menghadapi percanggahan pendapat ini, pelbagai pandangan dikemukakan agar keseragaman dan ketepatan maklu..... 1098 hits |
| 9087 | 2018 Article | Pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Melayu Kedah dalam undang-undang Kedah Nor Afiza Mohd Nasir Pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu, Undang-Undang Kedah merupakan salah satu naskhah utama dalam sejarah penulisan undang-undang adat dan terpenting dalam menonjolkan kekuasaan golongan raja dalam mentadbir sesebuah negara selain membicarakan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu Kedah. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kaedah pengukuhan kuasa yang diwujudkan oleh raja di samping menghuraikan implikasi yang wujud hasil pengukuhan kuasa tersebut terhadap pemerintahan kesultanan Melayu Kedah. Hasil kajian menunjukkan pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Kedah wujud melalui pelbagai kaedah iaitu pembatasan hubungan raja dengan rakyat, kawalan sosial dan pembentukan sifat kepatuhan rakyat kepada golongan raja. Sehubungan itu, perbincangan ini berlandaskan Teori Kuasa yang diperkenalkan oleh John R.P. French dan Bertram Raven (1959) di samping menggunakaan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan... 682 hits |
| 9088 | 2018 Article | Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya Junaini Kasdan Kebanjiran tenaga kerja asing, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan penetapan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan menjelang tahun 2020, merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu kepada penutur asing. Namun, dalam keghairahan menyambut warga asing ini, perancangan dan tindakan yang tepat perlu diberikan perhatian. Mereka bukan sahaja perlu mempelajari bahasa Melayu, tetapi juga budaya Melayu yang pastinya berbeza dengan budaya kaum-kaum lain di Malaysia. Melalui kajian keperluan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian, kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 75.0% responden dari 17 buah negara memberikan maklum balas bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, namun semua responden menyatakan ingin mempelajari budaya Melayu. Sejumlah 85.% responden pula memberikan maklum balas bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam talian, khususnya dalam bentuk video y..... 709 hits |
| 9089 | 2018 Article | Aplikasi kemahiran kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bahasa Melayu di SJK (Cina) daerah Sabak Bernam Suppiah Nachiappan Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cara guru mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu di SJK (Cina) di daerah Sabak Bernam serta cara murid mempelajarinya. Sampel kajian melibatkan 20 orang murid Tahun 6. Sebanyak 20 teks karangan asal murid telah dikaji dan dianalisis untuk mendapatkan data serta ditranskripsikan menjadi teks kajian. Teks kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Hermeneutik untuk menginterpretasi dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru dapat mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan Bahasa Melayu manakala murid juga telah dapat menguasai kemahiran kognisi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian kepada guru ialah guru dapat menggunakan pelbagai kaedah untuk mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan... 974 hits |
| 9090 | 2018 Article | Tingkah laku integriti dalam pemantapan pengurusan sektor perkhidmatan awam Kamarudin Musa Tujuan kajian ini dalah untuk memperjelaskan kedudukan tahap amalan tingkah laku integriti dalam kalangan anggota-anggota perkhidmatan awam di Malaysia. Di samping menentukan kedudukan nilai, etika serta moral dalam konteks pelaksanaan proses penyampaian perkhidmatan organisasi awam. Kajian ini melibatkan seramai 645 orang responden, terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, melibatkan empat zon utama, iaitu tengah, selatan, utara dan timur. Reka bentuk kajian diasaskan kepada kerangka pemikiran kepimpinan berpusatkan prinsip (Principle Centred Leadership). Analisis kajian dilakukan berasaskan statistik deskriptif skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian secara keseluruhannya amalan tingkah laku integriti merekodkan skor min yang tinggi, iaitu dalam lingkungan 4.20. ini menunjukkan bahawa sektor awam merupakan sektor yang mempunyai kesedaran amalan tingkah laku integriti yang tinggi. Anggota-anggota perkhidmatan awam me..... 1256 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 909 of 1165 | [ Next ] [ Last ] |