|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9791 | 2016 Thesis | Pembinaan dan penentusahan instrumen ujian kemahiran proses sains bersepadu sekolah rendah Salasiah Zainuddin Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah. Instrumen ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid-murid tahap dua sekolah rendah, iaitu murid tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun di Malaysia dalam kemahiran proses sains bersepadu. Pelaksanaan kajian meliputi dua fasa, iaitu fasa pembinaan alat pengukuran yang dinamakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah dan fasa analisis psikometrik. Fasa pembinaan instrumen melibatkan lima langkah, iaitu mengenal pasti objektif instrumen, menentukan spesifikasi ujian, membina jadual spesifikasi instrumen, menulis item, dan menyemak item bersama pakar. Fasa analisis psikometrik melibatkan analisis dapatan ujian. Seramai 1097 murid daripada 8 buah sekolah kategori sekolah bandar dan luar bandar yang berbeza pencapaian akademik telah mengambil bahagian dalam ujian ini. Ujian pertama melibatkan 581 orang murid. Jumlah skor ujian yang diperolehi ialah di antara 7 ..... 1672 hits |
| 9792 | 2016 Thesis | Microrheological measurement of cellulose solutions using a single particle tracking Riyanto,Sugeng The aim of the research was to develop microrheological measurement system to determine the alpha apparent (aapp ) and the complex shear modulus (G*(@) of microcrystalline cellulose (MCC) solutions based on a single particle tracking technique using video microscopy (VM). A micron sized particle acting as a probe in cellulose solution was tracked by a freeware called Tracker. The temporal displacement of the particle was recorded and analyzed in spectrum domain using custom-made program using MATLAB. Videos were recorded at about 30 fps depending on the recording setting resulted in output of radial frequency range from 0.4 rad/s to 10 rad/s. The results from the local measurement in cellulose solutions were compared with the bulk measurement using rheometer. Since the solution is a kind of nonhomogeneous complex material, which contained long chain fiber, the measurements were dependent on the local position of the probe in the solution. To conclude, the microrheological measurement s..... 820 hits |
| 9793 | 2016 Thesis | Konstruk instrumen penilaian efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani Abdul Rahim Dumpok Kajian ini bertujuan menghasilkan instrumen dan menilai tahap efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah menengah dan mengetahui faktor-faktor persekitaran yang mempunyai perkaitan dengan tahap efikasi kendiri mereka. Kajian adalah berbentuk tinjauan. Tiga lokasi dipilih secara rawak iaitu daerah Petaling Utama bagi kategori bandar manakala daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam bagi kategori luar bandar. Sampel kajian ialah 307 orang guru PJ. Data dipungut menggunakan instrumen soal selidik Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES) yang diubahsuai. Kesahan bahasa instrumen soal selidik diperoleh dengan merujuk kepada pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala pakar bidang dirujuk untuk mendapatkan kesahan kandungan item soal selidik. Kajian rintis dijalankan terhadap 108 orang guru PJ di daerah Kinta Utara, Perak sebelum kajian sebenar bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Analisis Cronbach Alpha digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan..... 2255 hits |
| 9794 | 2016 Thesis | Konsep kendiri lelaki lembut melalui penerokaan teknik lukisan projektif Mohd Radhi Abu Shahim Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami konsep kendiri lelaki lembut melalui penerokaan teknik lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO). Seramai empat puluh orang peserta kajian dari salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terdiri daripada dua puluh orang sampel kajian lelaki lembut dan dua puluh orang sampel kawalan yang dipilih secara rawak telah dikenalpasti. Kaedah pemerhatian digunakan berdasarkan lapan kriteria yang telah diguna pakai dalam kajian lepas untuk memilih peserta kajian lelaki lembut, manakala pentafsiran lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO) berdasarkan buku manual panduan Kinetic-House-Tree-Person Drawing dan Personality Projection in The Drawing of Human Figure. Analisis berdasarkan pentafsiran simbol-simbol lukisan yang terdapat pada struktur dan bentuk elemen gambar Rumah, Pokok, Orang (RPO). Dapatan kajian mendapati bahawa lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO) dapat merungkai konsep kendiri lelaki lembut dan konse..... 807 hits |
| 9795 | 2013 Thesis | Kebudayaan Jawa : Perubahan sosiobudaya keluarga tenaga kerja Indonesia asal Jawa Tengah di Malaysia Mujiyono, Bambang Indiatmoko Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka peranan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang sudah berkahwin mahupun belum terhadap keluarga, mengetahui fungsi ekonomi, sosial-budaya, pendidikan, dan agama pada keluarga, dan seterusnya ingin mengetahui impak perhubungan kekeluargaan dalam keluarga besar TKI. Kekurangan peluang pekerjaan, keengganan hidup bertani, dan keinginan hidup gaya moden telah memberikan impak kepada generasi muda Jawa. Generasi ini melakukan penghijrahan ke luar daerah, bahkan keluar negeri untuk menjadi pekerja. Salah satu tempat pilihan para pencari kerja ke luar negeri ialah Malaysia. Para pencari kerja tersebut dinamakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Keputusan menjadi TKI di Malaysia menimbulkan berbagai-bagai kes. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan metod pengumpulan data temu bual, amatan, dan dokumentasi. Sementara analisis data menggunakan analisis deskriptif dan analisis eksplanatori dengan pendekatan teori struktural fungsional. Hasil ..... 1151 hits |
| 9796 | 2008 Thesis | Keberkesanan pembelajaran dalam talian dan kesannya terhadap kepuasan belajar pencapaian pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh Zain Hazmi Zain Baharin Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian “MyClass Online” yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap ..... 2089 hits |
| 9797 | 2016 Thesis | Impak kilang simen terhadap penghasilan PM10 di Rawang, Selangor Darul Ehsan Mohamad Ihsan Muhamad Ismail Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola taburan dan menentukan sejauh mana jarak dan parameter cuaca (suhu, halaju angin dan kelembapan) mempengaruhi serakan partikel terampai (PM10) di sekitar kilang simen Rawang; mengukur paras kosentrasi partikel ampaian secara mendatar; dan menilai pola partikel ampaian dan kaitannya dengan parameter cuaca tersebut. Data primer kajian diperoleh daripada kajian lapangan melalui pencerapan PM10, PM2.5, suhu, kelembapan, dan kelajuan angin di Rawang (kawasan kajian) dan Batang Kali (kawasan kawalan). Terdapat 11 lokasi pencerapan setiap satu di kawasan kajian dan kawasan kawalan. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif, ujian Kolerasi Spearman r, Regresi non-linear dan Regresi Pelbagai Stepwise. Hasil kajian mendapati jarak sangat mempengaruhi serakan partikel. Pola serakan partikel terampai di Rawang mempunyai hubungan yang berbeza-beza dengan parameter, iaitu hubungan sangat kuat antara jarak, dan dengan suhu, hubungan kuat deng..... 1595 hits |
| 9798 | 2014 Thesis | Hubungan fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah Veer Singh, Gurcharanjit Singh Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah. Reka bentuk kajian merupakan kajian berbentuk kuantitatif di mana data dikumpul menggunakan soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 120 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih di Perak. Analisis data menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat fungsi pengurusan dalam koperasi sekolah berada pada tahap yang tinggi. Ujian korelasi menunjukkan bahawa fungsi pengawalan dan fungsi kepimpinan mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kejayaan koperasi sekolah, manakala fungsi pengorganisasian dan fungsi perancangan menunjukkan hubungan yang lemah tetapi signifikan. Pendedahan tentang fungsi pengurusan dalam koperasi sekolah kepada Ahli Lembaga Koperasi melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai boleh membantu meningkatkan prestasi koperasi sekolah pada masa akan datang... 847 hits |
| 9799 | 2009 Thesis | English morpheme acquisition order of Malay secondary school students Abdul Halim Ibrahim The objective of the study was to investigate the order of English morpheme acquisition (EMAO) by 600 early adolescent Malay secondary students (MSS) aged 13 years (Form 1), 14 years (Form 2) and 16 years old (Form 4) who were learning English in two different settings: urban or English as second language (ESL) and rural or English as a foreign language (EFL). This was a cross-sectional study adopting a quantitative research method in gathering the data. Two method of written elicitation techniques (translation and compositions) were used to obtain responses from the subjects and two scoring methods (target-like-use and suppliance in obligatory context) were used to measure the morphemes supplied. The quantitative findings show that (1) the EMAO-MSS of different age groups in the same setting is similar, (2) the EMAO-MSS is similar to the order of English morpheme acquisition (EMAO) of Makino’s (1979) subjects (3) the EMAO-MSS in the urban setting is not similar to the EMAO-MSS in th..... 1956 hits |
| 9800 | 2016 Thesis | Citra dan status dalam novel-novel terpilih M. Ramaiah Magaswari Eliyarni Subramaniam Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis citra wanita, kedudukan citra wanita dan menganalisis citra perjuangan watak wanita dalam tujuh buah novel terpilih M.Ramaiah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Jenis citra wanita dikenal pasti mengikut teori A. Wahab Ali dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Kedudukan dan perjuangan wanita dikenal pasti mengikut teori femenisme Naomi Wolf. Kajian berasaskan A. Wahab Ali, mendapati 20 peratus watak wanita moden, 32.73 peratus watak wanita transisi dan 47.27 peratus watak wanita tradisi. Disambing itu, kajian berasaskan Ungku Maimunah Mohd Tahir menunjukkan 47.27 peratus watak wanita positif, 18.18 peratus watak wanita negatif, 23.64 peratus wanita tragis dan 10.91 peratus watak wanita tidak jelas dalam novelnovel tersebut. Dapatan kedua menunjukkan bahawa 8 peratus wanita adalah mangsa feminisme, 58 peratus wanita adalah feminis yang berkuasa, 30 peratus wanita adalah mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan 4 peratus ti..... 2347 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 980 of 1125 | [ Next ] [ Last ] |