|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9851 | 2016 Thesis | Keberkesanan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap pencapaian tajuk pepejal geometri dan motivasi murid berpencapaian sederhana Jaya Mala Kupusamy Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD (Students Team Achievement Division) berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional terhadap pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian seramai 61 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana dari sebuah sekolah menengah kebangsaan luar bandar di negeri Perak. Dalam kajian ini, kumpulan rawatan terdiri daripada 30 orang murid. Manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 31 orang murid. Pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah kaedah pembelajaran kooperatif model STAD manakala pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran adalah pemboleh ubah bersandar. Instrumen kajian adalah ujian pra-pasca dan soal selidik motivasi pembelajaran pra-pasca. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t sampel berpasangan, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang sig..... 1241 hits |
| 9852 | 2016 Thesis | Kesan penggunaan modul pengintegrasian geogebra topik trigonometri terhadap pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah Muhamad Hafizhuddin Abdul Kajian ini bertujuan membina Modul Pengintegrasian GeoGebra topik Trigonometri II .serta menilai kesan penggunaannya dari segi pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Kaedah gabungan eksplanatori dan kuasi-eksperimen digunakan bagi menjawab soalan kajian. Seramai 47 orang murid dari sebuah sekolah menengah di Muar, Johor terlibat di dalam kajian ini. Analisis data kuantitatif adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t dan ujian ANCOVA digunakan di dalam kaj ian ini. Analisis kualitatif melibatkan data dari temu bual. Hasil dapatan data mendapati min markah murid kumpulan rawatan mengatasi min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan. Melalui analisis soal selidik dan temu bual, murid kumpulan rawatan mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap Modul Pengintegrasian GeoGebra. Kesimpulannya, murid yang menjalani PdP Modul Pengintegrasian GeoGebra menunjukkan pencapaian yang lebih balk berbanding murid kumpulan tradisional serta mempunyai t..... 4640 hits |
| 9853 | 2016 Thesis | The effectiveness of animated transition in Quranic Braille courseware design Nurul Auji Hasbullah This research aimed to evaluate the courseware effectiveness of animated transition and users satisfaction in using developed Qur’anic Braille courseware (QBC) prototypes namely QBC(animation) and QBC(graphic). The courseware was developed by using ADDIE model. The mixed-method aproach were used to explore participants views and background with the intention of using this information to develop and test the instrument with a sample from a population. Qualitative methodology was conducted to identify the Islamic education teachers’ background in the aspect of Qur’anic Braille knowledge and identifying users’ satisfaction regarding the design and development of the courseware whilst quantitative method was used to evaluate the courseware effectiveness. Five in-service teachers were interviewed and the total of 26 pre-service teachers were randomly selected as the samples in the true experimental study of pre-test and post-test. The total of 26 pre-service teachers were selected b..... 1262 hits |
| 9854 | 2016 Thesis | Development of prozyme board game for teaching and learning enzyme topic in Biology form 4 Amy Rose Aeriyanie A Rahman This study aimed to develop a valid and reliable educational board game for teaching and learning enzyme topic in Biology Form 4. Prozyme board game was developed in accordance to the national curriculum standard for Biology Form 4. This study adopted quantitative research design. Students’ experience after using Prozyme board game was measured through survey. The data were presented as descriptive statistics. The developed Prozyme board game was validated by five experts. The study findings showed that the assessment on the validity of Prozyme board game had high percentages of agreement values. In addition, high reliability value was also recorded. The findings from the study suggested positive views on students’ learning experience using Prozyme board game. Furthermore, mean score values obtained from the pilot study were at high levels for all of the measured constructs. In conclusion, the use of Prozyme board game has added to the variability of instructional tools in teaching..... 2446 hits |
| 9855 | 2016 Thesis | Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan aplikasi Fizik. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dipilih bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis. Responden adalah seluruh pelajar aliran sains Kolej Matrikulasi Selangor seramai lima ratus sepuluh orang yang mengambil Fizik. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga ratus soal selidik berjaya dikutip semula. Soal selidik Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) yang mengandungi enam belas item telah digunakan sebagai alat ukur sikap terhadap pembelajaran Fizik. Statistik deskriptif digunakan bagi melihat min, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi separa Pearson-r, ujian regresi, dan ujian-t sampel bebas digunakan bagi me..... 2209 hits |
| 9856 | 2015 Thesis | Hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang undang antarabangsa : kajian kes Orang Asli Muhamad Sayuti Hassan@Yahya Hak orang asa1 te1ah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Meskipun begitu, kedudukan Orang Asli iaitu orang asal di Semenanjung Malaysia adalah masih tertindas, terpinggir sebagai masyarakat marginal dan didominasi oleh masyarakat majoriti. Hal sedemikian berlaku kerana hak penentuan kendiri Orang Asli tidak diberi pengiktirafan selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa. Dengan menggunakan piawaian undang-undang antarabangsa, kajian ini menetapkan empat objektifuntuk dicapai. Pertamanya, kajian ini meninjau konsep hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Kedua, kajian menilai sejauh manakah undang-undang di Malaysia mengiktiraf hak penentuan kendiri Orang Asli dari segi teori dan amalan. Ketiga, kajian ini menganalisis perlindungan hak penentuan kendiri Orang Asli secara perbandingan den..... 1553 hits |
| 9857 | 2015 Article | Kebijaksanaan emosi dan pencapaian akademik pelajar Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Zaba Universiti Pendidikan Sultan Idris Syed Salim Syed Sofian, Mohd Adnan Nor Haslin, 1662 hits |
| 9858 | 2016 Thesis | Penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam Matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif Rossalmi Mohd Nawi Kajian kuantitatif berbentuk analisis deskriptif dan inferensi ini adalah untuk melihat tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif. Sampel terdiri daripada 125 orang murid tahun empat dari empat buah sekolah FELDA, di daerah Raub, Pahang. Dua instmmen digunakan iaitu yang pertama ialah Set Soalan Domain Kognitif Aras Tinggi Matematik TIMSS, mengandungi 40 item domain kognitif mengaplikasi dan menaakul, daripada sumber pentaksiran antarabangsa Matematik TIMSS 2011. Instrumen kedua ialah 20 item Soal Selidik Metakognitif yang dirujuk daripada Reliability And Validity Of A State Metacognitive Inventory. Data di analisis untuk mencari nilai peratus, min, ujian-t dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi matematik TIMSS dalam kalangan murid tahun empat adalah pada tahap lulus (35.20%), diikuti dengan tahap sederhana (32.80%), lemah (26.40%) dan ce..... 2254 hits |
| 9859 | 2016 Thesis | Pengujian kebolehgunaan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis Sumiati Suparmin Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan pembangunan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami konsep asas sesuatu pelajaran yang diajarkan secara maya dan bergantung secara teori sahaja. Sebuah kit pembelajaran visualisasi telah dibangunkan sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) yang dinamakan sebagai VizWSN. Penggunaan alat dan bahan mengajar banyak memberikan sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pengajar dan pendidik. Dua aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah pengetahuan konseptual iaitu pengetahuan teori dan pengetahuan melalui pengalaman secara visualisasi iaitu praktikal. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimen sahaja manakala model pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah Model ADDIE. Kajian terhadap kesan penggunaan kit ini telah meli..... 1690 hits |
| 9860 | 2016 Thesis | Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah Abd Hadi Borham Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas yang berasal daripada negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau telah menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah sejak tahun 2011. Dalam tempoh dua tahun beliau telah berjaya mengislamkan 269 orang non-muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti petani, pemburu, paderi, pastor gereja, pelajar dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof, faktor-faktor tarikan kepada pendekatan dakwah dan masalah kepada pendekatan dakwah beliau dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara perpustakaan dan lapangan. Data kajian secara lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) di Kampung Padang, mukim Sepulut, Pensiangan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat..... 3391 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 986 of 1128 | [ Next ] [ Last ] |