UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
98612015
Thesis
Ghamuhyi
Kamarulzaman Mohamed Karim
Paradigma penciptaan karya ini terdiri dari lima dasar keyakinan. Pertama, kevakuman musik Ghazal Melayu Johor (GMJ) kini diibaratkan seperti sebuah pohon yang ditutupi oleh semak belukar. Oleh karena itu, diperlukan daya yang menghidupkan 'pohon' GMJ supaya dapat menghasilkan buah-buah yang manis dan juga memangkas semak belukar langgam supaya pohon GMJ tidak tertutup lagi, Kedua, cinta adalah . esensi dan kekuatan dari GMJ dan Al-Muhyi adalah sebuah kesadaran penting untuk disebarkan. Oleh karena itu, tidak salah apabila penciptaan musik dengan maksud mengekspresikan makna-makna cinta terhadap sifat Al-Muhyi memanfaatkan GMJ sebagai sarana ekspresi. Ketiga, kekuatan musik dalam menyampaikan pesan-pesan bersifat numerik mengilhamkan pengkarya untuk mengungkapkan pesan-pesan numerik dari Al-Qur'an ke dalam karya musik. Keempat, dikotomi tentang musik absolut dan musik program bukanlah dikotomi yang membedakan kualitas musikal. Maka, tidak salah jika pengkarya menyatakan bahwa dalam ide.....

1562 hits

98622016
Thesis
Penilaian agihan zakat terhadap Asnaf Al-Riqāb dan Ibn Al-Sabīl di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Halim Ismail
Kajian ini dijalankan bagi menghuraikan kedudukan asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l sebagai asnaf zakat menurut perbahasan ulama, menganalisis pengurusan agihan zakat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan menilai pelaksanaan agihan zakat terhadap asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l di insitusi ini dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, temu bual dan dokumentasi. Data dianalisis menggunakan metod deduktif, induktif dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa agihan zakat terhadap asnaf al- Riq?b perlu dilaksanakan pada masa kini bagi mengeluarkan umat Islam yang terbelenggu dengan pelbagai bentuk perhambaan di samping dapat menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan asnaf Ibn al-Sab?l. Kajian juga menunjukkan bahawa MUIP telah diuruskan dengan cekap dan telus bagi memastikan institusi ini sentiasa mendapat kepercayaan masyarakat. MUIP juga telah melaksanakan agihan zakat terhadap asnaf al- Riq?b da.....

1062 hits

98632016
Thesis
Relationship between service quality dimensions and parents satisfaction in KEMAS preschool
Lily Muliana Mustafa
This research aimed to identify the relationship between six dimensions of service quality with the parents' satisfaction in Community Development Department (KEMAS) preschool in Tanjong Malim district. The population of this study was the parents who send their children to the ten selected ofKEMAS preschools. 125 parents as the respondent to answer the questionnaires regarding the service quality provided. The research design chosen SERVQUAL instrument and added one new dimension; Islamic values. All these six dimensions; tangibility, reliability, responsiveness, assurance, empathy and Islamic values being analysed to identify the level of service quality in KEMAS preschool and the relationship towards the customer satisfaction. Correlation analysis found that all dimensions except Islamic values have significant relationship with the overall service quality. The multiple regression analysis found only responsiveness and Islamic values have significant impact towards the overall servi.....

1491 hits

98642016
Thesis
The effects of blended learning in the teaching of English through short story among secondary school students
Siti Khadijah Mohd Arrif
This study was conducted to determine the effectiveness of blended learning within academic achievements, motivation and learner autonomy constructs. The scope of this study is meant for the teaching of English through short story. A quasiexperimental study was conducted among 116 samples and two different teaching pedagogies were utilized; a blended learning classroom for the treatment groups and conventional learning classroom for the control groups. The data for students’ academic achievement were collected from a post-test conducted. Whereas, data for motivation and learner autonomy were collected through sets of questionnaires adapted from preceding literatures. The differences subsist between the two groups were then analysed using the t-test. The findings revealed that there was no significant difference in the academic achievements. However, there were positive effects both on learner autonomy and student’s motivation constructs in blended learning compared to conventional .....

1326 hits

98652015
Thesis
Kepatuhan proses gadaian dalam sistem Ar-Rahnu di Malaysia
Nurul Huda Md Yusuff
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-Rahnu tersebut. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksanakan melibatkan pengusaha pajak gadai dan penggadai. Seramai tiga orang pegawai bertugas dan sepuluh orang penggadai terlibat dalam kajian ini. Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan sur.....

2161 hits

98662015
Thesis
Hubungan faktor pendidikan dan persekitaran dengan aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang
Rosmaizah Kamaruddin
Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara kuantitatif yang bertujuan untuk melihat hubungan faktor pendidikan dan persekitaran terhadap aspirasi kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 364 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan daripada sembilan buah sekolah di negeri Pahang. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min manakala bagi statistik inferensi ujian yang digunakan ialah ujian ANOVA, korelasi Pearson dan Regresi pelbagai. Hasil analisis mendapati tahap aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor sosio ekonomi keluarga dengan aspirasi kerjaya Perakaunan, terdapat hubungan positif yang signifikan di antara sikap, kualiti pengajaran, persekitaran rumah, rakan sebaya dan media massa dengan as.....

937 hits

98672015
Thesis
Hubungan keseimbangan antara pasaran Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia
Yusni Anis Yusuf
Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bentuk arah hubungan penyebab antara pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) dan pemboleh ubah makroekonomi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) pula, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka .....

892 hits

98682015
Thesis
Hubungan amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pencapalan murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang
Noor Hidayah Hanapi
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang. Seramai 277 orang guru dari 13 buah sekolah berprestasi tinggi dan 9 buah sekolah berprestasi rendah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan rrienggunakan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Hord (1997) dan Huffman dan Hipp (2003). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian statistik dengan menggunakan aplikasi statistik ujiant dan korelasi Pearson. Ujian-r digunakan untuk menguji sarna ada wujud atau tidak perbezaan amalan komuniti pembelajaran profesional antara sekolah berprestasi tinggi dan berprestasi rendah. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan antara amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pencapaian murid sekolah rendah daerah Batang Padang. Hasil dapatan kajian menunjukkan amalan kelima-lima dimensi komuniti pembelaj.....

1746 hits

98692015
Thesis
Penerokaan potensi penceritaan digital terhadap motivasi pelajar sekolah rendah luar bandar dalam pembelajaran bahasa Inggeris
Amjad Anas Abd Malek
Kajian ini meneroka potensi penggunaan penceritaan digital atau digital storytelling (DST) di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dari perspektif murid luar bandar sekolah rendah di SK Sungai Galah, Perak. Sebuah video telah dihasilkan oleh penyelidik yang diadaptasikan dari buku cerita yang bertajuk "Tidy Your Room, Tanya!". Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian di dalam bilik darjah dan makmal computer terhadap 19 orang murid, analisis bahan untuk memilih peserta kumpulan fokus dan menemubual 10 orang pelajar dalam kumpulan fokus bagi mengumpul data. Pendekatan naratif dan intepretatif telah digunakan bagi menganalisa data tersebut. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti tiga tema utama iaitu; motivasi, pembelajaran dan potensi. DST telah dilihat sebagai bahan yang berpotensi untuk membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah rendah..

3706 hits

98702015
Thesis
Hubungan antara perkembangan metakognitif dengan pencapaian motivasi, sikap belajar dan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Wan Sharifah Laili Mohamad Nawawi
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus tujuh puluh lima (275) pelajar yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Analisis inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metakognitif secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik. Metakognitif tahap tinggi dan tahap rendah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik dan sikap belajar Matematik tetapi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan pencapaian motivasi.Oleh itu pelajar yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi akan menunjukkan hubungan positif dengan pencapai.....

3541 hits

[ First ] [ Prev ] Page 987 of 1128 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.