|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9871 | 2015 Thesis | Kajian kes tahap perapatan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah Syarifah Ratna Sari Syed Mohd Zain Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di pras..... 1979 hits |
| 9872 | 2015 Thesis | Kesan pembelajaran secara mobil terhadap minat dan motivasi pelajar jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi Norhafiza Jamaluddin Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara mobil (PsM) terhadap minat dan motivasi pelajar pendidikan jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik praujian dan pascaujian. Seramai 102 responden telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (52 orang) dan kumpulan kawalan (50 orang). Pelajar dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan kaedah Pembelajaran secara Mobil (PsM) manakala pelajar dalam kumpulan kawalan didedahkan dengan Pembelajaran menerusi Portal (PmP). Dua set soalan iaitu pra dan pascaujian telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan PsM dan PmP ke atas minat pelajar dianalisis menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah PsM adalah berkesan dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran berbanding kaedah PmP dalam kursus tersebut. Sebaliknya, PsM dan PmP tidak mempunyai hubungan signif..... 1326 hits |
| 9873 | 2015 Thesis | Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru kelas khas kemahlran membaca dan menghafaz al-Quran (KKQ) di Lembah Klang Jahidih Saili Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal kandungan bagi pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru KKQ di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik. Seramai 43 orang guru KKQ terlibat dalam 'cajian ini. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi tintuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Melalui kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach didapati berada pada tahap tinggi iaitu >0.80. Secara keseluruhannya, guru KKQ mempunyai tahap pengetahuan pedagogikal kandungan yang tinggi dalam kelima-lima elemen pengetahuan pedagogikal kandungan pengajaran tajwid al-Quran iaitu elemen pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan terhadap pelajar, pengetahuan kurikulum dan kemahiran al-Qura..... 1748 hits |
| 9874 | 2015 Thesis | Kajian perbandingan antara realiti dengan persepsi tentang pengurusan bekalan air di Kelantan Koh, Liew See Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan sistem bekalan air di Kelantan dengan membandingkan situasi realiti pengurusan sistem bekalan air dalam aspek kualiti, kuantiti dan mutu perkhidmatan bekalan air dengan persepsi yang dilontarkan oleh pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna Air Kelantan Sendiri Berhad. Kajian ini menggunakan kajian gabungan yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif yang telah digunakan adalah peratusan, pola perubahan, min, sisihan piawai, persentil, analisis Z statistik dan analisis X2, manakala kaedah analisis kualitatif yang telah digunakan adalah analisis kandungan dan analisis perbandingan. Hasil analisis menunjukkan kualiti bekalan air di Kelantan adalah setaraf dengan negeri-negeri lain bagi semua parameter kecuali kekeruhan; kuantiti bekalan air adalah mencukupi dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah baik. Elemen persepsi pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna mengandungi empat kategori iaitu bekalan air ad..... 1808 hits |
| 9875 | 2015 Thesis | Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran algebra tingkatan empat Low, Chai Peng Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian murid tingkatan 4 bagi pembelajaran algebra dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Topik-topik yang dikaji bagi subjek Matematik adalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Garis Lurus. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan, topik-topik yang dikaji adalah Fungsi, Persamaan Kuadratik, Fungsi Kuadratik, Persamaan Serentak dan Indeks dan Logaritma. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur telah mengenal pasti lima konstruk, iaitu minat, gaya pembelajaran, pengetahuan asas menengah rendah, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan isi kandungan algebra. Dapatan daripada kajian rintis pula adalah kesahan kandungan instrumen oleh lima orang pakar iaitu guru yang berpengalaman dalam mengajar Matematik dan Matematik Tambahan serta pensyarah universiti. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item dalam instrumen ialah 0..... 2644 hits |
| 9876 | 2015 Thesis | Pengendalian kata ganda dalam kamus dewan dan kamus besar bahasa Indonesia suatu kajian perbandingan Ibrahim Ahmad Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu status masukan dan pemerian makna. Status masukan meliputi taraf kata ganda dalam karnus sarna ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi,polisemi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Pemerian makna pula mencakup butir-butir semantik yang melatari kata ganda tersebut sama ada membawa makna leksikal atau makna nahuan. Aspek pemerian makna ini menampilkan bebe..... 992 hits |
| 9877 | 2015 Thesis | Kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah Ruzaini Rani Kajian bertujuan mengkaji kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 171 guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik di dalam program LINUS. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang meliputi aspek demografi guru, pengetahuan guru, kemahiran guru, sikap guru, penggunaan modul LINUS dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan program LINUS. Analisis data dibuat secara deskriptif menggunakan min, analisis korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan, tahap sikap dan penggunaan modul LINUS berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kemahiran guru berada pada tahap sederhana. Cabaran utarna yang dihadapi guru dalam program LINUS adalah jumlah murid yang ramai menyebabkan proses pembelajaran sukar dilaksanakan. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar; tidak terdapat perbezaan..... 1377 hits |
| 9878 | 2015 Thesis | Analisis penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan Siti Fazidah Mat Yaacob Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 359 orang pelajar dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains pelajar adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan serta norma dan nilai kerohanian berdasarkan aliran. Di samping itu, terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains berdasarkan lokasi sekolah. Manakala dari segi aliran terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains, sikap terhadap inkuiri saintifik, amalan sikap saintifik, keseronokan pembelajaran sains, minat terhadap sains dan kerjaya dalam sains. Selain itu, terdapat kesan interaksi..... 1247 hits |
| 9879 | 2015 Thesis | Perkembangan pembelajaran kanak-kanak perkembangan lewat global Rusmarini Awang Kajian ini bertujuan untuk meninjau perkembangan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan lewat global daripada aspek sejarah perkembangan sebelum dan selepas kelahiran. Faktor yang diberi fokus meliputi perkembangan kognitif, sosio-emosi, fizikal serta bahasa dan komunikasi. Kajian juga cuba mengenal pasti faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak serta usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru untuk mempertingkatkan keupayaan kanak-kanak tersebut. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Proses pengumpulan data mengambil masa selama lima bulan bermula daripada Jun sehingga November 2012. Subjek kajian merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai tahap perkembangan kognitif, sosial dan emosi, fizikal dan bahasa dan komunikasi yang terbatas berb..... 1146 hits |
| 9880 | 2015 Thesis | Analisis kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Zainudin Abdul Razak Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah. Dua set soal selidik dan satu set ujian digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal adalah tinggi, manakala penguasaan kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang sederhana antara ta..... 1420 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 988 of 1128 | [ Next ] [ Last ] |