UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
98812015
Thesis
Kesan guna tanah terhadap kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak
Nurhamizah Shaharudin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak ekoran daripada kesan aktiviti guna tanah di kawasan sublembangan sungai. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif di lapangan menerusi pencerapan sampel air tasik, soal selidik dan analisis pemetaan corak guna tanah. Penilaian status kualiti air melibatkan pengukuran DO, pH, BOD, COD, SS, dan NH3N di 22 buah stesen yang telah ditetapkan. Parameter bakteria E.coli dan logam berat seperti Zn, Mg, Cd, Pb, Hg, Cu dan juga Fe turut dicerap.Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Kebangsaan untuk Malaysia dan juga dibandingkan dengan garis panduan kualiti air minuman untuk menilai tahap kualiti air tasik. Pencerapan kualiti air dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei 2013 dan juga pada bulan Mac 2014. Seramai 389 orang pengunjung telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang tahap kualiti air tasik. Aplikasi Sistem Maklu.....

1483 hits

98822012
Thesis
Pembinaan dan pengesahan instrumen kemahiran proses sains untuk sekolah menengah atas
Mohd Al-Junaidi Mohamad
Tujuan kajian ini ialah membina dan mengesahkan ujian aneka pilihan yang dinamakan Basic and Integrated Process Skills (BIPS) Test bagi mengukur penguasaan kemahiran proses sains (KPS) untuk pelajar sekolah menengah atas. Berpandukan indikator-indikator KPS yang terkandung dalam kurikulum sains Malaysia, instrumen BIPS Test dibina dan disahkan untuk mengukur 7 KPS asas dan 5 KPS bersepadu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan kuantitatif yang terdiri daripada dua fasa. Fasa pertama ialah pembinaan item aneka pilihan yang mana itemitem ditulis berdasarkan objektif item. Kesahan kandungan, kesahan muka dan keobjektifan jawapan ditentukan secara kualitatif oleh panel pakar. Seterusnya, item item diuji dalam ujian rintis dengan jumlah sampel 104 pelajar tingkatan 4 yang mewakili kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah dari sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Item-item kemudiannya dianalisis secara kuantitatif bagi menghasilkan instrumen BIPS Test yang mengandungi 60 item. Secara spesif.....

1167 hits

98832015
Thesis
Nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan dari perspektif teori moral
Latha Murugusu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai kemanusiaan, menganalisis unsur pengajaran, dan meneliti aspek kesan terhadap watak dan perwatakan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan yang akan dikaji ialah Thavathin Valimai, Thi:pangkal:, dan Mu.Anpucelvan Citukathaikal: yang berjumlah empat belas buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Moral digunakan untuk mengkaji kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat lapan nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Antara lapan nilai kemanusiaan, sebanyak empat buah cerpen mempunyai nilai keinsafan, tiga buah cerpen ada mengandungi nilai pengorbanan dan dua buah cerpen mempunyai nilai kasih sayang. Nilai tanggungjawab, nilai pemurah, nilai ketaatan, nilai membantu dan nilai bermaruah hanya ada pada sebuah cerpen. Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini membawa mesej yang mendalam bagi membina sahsiah diri.....

1163 hits

98842015
Thesis
Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
Suzana Anwar
Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik dan mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Seramai 12 orang murid Tahun Lima telah dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Kesemua peserta kajian ini menghasilkan 6 pasangan peserta kajian iaitu 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian cemerlang, 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian sederhana dan 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian lemah dalam matematik. Data-data telah dikumpulkan melalui rakaman video proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin secara pemikiran bersuara, jawapan bertulis penyelesaian masalah dan rakaman video temu bual. Data-data pemikiran bersuara dianalisa berpandukan Keran.....

1219 hits

98852015
Thesis
Pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kerian Perak
Rozaliza Abdul Manap
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang buli, jenis-jenis buli, lokasi kekerapan buli, faktor-faktor penyebab buli, tindakan menangani buli dan pendekatan mencegah buli. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan 167 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di 21 buah sekolah menengah seluruh Daerah Kerian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Kajian mendapati 87.2% daripada responden memahami tentang buli; 83.4% responden memahami jenis-jenis buli iaitu buli langsung, buli lisan, buli fizikal, buli lisan bukan fizikal dan gangguan seksual; 84% responden setuju buli berlaku di sekolah; 77.7% responden bersetuju buli berlaku disebabkan oleh faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Responden juga memberikan pandangan tindakan-tindakan untuk menangani buli adalah dengan melaksanakan pendekatan secara Islam, kerjasama daripada setiap guru dan mengadakan kempen ant.....

3018 hits

98862015
Thesis
Hubungan di antara kesediaan, personaliti dan pengalaman guru dengan amalan penilaian tugasan projek Prinsip Perakaunan
Azri Mohamed Yusof
Kajian tinjauan kuantitatif ini bertujuan menentukan hubungan di antara kesediaan guru, personaliti guru dan pengalaman mengajar guru dengan amalan penilaian guru terhadap tugasan projek Prinsip Perakaunan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan inventori personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Teknik persampelan rawak berlapis secara kuota telah digunakan dan sebanyak 155 sampel terdiri daripada guru-guru Prinsip Perakaunan tingkatan empat di negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa menilai tugasan projek Prinsip Perakaunan berpandukan kriteria penilaian yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) manakala tahap kesediaan guru dalam melaksanakan penilaian adalah tinggi. Kebanyakan guru didapati memiliki kombinasi personaliti EkstrovertPeka- Fikiran-Pemutusan, Tahap kesediaan guru, dimensi personaliti guru Pemutusan Pengamatan dan tempoh pengalaman mengajar guru d.....

1843 hits

98872016
Thesis
Contemporary Middle Eastern social reality into global art in Singapore Biennale
Mohammed Baker Mohammed Al-Abbas
The purpose of this research was to investigate the artworks of contemporary Middle Eastern artists in Singapore Biennale regarding to the social reality issues. The subjects within the research context were the role of Middle Eastern artists in responding to the issues of social reality and the uniqueness of their artistic representations. The research also looked at the contribution of the artworks within the concept of glocalization that challenged the stereotypical representations of social issues. The methodology used in this research was qualitative content analysis, which categorized the phenomenon of social reality into a coding framework and interpreted their symbolisms according to the Iconography and Iconology theory. The research samples were 11 artworks as well as the documents analysis method. The research revealed that the contemporary Middle Eastern artists focused their criticized mainstream social representations regarding gender role, cultural identity, political con.....

2911 hits

98882015
Thesis
Impact of repeated reading strategy on reading fluency of Malaysian lower secondary school students
Hasimah Ja'afar
The Impact of Repeated Reading Strategy on the Reading Fluency of Malaysian Lower Secondary School Students. Hasimah Ja'afar, 2015: Applied Dissertation, Nova Southeastern University, Abraham S. Fischler College of Education. ERIC Descriptors: Directed Reading Activity, Reading Fluency, Accuracy, Decoding (Reading), Word Recognition This applied dissertation was designed to investigate the impact of repeated reading on the reading fluency of Malaysian lower secondary school students using curriculumbased measurement (CBM), also known as the oral reading fluency (ORF)procedure (Deno, 1985,2003). The CBM (Deno, 2003) was used to establish the participants' reading accuracy and automaticity in word decoding. The Multi-Dimensional Fluency Rubric (Rasinski, 2004b) was used to assess the participants' reading prosody, and the Reading Evaluation and Decoding System test (Mohamed, Eng, & Ismail, 2010) was used to assess the participants' reading comprehension ability. An analysis of the data r.....

1103 hits

98892015
Thesis
Analisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah
Thanavalli Subrahmonion
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah. Kajian ini melibatkan seorang guru prasekolah di daerah Kinta Utara, Perak sebagai responden yang menjawab soalan-soalan secara lisan. Sebanyak 40 set Rancangan Pengajaran Harlan, hasillembaran kerja 25 orang kanak-kanak dan teks temubual responden telah dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden telah menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran untuk menarik minat kanak-kanak terhadap tunjang komunikasi bahasa Malaysia. Kanak-kanak sememangnya bertindak aktif terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik. Dalam hal ini, aspek pengetahuan sedia ada kanak-kanak membantu mereka untuk meningkatkan pencapaian kognisi yang lebih berkesan. Responden memahami kepentingan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dan dimanfaatkan pengaplikasian kognisi dalam 82.5% Rancangan Pengajaran Harian yang disediakannya. Namun,.....

1200 hits

98902015
Thesis
Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
Sharul Effendy Janudin
Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi terkemuka mendorong pihak pengurusan universiti menambah baik sistem pengukuran pre stasi yang digunakan bagi keperluan memenuhi tuntutan pemegang taruh yang pelbagai. Sistem pengukuran prestasi daripada organisasi perniagaan diadaptasi sebagai alat pengurusan universiti dengan mengambil kira kecemerlangan universiti bergantung kepada prestasi kerja pensyarah. Kekurangan kajian yang mengukur kesan sistem pengukuran pre stasi terhadap prestasi kerja di peringkat individu menjadi fokus utama kajian ini. Lima hipotesis diuji dalam kajian ini dibina berdasarkan Model Prestasi Kerja yang menekankan interaksi antara peluang, kapasiti dan kesanggupan sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja individu. Sistem pengukuran prestasi mewakili dimensi peluang, kompetensi mewakili kapasiti dan kepuasan kerja pula mewakili kesanggupan diuji sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja pensyarah. Kajian menggunakan kaedah tinjauan di .....

1834 hits

[ First ] [ Prev ] Page 989 of 1128 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.