|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9891 | 2013 Thesis | The use of metacognitive strategies to enhance listening comprehension among form six students Logambal@Latha K. Krishnan Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan strategi metakognisi sebagai panduan untuk kefahaman mendengar. Kajian kuasi-experimen ini bertujuan untuk menyelidik kesan pengajaran strategi metakognisi secara explisit di dalam bilik darjah terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran kefahaman mendengar. Seramai 90 pelajar Tingkatan 6 Atas telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan; dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan yang telah menjalani ujian pra dan ujian pos. Kumpulan eksperimen telah diberikan instruksi eksplisit mengenai strategi-strategi metakognisi yang dapat mengawal selia kefahaman mendengar manakala kumpulan kawalan diberikan pengajaran bukan-metakognisi yang berorientasikan hasil pembelajaran. Skor ujian dianalisa menggunakan Ujian t berpasangan yang menghasilkan dapatan bahawa hipotesis nol (H0) ditolak yakni membuktikan bahawa instruksi strategi metakognisi di dalam pengajaran pembelajaran dapat meningk..... 1632 hits |
| 9892 | 2014 Thesis | Pembangunan blog sebagai medium interaksi maya untuk guru-guru Fizik Azlina Othman Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sebuah blog fizik berasaskan Huraian Sukatan KBSM untuk guru fizik. Blog ini dibangunkan sebagai suatu medium alternatif untuk memudahkan interaksi dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fizik secara maya. Blog direka bentuk berdasarkan teori konstruktivisme dan teori kolaboratif. Blog dibangunkan berasaskan Model ADDIE dengan menggunakan perisian multimedia. Penilaian blog dijalankan ke atas 146 guru fizik di negeri Kedah. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 41 item. Nilai bagi Indeks Kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.973. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan guru-guru memberi pandangan positif dengan tahap interpretasi tinggi bagi aspek kandungan blog (Min=3.39, S.P=0.380) dan aspek bentuk laman blog (Min=3.25, S.P=0.465). Implikasinya, blog yang dibangunkan ini sesuai dijadikan sebagai medium alternatif untuk memudahkan interaksi maya dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fi..... 1268 hits |
| 9893 | 2013 Thesis | MyGuru in mobile platform for UPSI lecturer Shazwani Zaini Fadzil Pembelajaran mudah alih (m-learning) merupakan pembelajaran fleksibel yang membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses bahan pembelajaran dan maklumat dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bermotivasi dengan perkara ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membangunkan satu aplikasi mudah alih yang dinamakan MobiLearn. MobiLearn adalah direkabentuk bersesuaian dengan Sistem Pengurusan Bersepadu Universiti (UIMS). Walau bagaimanapun, semasa awal pembangunan MobiLearn, hanya pelajar sahaja dapat mengakses MyGuru. Oleh yang sedemikian, MyGuru untuk pensyarah perlu dibangunkan. Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih untuk pensyarah UPSI supaya dapat menggunakan MyGuru sebagai dalam bentuk pembelajaran mudah alih dan meningkatkan ciri tambahan kakitangan untuk melaksanakan tugas harian melalui MobiLearn... 1299 hits |
| 9894 | 2014 Thesis | Pembangunan model pencapaian Matematik di kalangan pelajar tingkatan empat Rozie Rosli Kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan menguji model pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah Daerah Subang Jaya, Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Sumber data primer dan sekunder diperoleh daripada responden dari pangkalan data sekolah. Sebanyak 217 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan diuji kebolehpercayaan dan kesahan melalui kaedah bahagi-dua dan nisbah kesahan kandungan. Model pencapaian matematik dibangunkan melalui kaedah kuasa dua terkecil separa (KTS) dengan menggunakan perisian VPLS1.04. Kaedah ini dipilih kerana KTS amat sesuai digunakan apabila andaian taburan normal bagi data tidak dapat dipenuhi. Keputusan bagi kebolehpercayaan pemboleh ubah pendam adalah di antara 0.7 hingga 0.9. Manakala bagi nilai purata varians terekstrak (PVT) melebihi nilai yang ditetapkan iaitu 0.5. Ia membuktikan penerimaan model pencapaian matematik yang dibangunkan. Keputusan analisis pemodel..... 1847 hits |
| 9895 | 2014 Thesis | Isolation of terpenoid from Alstonia Spathulata and Kopsia Singapurensis (Apocynaceae) Tee, Chuan Thing The aim of this study was to extract and identify the chemical compounds isolated from Alstonia spathulata and Kopsia singapurensis. The isolated compounds were tested for their biological activities include cytotoxicity (MCF-7 cell line), antibacterial (Bacillus cereus) and antioxidant (DPPH). The separation of the chemical components from both species was carried out using different chromatographic techniques (column chromatography and thin layer chromatography). The structures of isolated compounds have been elucidated through spectral analysis including 1D-NMR (1H, 13C and DEPT), 2D-NMR (1H-1H COSY, HSQC/HMQC and HMBC), IR, UV, MS (GCMS) and also by comparison with previous literature data. Studies on the chemical constituents of the bark of Alstonia spathulata has led to the isolation of five triterpenes; β-amyrin 113, β-amyrin acetate 114, β-sitosterol 115, lupeol acetate 116, stigmasterol 117 and a mixture of three triterpenes (lupeol 118, α-amyrin 119 and β-amyrin 113). Fo..... 810 hits |
| 9896 | 2014 Thesis | Estetika set tirai latar babak teater bangsawan koleksi Rahman B. Jeffri Haron Kajian ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika Melayu pada set tirai latar babak teater bangsawan koleksi Rahman B dalam aspek motif dan rupabentuk, serta falsafah dan nilai kepercayaan Melayu. Konsep seni rupa Melayu dijadikan sebagai panduan semasa proses pengumpulan dan analisis data dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah temu bual, artifak dan bahan teks. Bahan artifak terdiri daripada enam set tirai latar babak teater Bangsawan yang telah melalui proses saringan tertentu. Hasil kajian menunjukan unsur-unsur alam semulajadi merupakan suatu sumber yang dekat dengan masyarakat Melayu dan mempengaruhi kehidupan dan kesenian orang Melayu yang dijelmakan menerusi rupa dan motif kerawang berupa corak dan rupa flora. Nilai kepercayaan dan mitos masyarakat Melayu juga mempengaruhi set-set tirai latar babak teater Bangsawan Rahman B. Secara kesimpulan, kajian ini menjelaskan tentang kepentingan ..... 1261 hits |
| 9897 | 2013 Thesis | Pemikiran reflektif guru pelatih bahasa Melayu Nor Sahara Mesman Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Baha-sa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian yang digu-nakan adalah soal selidik yang disediakan dalam bentuk skala Likert. Analisis Kajian ini berbentuk statistik deskriptif dan analisis inferensi. Tiga dimensi yang dikaji iaitu meninjau ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat oleh guru pelatih Bahasa Melayu. Analisis kajian diukur dengan skor min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson?s r dan ujian Khi Kuasa Dua. Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan bagi ketiga-tiga dimensi adalah 4.10 dan sisihan piawai adalah 0.712. Di samping itu, dapatan kajian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat. Has..... 829 hits |
| 9898 | 2013 Thesis | ‘Kolloum dalam perubahan sosio budaya masyarakat India di Malaysia Santhi Letchumanan Seni melukis ‘kolloum’ tradisional boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat India yang diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu motif flora, fauna dan motif geometri yang sangat penting dalam mereka motif untuk melukis ‘kolloum’. ‘Kolloum’ tradisional dianggap oleh masyarakat India sebagai simbol yang memberi tuah iaitu simbol menyambut ‘Devi Lakshmi’ yang bertanggungjawab memberi kekayaan dan kemakmuran serta sebagai satu tanda penghormatan kepada makluk kecil tuhan datang untuk memakan kandungan tepung beras disamping menjadi satu bentuk senaman kepada kaum wanita pada waktu subuh. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data melalui participant observation terutama menggunakan pemerhatian, temuduga dan kajian dukumen. Manakala analisis data menggunakan analisis deskriptif berdasarkan kerangka teori dibina didasari dengan teori budaya. Ha..... 2045 hits |
| 9899 | 2014 Thesis | Physical properties optimization of carbon nanotubes from palm oil precursor Nur Azmina Mohamed Safian Carbon nanotubes (CNT) were synthesized from palm oil as carbon source using thermal chemical vapor deposition method (TCVD). The parametric studies were carried out to determine the optimum parameters to produce CNT with the optimum physical properties. The parameters comprise of synthesis temperature, catalyst concentration, substrate positions, precursor amount, synthesis time, carrier gas and variety of bio-hydrocarbon precursors. The physical properties of CNT were analyzed using electron microscope, energy-dispersive X-ray analysis, micro-Raman and Fourier transform infrared (FTIR) spectroscopy, thermogravimetric (TGA) and CHNS-O analyser as well as four point probe for IV measurement. The carbon precursor was also analyzed using TGA, FTIR spectroscopy and gas chromatography mass spectrometry (GC-MS) in order to optimize the physical properties of CNT. The findings revealed that the synthesis parameters have significant influence on the synthesized CNT. Based on the analysis, wel..... 1047 hits |
| 9900 | 2014 Thesis | Fabrication of calixarene films using Langmuir and Langmuir-Blodgett (LB) method for heavy metal ion sensing Noor Azyyati Noor Azahari This study aims to develop novel calixarenes monolayer and multilayer films for sensing properties of heavy metals ion, namely Pb2+ and Cd2+, using Langmuir and Langmuir-Blodgett (LB) films techniques. Langmuir monolayer formation at the air-water interface was achieved by spreading amphiphilic molecules on water subphase and compressing them into an ordered arrangement. LB films were formed by transferring the floating monolayer molecules at the air-water interface onto a solid substrate. The properties of the calixarenes molecules developed from Langmuir film were discussed on terms of surface pressure-area (?-A) isotherms, surface potential (ΔV) and effective dipole moment (μ?) of the molecules in the absence and presence of metal ions. The calixarenes LB films were characterized by UV-visible spectroscopy to identify their optical properties. FTIR analysis yielded useful information regarding the specific interactions of calixarenes and the tested metal ions. Under the optimum ex..... 1222 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 990 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |