|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9901 | 2015 Thesis | Gaya kognisi dan gaya pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah Fatimah Mohd Zulkafaly Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara gaya kognisi dan gaya pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah. Sampel kajian diberi borang kaji selidik yang memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan analisis statistik pekali Cronbach Alpha, indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya kognisi sistematik adalah 0.84 (n=18). Manakala, indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya kognisi intuitif adalah 0.75 (n=18). Indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya pengajaran reproduktif adalah 0.68 (n=5), konstruk gaya pengajaran analitikal adalah 0.83 (n=18), konstruk gaya pengajaran kreatif adalah 0.78 (n=7) dan konstruk gaya pengajaran praktikal adalah 0.76 (n=6). Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara gaya kognisi dan gaya pengajaran praktikal (r=0.59, p.. 2101 hits |
| 9902 | 2013 Thesis | Pembangunan perisian kursus Matematik (Mationary) bagi pelajar pemulihan khas Nor Arifah Che Wahab Kajian ini dijalankan untuk merekabentuk dan membangunkan koswer untuk pelajar pemulihan khas. Koswer ini dikenali sebagai koswer Mationary. Sampel kajian terdiri daripada guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah. Hasil rekabentuk koswer Mationary ini diuji kepada guru-guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah di beberapa buah sekolah yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan koswer ini dapat membantu guru untuk dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru-guru yang terpilih untuk menggunakan koswer Mationary ini, memberikan maklumbalas positif. Kajian yang dijalankan ini akan memberi banyak manfaat kepada sistem pendidikan negara terutamanya kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Mationary merupakan salah satu BBM guru pemulihan khas untuk membantu murid menguasai pengiraan. Sekurang-kurangnya guru tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk menyiapkan bahan pengajaran yang sebegini. Guru boleh menumpukan ma..... 987 hits |
| 9903 | 2014 Thesis | Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain Rizalina Mat Radzi Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan guru dan ibu bapa dalam merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain, mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh guru untuk merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan mengenal pasti sokongan ibu bapa di rumah dalam membantu merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 25 orang kanak-kanak prasekolah, 3 orang guru prasekolah dan 3 orang ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sokongan ibu bapa di rumah dilihat dari aspek perbincangan, penyeliaan anak-anak dan komunikasi ibu bapa di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapat pandangan guru dan ibu bapa berkaitan perlaksanaan aktiviti tersebut. Analisis data s..... 2561 hits |
| 9904 | 2014 Thesis | Transformasi motif blok batik Samasa dari tahun 1960 hingga 2009 Khalijah Ahmad Kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang transformasi yang berlaku ke atas motif blok batik Samasa Batik dari tahun 1960an hingga 2009. Batasan kajian hanya tertumpu kepada motif blok batik SAMASA Batik yang bertempat di kampung Puteh Kota Bharu. Terdapat empat aspek penting menjadi tumpuan kajian iaitu pengaruh terhadap penciptaan motif, transformasi motif, gaya olahan dan membangunkan dokumen sejarah blok batik SAMASA. Teori kebudayaan (Geertz, 1973) dan konsep seni rupa Melayu (Syed Ahmad Jamal, 1992) diaplikasikan serta dijadikan sebagai panduan semasa proses pengumpulan dan analisis data dijalankan. Secara keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menerusi kaedah pengkajian sejarah yang bersifat deskriptif. Tiga teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pengumpulan data kajian, melibatkan dua sumber bahan, iaitu sumber primer ( temu bual dan artifak) dan..... 1247 hits |
| 9905 | 2014 Thesis | Evolusi emosi novel Zaharah Nawawi Nordiana Hamzah Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup..... 1708 hits |
| 9906 | 2014 Thesis | The relationship between marketing practices, capabilities, orientation and performance of the service sector small medium entreprises in Pakistan Ghouri, Arsalan Mujahid The purpose of this study was to examine the relationship between marketing practices, capabilities, orientation and performance of the service sector Small Medium Enterprises (SMEs) in Pakistan. The data was collected from 240 randomly selected samples of SMEs in Karachi, Lahore and Faisalabad. The three cities were selected because they contributed the highest revenue to the country Gross Domestic Products. The data collected was analyzed using descriptive and inferential statistical analysis. The results showed that marketing practices, marketing capabilities and market orientation together explained 41.4 percent of the variance in the firm performance. Results of the study illustrated that marketing is weakly correlated to service sector SMEs of Pakistan, as marketing decision makers are not fully viable to marketing and its aspects due to their financial limitations. Therefore, it can be concluded that the study provides the idea that marketing practices, marketing capabilities an..... 1348 hits |
| 9907 | 2014 Thesis | Kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja di kolej vokasional, Malaysia Siva Rabindarang Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Selain itu, hubungan serta sumbangan kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja juga ditentukan. Pandangan tenaga pengajar tentang tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja juga dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu ‘explanatory mixed method design’. Seramai 457 responden daripada kolej-kolej vokasional di Malaysia dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah untuk menjawab soal selidik. Manakala seramai 8 responden pula dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk sesi temu bual dengan soalan separa berstruktur. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan distributif adalah sederhana tinggi dengan dimensi kerjasama pasukan adalah paling dominan. Ta..... 3500 hits |
| 9908 | 2016 Article | Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See, Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb..... 3314 hits |
| 9909 | 2016 Article | Social Return on Investment (SROI) framework for measuring the real value of Sungai Muda flood mitigation program Don Ramli Dona Raihana, Aiyub Kadaruddin, Arifin Kadir, Movement towards modern eco climate has seen an increasing interest in measuring the social impact of projects, programs, organizations, activities, businesses and policies. Everybody seems eager to know the ‘real value’ of the activities they carried out. Governments have a strong imperative responsibility to measure the social impact of policies, programs and funded activities. Managers would like to know the performance they have been achieved so far, with a chance to improve for continuous efficiency and effectiveness. Investors want to demonstrate the social value their money is creating. Corporations are showing interest in social investment. Corporate social responsibility would love to share the social benefits as a result from the social work they have done. Social return on investment (SROI) has emerged as an approach to meet these demands, as it has been promoted as a more holistic approach to demonstrate the value for money. Hence, this article attempts to investigate t..... 1014 hits |
| 9910 | 2014 Thesis | Sumbangan input-persekitaran terhadap pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah Kuan, Hee Pit Kajian ini bertujuan untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan faktor-faktor Input-Persekitaran yang menyumbang kepada pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 325 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari tujuh buah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Papar. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar memilih mata pelajaran ini kerana minat dan aturan sekolah. Terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara ketujuh-tujuh pemboleh ubah bebas yang dikaji dengan pencapaian Prinsip Perakaunan. Namun begitu, hanya pemboleh ubah kualiti usaha, interaksi dengan guru, interaksi dengan rakan, sumber pengajaran, serta pemboleh ubah dummy Bahasa Melayu (BM) Penilaian Menengah Rendah (PMR) gred C dan D (BM A vs BM CD) menyumbang kepada pencapaian Prinsip Perakaunan. Kajian mengesyorkan ..... 911 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 991 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |