|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9841 | 2014 Thesis | Alkaloids isolated from the bark of Alseodaphne Peduncularis (Wall.Ex Nees) MEISN and the roots of Alseodaphne Corneri Kosterm Siti Nor Fadzilah Mohamad The objectives of this study are to extract and isolate the alkaloids from two species of Alseodaphne; Alseodaphne peduncularis (Wall. ex Nees) Meisn from Kluang- Mersing, Johor and Alseodaphne corneri Kosterm from University Malaya, Kuala Lumpur. The extraction process of the plant material started by cold percolation process using hexane to remove non-polar organic compounds, waxes and fats. The plant material then re-extracted by dichloromethane using soxhlet extractor followed by acid-base extraction to get the alkaloid crude extract. The isolation and purification of alkaloids from the crude extract were done by using various chromatographic techniques including column chromatography and preparative thin layer chromatography. The elucidation of the isolated alkaloids were determine by using various spectroscopic methods such as 1D NMR (1H, 13C and DEPT) and 2D NMR (COSY, HMQC and HMBC), ultraviolet (UV), infrared (IR) and mass spectrometry (MS). The structures were further confirm..... 1596 hits |
| 9842 | 2016 Thesis | Penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Pertama Palembang Nyimas Aisyah Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran matematik di Sekolah Menengah Pertama (SMP) bandar Palembang, Indonesia. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan seramai tiga orang guru SMP di bandar Palembang. Proses pemerhatian pengajaran dilakukan sebanyak tiga kali terhadap setiap peserta. Pengumpulan data dibuat secara individu melalui temu bual pra pengajaran, pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual pasca pengajaran, temu bual akhir kerja lapangan, nota lapangan dan dokumen pengajaran. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisi isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dikesan membuat rancangan penerapan nilai dalam ketiga-tiga pengajaran di bilik darjah, walaupun perancangan ini cenderung dibuat secara tersirat. Nilai-nilai yang dirancang ini diterapkan oleh peserta sama ada secara sedar atau tidak sedar. Dua nilai yang dirancang dan diterapkan secara sedar oleh..... 1001 hits |
| 9843 | 2016 Thesis | Elemen kemahiran abad ke-21 dan indikator kreativiti kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital Laili Farhana Md Ibharim Kajian ini bertujuan menganalisis indikator kreativiti dan elemen kemahiran abad ke-21 dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital menggunakan peranti Teknologi Kapasitif Sentuhan dalam persekitaran bilik darjah terhadap kanak-kanak. Melalui indikator kreativiti, kajian memberi fokus kepada aspek keaslian, keluwesan, kelancaran dan kejelasan semasa proses reka bentuk permainan penceritaan digital. Tiga elemen kemahiran abad ke-21 yang difokuskan dalam kajian ini adalah kemahiran pembelajaran dan inovasi; kemahiran maklumat, media dan teknologi; serta kemahiran hidup dan kerjaya. Kaedah gabungan berpandukan model reka bentuk kajian bertumpu selari telah digunakan bagi memperolehi dapatan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Data dikumpulkan melalui senarai semak pemerhatian, senarai semak temu bual dan penilaian portfolio. Kajian dijalankan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar yang melibatkan 20 orang murid Tahun 4. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah triangulas..... 1783 hits |
| 9844 | 2016 Thesis | Perkembangan kord dalam improvisasi gitar Chamil Arkhasa Nikko Mazlan Alam semesta ini dicipta dengan kepelbagaian, begitu juga dengan kord, mempunyai warna ton yang berbeza-beza. Selain daripada digunakan sebagai iringan, kord juga boleh diaplikasikan dalam improvisasi gitar. Penyelidikan ini secara khususnya tertumpu pada bagaimana kord dikembangkan dan pengaplikasian kord dalam teknik improvisasi gitar. Menggunakan kaedah analisis harmonik untuk menjelaskan hubungkait chord tones dari kord yang dikembangkan dengan kord yang dikembangkan. Perkembangan kord dilakukan pada tiga jenis kord, major7, minor7 dan dominant7. Setelah di analisis, penyelidik mendapati bahawa perkembangan kord yang digunakan berhubungkait dari tiga jenis modes; Lydian, Lydian b7 dan Dorian. Kajian ini bukanlah sesuatu yang barn, namun ia kurang digunakan dalam improvisasi gitar dan kurang dijelaskan secara eksplisit hubungkait not dalam kord yang dikembangkan. Tiga buah repertoire dipilih dan kord major7, minor7 dan dominant7 yang ada dalam repertoire tersebut akan dikembangkan d..... 1021 hits |
| 9845 | 2016 Thesis | Ketidakhadiran ibu bapa dan kesannya ke atas kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak lima tahun Rozinah Junaidi Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ketidakhadiran ibu bapa terhadap kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kanak-kanak. Kajian ini juga mengenalpasti tahap perapatan yang wujud di antara seorang kanak-kanak dan pengasuhnya serta kemampuan pengasuh untuk memainkan peranan menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat. Data diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun yang tinggal di rumah kanak-kanak sejak berumur setahun. Dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mengalami kekurangan dari segi membina hubungan positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Perapatan di antara kanak-kanak dengan pengasuh dan sebaliknya, pengasuh dengan kanak-kanak, adalah rendah. Pengasuh juga didapati tidak mampu memainkan peranan untuk menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak dengan cara yang sihat. Ke..... 1457 hits |
| 9846 | 2016 Thesis | Kesan program latihan multilateral terhadap tahap kecergasan dan parameter acara pecut atlet sekolah negeri Kedah Revinthran Marimuthu Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan tiga bentuk program latihan olahraga yang berbeza iaitu Program Latihan Multilateral (PLM), Program Latihan Spesifik (PLS) dan Latihan Olahraga Bermusim (LOB) terhadap komponen kecergasan fizikal dan parameter acara pecut terhadap atlet sekolah menengah di negeri Kedah. Kajian kuasieksperimental ini dijalankan selama 13 minggu dan kesan ketiga-tiga program latihan diuji dalam praujian dan pascaujian 1 dan seterusnya diuji kekekalan program latihan pada pascaujian 2. Subjek seramai 66 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dan diagihkan secara seimbang n=22 kepada kumpulan PLM, kumpulan PLS dan kumpulan LOB (kawalan). Kesan ketiga-tiga program latihan dinilai berdasarkan prestasi komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelenturan, ketangkasan, kepantasan, koordinasi dan parameter pecut iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. ANOVA sehala dan post-hoc (Tukey) serta ANOVA ukuran berulang sehala digunakan untuk menges an perbezaa..... 1030 hits |
| 9847 | 2016 Thesis | Hubungan antara pembelajaran berorganisasi dengan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan guru sekolah rendah baiah Ngann Sook Wei This study is aimed to identify the relationship between organizational learning and innovative work behavior among BAI’AH primary school teachers. The objective is to identify the level of organizational learning dimension and the level of teachers’ innovative work behavior. The methodology of this research is based on quantitative with exploratory design where a set of questionnaire consisting of three sections has been distributed and collectedfrom 160 respondents. The questionnaires were based on the Organizational Learning and Teachers’ Innovative Work Behavior indicators that have been modified and used in several studies. The data was collected and analyzed by using descriptive and inferential statistic. The findings showed that, there was a high significant relationship between organizational learning and innovative work behavior. Meanwhile, the findings also showed there are relationship between the three dimensions of organizational learning and teachers’ Innovative w..... 927 hits |
| 9848 | 2016 Thesis | Biomass production of local microalgae isolates in nitrified landfill leachate Norazela Nordin This study aims to examine phycoremediation and biomass production of local microalgae isolates cultivated in high nitrate concentration of nitrified landfill leachate (NLL). The microalgae samples were collected from landfill leachate treatment plant and were isolated as potential species that are able to grow in high nitrate concentration. The isolates were identified using APHA's Key for Identification of Freshwater Algae and 16S rRNAl18S rDNA molecular techniques. Maximum microalgae growth, nitrate removal performance, and biomass productivity were determined at NLL concentration of 10 30% v/v. Biomass produced was further characterized for carbohydrate, lipid, and protein composition. The findings indicated that three species of local microalgae were successfully isolated namely; Chlorella sp., Scenedesmus sp. and Oscillatoria sp. with highest specific growth rate (11) of 0.62 day" (15% NLL), 0.71 day" (10% NLL), and 0.94 day" (10% NLL), respectively. Nitrate was removed by all mi..... 875 hits |
| 9849 | 2016 Thesis | Tahap kefahaman guru kolej vokasional terhadap elemen kurikulum standard kolej vokasional Abdul Halim Abdul Hamid Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru Kolej Vokasional terhadap elemen-elemen Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 307 orang guru yang mengajar aliran vokasional daripada 15 Kolej Vokasional rintis di Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min (tahap kefahaman guru terhadap elemen kurikulum dalam kurikulum KSKV) manakala bagi statistik inferensi, ujian yang digunakan ialah ujian t, untuk mencari perbezaan kefahaman KSKV berdasarkan tahap kelulusan pendidikan dan sijil kemahiran, ujian ANOVA pula digunakan untuk mencari perbezaaan kefahaman KSKV antara guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri. Hasil analisis kajian mendapati tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV berada pada tahap rendah iaitu, terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lepasan diploma dengan gur..... 2636 hits |
| 9850 | 2016 Thesis | Kesan penggunaan kartun melalui persekitaran pembelajaran maya terhadap prestasi, motivasi dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar ekonomi asas Muhamad Aizat Md Nasir Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kartun melalui kaedah pengajaran Frog VLE berunsurkan kartun dan kesannya kepada prestasi, motivasi dan interaksi sosial pelajar Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kaedah pengajaran yang berbeza iaitu kaedah pembelajaran Frog VLE (Virtual Learning Environment, Persekitaran Pembelajaran Maya) berunsurkan kartun yang diterapkan kepada kumpulan rawatan dan kaedah konvensional yang diaplikasikan kepada kumpulan kawalan. Prestasi pelajar diukur melalui ujian pra dan ujian pasca manakala data bagi motivasi dan interaksi sosial pelajar dikumpulkan melalui borang soal selidik. Seramai 63 orang pelajar tingkatan empat terlibat sebagai sampel dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 33 orang dalam kumpulan rawatan dan 30 orang dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Frog VLE berunsurkan kartun memberi kesan positif kepada prestasi, motivas..... 1141 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 985 of 1128 | [ Next ] [ Last ] |