UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 85 |
1 | 2016 article | Strategi komunikasi lisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) Pangat Mohd Helmi, Abdul Wahid Puteri Roslina, Makalah ini membicarakan tentang jenis-jenis strategi komunikasi pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan taksonomi strategi komunikasi Tarone (1983) dan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 8 strategi komunikasi lisan telah digunakan oleh pelajar Cina dan strategi yang paling kerap digunakan ialah pengguguran mesej (57%), rayuan kerjasama (13%), penghuraian (9%), penukaran kod (8%), pengelakan tajuk (6%), generalisasi terlampau (4%), penghampiran (2%) dan pembentukan kata baharu (1%). Strategi komunikasi lisan bukan sahaja merupakan aspek yang penting dalam komunikasi tetapi juga memberikan sumbang..... 1529 hits |
2 | 2012 article | Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk Ahmad Noor Aini, Mahamod Zamri, Aziz Zahara, Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan turut mendapat peluang untuk belajar dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan menggunakan bahasa isyarat sendiri. Perkara ini tentu menyukarkan mereka kerana tidak boleh berinteraksi secara bebas dengan orang di sekeliling mereka. Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan boleh mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang mereka hadiri jika guru dan murid menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif dalam proses P&P. Satu kajian kualitatif telah dijalankan secara naratif inkuiri sebagai kaedah kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, temu bual dan analisis bukti dokumen. Hasil kajian mendapati murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan belajar kemahiran bahasa menggunakan isyarat tangan dan berbantukan gambar yang mana boleh dianggap sebagai kaedah tradisional. Proses P&P kemahiran bukan lisan dap..... 1909 hits |
3 | 2013 article | Tinjauan tentang amalan komunikasi guru Matematik sekolah menengah Suhaimi Sazwani, Saad Noor Shah, Ab Ghani Sazelli, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar dan persepsi guru tentang amalan komunikasi guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lima aspek amalan komunikasi guru matematik yang dikaji termasuklah mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Artikel ini membincangkan hasil tinjauan yang melibatkan penggunaan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Soal selidik ini telah diedarkan kepada 521 orang pelajar sekolah menengah dan 76 orang guru matematik. Persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dianalisis dan perbandingan dibuat antara persepsi pelajar dan persepsi guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min persepsi pelajar manakala tahap tinggi berdasarkan sk..... 991 hits |
4 | 2016 article | Pola komunikasi interpersonal dalam pencarian maklumat : kajian kes masyarakat Orang Ulu, Sarawak, Malaysia Alan Ribka, Hj. Hassan Md Salleh, Bolong Jusang, Osman Nizam, Komunikasi interpersonal ialah suatu proses transaksi maklumat yang berterusan, melibatkan komunikator daripada persekitaran yang sama atau pun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej. Pola komunikasi adalah bentuk atau pola hubungan dua orang atau lebih dalam proses penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kaedah yang sesuai supaya maksud yang ingin disampaikan dapat difahami. Komunikasi interpersonal merupakan salah satu saluran yang dipercayai dan sahih oleh masyarakat luar bandar untuk mencari maklumat bagi meningkatkan kualiti hidup. Namun begitu, tahap penyampaian maklumat melalui saluran komunikasi interpersonal kepada penduduk luar bandar dilihat kurang berkesan akibat kekangan pendidikan. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pola komunikasi interpersonal dalam kalangan masyarakat Orang Ulu dalam pencarian maklumat bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Kajian ini melibatkan tujuh kumpulan kategori responden yang terlibat dalam komunikasi interpersonal iai..... 339 hits |
5 | 2017 article | Pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran formatif bagi slot tunjang komunikasi Bahasa Malaysia : kajian kes Abd Mutalib Suzana, Kanreng Mohammed Zeeree, 897 hits |
6 | 2017 article | Komunikasi Matematik : penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Azlan Noor Akmar, Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, 1863 hits |
7 | 2018 article | Komunikasi berkesan dalam persembahan puisi artistik Rahman Shaari Rahayu Akhesah Rahman Shaari merupakan seorang penyair, penulis bebas dan ahli akademik negara. Bagi mendepani unsur sastera dalam ruang peradaban Melayu, beliau masih terus aktif menulis dan berkarya dalam pementasan puisi dan membimbing para penyair angkatan muda sebagai pelapis budaya bangsa. Beliau sentiasa gigih dalam usaha mengangkat martabat puisi Melayu di mata dunia sehingga beliau dianugerahkan S.E.A Write Awards atau Anugerah Penulis Asia Tenggara pada tahun 2007 yang merupakan anugerah sastera berprestij bagi menghargai sumbangan para penulis bidang kesusasteraan di Asia Tenggara. Kajian bertajuk ‘Komunikasi Berkesan Dalam Persembahan Puisi Artistik Rahman Shaari’ ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji beberapa sajak Rahman Shaari yang turut membina komunikasi berkesan dalam persembahan artistik puisi Rahman Shaari. Kajian ini juga menerapkan Teori Stilistik bagi mengkaji tentang bahasa yang diterapkan dalam hasil karya sajak beliau. Metodologi kajian ini melibatkan penyelidikan kual..... 800 hits |
8 | 2017 article | Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman Siti Saniah Abu Bakar Kajian ini bertujuan meninjau komunikasi interpersonal yang digunakan oleh guru berbangsa Jerman serta guru penutur jati di dalam kelas bahasa Melayu-Indonesia di Jerman serta membandingkan Maksim Santun yang digunakan antara mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah pemerhatian di dalam kelas dilakukan dengan merakam menggunakan kamera video. Data rakaman ditranskripsikan, diberikan tema dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hasil kajian menunjukkan guru berbangsa Jerman (PG) menggunakan keenam-enam maksim sebagai komunikasi interpersonal manakala guru penutur jati bahasa sasaran (PI) menggunakan 3 daripada 6 maksim. Walau bagaimanapun, 3 maksim tersebut digunakan secara minima sahaja oleh PG iaitu dengan maksim budiman mempunyai peratus tertinggi, diikuti oleh maksim kerendahan hati dan maksim simpati. Ini menunjukkan ketiga-tiga maksim ini bukan menjadi strategi guru untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembe..... 784 hits |
9 | 2020 article | Komunikasi bahasa Jawa dalam bentuk sapaan keluarga Transmigrasi di Kalimantan, Indonesia Ngalimun Penelitian ini akan difokuskan kepada penggunaan komunikasi bahasa Jawa yang berkaitan dengan bentuk sapaan keluarga yang dapat dilihat dari kelengkapan unsur-unsurnya. Komunikasi bahasa Jawa bentuk sapaan keluarga dibezakan menjadi tiga, iaitu: Bentuk sapaan lengkap, bentuk sapaan tidak lengkap, dan gabungan bentuk sapaan lengkap dan bentuk sapaan tak lengkap. Sedangkan berdasarkan makna dan erti komunikasi bahasa bentuk sapaan keluarga dapat berupa nama diri, istilah kekerabatan, paraban, gelar kebangsawanan, transposisi ajektif dan poyokan. Faktor yang mempengaruhi komunikasi bahasa Jawa dalam bentuk sapaan keluarga adalah posisi orang tua terhadap anak-anaknya dilihat dari pelbagai segi tentunya lebih tinggi, namun berkaitan dengan pemakaian bentuk sapaan ternyata sering sekali penggunaannya justru menunjukan bentuk sapaan hormat. Hal ini dapat dikaitkan dengan peranan orang pertama sebagai orang tua yang salah satu kewajipannya adalah mendidik dan mengarahkan anak-anaknya agar men..... 368 hits |
10 | 2020 article | Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: sorotan Literatur bersistematik Thian, Jia Ling Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempengaruhi strategi penyampaian para pendidik melalui pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian-kajian lepas menunjukkan perkembangan berkaitan penggunaan TMK dalam pendidikan matematik. Justeru, kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan sorotan literatur bersistematik (SLR). Hasil dapatan daripada analisis kajian-kajian literatur terpilih mendapati bahawa penggunaan TMK memberi impak positif yang signifikan terhadap pembelajaran matematik pelajar, terutamanya dalam domain perkembangan kognitif dan emosi pelajar.
Kajian lanjutan boleh dijalankan dengan menyiasat impak penggunaan TMK terhadap perkembangan tingkah laku pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa ciri dan kelebihan aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik juga telah dikenal pasti berdasarkan penggunaannya daripa..... 1422 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 9 | [ Next ] [ Last ] |