UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 71
12016
article
Perbandingan proses penggubalan dan kandungan kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak di antara negara Indonesia dan Malaysia
- Yetty Rahelly, Ayob Aminah,
1442 hits

22011
article
Komitmen guru dalam pelaksanaan kurikulum dan inovasi berkesan
Mat Som Habib, Syed Ali Syed Kamaruzaman,
This article discusses the importance of teachers’ commitment in implementing curriculum innovation from time to time in schools. Several issues surrounding the impelementation of curriculum innovation among teachers namely motivation, attitudes, skills and teachers’ readiness are also discussed. Some suggestions for strengthening teachers’ commitment are also highlighted..

1827 hits

32011
article
Tahap perancangan dan persediaan guru terhadap kandungan pelajaran dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani tingkatan 4 bagi tunjang kecergasan fizikal
Syed Ali Syed Kamaruzaman, Jani Julismah, Mat Som Habib, Mohamed Mohd Faisal, Abdul Rauf Parwazalam,
This study was conducted to determine the level of planning and preparation for the contents of the Physical Education teacher in the implementation of Physical Education curriculum form four of the strand physical fitness. The instrument was a structured interview checklist form. The sample consisted of 50 teachers who teach physical education options in secondary schools in Gombak District. Findings showed that all items in muscular strength component have mean score at the highest level. Based on the overall mean score, the level of planning and preparation for the Physical Education teacher toward curriculum content is high (m = 4:33; sd = .79). Planning and preparation for the contents of this study include the components of cardiovascular endurance, muscular endurance and muscular strength. All three of these components are important components in the strand of health related physical fitness...

2696 hits

42012
article
Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada zaman kolonial British sehingga perang dunia kedua
Ariffin Khairi, Saadon Ramli, Ali Ismail,
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga .....

1327 hits

52013
article
Pendekatan konstruktivisme dalam pengembangan kurikulum : kesannya ke atas penguasaan kemahiran proses Sains
Othman Ikhsan, Md Salleh Norila,
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan konstruktivisme dalam pengembangan kurikulum ke atas penguasaan kemahiran proses sains murid-murid sekolah rendah. Kajian selama sepuluh minggu bermula dengan praujian pada minggu pertama diikuti pengajaran mengguna pendekatan konstruktivisme selama lapan minggu; dan pascaujian pada minggu ke sepuluh. Kajian melibatkan pengembangan kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah. Data dianalisis menggunakan ANCOVA dengan skor praujian sebagai kovariat. Kajian mendapati penguasaan kemahiran proses sains murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah lebih baik berbanding murid murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan sedia ada yang biasa digunakan oleh guru-guru. Perbezaan adalah signifikan pada p..

931 hits

62016
article
Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik
Nachiappan Suppiah, Rengasamy Kanmani, Maniam Vishananthini, Ganaprakasam Charles, Mohd Zulkafaly Fatimah,
Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik.....

1936 hits

72014
article
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Abdullah Norazilawati, Mohd Noh Noraini, Hamzah Mahizer, Nik Yusuf Nik Azmah, Omar Rumaizah,
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesediaan guru sains dan matematik Tahun 3 dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan guru dengan pengalaman mengajar. Seramai 256 orang guru sains dan matematik di daerah Seremban telah dipilih secara rawak berstrata bagi menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistik diskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai serta statistic inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains dan Matematik Tahun 3 di Seremban dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek minat dan sikap berada pada tahap tinggi. Melalui korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat terhadap pengalaman mengajar ma.....

3003 hits

82016
article
Kurikulum qirā’āt zaman Nabi Muhammad serta hubungannya dengan kurikulum qirā’āt masa kini
Daud Zainora, Abd Ghani Abd Rahman,
Kurikulum ilmu qira’at al-Quran merupakan kurikulum pertama dalam perkembangan pendidikan Islam. Ia adalah ilmu pertama yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Ia berkait dengan aspek talaqqī, mushāfahah dan hafazan al-Quran. Artikel ini membincangkan mengenai kurikulum yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam proses pengajaran al-Quran kepada para sahabat. Di samping kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh baginda SAW dari aspek metod pengajaran, bahan pengajaran, kaedah pengajaran dan tujuan kurikulum, qira’at itu sendiri yang menjadi asas dan contoh dalam pendidikan kurikulum qira’at di masa kini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan kurikulum yang digunakan oleh Rasulullah SAW dengan kurikulum qiraat masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa kurikulum qiraat yang diterapkan oleh Rasulullah SAW digunapakai sehingga ke hari ini dan ia telah menjadi teras kurikulum dalam pengajian ilmu qiraat...

1563 hits

92016
article
Perlaksanaan kurikulum tajwid di sekolah-sekolah pondok negeri Perak
Abd Ghani Abd Rahman, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir,
Kajian ini membincangkan mengenai perlaksanaan kurikulum tajwid al-Quran di sekolah-sekolah pondok negeri Perak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sejumlah 250 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih. Ia melibatkan tujuh buah sekolah pondok sama ada yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atau belum. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok negeri Perak berada pada tahap yang sangat baik di mana kebanyakkan responden bersetuju bahawa kandungan kurikulum tajwid al-Quran sangat sesuai dan hasil pembelajarannya juga sangat berkesan...

3511 hits

102018
article
Mengenal pasti keperluan pembinaan model kandungan kurikulum pendidikan keamanan berasaskan multibudaya untuk kanak-kanak prasekolah
Noor Amy Afiza Mohd Yusof
Keamanan merupakan isu yang sering diperkatakan belakangan ini terutamanya yang melibatkan kepelbagaian budaya. Melalui pendidikan, keamanan dapat disampaikan kepada semua peringkat terutamanya kanak-kanak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dalam pembinaan Model Kandungan Kurikulum Pendidikan Keamanan Berasaskan Multibudaya untuk Kanak-kanak Prasekolah. Keperluan berkenaan meliputi keperluan pembinaan dan keperluan isi kandungan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mengenal pasti tahap keperluan bagi kedua-dua keperluan berkenaan. Satu soal selidik 5 skala likert ditadbir kepada 200 orang guru prasekolah yang dipilih secara rawak di Semenanjung Malaysia. Nilai min bagi setiap konstruk keperluan dinilai bagi memperoleh tahap keperluan yang diperlukan. Nilai min yang diperoleh bagi keperluan pembinaan kandungan kurikulum adalah sebanyak 4.2879 manakala bagi keperluan isi kandungan kurikulum ialah 4.2480. Berdasarka.....

491 hits

[First] [Prev] Page 1 of 8 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (165)
article ... (202)
book_section ... (3)
conference_item ... (1)
monograph ... (58)
bulletin ... (9)
research_report ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Kurikulum

+kurikulum +jean +piaget

+Kurikulum +dalam +sukan +olahraga

+Kurikulum +dalam +sukan

pengajaran+dan+kurikulum




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.