UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 16
12023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Polystudykit sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik poligon asas Matematik tingkatan 1
Nurul Asyerra Madjunun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar, iaitu PolyStudyKit, yang mempunyai kesahan yang memuaskan dan seterusnya mengenal pasti tahap kebolehgunaannya sebagai bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi topik Poligon Asas. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid sebuah sekolah di daerah Tambunan. Bahan bantu mengajar ini dibangun menggunakan pendekatan kajian pembangunan (Developmental Research Design, DRD) berasaskan model ADDIE. Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Kesahan PolyStudyKit dan Soal Selidik Kebolehgunaan PolyStudyKit. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan Indeks Kesahan Kandungan untuk menilai kesahan PolyStudyKit dan skor min untuk menilai tahap kebolehgunaan PolyStudyKit. Perisian Statistical Package for Social Science versi 27 digunakan untuk menganalisis data bagi kebolehgunaan PolyStudyKit. Dapatan kajian membuktikan bahawa PolyStudyKit mempunyai kesahan yang memuaskan (kesahan muka = 0.95 dan kesahan kandung.....

1160 hits

22023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan aplikasi Mathminator bagi topik Perimeter dan Luas Matematik Tingkatan 1
Audrey Elwanna Jollity
Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan aplikasi Mathminator bagi topik Perimeter dan Luas Matematik Tingkatan 1 yang mempunyai kesahan yang memuaskan serta menentukan tahap kebolehgunaan penggunaan aplikasi Mathminator bagi topik Perimeter dan Luas Tingkatan 1. Reka bentuk kajian pembangunan atau dikenali sebagai Developmental Research Design (DRD) digunakan dalam kajian ini dengan berpandukan model ADDIE. Kajian ini melibatkan 30 orang sampel kajian daripada 162 orang populasi kajian yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah. Sampel kajian dipilih melalui kaedah pensampelan kesenangan (convenience sampling). Instrumen kajian ini adalah borang Soal Selidik Penilaian Aplikasi Mathminator (SSPAM) dan borang Soal Selidik Kebolehgunaan Aplikasi Mathminator (SSKAM). Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK) bagi data kesahan dan statistik deskriptif melalui nilai skor min bagi data kebolehgunaan a.....

1183 hits

32023
final_year_project
Kesediaan dan penerimaan guru terhadap pengaplikasian teknologi digital RI 4.0 sebagai bahan bantu mengajar Matematik
Izzah Hayani Saleh
Kajian ini bermatlamat untuk mengetahui tahap kesediaan dan penerimaan guru terhadap pengaplikasian teknologi digital RI 4.0 sebagai bahan bantu mengajar matematik di peringkat menengah. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dalam talian yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A: maklumat demografi, Bahagian B: tahap kesediaan guru serta Bahagian C: tahap penerimaan guru yang diberikan kepada 175 orang guru matematik sekolah menengah di Bandar Alor Setar, Kedah secara rawak berstrata. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 28 menerusi skor min dan peratusan bagi melihat tahap kesediaan dan penerimaan guru dan secara inferensi menerusi ujian t tidak bersandar bagi melihat perbezaan tahap kesediaan dan penerimaan guru di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan (min=3.6829) dan penerim.....

742 hits

42023
final_year_project
Hubungan antara faktor demografi dan kebolehpasaran graduan Matematik UPSI
Hafizah Mohamed Ali
Kebolehpasaran memainkan peranan penting dalam menentukan penempatan para graduan dalam bidang kerjaya yang dipelajari. Dalam hal ini, bagi graduan Matematik di UPSI, majoritinya terdiri daripada bidang pendidikan atau perguruan. Walhal, seiring dengan ketidakseimbangan ekosistem negara dan pendekatan open market bagi semua program ISMP, bilangan graduan pendidikan yang menganggur serta sukar mendapat posting juga semakin memuncak. Dengan itu, jelaslah bahawa kekurangan prospek kerja bukanlah punca utama pengangguran malah faktor lain seperti demografi turut boleh mempengaruhi kebolehpasaran graduan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi mengkaji hubungan di antara faktor demografi dan kebolehpasaran graduan Matematik UPSI. Faktor yang dipertimbangkan adalah PNGK, jantina, program pengajian, kaum dan lokasi. Sebilangan 185 data graduan Matematik UPSI daripada SKPG II pada tahun 2021 diperoleh melalui teknik pensampelan bertujuan bagi kajian ini. Untuk analisis, u.....

234 hits

52024
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Differentip5 bagi topik pembezaan dalam Matematik Tambahan tingkatan lima
Nur Shahirah Mohd Farok
Matematik adalah satu cabang ilmu yang melatih seseorang itu untuk berfikir secara sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berkaitan konsep-konsep dalam matematik. Sehingga 2022, laporan analisis keputusan Matematik Tambahan mengalami penurunan sebanyak 0.15 mata dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini dilihat bahawa kebanyakan murid lemah dalam tajuk Pembezaan walaupun keputusan yang diperoleh dalam SPM adalah baik. Penguasaan dari penyelesaian masalah juga menjadi punca murid lemah dalam topik Pembezaan ini. Kerangka pengukuhan teras terhadap penyelesaian masalah topik Pembezaan berbentuk Modul DifferenTip5 yang telah dibangunkan dilihat dapat membantu mengatasi masalah ini. Bagi memastikan Modul DifferenTip5 ini dapat digunakan secara optimum dan memenuhi standard yang ditetapkan, modul kendiri ini perlu dibangunkan. Ia boleh dijadikan panduan kepada guru dan murid dalam mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam.....

30 hits

62024
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Modul K-Line bagi topik Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah Matematik Tingkatan Empat
Nazirf Nur Raziq Anuar
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Modul K-Line dalam meningkatkan pemahaman pelajar Tingkatan Empat terhadap topik Ketaksamaan Linear dalam Dua Pembolehubah dalam kurikulum matematik Malaysia. Menggunakan reka bentuk kajian pembangunan, satu sampel 40 pelajar Tingkatan Empat dipilih melalui persampelan kemudahan. Kajian ini mengenal pasti cabaran yang signifikan dalam pemahaman konsep oleh pelajar, disebabkan oleh kurangnya bahan bantu pembelajaran yang berkesan, yang menghalang keupayaan mereka dalam menyelesaikan masalah dengan tepat. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk pembangunan yang mendalam terhadap bahan pembelajaran interaktif dan strategi pengajaran yang bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir matematik pelajar. Objektif pembangunan Modul K-Line adalah untuk mengatasi keperluan ini dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Instrumen kajian, iaitu soal selidik kebolehgunaan, menilai empat konstruk: kebolehgunaan, kemesr.....

33 hits

72024
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Modul LINE Pro bagi topik Pengaturcaraan Linear berasaskan STEM dalam Matematik Tambahan Tingkatan Lima
Muhammad Darul Ridwan A Bakar
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul LINE Pro bagi topik Pengaturcaraan Linear berasaskan STEM dalam Matematik Tambahan Tingkatan 5 yang mempunyai kesahan yang memuaskan. Kajian ini meggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan (Developmental Research Design) dengan melibatkan penggunaan model ADDIE. Proses kesahan modul telah dilaksanakan oleh tiga orang pakar iaitu tiga orang guru Matematik untuk menilai modul tersebut. Seterusnya, dengan menggunakan persampelan bertujuan, seramai 36 orang murid Tingkatan 5 daripada salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak telah dipilih untuk menentukan kebolehgunaan modul dengan melengkapkan soal selidik kebolehgunaan modul. Data dianalisis dengan menggunakan indeks kesahan kandungan (IKK) bagi menilai kesahan, manakala Cronbach Alpha bagi menilai kebolehpercayaan serta nilai min untuk melihat kebolehgunaan kit yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 23.0. Maklum balas dari.....

38 hits

82021
final_year_project
Pembinaan transformation Geoboard sebagai alat bantu mengajar untuk tajuk transformasi isometri tingkatan dua
Aishah Syawallina Ahmad Zazali
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina sebuah alat bantu mengajar iaitu Transformation Geoboard yang mempunyai kesahan dan kebolehgunaan yang tinggi. Pembinaan Transformation Geoboard ini adalah untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Transformasi Isometri Tingkatan Dua. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan kerana kajian ini melibatkan pembinaan produk. Terdapat dua jenis instrumen bagi kajian ini, iaitu Soal Selidik Kesahan Muka dan Kandungan Transformation Geoboard dan Soal Selidik Kebolehgunaan Transformation Geoboard. Data yang diperolehi daripada instrumen yang melibatkan kesahan Transformation Geoboard dianalisis untuk mendapatkan nilai peratusan kesahan kandungan Transformation Geoboard yang dibina. Manakala, data daripada instrumen yang melibatkan kebolehgunaan Transformation Geoboard dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min. Kesahan kandungan Transformation Geoboard dalam kajian ini diperolehi daripada tiga orang pakar iaitu d.....

1764 hits

92021
final_year_project
Pembangunan kit Calcnum Box mengintegrasikan pembelajaran berasaskan permainan bagi tajuk nombor nisbah tingkatan 1
Nurathika Noorzaiful Hisham
Kajian ini bertujuan membangun Kit CalcNum Box mengintegrasikan pembelajaran berasaskan permainan bagi tajuk Nombor Nisbah Tingkatan 1 yang mempunyai kesahan memuaskan dan menentukan persepsi bakal guru terhadap kebolehgunaan Kit CalcNum Box. Kajian ini menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan dan model ADDIE. Kajian ini telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka Bentuk Kit CalcNum Box (3) Pembangunan Kit CalcNum Box (4) Pelaksanaan Kit CalcNum Box dalam pengajaran, dan (5) Penilaian Kit CalcNum Box. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Penilaian Kit CalcNum Box (SSPC) dan Soal Selidik Persepsi terhadap Kebolehgunaan Kit CalcNum Box (SSPK). Kesahan kit dilakukan oleh tiga orang pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan persepsi bakal guru terhadap kebolehgunaan kit dipilih secara rawak iaitu terdiri daripada 50 orang bakal guru Matematik dari sebuah universiti. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indeks Kesahan Kandungan Kit CalcNum Bo.....

2344 hits

102020
final_year_project
Faktor-faktor utama yang mempengaruhi niat pembelian produk tiruan dalam kalangan pelajar berlainan 3 fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohamad Hafiz Rosli
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor utama yang mempengaruhi niat pembelian produk tiruan dalam kalangan pelajar berlainan 3 fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sampel kajian terdiri daripada 103 orang mahasiswa yang dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata antara 3 jenis fakulti iaitu Fakulti Pengurursan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ). Kajian ini menfokuskan kepada 2 jenis faktor iaitu faktor sikap dan faktor norma subjektif. Seterusnya, pengkaji ingin mengenal pasti faktor utama sikap dalam mempengaruhi niat pembelian barangan tiruan. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti perbezaan latar belakang demografi berkaitan faktor-faktor sikap dan norma subjektif dalam mempengaruhi niat pembelian barangan tiruan. Di samping itu juga, pengkaji ingin pengkaji ingin mengenal pasti hubungan latar belakang pengajian dengan sikap dan norma subjektif. Data dikumpul dengan.....

404 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (151)
article ... (187)
book_section ... (2)
conference_item ... (1)
monograph ... (30)
bulletin ... (13)
research_report ... (4)



Specific Period







Top 5 related keywords

+matematik

+isu +dalam +matematik

+pembangunan +dan +kebolehgunaan +matematik

topik+matematik+tingkatan+dua

+inovasi +dalam +pendidikan +matematik




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.